You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA


Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Educational Resources and Technology Division
Persiaran Bukit Kiara Tel: 603-2081 7777
50604 KUALA LUMPUR Faks: 603-2081 7788
MALAYSIA Laman Web: www.moe.gov.my
Ruj. Kami : KPM.600-12/1/1 JLD 26 (95 )
Tarikh : 30 Mei 2023
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri
(Seperti di Senarai Edaran)

(u.p: Ketua Penolong Pengarah


Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan)

YBhg. Datu/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PAMERAN MINECRAFT EDUCATION: MINECRAFT MALL DISCOVERY 2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Sunway Malls dan Microsoft Malaysia dengan kerjasama Bahagian Sumber
dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan Pameran Minecraft
Education: Minecraft Mall Discovery.

3. Untuk makluman, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memberi peluang kepada murid
meneroka Dunia Minecraft. Pameran akan bermula pada 15 Jun hingga 20 Oktober 2023 di Sunway
Malls mengikut ketetapan berikut:

Tarikh Tempat
14 Jun – 2 Julai 2023 Sunway Pyramid, Petaling Jaya
6 – 23 Julai 2023 Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
11 – 27 Ogos 2023 Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya
8 – 24 September 2023 Sunway Big Box Retail Park, Iskandar Puteri
9 – 29 Oktober 2023 Sunway Velocity, Cheras

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput guru dan murid sekolah di bawah tadbir urus
pihak YBhg. Datu/Dr./Tuan/Puan ke Pameran Minecraft Education: Minecraft Mall Discovery bagi
memeriahkan aktiviti yang disediakan sepanjang pameran berlangsung. Mohon jasa baik dan kerjasama
pihak YBhg. Datu/Dr./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan makluman mengenai pameran ini.
Sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datu/Dr./Tuan/Puan dimohon menghubungi pegawai BSTP, Puan
Rabbiatul Najua binti Rosman di talian 03-20818179/ rabbiatul_najua@moe.gov.my atau emailkan
kepada pegawai Microsoft Malaysia, Puan Fairuz Nadira binti Zainal, fzainal@microsoft.com.
Kerjasama YBhg. Datu/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan pameran ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang yang menjalankan amanah,

(ZAINAL BIN ABAS)


Pengarah
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
NAJ/SPTP/MINECRAFT/2023
KPM.600-12/1/1 JLD 26
( (95)
)

SENARAI EDARAN
1. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

2. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

3. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

4. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

5. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

6. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

7. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

8. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

9. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

10. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

11. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

12. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

13. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

14. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur

15. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Putrajaya

16. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Labuan

You might also like