You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Sekolah Bestari merupakan salah satu konsep sekolah yang diamalkan di


negara Malaysia. Konsep ini telah membawa kepada pendemokrasian
pendidikan sepenuhnya di sekolah-sekolah Malaysia. Sekolah ini bukan
sahaja untuk orang pintar malah pandai, tetapi untuk semua pelajar kuat dan
lemah, kaya dan miskin, untuk memaksimumkan potensi mereka dengan cara
yang paling sesuai mengikut gaya pembelajaran mereka yang berbeza. Ia
juga merupakan cara bijak untuk memaksimumkan potensi pelajar dan
membolehkan pelajar untuk mencapai kelajuan menuju ke era teknologi.
Teknologi komputer juga berupaya untuk menggabungkan kepelbagaian ke
dalam sistem pendidikan.

Seterusnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga bermatlamatkan


pembangunan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu agar dapat
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi mental, rohani,
emosi dan jasmani. Sebagai pemangkin kepada perubahan ini, kerajaan telah
menubuhkan sekolah Bestari yang dilengkapi teknologi terkini untuk
menambah baik sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga
kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baharu.

Penubuhan Sekolah Bestari adalah satu daripada tujuh aplikasi di


Koridor Multimedia (MSC) pertama di Malaysia. Berdasarkan ini, aspirasi dan
matlamat kerajaan Malaysia adalah menggalakkan penubuhan Sekolah
Bestari, memanfaatkan kepakaran teknikal MSC dan pertumbuhan
infrastruktur yang pesat. Sekolah Bestari sangat penting untuk pendidikan
generasi akan datang. Atas sebab itu, kerajaan mengambil langkah untuk
menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai salah satu daripada tujuh
'aplikasi perdana' Projek Multimedia Mega Koridor Raya.

Pada fasa awal, empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains telah diperkenalkan ke Sekolah Bestari. Ia
menggunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran. Semua bahan dan bahan pembelajaran disediakan dalam
bentuk perisian yang dibangunkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dan
Jabatan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pembaharuan sistem pendidikan memerlukan perubahan dalam
amalan dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan hari
ini telah berubah daripada pembelajaran yang hanya menekankan hafalan
kepada pembelajaran yang merangsang pemikiran dan kreativiti,
menghormati kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai, serta
memastikan setiap pelajar berpeluang membina konsep kendiri yang perlu
melakukannya. Selain itu, ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan
peranan yang aktif dalam mengenal pasti hala tuju perubahan sistem
pendidikan negara.

Beginilah lahirnya konsep sekolah bestari dan program pembestarian


sekolah di negara Malaysia.
1.0 Konsep dan sejarah perkembangan sekolah bestari berdasarkan
susur galur lengkap.

1.1 Sejarah Sekolah Bestari


Wawasan 2020 telah dilancarkan pada Februari 1991. Menurut Tun
Dr.Mahathir bin Muhamad, Perdana Menteri Malaysia keempat, demi menjadi
sebuah negara maju, masyarakat Malaysia haruslah menggunakan kekuatan
akal dan minda. Oleh yang demikian, demi mencapai hasrat dan matlamat
Wawasan 2020, sistem pendidikan negara Malaysia perlu diubahsuai dengan
pengedaran masa dan tuntutan zaman.

Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi Perdana


Koridor Raya Multimedia ( 1997, 2003 & 2005) yang terdiri daripada Kad
Pintar Serba Guna, Sekolah Bestari, Teleperubatan, Kerajaan Elektronik
Jaringan Pengilangan Sedunia, Pemasaran Tanpa Sempadan serta
Kelompok R & D.

Terdapat dua tujuan utama Koridor Raya Multimedia disambungkan


kepada Global Information Superhighway. Antaranya untuk memperoleh
maklumat secara visual, teks serta suara yang dihantar degan cepat dalam
Kuantiti yang tidak terbatas. Seterusnya, tujuan kedua adalah untuk
menggerakkan pemindahan teknologi khususnya teknologi digital, menjadikan
R & D sebagai satu budaya untuk menghasilkan produk baharu dan
perkhidmatan yang berkualiti. Dokumen rasmi yang menjadi dasar Sekolah
Bestari ialah Smart School Flagship Application: The Malaysian Smart School
a Conceptual Blueprint oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1977) menjadi
bahan buktinya.

Seterusnya, Projek Rintis Sekolah telah dilaksanakan dari tahun 1999


hingga 2002 dan ia telah melibatkan sebanyak 87 buah sekolah di sekitar
negara Malaysia. Pada tahun 2002 hingga pula perluasan Projek Sekolah
Bestari dikembangkan di bawah Program Pembestarian Sekolah dalam
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dan Kesembilan (RMK9). Pencapaian
Projek Rintis Sekolah Bestari .
Program Rintis Seklah Bestari bermatlamat untuk menyediakan
pelajar pada zaman (ICT). Dengan ini, para pelajar perlu berkebolehan
belajar secara berdikari, akses kendiri, kadar kendiri, dan terarah kendiri.
Makan pelajar dilengkapi dengan kemahiran genetic yang sesuaia dan
kompentensi kecerdasan emosi.

Para guru pula perlu menjadi dan menguasai kemahiran fasilitator.


Selain itu, guru pula dikehendaki menggunakan pelbagai strategik PdPc yang
menggunakan ICT, memahami pelbagai pendekatan pembelajaran,
memahami ciri-ciri pelajar yang terdiri daripada pelbagai aras dan memahami
semua kemahiran generik yang perlu dikembangkan.

