You are on page 1of 3

SKRIP MC PROGRAM 3K : NO BULI, NO DADAH

BIL PERKARA TINDAKAN


1 KETIBAAN TETAMU
UCAPAN ALU-ALUAN
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara
, Selamat datang untuk semua.

Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berusaha Puan Hasiah Bt Gidir Guru Besar sk tm
En _______________________________________ & rombongan
Yang dihormati,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Cg Hamsah Bin Long
Guru Penolong Kanan Hem Puan Abidah Bt JAmai
Barisan Ahli jawatankuasa program 3k
Para jemputan, ibu bapa
Barisan guru-guru sktm
Murid-murid sktm
Seterusnya Tuan-tuanPuan-puan hadirin sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi ,wabaarakatuh... Salam sejahtera


dan salam Malaysia madani. Alhamdulillah bersyukur kita pada pagi ini
dengan izin serta limpah rahmat-nya dapat kita berkumpul dalam
majlis program 3k anjuran sktm. Pihak majlis serta seluruh ,warga SK
tm turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada seluruh hadirin dan hadirat kerana sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan program 3k yang kita rencanakan pada hari
ini
2. BACAAN DOA
830PG Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

B a g i m e m b e r k a t i m a j l i s k i t a
p a d a p a g i i n i . m a r i l a h s a m a -
s a m a k i t a m e n a d a h tangan dengan penuh
inayah untuk mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh ustaz
Mohd Hafidz Bin Md Amin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz Mohd Hafidz Bin Md
Amin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
3 NYANYIAN LAGU NEGARAKU, IBU PERTIWIKU & LAGU SEKOLAH
Hadirin yang dihormati sekalian, dijemput semua hadirin dan jemputan
untuk berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku, Ibu pertiwiku

1
dan lagu sekolah.
4 UCAPAN ALU-ALUAN PUAN HASIAH BT GIDIR (GB SKTM)
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam

Siding hadirin,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Puan Hasiah Bt Gidir GB SKTM untuk ucapan aluan. Majlis
dengan segala hormatnya dipersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Hasiah Bt Gidir GB


SKTM di atas ucapan aluan itu sebentar tadi.

5 CERAMAH BULI & PENYALAHGUNAAN DADAH


Baiklah, tuan-tuan & puan – puan, majlis kita diteruskan lagi dengan
ceramah buli & penyalahgunaan dadah. Majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan _______________________________.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ____________________ di atas


kesudian beliau untk menyapaikan ceramah tentang buli &
penyalahgunaan dadah itu sebentar tadi. Di harap semua murid dapat
mengambil iktibar dan manfaat daripada ceramah sebentar tadi.
6 IKRAR BULI
Siding hadirin yang dihormati, seterusnya majlis kita diteruskan dengan
aturcara berikutnya iaitu ikrar buli yang akan dipimpin oleh adik
_____________________________. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada adik ________________ di atas
memimpin bacaan ikrar buli tadi.
7 REHAT
1220 Baiklah,aturcara program kita, berehat sebentar.
PG Aturcara seterusnya akan bermula pada jam 1045 pagi.
Terima kasih.

Untuk itu, dijemput Puan Hasiah GB SKTM untuk


mengiiringi_____________________ ke bilik jamuan

8 PERTANDINGAN MELUKIS POSTER BULI


1045
PG
9 PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN
1200 Berkebaya batik berwarna merah
PM Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian hadiah
Penerima teruja menunggu giliran

Baiklah, untuk menyempurnakan penyampaian hadiah, dijemput Puan

2
Hasiah Gidir GBSTM diringi oleh Cikgu Hamsah Bin Long GPK
pentabiran & Puan Abidah Jamai GPK Hem untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.

10 MAJLIS BERSURAI
1200 Tenang-tenang air di kali
PM Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Dengan itu maka berakhirlah Program 3K bagi Tahun 2023. Majlis


mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, dalam majlis
ini. Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kekurangan semasa mengacarakan majlis.

Seterusnya majlis mempersilakan _______________________ diringi


oleh GB,para Jemputan dan hadirin sekelian untuk menjamu selera.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

You might also like