You are on page 1of 6

No rujukan : ………………

Sekolah Kebangsaan Telok Bakong


32900 Lambor Kanan
Perak Darul Ridzuan

Yang Berusaha,
Encik Ibrahim bin Pardi

KERTAS KERJA HADIAH GALAKAN KECEMERLANGAN KOKURIKULUM


PERSATUAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN KEPADA MURID BAGI TAHUN
2021

1.0 PENGENALAN
Minggu Bahasa Peringkat SK Telok Bakong merupakan satu kesinambungan
kepada program Karnival Bahasa peringkat daerah yang dianjurkan saban
tahun. Program ini melibatkan usaha kolaboratif antara dua bahasa di bawah
Bidang Bahasa iaitu bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

2.0 MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan bahasa komunikasi di sekolah di samping
memperkukuhkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Program ini juga akan
dapat menyedarkan warga sekolah tentang kepentingan penggunaan bahasa
dalam penyebaran ilmu. Penggunaan bahasa yang betul dan tepat akan dapat
memudahkan penyebaran ilmu bagi meningkatkan martabat bangsa dalam
kalangan murid SK Telok Bakong bagi melahirkan modal insan berminda kelas
pertama.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyedarkan warga sekolah tentang kepentingan penggunaan bahasa yang
gramatis dalam komunikasi,

3.2 Menggalakkan warga sekolah menggunakan bahasa secara kreatif dan inovatif
sebagai wadah penyebaran ilmu,

3.3 Meningkatkan pengetahuan murid dalam bidang bahasa

3.4 Menyuburkan sikap bekerjasama antara ahlli persatuan dalam Bidang Bahasa
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 Seramai 15 orang ahli Persatuan Bahasa dan Kesusasteraan (tahun 4 hingga
tahun 6) SK Telok Bakong

4.2 Ibu bapa / Penjaga murid-murid

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM.


5.1 Tarikh : 4 September 2021 hingga 11 September 2021
5.2 Hari : Hari kokurikulum (Sabtu mengikut jadual aktiviti kokurikulum)
5.3 Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
5.4 Tempat : Di kediaman masing-masing secara luar talian
5.5 Aktiviti diadili melalui penilaian hasil kerja murid yang dihantar seperti
penghasilan poster digital,rakaman video memasak makanan sihat,
penghantaran esei dan respon soalan kuiz selepas arahan tugasan di hantar
kepada murid serta penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikulum sepanjang
tempoh penilaian dilaksanakan.

5.6 Jadual pelaksanaan aktiviti:


Sabtu 4/9/21: - Guru memberi tugasan mengikut jadual
aktiviti kokurikulum kepada murid melalui
10.00 pagi- group whatsap Kokurikulum SKTB.
11.00 pagi
-Murid mendengar arahan guru dan meneliti
(Mengikut jadual aktiviti arahan tersebut bagi melaksanakan tugasan
kokurikulum) yang diberi.

-Murid mencari bahan berkaitan tugasan dari


sumber-sumber yang bersesuaian untuk
melaksanakan tugasan yang diberi.

-Murid melaksankan tugasan mengikut jadual


yang telah disusun oleh guru.

Isnin 6/9/21 Projek Minda-I

- Menggunakan pelbagai bahan terbuang


(3R) untuk menghasilkan peta I-Think
berdasarkan topik diberi.

- Aktiviti terbuka secara individu.


Selasa 7/9/21 Futuristic Fashion Designer

- Penyediaan rekabentuk pakaian Tradisional


Melayu
-Tema pakaian: Futuristic
-Setiap pelajar perlu membuat penerangan
tentang rekabentuk pakaian mereka didalam
B.Inggeris

Rabu 8/9/21 Kuiz Tatabahasa

- Murid diberi pautan google forms bagi


soalan-soalan kuiz yang berkaitan.
- Tiga penyertaan terawal dikira sebagai
pemenang.

