You are on page 1of 10

SEMESTER OKTOBER SESI 2020/2021 (JA202)

GMGA2023 DASAR AWAM

TUGASAN 1 ( KUMPULAN 1)

No Matrik Nama

274995 DONY ANAK RAYMOND KOM

274979 ALOYSIUS ANAK SINGING

275867 MOHD AZIM BIN AWANG IBERAHIM

Pensyarah : ENCIK MOHD NAIM BIN KAMARULZAMAN

Tarikh Penghantaran:
PENCEGAHAN RASUAH : KEBERKESANAAN DASAR SEDIA ADA.

1. PENGENALAN.

1.1 Apakah itu Rasuah?


Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang
dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari
pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah,
keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Transparency International ia
ditakrifkan sebagai "perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam,
termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar
dan tidak sah menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya
kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa
dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka". Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia mengariskan terdapat empat kesalahan
rasuah yang utama iaitu; meminta atau menerima rasuah, menawar atau
memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahguna jawatan atau
kedudukan. Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan
banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan
sepenuhnya maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.

2. ISU DAN MASALAH.

2.1 Ancaman Rasuah.


Jenayah rasuah merupakan ancaman utama kepada negara namun
secara umumnya masyarakat masih menganggap rasuah hanya masalah
moral atau jenayah kecil-kecilan. Banyak contoh negara yang bergolak
dan akhirnya musnah kerana jenayah keji ini contohnya Empayar Rom,
Empayar Uthmaniah dan Dinasti Ming yang tidak terurus pentadbiran
pada zaman pemerintahan mereka menyebabkan tentera dan kakitangan
awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhirnya hancur.
Demikian juga dengan kisah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka akibat
berlakunya amalan rasuah dalam kalangan raja dan pembesarnya.

-1-
Kerajaan Nasionalis Chiang Kai-Shek di China, Presiden Richard Nixon di
Amerika Syarikat, Presiden Marcos di Filipina dan Presiden Mobuto di
Zaire tumbang kerana jenayah yang sama.
“Dalam kita mengejar kemajuan, integriti dan nilai-nilai murni
hendaklah terus dititikberatkan. Beta mahu gejala rasuah terus diperangi
kerana rasuah membebankan rakyat dan meruntuhkan asas sesebuah
negara.” KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta'in Billah 11 Mac 2019.

2.2 Masalah Rasuah Dalam Negara.


Soal selidik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) mendapati 82 peratus responden berpendapat isu
rasuah dan salah guna kuasa di negara berada pada tahap
membimbangkan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM,
Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, pada Hari Antirasuah Tahun 2019
yang diadakan di seluruh negara berkata data itu adalah hasil daripada
soal selidik terhadap responden yang terdiri daripada pelajar, kakitangan
awam dan swasta serta pesara. Menurutnya lagi, responden diminta
menyatakan skala satu sehingga 10 berkenaan gejala rasuah yang
berlaku di tanah air, jika pilihan responden pada skala enam dan ke atas,
diklasifikasikan sebagai tahap serius dan apabila pengiraan dibuat, 82
peratus memilih skala enam dan ke atas.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad
Mohan berkata, daripada 180 negara, Malaysia mencatatkan skor 51
daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun
sebelumnya. Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI)
dunia bagi tahun 2020 jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga 51 pada
2019. Tahap ranking sesebuah negara menunjukkan kedudukan negara
tersebut berbanding negara lain dalam indeks tersebut. Semakin rendah
kedudukan, semakin kurang rasuah berlaku di sesebuah negara itu.
Manakala, skor pula akan menunjukkan persepsi terhadap tahap rasuah di
sektor awam bagi sesebuah negara berada pada skala kosong (tinggi
rasuah) hingga 100 mata (amat bersih). Oleh sebab itu, negara-negara

-2-
yang mempunyai skor mata tinggi akan berada pada tahap kedudukan
lebih tinggi (atas sebab kurang rasuah) berbanding negara-negara skor
rendah.

