You are on page 1of 7

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Paya Resak Telefon : 09-6196634


21400 Marang 21400 Marang Faks :
Terengganu Email : tba4025@moe.edu.my
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. kami : SKPR 600-3/2/10 ( )
Tarikh : 14 .02.2023

Yayasan Pendidikan MAIDAM


Lot 9&10 Tingkat 1, Bazar MAIDAM
Jalan Masjid Abidin ,
20100 kuala Terengganu .

Tuan

MOHON BANTUAN UNTUK PROGRAM KEROHANIAN / AKADEMIK DI SEKOLAH


KEBANGSAAN PAYA RESAK MARANG TERENGGANU

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin memohon bantuan


kewangan untuk menjayakan program kerohanian daripada pihak Maidam. Program
tersebut akan diadakan bersempena kehadiran bulan Ramadan ini .nama program
tersebut yang ialah Marhaban ya Ramadan . Butiran maklumat program adalah
seperti berikut :

Tarikh : 18 April 2023 (Selasa)


Masa : 10.45 pagi – 01.15 tengah hari
Tempat : Sek.Keb Paya Resak

3. Program ini diadakan untuk meraikan beberapa program iaitu kahatam al-quran
, amali solat serta aktiviti adab dan nilai.

4. Untuk makluman pihak Maidam , anggaran perbelanjaan program tersebut


adalah sebanyak RM 2,388.00(Ringgit Malaysia : Dua ribu tiga ratus lapan puluh
lapan sahaja) Bersama surat ini saya sertakan kertas kerja bagi majlis tersebut (Sila
rujuk lampiran).

5. Oleh itu, pihak kami amat memerlukan sumbangan kewangan bagi menampung
kos pembiayaan program tersebut. Besarlah harapan pihak kami sekiranya pihak
Maidam sudi untuk menghulurkan sumbangan kewangan bagi memastikan program ini
berjalan lancar. Sumbangan pihak Maidam bolehlah disalurkan melalui Cek / Draf Bank
/ Kiriman Wang atas nama:

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RESAK


NO AKAUN : 1-00-6561-00006927-9 (AGROBANK – cawangan Marang)
Salinan buku akaun Bank Agro

6. Segala kerjasama, perhatian dan sumbangan yang diberikan didahului dengan


ucapan jutaan terima kasih. Semoga apa yang kita usahakan akan mendapat
keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.

“ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD”

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan Amanah.

------------------------------------------------
(NOOR AZAH BINTI ABD.WAHAB)
Guru Besar,
SK.Paya Resak Marang

s.k – Fail Induk


KERTAS KERJA

PROGRAM; MARHABAN YA RAMADAN


18 APRIL 2023 MASIHI
BERSAMAAN
27 RAMADHAN 1444 HIJRAH

PERINGKAT
SEK KEB PAYA RESAK
MARANG TERENGGANU

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK PAYA RESAK
MARANG

DISEDIAKAN OLEH:
PANITIA AGAMA ISLAM

PROGRAM; MARHABAN YA RAMADAN


SK PAYA RESAK MARANG 2023

1.0 PENGENALAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Bersempena dengan itu,Ihya’ Ramadhan
merupakansalah satu dari program yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Paya
Resak pada setiap tahun. Program ini dijalankan sepanjang Bulan Ramadhan bagi
mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini yang melibatkan semua warga SK Paya
Resak. Program ini juga dirancang sabagai satu usaha membentuk modal insan yang seimbang
dan cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

2.0 RASIONAL
Memupuk kecintaan dan minat terhadap Al-Quran , didedahkan tentang adab dan nilai serta
pandai solat. Ketiga-tiga perkara tersebut adalah agenda untuk menghidupkan syiar Islam di
samping untuk melahir insan yang berkualiti.
3.0 OBJEKTIF

3. 1 Menyemai dan mendedahkan kepada murid-murid tentang kepentingan dan


kelebihanmelakukan amalan sunat di bulan Ramadan.
3.2 Mendedahkan kepada murid-murid tentang kelebihan bulan Ramadan
serta menggalakkanmereka melakukannya dengan mengikut ajaran Islam.
3.3 Mewujudkan budaya cintakan ilmu dan amalan sunat kepada warga sekolah

4.0 TARIKH DAN MASA


18 April 2023 (Selasa).
10.45 pagi – 01.15 tengahari.

5.0 TEMPAT
Dewan SK Paya Resak

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SK Paya Resak

7.0 ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam SK Paya Resak , Marang.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Item/Kuantiti Jumlah


