Analisis Temubual

You might also like

You are on page 1of 5

Analisis Temubual

1. Adakah PAK21berfaedah kepada murid ? sebab?

Guru A  Suasana yang seronok


 Belajar daripada pelbagai laluan bukan hanya daripada cikgu/ belajar
dari kawan dan pelbagai sumber.
Guru B  memberi peluang yang banyak kepada murid untuk memberi pendapat

Guru C  memberi peluang kepada murid untuk berkomunikasi dan berkolaboratif


antara satu sama lain
 Lebih berpusatkan murid berbanding dengan cara tradisional yang
berpusatkan guru.
Guru D  …memperkukuhkan hubungan sosial dengan rakan sebaya dan guru-
guru mereka.
 …dipupuk sikap positif terhadap pembelajaran dan dapat menikmati
pengalaman sekolah.
 Ia memberi fokus yang seimbang kepada pembangunan keseluruhan
murid.
Guru E  …memberi peluang yang lebih banyak kepada murid untuk meneroka
ilmu pengetahuan mereka dan berkolaboratif dengan rakan lain dalam
pembelajaran.
 Murid digalakkan untuk menyuarakan pendapat sendiri…
Guru F  …murid memainkan peranan utama dalam pembelajaran mereka.
 …mencari ilmu pengetahuan melalui pelbagai cara, antaranya
pembelajaran secara berkumpulan dan melalui internet.
 … mencari ilmu pengetahuan dengan mereka sendiri dan
bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka.
Guru G  Murid diberi peluang untuk menyampaikan bahan dan idea dengan jelas,
tersusun serta berstruktur yang menghubungkait dengan kemahiran
pembelajaran.
 … mengutamakan kerja dalam pasukan
Guru H  …akan menjadi pembelajaran murid lebih seronok, kreatif…
 … diberi lebih banyak peluang untuk menaakul dan belajar dalam
keadaan yang lebih relaks.
 …meningkatkan motivasi murid, secara tidak langsung pencapaian
murid akan meningkat.

2. Cabaran yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan PAK21 ?

Guru A  Kekurangan masa…membuat perancangan dan semasa pelaksanaan


PAK21 di kelas…
 …murid memberi pendapat atau menjalankan aktiviti kumpulan
selalunya akan ambil masa yang lebih…
Guru B  Masa yang terhad dan kawalan kelas akan terjejas.
 …mengawal murid yang aktif…memerlukan masa untuk kawal kelas…
Guru C  … memakan masa yang banyak.
 guru sentiasa terpaksa menghabiskan silabus dengan cepat kerana
aktiviti-aktiviti koakademik dan kokurikulum peringkat sekolah, daerah
dan negeri dijalankan.
Guru D  … mempunyai jadual yang padat dan terhad dalam mengajar mata
pelajaran akademik… menyebabkan kurangnya masa…
 … PAK21 mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza bagi setiap
pelajar.
 PAK21 memerlukan penilaian yang berkesan untuk menentukan
keberkesanan program ini.
Guru E  … PAK 21 susah dilaksanakan dalam pengajaran kita kerana kekangan
masa.
 … pelbagai jenis aktiviti dijalankan di sekolah…menyebabkan waktu
pengajaran guru dikurangkan dan guru tidak mempunyai masa yang
mencukupi untuk menyampaikan pengajaran
Guru F  Kekangan masa merupakan antara faktor yang memberi kesan negatif
terhadap pelaksanaan PAK 21.
 … guru-guru kadangkala terpaksa menggunakan waktu ini untuk
menguruskan hal-hal kelas…
Guru G  Salah satu cabaran ialah menghadapi kekangan masa.
 … memerlukan masa yang panjang untuk membuat persediaan sebelum
aktiviti dan proses pembelajaran abad ke-21 dilaksanakan.
 … sedangkan alat dan kemudahan yang dibekalkan kepada sekolah-
sekolah adalah tidak mencukupi dan kurang efisien…
 … menghadapi cabaran untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran
pembelajaran abad ke- 21.
Guru H  …guru kekurangan idea, murid tidak berani mencuba, murid tiada
inisiatif, kekurangan bahan bantu mengajar yang sesuai, kekurangan
masa yang diperuntukkan untuk pengajaran.
 Bilangan murid yang terlalu banyak menyebabkan pdpc tidak dapat
dijalankan dengan lancar terutamanya bagi murid tahap 1.