3. PENCEGAHAN RASUAH: BILA BERMULA DAN DASAR SEDIA ADA.

Usaha pencegahan rasuah secara formal bermula pada tahun 1959 melalui
sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk
menjalankan aktiviti pencegahan rasuah. Siasatan kes rasuah dijalankan oleh
Criminal Investigation Department (Special Crime) yang diletakkan di bawah
Pasukan Polis Diraja Malaysia, manakala, pendakwaan kes-kes rasuah
dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan di Ministry of Justice. Pada 1 Oktober
1967, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditubuhkan bagi menggabungkan agensi-
agensi tersebut dibawah satu bumbung seterusnya pada 29 Ogos 1973, Akta
Biro Siasatan Negara diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan BPR
ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara (BSN). Pada 13 Mei 1982, nama
agensi ini ditukar kembali kepada nama asal iaitu Badan Pencegah Rasuah
(BPR) apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen.
Pertukaran tersebut bertujuan untuk mencerminkan dengan lebih tepat peranan
badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk
mencegah jenayah rasuah. Seterusnya, pada tahun 2008, Parlimen bersetuju
menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan agensi itu seterusnya memperbaiki
persepsi masyarakat terhadap kebebasan dan ketelusan agensi tersebut dalam
pelaksanaan fungsi-fungsinya.

3.1 Sifat-sifat, bentuk-bentuk dan Klasifikasi Dasar Pencegahan Rasuah semasa.


Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 merupakan dasar
antirasuah yang mencerminkan harapan tinggi rakyat untuk negara bebas
rasuah yang mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti.
Dasar ini digubal selaras dengan Artikel 5 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) serta mendapat sokongan daripada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara. Selain
daripada itu, kerjasama dengan myForesight®, Kumpulan Industri-Kerajaan

-3-
bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), telah menghasilkan perancangan
senario antirasuah yang menyeluruh untuk jangkamasa sehingga tahun 2030.
Kerangka dasar dan strategi Pelan ini terhasil daripada siri perbincangan dan
perundingan yang dijalankan dengan sektor awam dan swasta, komuniti
perniagaan dan media, NGO, pakar antirasuah dan ahli akademik. Beberapa
cadangan dan ulasan daripada beberapa inisiatif antarabangsa turut diambil
kira dalam merangka Pelan diatas. Antara inisiatif antarabangsa ini ialah
cadangan oleh negara-negara G20 serta saranan daripada kitaran pertama
dan kedua Kajian Pelaksanaan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Memerangi Rasuah (UNCAC). Bagi memastikan kejayaan
pelaksanaan Pelan ini, banyak aktor telah dikenalpasti untuk tujuan
pelaksanaan inisiatif yang dirancang. Dengan kerjasama pemegang taruh
dalam menentang angkara rasuah kerajaan tekad untuk mewujudkan era
baru yang adil lagi saksama berdasarkan ketelusan, kebertanggungjawaban
dan integriti.

3.2 Aplikasi Teori.


Teori Institusionalisme: Polisi Sebagai Aktiviti yang Institusional.
Teori ini berkaitan dengan kegiatan intitusi kerajaan yang terlibat
secara langsung dalam proses perancangan, pembuatan, pelaksanaan,
penguatkuasaan dan penilalaian. Kerajaan bertanggungjawab untuk
melaksanakan, menentukan dan menguatkuasakan dasar awam sama ada
dalam bentuk peraturan, program, dan terhadap seluruh lapisan masyarakat
dengan kuasa autoriti yang telah diberikan oleh kerajaan. Teori ini adalah
paling sesuai dengan Pencegahan Rasuah ini kerana teori ini telah
membuktikan bahawa institusi-institusi kerajaan boleh membentuk tingkah
laku individu dan kelompok dalam masyarakat secara langsung. Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat dilihat sebagai institusi kerajaan
yang terlibat secara langsung dalam mengubal, merancang dan
menguatkuasakan dasar tersebut. SPRM merupakan institusi kerajaan yang
bebas telah dilantik menerusi penubuhan Akta SPRM 2009 oleh kerajaan
bagi menguatkuasakan dan melaksanakan dasar tersebut dengan
memastikan masyarakat tidak terlibat dengan rasuah. Dasar yang digubal
tidak akan menjadi kenyataan jika tidak dilaksanakan oleh SPRM.

