You are on page 1of 4
) KARANGAN MODEL © KARANGAN RESPONS TERBUKA= Karangan Domain Umum Tema 8: Tingkatan 5 | Melancong Mencari Mkana Pengarah Kanan Domestik dan Acara Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia merangkap Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, “Ikhtiar ini bermatlamat untuk memastikan keseluruhan rantaian jaringan itu dapat meneruskan kelangsungan perniagaan dan pekerjaan walaupun jumlah kehadiran pelancong asing susut. Dipetik dan diubah suai daripada: "ketojaan perhebat usaha pacu pelancongan domestik” Bernama, Mac 6, 2020 Keratan akhbar di atas menyatakan usaha penggalakan rakyat tempatan mengutamakan pelancongan domestik. Sebagai rakyat yang prihatin, anda berminat untuk menulis rencana tentang ‘Usaha-usaha Agensi Pelancongan Menggalakkan Rakyat Melancong dalam Negara’ untuk diterbitkan dalam majalah pengetahuan. Tulis rencana itu selengkapnya. Kehendak soalan 1, Format: Rencana (a) Tajuk rencana (b) Nama penulis 2. Diharapkan calon dapat: - Menulis rencana tentang usaha-usaha agensi pelancongan menggalakkan rakyat melancong dalam negara. 3. Kemungkinan: (i) menyatakan usaha-usaha secara umum, tidak menyatakan agensi pelancongan — Penguasaan minimum (21 - 34) (ii) menyatakan kerajaan secara umum sahaja, tidak berfokus pada agensi pelancongan kerajaan — Kurang Memuaskan (35 — 39) (ii) menyatakan swasta secara umum sahaja, tidak berfokus pada agensi pelancongan swasta — Kurang Memuaskan bawah (35 — 39) (iv) mencampuradukkan fokus (agensi kerajaan, agensi swasta dan masyarakat) — Kepujian (55 - 63) Kerangka Karangan 1, Introduksi industri pelancongan domestik — terkesan dengan teruknya ekoran pandemik COVID- 19 ~ nyaris-nyaris lumpuh — menjejaskan ekonomi negara — langkah-langkah yang proaktif dan pragmatik hendaklah disegerakan oleh agensi pelancongan 2. Isi-isi (i) mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan tempatan — mempromosikannya menerusi media arus perdana, iklan dalam peranti elektronik, serta hebahan akhbar dan laman web rasmi —menggamit pelancong tempatan mengungjungi destinasi-destinasi tersebut (ii) menawarkan pakej pelancongan ~setiap insan mempunyai cita rasa dan selera masing-masing ~disertakan dengan jurupandu yang mesra dan berpengalaman —pengangkutan yang selesa ~ penginapan yang kondusif -makanan tempatan tradisional yang unik—berpatutan (iii) menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi yang menarik ~aktiviti-aktiviti rekreasi hendaklah istimewa dan menambat hati — menghiburkan hati dan menenangkan fikiran —memperkenalkan permainan tradisional Melayu —lompat tikus, lompat getah, konda kondi, sepak raga, dan sepak takraw 3. Konklusi ~agensi-agensi pelancongan terpanggil untuk merancakkan pelancongan domestik —sektor pelancongan nescaya akan maju seiring dengan negara-negara lain di rantau ini ‘52. GRED CEMERLANG (64 - 70) Usaha-usaha Agensi Pelancongan Menggalakkan Rakyat GLOSARI Melancong dalani Negara terkesan Oleh: Mohd. Imran Abdul Kiassim teriejas dampaknya kesannya Industri pelancongan domestik, tidak dapat dinafikan, iktisad terkesan dengan teruknya ekoran pandemik COVID-19. industri ini nyaris-nyaris lumpuh, dan sebagai dampaknya menjejaskan ekonomi negara yang merupakan antara penyumbang utama pendapatan negara. Kita bernasib baik kerana industri pelancongan domestik masih dapat ‘bernafas’. Sektor ini semolek-moleknya dipulihkan sepenuhnya kerana dapat mengembangkan iktisad, merancakkan pembangunan prasarana, merancang_ industri hiliran, menggamit pelaburan asing, dan mewujudkan peluang pekerjaan. Demi merancakkan pelancongan dalam negara, langkah-langkah yang proaktif dan pragmatik hendaklah disegerakan oleh agensi kerajaan agar tanah tumpah darah yang tercinta ini menjadi firdaus pelancongan. Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan hendaklah mengambil prakarsa untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan tempatan yang indah alam semula jadinya. Keindahan alam semula jadi tanah air kita memang mempesonakan dan mengagumkan. Antaranya, gunung-ganang menghijau yang beralun-alun dilatari langit membiru dan awan memutih, hutan belantara yang luas terbentang, pulau-pulau yang mempesonakan, pantai-pantai yang putih bersih, sungai-sungai yang indah dan bersih, dan tasik-tasik semula jadi dan buatan manusia. Jadi, agensi tersebut hendaklah mempromosikannya menerusi media arus perdana, iklan dalam peranti elektronik, serta hebahan akhbar dan laman web rasmi. Promosi-promosi itu akan menggamit pelancong tempatan mengungjungi destinasi-destinasi tersebut. Promosi yang disertakan dengan komitmen yang padu merupakan_ faktor penggalak pelancongan domestik. Selain itu, agensi-agensi pelancongan hendaklah menawarkan pakej pelancongan yang memenubhi cita rasa segenap lapisan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap insan mempunyai cita rasa dan selera masing-masing. Semolek- moleknya pakej tersebut disertakan dengan jurupandu yang mesra dan berpengalaman, pengangkutan yang selesa, penginapan yang kondusif, dan makanan tempatan tradisional yang unik, dan yang paling mustahak berpatutan. Contohnya, pakej ke Tanah Tinggi Cameron, Bandar Bersejarah Melaka, Tasik Kenyir, Taman Negara Pahang, Pulau Tioman dan seumpamanya hendaklah memberangsangkan rakyat. Mereka akan teruja untuk melihat ekonomi merancakkan menggiatkan prasarana kemudahan asas; infrastruktur menggamit menarik proaktif awal pragmatik bersifat praktikal tanah tumpah darah tanah air firdaus syurga mengambil prakarsa mengambil inisiatif mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan mempesonakan menarik hati mengagumkan menarik hati peranti elektronik alat elektronik menggamit menarik komitmen iltizam Semolek-moleknya Seelok-elknya; _sebaik- baiknya kondusif sesuai (utk sesuatu) memberangsangkan membangkitkan keinginan teruja sangat gembira merangsang menggalakkan menambat hati menarik hati nolstagia dengan mata sendiri dan menikmati pengalaman yang baharu dan indah. Tegasnya, pakej pelancongan yang menarik nescaya merangsang rakyat untuk memilih destinasi percutian dalam negara. Agensi ekopelancongan, terutamanya pengurusan inap desa, sewajarnya menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi yang menarik untuk generasi dewasa dan generasi muda. Hal ini dinyatakan demikian lantaran program inap desa kurang popular dalam kalangan masyarakat tempatan. Jadi, aktiviti-aktiviti rekreasi hendaklah istimewa dan menambat hati, lebih-lebih lagi menghiburkan hati dan menenangkan fikiran. Misalnya, pihak pengurusan inap desa seharusnya memperkenalkan permainan tradisional Melayu yang hampir pupus ditelan zaman seperti lompat tikus, lompat getah, konda kondi, sepak raga, dan sepak takraw. Para pelancong bukan sahaja dapat menimba pengalaman indah bahkan juga mengembalikan nolstagia zaman silam. Murai berkicau siang hari, konsep pelancongan inap desa yang menghidangkan pelbagai aktiviti rekreasi yang menarik dapat merancakkan pelancongan domestik. Sebagai wacana, agensi-agensi pelancongan terpanggil untuk merancakkan pelancongan domestik, yakni mendorong rakyat memilih destinasi-destinasi tempatan untuk percutian. Dalam konteks ini, Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan hendaklah memberikan sokongan padu kepada mana-mana agensi pelancongan yang ingin mempromosikan pelancongan domestik. Agensi-agensi pelancongan pula tidak seharusnya memikirkan keuntungan semata-mata, sebaliknya melaksanakan tangggungjawab sosial untuk memajukan sektor pelancongan. Mereka hendaklah membulatkan tekad dan beriltizam untuk menyahut seruan kerajaan dalam usaha merancakkan pelancongan dalam negara. Dengan prakarsa dan sinergi ini, sektor pelancongan nescaya akan maju seiring dengan negara-negara lain di rantau ini; bersukat sama paras, bertimbang sama berat. intiha [496 patah perkataan) kenangan indah Mural berkicau slang hari jelasiah merancakkan menggiatkan Sebagai intiha wacana Sebagai penutup karangan terpanggil terdorong konteks hubungan membulatkan tekad berazam beriltizam komited menyahut seruan menyokong, prakarsa inisiatif sinergi kerjasama nescaya sudah pasti bersukat sama paras, bertimbang sama berat =tegak(berdiri) sama tinggi, duduk sama rendah Sama taraf

You might also like