You are on page 1of 2

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT

DUN N.45 REPOK @ P.208 Parlimen Sarikei

BANTUAN PAKAIAN, KASUT DAN BEG SEKOLAH OLEH YB DATO’ SRI HUANG
TIONG SII, ADUN N.45 REPOK @ P.208 PARLIMEN SARIKEI TAHUN 2024

YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, ADUN N.45 Repok Sarawak, akan memberi bantuan lagi kepada
murid prasekolah ( 学 前 教 育 班 ), murid Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) serta murid Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) dan Sekolah Menengah
(SM) yang ibu bapa/penjaga tinggal di Kawasan Repok (berdasarkan alamat pada kad
pengenalan ibu bapa/penjaga murid). Setiap murid yang layak akan diberi bantuan ini pada 15
hingga 31 Disember 2023 seperti ketetapan berikut:

1.1 2 helai pakaian sekolah


1.2 Sepasang kasut putih
1.3 Sebuah beg sekolah( hanya untuk murid baharu Prasekolah & Tahun Satu sahaja)

Pemberian bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang berikut:
2.1 Bagi prasekolah(学前教育班), murid yang berumur 4-6 tahun yang sedang bersekolah di
situ, berdasarkan kepada jumlah murid layak pada 15 September 2023.
2.2 Prasekolah tersebut mestilah attached kepada SK dan SJK sahaja (附属学前教育班).
2.3 Bagi SK/SJK, murid-murid yang sedang bersekolah di situ, berdasarkan kepada jumlah murid
layak pada 15 September 2023 dan murid Tahun Satu 2024, dengan kerjasama
prasekolah feeder.
2.4 Pihak SK/SJK perlu memastikan murid Tahun 6 yang layak perlu ditinjau menggunakan
BorangTinjauan Sekolah Menengah.
2.5 Bagi SMK/SM, murid yang sedang bersekolah di situ, berdasarkan kepada jumlah murid layak
pada 15 September 2023.
2.6 Murid yang akan berpindah keluar dari Daerah Sarikei tidak akan dipertimbangkan untuk
menerima bantuan ini lagi.
Pihak sekolah perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, mengisi dan menyerahkan:
3.1 Borang Tinjauan Kelayakan Bantuan Pakaian dan Kasut DSH 2024, dan
3.2 Borang Rumusan Saiz Pakaian dan Kasut dalam google drive (Perhatian: mengisi tapak
sekolah sendiri tanpa mengubah data sekolah lain) yang disediakan,
kepada urusetia sebelum atau pada 30 September 2023 .
Kerjasama dan keprihatinan PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah dan pihak sekolah terhadap pemberian
bantuan ini amat dihargai. Pegawai yang dipertanggungjawab dalam penyelarasan ini ialah Kapitan
Ling Dien Yong (019-8174687), Ms. Wong Zee Yeng (013-8186071) dan Penghulu Huang Tiong
Kang (019-8796691).
Kami berharap ibu bapa/penjaga memahami bahawa tarikh penyerahan tentatif bantuan tersebut adalah
tertakluk kepada bekalan stok yang diterima oleh pembekal pada tempoh tersebut, jika ada sebarang
kelewatan berlaku, kami berharap anak tuan dan puan akan menggunakan pakaian dan kasut sekolah
tahun ini terlebih dahulu, sementara menunggu bantuan pakaian dan kasut baharu diserahkan kepada
anak tuan dan puan. Walau bagaimanapun, kami akan berusaha dengan sedaya-upaya untuk
menyerahkan semua bantuan pakaian dan kasut kepada PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah atau pihak
sekolah mengikut tarikh yang dicadangkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia Pusat Khidmat Wakil Rakyat


DUN N.45 Repok @ P.208 Parlimen Sarikei
8 September 2023
Borang Penentuan Saiz Kasut Dengan Mengukur Panjang Tapak Kaki
(Dari hujung tapak kaki ke ibu jari @ jari telunjuk dalam inci)

Bil Panjang Tapak Kaki(inci) Bilangan Catatan


1 4.0-4.5
2 4.6-5.0
3 5.1-5.5
4 5.6-6.0
5 6.1-6.5
6 6.6-7.0
7 7.1-7.5
8 7.6-8.0
9 8.1-8.5
10 8.6-9.0
11 9.1-9.5
12 9.6-10.0
13 10.1-10.5
14 10.6-11.0
15 11.1-11.5
16 11.6-12.0
17 12.1-12.5
18 12.6-13.0
19 13.1-13.5
20 13.6-14.0
21 41.1-14.5
21 14.6-15.0

You might also like