-4-
Pencegahan rasuah merupakan dasar kerajaan yang terlibat secara
menyeluruh atau universal kerana ia merupakan dasar kerajaan yang
ditujukan kepada kepada semua lapisan masyarakat dan ia memberi manfaat
kepada semua.
Dapat kita lihat pihak kerajaan mendapat legimitasi kepada dasar
tertentu seperti, mengharamkan aktiviti salah laku rasuah dari berlaku dan
berluasa di negara ini. Jadi, ia perlulah mendapat sokongan dari pelbagai
pihak bagi mencapai matlamat pencegahan rasuah tersebut. Dasar ini telah
dikuatkuasakan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan
mereka mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman kepada sesiapa
yang melanggar akta tersebut. Dasar ini hanya melibatkan pihak kerajaan
secara menyeluruh kerana kerajaan berkuasa dan berupaya untuk
mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia dan mengarahkan rakyat patuh kepada peraturan yang
telah dikuatkuasakan pada tahun 2009 melalui Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia. Tanpa sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak
terutamanya rakyat, pencegahan rasuah tidak akan berjaya jika masyarakat
tidak menyokong atau patuh kepada Akta SPRM 2009.
Teori ini dapat kita lihat melalui peranan pihak kerajaan sekarang
mahupun kerajaan yang terdahulu dalam melaksanakan dasar tersebut.
Proses tersebut dimulakan dengan Pelan Integriti yang telah dilancarkan
pada tahun 2004 yang menampilkan rancangan terperinci pihak kerajaan
dalam menangani isu rasuah dan kelansungan dasar ini diteruskan dalam
Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun 2010 melalui Bidang
Keberhasilan Utama (NKRA) Banteras Rasuah. GTP ini bertujuan membasmi
dan menangani isu rasuah daripada peringkat paling atas hingga akar umbi.
Program ini mendapat sokongan rakyat dan memberi imej yang positif kepada
kerajaan ketika itu. Program yang dipekenalkan oleh NKRA Antirasuah tidak
hanya memberi fokus kepada masalah rasuah dalam agensi penguatkuasa,
tetapi ia juga memperkuat sistem perolehan kerajaan bagi meminimumkan
peluang salah laku tersebut. Kesan NKRA Antirasuah mendapat kesan
memberansangkan namun pihak kerajaan masih banyak lagi yang perlu
dilakukan bagi menghapus masalah rasuah. Pada tahun 2012 GTP 2.0
dilaksanakan untuk mencapai sasaran tersebut melalui inisiatif dengan

-5-
program yang dilaksanakan dengan lebih terperinci. Walaupun dasar tersebut
telah dilaksanakan dan dikuatkuasakan dengan baik namun sejumlah besar
rakyat dan pihak luar masih tidak percaya bahawa isu rasuah dalam negara
ini telah selesai.
Justeru itu pihak Kerajaan telah mengubal dasar baru bagi
menggantikan Pelan Integriti Negara (PIN) dan ia dinamakan Pelan
Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023. Pelan baru ini dilancarkan bagi
memastikan Malaysia dikenali sebagai negara berintegriti tinggi.
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) yang
dipengerusikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri ke-7 pada 8 Jun
2018 telah memutuskan bahawa satu pelan antirasuah yang menyeluruh
perlu dirangka dengan segera untuk menangani isu berkaitan di negara ini
(2019, Jabatan Perdana Menteri). Pelan Antirasuah Nasional (NACP)
merupakan dasar anti rasuah yang mencerminkan harapan tinggi kerajaan
dan rakyat supaya negara bebas rasuah dengan mengamalkan ketelusan,
bertanggungjawab dan integriti.
Teori Institusionalisme ini jelas menunjukkan dasar pencegahan
rasuah melibatkan aktor-aktor di dalam intitusi kerajaan secara langsung
dalam proses perancangan, pembuatan, pelaksanaan serta penguatkuasaan.
Melalui teori ini, semua aktor yang terlibat mempunyai kuasa yang sah bagi
meluluskan dan melaksanakan dasar pencegahan rasuah tersebut. Melalui
SPRM, dasar tersebut berupaya untuk dilaksanakan dan dapat disampaikan
kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