3. Apakah bantuan atau sokongan yang diperlukan oleh cikgu semasa melakukan PAK 21?

Guru A  Bahan bantu mengajar yang sesuai dan sokongan dari ibu bapa memang
diperlukan…
Guru B  Bantuan dan sokongan dari pihak pentakbir dan guru.
 Guru-guru juga perlu selalu mengkongsikan pengalaman dan cara
melaksanakan aktiviti PAK21 supaya semua guru akan lebih
berpengalaman .
Guru C  Sokongan dari segi infrastruktur teknologi amat diperlukan.
 Sokongan daripada PIBG dan ibu bapa amat diperlukan juga.
Guru D  Bimbingan dan latihan: untuk memahami dengan lebih baik bagaimana
melaksanakan program PAK21 secara berkesan.
 Sumbangan dari ibu bapa dan komuniti setempat -: memberikan
sumbangan dalam bentuk tenaga, wang atau sumber daya lain yang
diperlukan untuk melaksanakan program PAK21.
 Sumber rujukan: untuk membantu guru merancang dan melaksanakan
program PAK21.
 Kekuatan kolektif - mengambil inisiatif untuk bekerjasama dan
berkongsi pengalaman dalam melaksanakan program PAK21.
Guru E  Bantuan dari segi alat atau bahan bantu mengajar amat memerlukan.
 …sokongan ibu bapa ataupun pihak lain…
Guru F  … kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekolah amat penting
untuk melaksanakan PAK 21.
 … kolaboratif dengan rakan sekerja lain turut membantu guru untuk
melakukan PAK 21.
Guru G  kursus pembangunan profesional di kalangan guru perlulah mencakupi
kandungan pengajaran PAK 21
 …kolaborasi pihak sekolah, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
dalam mengatasi kekangan yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan
pengajaran abad ke-21 (PAK 21)…
Guru H  Sokongan daripada pihak atasan…
 Sokongan daripada ibu bapa-memahami aktiviti yang dijalankan…

4. Bagi pandangan cikgu adakah perbezaan cara pelaksaanan PAK21 di bandar dan luar
bandar ? jelaskan.

Guru A  Ada perbezaan dari segi kemudahan sekolah.


 Sekolah luar bandar mungkin menghadapi kekurang kemudahan…
Guru B  Dari segi kemudahan, masih terdapt perbezaan di sekolah bandar dan
luar bandar.
Guru C  Di luar bandar, memang kekangan infrastruktur teknologi…
 Aktiviti PAK 21 yang dapat dijalankan di sekolah luar bandar adalah
aktiviti yang berasaskan perbincangan tanpa alat teknologi.
 Di sekolah bandar pula, infrastruktur pula disediakan dan guru tidak
perlu risau kekangan kekurangan alat.
Guru D  Sumber daya: kawasan bandar mungkin mempunyai lebih banyak
sumber daya
 Budaya dan kepercayaan: cara pelaksanaan program PAK21 mungkin
perlu disesuaikan dengan budaya dan kepercayaan setempat.
 Sokongan dan bantuan: Sekolah di kawasan luar bandar mungkin
memerlukan lebih banyak sokongan dan bantuan daripada pihak
berkuasa dan komuniti setempat.
Guru E  Pelaksanaan PAK21 di bandar adalah lebih mudah dengan bantuan
kemudahan.
Guru F  …pelaksanaan PAK 21 di bandar dan luar bandar tidak mempunyai
perbezaan yang besar.
 Namun begitu, dari segi sokongan teknologi, alatan-alatan yang
digunakan di sekolah luar bandar adalah lebih terhad.
Guru G  … berbeza iaitu dari aspek infrastruktur, teknologi dan sumber tenaga
pengajar yang tersedia.
Guru H  Luar Bandar-kekurangan perkhidmatan WiFi…
 Guru perlu membuat lebih banyak persediaan yang bersesuaian dengan
pengalaman murid…

You might also like