Khamis 9/9/21 Bakat Seni Kanak-Kanak ( Pertandingan


laguan syair )

- Murid diberi beberapa buah syair


pilihan.
- Murid berpeluang untuk melagukan
syair mengikut irama pilhan yang dibuat
oleh peserta sendiri.

Jumaat 10/9/21 - Guru-guru pemimpin berbincang dan


mengadili setiap tugasan mengikut
pertandingan yang dihantar oleh murid
serta menentukan pemenang yang layak.

Sabtu 11/9/21 - Pembukaan majlis perjumpaan mingguan.


- Penerangan ringkas mengenai perjalanan
program.
- Pengumuman pemenang pertandingan
yang dianjurkan.
5.0 JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA INDUK

 Penasihat : En. Ibrahim B. Pardi ( GB )


 Pengerusi : En. Dzulkifli B. Abd Jalil ( PK1 )
 N.Pengerusi I : En. Radzuan B.Abd Hamid ( PK HEM )
 N.Pengerusi II : En. Syamizar B.Abd Hamid ( PK KOKU

 Penyelaras / Setiausaha Program : Pn Noorazlina binti Youb Din


 Siaraya : Cik Thanga Pakiyam a/p Karuppiah
 Hadiah Murid : Pn. Maimunah bt. Megat Adinan
 Dokumentasi : Pn. Noorazlina binti Youb Din
 Pengadil pemilihan calon : a) Projek Minda-I
- Pn. Noorazlina binti Youb Din
b) Futuristic Fashion Designer

– Cik Thanga Pakiyam a/p Karuppia


c) Kuiz Tatabahasa
– Pn. Maimunah bt. Megat Adinan
d) Bakat Seni Kanak-kanak
- Pn. Maimunah bt. Megat Adinan
6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Sumber Kewangan

BIL PERKARA JUMLAH


1. Peruntukan Kokurikulum RM 100.00

6.2 Anggaran Kewangan

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1. Hadiah Murid untuk 4 kategori ;
1.1 – Minda-I
Johan- fail, alat tulis,pensel warna RM10.00 x1
Naib johan- fail, alat tulis. RM 8.00x1
Ketiga- fail, alat tulis RM 7.00x1 RM 25.00
1.2 – Futuristic Fashion Designer
Johan- fail, alat tulis,pensel warna RM10.00 x1
Naib johan- fail, alat tulis. RM 8.00x1
Ketiga- fail, alat tulis RM 7.00x1 RM 25.00
1.3 – Kuiz Tatabahasa
Johan- fail, alat tulis,pensel warna RM10.00 x1
Naib johan- fail, alat tulis. RM 8.00x1
Ketiga- fail, alat tulis RM 7.00x1 RM 25.00
1.4- Bakat Seni Kanak-Kanak
Johan- fail, alat tulis,pensel warna RM10.00 x1
Naib johan- fail, alat tulis. RM 8.00x1
Ketiga- fail, alat tulis RM 7.00x1 RM 25.00

2. Jumlah Keseluruhan RM 100.00


12.0 PENUTUP
Program ini diharapkan dapat menggiatkan aktiviti bahasa sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran dan menyemarakkan aktiviti-aktiviti bahasa di luar bilik
darjah di samping menyedarkan masyarakat terutamanya warga SK Telok Bakong akan
kepentingan usaha untuk meningkatkan penggunaan bahasa yang betul pada waktu
yang tepat dan tempat yang bersesuaian melalui pelbagai sumber.

13.0 PENGESAHAN

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( PN.NOORAZLINA BINTI YOUB DIN ) ( EN IBRAHIM BIN PARDI )


Setiausaha, Guru Besar
Program Hadiah Galakan Kecemerlangan SK Telok Bakong
Kokurikulum Persatuan Bahasa dan Tarikh:
Kesusasteraan,
SK Telok Bakong
Tarikh:

You might also like