You are on page 1of 4

KERTAS KONSEP PERAGAAN FESYEN (BAJU ETNIK) KARNIVAL BAKAT

PRASEKOLAH PERINGKAT KOTA MARUDU 2023


1. 0 PENGENALAN

Di Malaysia, terdapat pelbagai perayaan yang berbeza yang disambut oleh kaum yang
berbeza seperti perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali danHari Gawai.
Pakaian dan perhiasan tradisional terdiri daripada pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum.
Ini menjadikan ianya sesuatu yang unik dan tersendiri kerana pada masa kini, masyarakat
Malaysia sama ada Cina, Melayu, India atau kaum lain dapat memakai dan memperagakan
perhiasan tradisional ini tanpa mengira kaum.
Ini menunjukkan kita dapat hidup bersatu padu dalam sebuah masyarakat majmuk
hanya melalui penyatuan pada pakaian. Oleh itu, aktiviti pertandingan pakaian tradisional ini
memberi peluang kepada setiap murid prasekolah untuk memperkenalkan pakaian yang
terdapat dalam kaum mereka kepada rakan-rakan yang lain.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan murid.
2.2 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotism dalam jiwa murid-murid
prasekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
2.3 Memberi peluang kepada murid prasekolah untuk menggunakan kreativiti mereka
semasa pertandingan serta membina keyakinan diri murid.
3.0 BUTIR-BUTIR PERTANDINGAN
Tarikh : 17 Oktober 2023
Tempat : SK Marak Parak Kota Marudu
Masa : 9.00 am-10 .00 am
Sasaran : Murid prasekolah KPM Daerah Kota Marudu
Tema : Baju Etnik ( 1 Malaysia)
4.0 JAWATANKUASA TARIAN :
Pengurus Pertandingan Tarian : Eltiana Asim
JK Pentas/ susun atur : Sitti Saudah Majiran / Priscilla David
Suhinah Nais/Rosnah Aliong
JK Pengurus Peserta : Pengurus pasukan sekolah masing-masing
JK PA Sistem : Honi Miau

5.0 PENYERTAAN
Setiap sekolah diwakili oleh 2 orang murid prasekolah (sepasang : 1 perempuan dan 1
lelaki)
6.0 PERSEMBAHAN/PERAGAAN

1. Setiap pasangan hendaklah memakai baju etnik dan wajib mempersembahkan tarian etnik
mengikut baju yang diperagakan.
2. Masa persembahan adalah selama 5 minit.
3. Peserta perlu memperagakan busana selama 2 minit dan menari tarian etnik mengikut
busana selama 3 minit.

7.0 PEMARKAHAN
1. Pengenalan (BM) 10%
2. Penampilan dan kekemasan 10%
3. Postur Badan 10%
4. Peragaan gaya dan persembahan 30%
5. Kreativiti 20%
6. Kualiti, keaslian dan keunikan 20%

8.0 PENGHAKIMAN
8.1 Dihakimi oleh 4 orang juri dan seorang ketua hakim.
8.2 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
8.3 Keputusan hakim adalah muktamad.
8.4.Hadiah akan diberikan kepada
(i) Johan
(ii) Naib Johan
(iii) Ketiga
(iv) Saguhati
8.5 Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

9.0 PERATURAN AM
9.1 Setiap sekolah diwakili oleh dua orang murid sahaja ( 1 P + 1 L).
9.2 Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan sahaja.
9.3 Jika berlaku kerosakan teknikal semasa pertandingan sedang berjalan maka peserta itu
dikehendaki mengambil giliran sekali lagi di akhir peserta yang mengambil bahagian.
9.4 Pakaian murid hendaklah mematuhi etika pemakaian yang sopan dan tidak menjolok
mata.
9.5 Sila berikan lagu/muzik persembahan kepada pihak pengajur sebelum atau pada 10
oktober 2023.

10.0 PENUTUP
Dengan adanya program ini, adalah diharapkan murid prasekolah lebih menghargai dan
mendalami keunikan pakaian etnik masing-masing serta dapat menerapkan semangat
perpaduan kaum dikalangan mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

ELTIANA ASIM ………………………


AJK PERTANDINGAN PENYELARAS
PERAGAAN FESYEN KARNIVAL BAKAT
KARNIVAL BAKAT PRASEKOLAH DAERAH
PRASEKOLAH DAERAH KOTA MARUDU 2023
KOTA MARUDU 2023
BORANG PENDAFTARAN PERAGAAN FESYEN (BAJU ETNIK)
KARNIVAL BAKAT PRASEKOLAH PERINGKAT KOTA MARUDU

NAMA SEKOLAH/DAERAH : __________________________________________


NAMA PENGURUS PASUKAN : _______________________________
NO PHONE :_______________________________________________

PESERTA PEREMPUAN

NAMA MURID : ………………………………………………….

UMUR MURID : ………………………………………………….

TEMA PAKAIAN : …………………………………………………..

HURAIAN :

PESERTA LELAKI

NAMA MURID : ………………………………………………….

UMUR MURID : ………………………………………………….

TEMA PAKAIAN : …………………………………………………..

HURAIAN :

*Sila lengkapkan borang pendaftaran(softcopy) dan hantar sebelum 5 OKTOBER 2023

*Sila isi borang secara softcopy dan hantar sebelum 10 OKT 2023.
*Sila sertakan bersama muzik persembahan.
-contoh-
BORANG PEMARKAHAN PERAGAAN FESYEN (BAJU ETNIK)
KARNIVAL BAKAT PRASEKOLAH PERINGKAT KOTA MARUDU
(KATEGORI PEREMPUAN)

NAMA JURI : ____________________________________________________

KATEGORI PEMARKAHAN :_______________________________________

PENAMPILAN POSTUR GAYA DAN KREATIVITI KUALITI,


KATEGORI PENGENALAN DAN BADAN PERSEMBAHAN 20% KEASLIAN,
10 % KEKEMASAN 10% 30% KEUNIKAN
10% 20%
NO
PESERTA

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

( ) ( )

Juri Peragaan Fesyen Ketua Hakim Peragaan


Fesyen

You might also like