You are on page 1of 2

AMALAN DEMOKRASI DAN PILIHANRAYA DI MALAYSIA

ARAHAN: Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar?

A Pilihan raya kecil boleh diadakan semula sungguhpun sesuatu pilihan raya baru tamat jika diarahkan
oleh Mahkamah Tinggi

B Ketua parti yang banyak ahlinya menjadi ahli Dewan Rakyat akan diundang oleh Yang di-Pertuan Agong
untuk menubuhkan Kerajaann Persekutuan.

C Pilihan raya umum akan diadakan selepas Parlimen dibubarkan.

D Pilihan raya kawasan Parlimen dan kawassan Dewan Undangan Negeri mesti diadakan serentak

2. Kekosongan kerusi di Parlimen akan diisytiharkkan apabila seseorang ahli Parlimen itu hilang
kelayakannya, meninggal dunia, atau berhenti daripada menjadi ahli. Berapakah tempoh untuk mengisi
kekosongan kerusi di Parlimen bagi negeri Sabah?

A60 hari B90 hari C 180 hari D 100 hari

3. Yang manakah antara yang berikut bukan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?

A Mempersembahkan keputusan pilihan raya Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong

B Menyemak daftar pemilih

C Menyemak sempadan kawasan pilihan raya untuk diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

D Menjalankan pemilihan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

4. Antara yang berikut, yang manakah syarat kelayakan untuk seseorang mendaftarkan diri dalam daftar
pemilih?

I Mencapai umur 18 tahun


II Bermastautin di sesuatu kawasan pilihan raya
II1 Warganegara Malaysia
IV Tidak pernah melakukan kesalahan di sisi undang-undang

AI dan II BI dan III C II dan III D III dan IV

5 Yang manakah antara pernyataan yang berikut tidak benar tentang pilihan raya?

A Rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan sudah mendaftarkan namanya dengan Suruhanjaya Pilihan
Raya layak mengundi.

B Seorang pengundi yang sah yang diwadkan di hospital boleh mengundi.

C Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan orang awam semasa pilihan raya.

D Pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri boleh diadakan sebelum pilihan raya kawasan Parlimen.
6 Yang manakah antara yang berikut merupakan bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?

I Menjaga keselamatan pengundi semasa pilihan raya


II Mendengar petisyen pilihan raya
III Menentukan calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya memenuhi syarat-syarat tertentu
IV Memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan adil

A I dan III B II dan IIIC II dan IV D III dan IV

7 Pengundian melalui pos hanya dikhaskan untuk warganegara Malaysia yang

I berada di luar negara kerana melancong.


II sedang mendapat rawatan perubatan di luar negara.
III sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.
IV berkhidmat dengan kedutaan Malaysia di luar negara.

A I dan II B II dan III C II dan IV D III dan IV

8 Yang manakah antara yang berikut fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

I Mengawasi kempen pilihan raya.


II Menyemak dan mengubah kawasan pilihan raya
III Menyiapkan dan menyemak daftar pemilih
IV Melantik ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

A I dan II B II dan III C II dan IV D III dan IV

9 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang pilihan raya di Malaysia?

I Seorang banduan yang baru tamat hukuman penjara layak membuang undi.
II Pelajar sepenuh masa di luar negara boleh mengundi secara pos.
III Persempadanan kawasan pilihan raya perlu dilakukan 5 tahun sekali.
IV Seseorang yang menerima rawatan perubatan di luar negara boleh mengundi secara pos.

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

10 Yang manakah antara yang berikut ialah factor yang menghilangkan kelayakan seseorang untuk bertanding
dalam pilihan raya di Malaysia

I Calon disahkan sebagai orang yang tidak waras.

II Calon telah didenda RM10000 oleh mahkamah dalam suatu kes sivil.

III Calon telah disingkirkan daripada parti politiknya.

IV Calon berkelakuan tidak baik dan lemah badan.

A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV

Jawapan: I D 2 B 3D 4C 5 C 6D 7 D 8C 9A 10 A

You might also like