You are on page 1of 2

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid boleh menghasilkan jawapan tiga daripada empat soalan
pemahaman dengan betul dan tepat.

Kriteria Kejayaan:

Pada akhir pembelajaran, murid boleh menghasilkan jawapan tiga daripada empat soalan
pemahaman dengan betul dan tepat.

3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis
dan kreatif.

Tema: Integriti

Topik: Semangat Membara

1. Set Induksi:

- Murid ditunjukkan dua objek

- Murid diminta membuat pilihan dan memberi alasan mengapa mereka memilih objek tersebut.

2. Perkembangan aktiviti:

- Murid membaca secara senyap dan memahami teks dialog (Buku Teks ms.200).

- Murid dipilih secara rawak melakonkan dialog dalam petikan bertajuk Semangat Membara.

- Murid berbincang dan membina peta pokok tentang kelebihan menyertai oleh raga atau tae kwan
do secara berkumpulan dalam membantu Danish menyelesaikan masalahnya.

- Murid membentangkan tugasan dan menyatakan pilihan yang Danish buat dengan alasan.

- Murid bersoal jawab dengan guru.

- Murid menjawab soalan pemahaman tentang petikan dalam buku tulis.


3. Penutup

- Murid menjawab kuiz mudah berdasarkan petikan yang diberi oleh guru.

Bahan Bantu Mengajar:

1. Petikan bertajuk Semangat Membara.

2. Kertas Mahjong.

3. Lembaran Kerja.

4. Dua objek iaitu payung dan topi

27/29 orang murid dapat menguasai objektif yang ditetapkan manakala 2/29 perlu membimbing
berfokus dari guru.

You might also like