Dalam usaha untuk mewujudkan Sekolah Bestari, beberapa perubahan


perlu dilakukan oleh KPM. Antaranya ialah budaya PdPc iaitu cara yang
tradisional kepada cara yang berteraskan ICT. Selain itu, sistem pengurusan
iaitu pentadbir dan guru-guru perlu mengamalkan sistem pengurusan yang
profesional. Sistem Pentaksiran dan Penilaian juga haruslah berubah
daripada cara lama dan berpusatkan kepada cara yang berterusan dan
bersifat holistik. Akhirnya, kemudahan teknologi multimedia iaitu
meningkatkan prasarana ICT untuk tujuan PdPc seperti peralatan, makmal
komputer, tenaga kepakaran serta tenaga pekerja yang mencukupi.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengamalkan beberapa


dasar utama dengan sekolah Bestari. Antaranya:-

a) memastikan semua pelajar mesti celik ICT.


b) menyelaraskan semua inisiatif ICT di bawah Jawatankuasa Maklumat
Pengkomputeran Kementerian.
c) menilai semula setiap perisian kursus yang telah dihasilkan.
d) Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata
pelajaran dalam PdPc.
e) Menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti,
kecemerlangan serta keberkesanan sistem pengurusan.
f) Menggalakkan perkongsian pintar dengan pihak luar Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Secara keseluruhannya, sekolah bestari Malaysia boleh
dikategorikan sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara
sistematik, iaitu sistematik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan
pengurusan sekolah untuk membantu para pelajar menghadapi Zaman
Teknologi Maklumat dari segi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), Sistem
Pengurusan Sekolah Bestari, Polisi, Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap,
Teknologi dan Proses.

1.2 Konsep Sekolah Bestari


Menurut Dewan Edisi Keempat, bestari didefinisikan sebagai segak, pintar,
bijak, pantas serta berkelas tinggi. Manakala Kamus Digital Oxford Besta,
Bestari bermaksud berpendidikan, berpengetahuan luas, berbudi pekerti baik,
cekap, cerdas, pandai, pintar serta bergaya.

Guru Bestari perlu merupakan guru yang bijak, berkerampilan,


mengamalkan budaya ilmu, bersahsiah mulia, mempunyai kompentensi
kecerdasan emosi dan sosial, mengamalkan nilai-nilai integrity,
bertanggungjawab dan berakauntabiliti, menganggap kerja sebagai ibadah,
menguasai pelbagai bahasa serta mempunyai kepakaran dalam ICT. Mereka
juga haruslah mempunyai ciri-ciri di atas serta menunjukkan komitmen
terhadap tugas yang diberi, kreatif dan Inovasi, optimistic serta mesra ICT
seperti yang digambarkan dalam Falsafah Pendidikan Malaysia iaitu insan
yang seimbang dari segi jasad dan rohnya, jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

Manakala, matlamat sekolah bestari pula melahirkan pelajar yang


holistik, berupaya berfikir secara bijak dan saksama. Keupayaan ini tidak
dapat diperoleh secara semula jadi tetapi melalui proses pembelajaran yang
berterusan. Misalnya, seseorang pelajar itu mungkin mempunyai tahap
kecerdasan itu maka pelajar itu tidak dapat bertindak dengan bijak. Bagi
pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan dan kemahiran yang tinggi , ia
akan menyerlahkan potensi yang baik.

Inilah kualiti pelajar yang ingin dilahirkan melalui sekolah bestari.


2.0 Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa melayu di sekolah bestari.

Bahan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di


Sekolah Bestari direka bagi menyokong sepenuhnya strategik PdPc yang
baharu diperkenalkan khas untuk Sekolah Bestari. Antara ciri dan faedah
menggunakan bahan dan alat ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
adalah:-

Ciri-ciri Faedah
Memenuhi kehendak mata pelajaran Menyesuaikan pelajar yang berbeza
Bahasa Melayu, kos yang berkesan dari segi keupayaan dan keperluan
serta Hiasan dan teknologi yang hasil daripada kesedaran keupayaan
memuaskan. dan potensi.
Mencabar pemikiran, menarik, Pelajar bertanggungjawab mengurus
memotivasikan pelajar untuk belajar dan mengawal pembelajarannya
serta menggalakkan pelibatan yang sendiri.
aktif.
Menggabungkan asas rangkaian Pelajar dapat memanipulasi teknologi
kerja terbaik, asas guru dan bahan - maklumat untuk menjadikan
bahan kursus iaitu bahan- bahan pembelajarannya lebih menarik.
interaktif.

a) Memenuhi Kehendak Mata pelajaran dan Kurikulum.


Alat dan bahan PdPc perlu merangkumi empat kriteria utama seperti
kurikulum yang mencukupi, arahan yang mencukupi, Hiasan yang mencukupi
dan teknikal yang mencukupi. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, perlulah
mengambil kira Komponen-komponen kualiti apabila membina dan memilih
bahan untuk melaksanakan bahan PdPc di bilik darjah. Reka bentuk yang
menarik, mesra pengguna serta paparan warna yang sesuai dan menarik
amat releven untuk mencungkil kemahiran berfikir para pelajar dan
meningkatkan keupayaan percambahan fikiran kerana ciri-ciri bahan ini
menepati kehendak kurikulum.

You might also like