(RM)
8.1 Saguhati Murid RM 3.00 X 500 orang murid 1500.00
8.2 Hadiah Pertandingan
i. Kuiz Ramadan RM 5.00 X 14 kelas x 5 350.00
ii. Kuiz Nuzul Al murid 350.00
quran RM 5.00 X 14 kelas x 5 350.00
iii. Membina Kad murid
Raya RM 5.00 X 14 kelas x 5
murid

8.3 Banner dan Banting RM 100 x 2 keping 200.00


JUMLAH 2750.00

9.0 SUMBER
Yayasan Pendidikan Maidam Terengganu

10.0 PERASMI
HAJAH NOOR AZAH BINTI ABD.WAHAB
Guru Besar SK . Paya Resak ,Marang.

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : HAJJAH NOOR AZAH BINTI ABD.WAHAB

Pengerusi : EN.AZIZUL HAKI BIN MUDA


Naib Pengerusi 1 : EN.ROKIAH BINTI JUSOH
Naib Pengerusi 2 : EN.ROSMADI BIN SALLEH
Naib Pengerusi 3 : EN.SAID BIN ABD MANAF
Penyelaras Program : EN.OTHMAN BIN HARUN
Setiausaha : PN. HJH SUZANA BINTI ABDULLAH
Bendahari : PN. NOR FARIDAH BINTI ABDUL GHANI

JAWATANKUASA PELAKSANA

Ajk Kawalan Murid :EN. AHMAD RADZI BIN MUHAMMAD


:EN.HATMI BIN YUSOFF
:EN.KHALID BIN MOHD AKIL
:EN.MOHD EFFENDI BIN IBRAHIM
:EN.ROZIMI BIN MUHAMAD
Ajk Pengacara Majlis : PN.NORAZREEN BINTI MOHAMED NOOR
Ajk Bacaan Doa : EN.OTHMAN BIN HARUN
Ajk Khalifah Khatam al-Quran : EN.ISWADI FAZLY BIN MD. NOR

Ajk Buku Program : PN.SAIDAH NAFISAH BINTI HASSAN


: PN SAKINAH BINTI TAWANG

Ajk Cenderamata : PN.SUZANA BINTI ABDULLAH


: UMI KHALTHOM BINTI JUSOH.
: UMMI LAILA BINTI MOHAMMADTAUHID
: WAN AZLINA BINTI WAN YUSOF
: MAZNZH BINTI AWANG MIN

Ajk JamuanMurid : PN NORHASYIMAH BINTI ISMAIL


: NOR ASHIKIN BINTI AB.LLAH
Ajk Siaraya& PA Sistem : EN.SHUKRI SHAMSUDDIN BIN ZAKARIA
: EN.SUFIAN BIN SHAFIE

Ajk Persiapan Tempat : EN.HEZRIN BIN ABDUL GHANI


:EN.PN.HUSNA FATHINAH BT MOHD MARAIE
:PN.NORAZURA BINTI DERAMAN
:EN.NORFADHLIANNA BINTI ABDULLAH .
:NORRAFIDAH BINTI ALIAS
: NOR SURIANI BINTI AWANG
: (Dibantu pekerja-pekerja pembersihan)
Ajk Dokumentasi : EN.FATIMAH SUHAILA BINTI ABDUL
WAHAB
: En.HANISAH BINTI ALI

12.0 TENTATIF PROGRAM


10.30 pagi : Murid berkumpul di kantin
10.40 pagi : Ketibaan Guru-guru
10.45 pagi : Ketibaan Perasmi
10.50 pagi : Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan Bacaan Doa
10.55 pagi : Ucapan Penyelaras Program
11.00 pagi : Ucapan Guru Besar & Perasmian
11.15 pagi : Tayangan Video :
: Syarahan “adab dan Nilai”
: Penerangan tentang “Bacaan daan ayatalam Solat”
: Khatam Al-Quran “Bacaan ayat-ayat lazim”
12.00 Tengah hari
: Penyampaian cenderamata
: Bersurai

13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program “Marhaban ya Ramadan” ini dapat diteruskan pada masa
akan datang demi melahirkan generasi celik Al-Quran, pandai solat serta adab dan nilai

Disediakan oleh:

……………….................
( OTHMAN BIN HARUN )
Setiausaha Program
Marhaban ya Ramadan 2023
SK Paya Resak
Marang , Terengganu.

Disemak oleh:

……………...........................…
( AZIZUL HAKI BIN MUDA )
Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
SK. Paya Resak ,
Marang,
Terengganu.

Disahkan oleh:

……………...........................………………....
(HAJJAH NOOR AZAH BINTI ABD.WAHAB)
Guru Besar,
SK. Paya Resak

Disediakan oleh:
Panitia Agama Islam SKPR2023

You might also like