You are on page 1of 1

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Nama saya Ahmad Muazzam Bin Sofuan dari Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi.

Kuih talam pulut sekaya,

Enak dimakan waktu pagi,

Marilah dengar pengalaman saya,

Berjumpa dengan Doktor Gigi.

ADUH……….ADUH………SAKITNYA GIGI SAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!

UMI……….GIGI SAYA SAKIT!!!!!!!!!!!

Itulah pengalaman kali pertama gigi saya sakit. Gigi saya bukan sahaja sakit, malah gusi
menjadi bengkak dan kemerah-merahan. Saya tidak boleh makan, tak boleh tidur dengan
selesa. Saya berasa sedih.

Umi telah membawa saya ke Klinik Kesihatan Pergigian untuk mendapatkan rawatan.

Doktor cakap, gigi geraham saya berlubang dan perlu dirawat dengan segera. Sebelum
menampal, doktor membuang gigi yang reput di sekeliling lubang. Selepas dibersihkan dan
dikeringkan, lubang itu akan ditampal dengan suatu teknik yang dipanggil komposit.

Sebelum pulang, doktor mengingatkan saya untuk membersihkan gigi terutama di celah-celah
gigi. Sisa-sisa makanan yang terlekat di celah gigi ini mengandungi bakteria yang
membuatkan gigi kita berlubang.

Itulah pengalaman saya ketika berjumpa dengan doktor gigi. Jadi ingat kawan-kawan.
Sekiranya gigi kita sakit, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor gigi. Jangan takut…..jadilah
berani seperti saya.

Sekian, terima kasih.

You might also like