3.3 Peranan Aktor-Aktor


Rasuah merupakan suatu gejala sosial yang diwarisi hampir dalam
setiap masyarakat sejak daripada mula peradaban. Ia merupakan suatu
amalan yang universal tanpa batasan sempadan, negara, bangsa, kaum atau
adat. Antara punca-punca kenapa amalan rasuah boleh berlaku adalah
disebabkan sifat tamak haloba, integriti rendah, kelemahan tadbir urus,
kelemahan dalam penguatkuasaan dan tarikan untuk mencapai kekayaan
dan kesenangan dengan cepat dan mudah melalui jawatan dan kuasa yang
dimilik.

-6-
3.3.1 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
SPRM bertujuan meningkatkan kecekapan, keberkesanan,
kebebasan dan ketelusan tindakan pencegahan rasuah di Malaysia,
sekaligus menangkis persepsi negatif terhadap entiti pencegahan
rasuah ini yang sebelumnya dianggap tidak bebas dan tidak telus.
SPRM juga Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa
perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan
penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu
sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk
mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah. Selain itu Mendidik
orang ramai untuk menentang rasuah dan memelihara sokongan orang
ramai dalam memerangi rasuah.

3.3.2 Anti Rasuah JPN.


Melaporkan sekiranya terdapat aktiviti rasuah kepada saluran
yang telah disediakan. Identiti pemberi maklumat akan dilindungi di
bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711). Selain
itu, Anti Rasuah (Jabatab Perumahan Negara) JPN memberi
kerjasama sepenuhnya semasa siasatan dijalankan dan melaksanakan
kawalan dalaman berkaitan sebarang kelakuan tidak wajar yang
berlaku di dalam jabatan dan melaporkan secara terus kepada Ketua
Pengarah Pendaftaran Negara; dan Memberi penerangan jelas kepada
semua warga JPN bahawa sebarang pelanggaran tatakelakuan
membolehkan pegawai diambil tindakan di bawah Peraturan Peraturan
Pegawai Awam.

3.3.3 Biro Siasatan Negara.


Ditubuhkan dengan harapan dapat memainkan peranan lebih
berkesan ke arah menghapuskan rasuah dan jenayah di negara ini.
Selain itu, BSN tidak akan dikongkong oleh mana-mana pihak dan
mendapat kebebasan sepenuhnya dalam menjalankan tugas-tugas
tanpa sebarang campur tangan dari kerajaan atau mana-mana pihak
yang tidak berkenaan. Biro ini akan memainkan peranan yang meluas,

-7-
bukan sekadar mengawasi kegiatan rasuah di kalangan kerajaan tetapi
juga badan-badan berkanun, swasta dan kontraktor-kontraktor.

3.3.4 PDRM.
PDRM merupakan unit yang bertanggungjawab kepada
membanteras rasuah dan juga bertindak sebagai unit yang paling
penting. Selain itu PDRM memastikan pelaksanaan membanteras di
kalangan kakitangan bekerjasama bagi menyalukan maklumat atau
melaporkan sebarang salah laku rasuah dalam mana-mana agensi
kerajaan atau agensi swasta. Pihak PDRM juga memastikan penerima
atau pemberi rasuah akan dikenakan tindakan yang sewajarnya atas
kelulusan hakim makhamah salah laku tindakan merasuah mana-mana
pihak.

4.0 KESIMPULAN.

Kerajaan harus meletakkan usaha yang lebih dan memberikan


keutamaan dalam memerangi rasuah untuk kebajikan Malaysia. Dalam
menangani isu tadbir urus, integriti dan antirasuah secara menyeluruh
mencegah jenayah rasuah dalam kalangan masyarakat untuk mencapai
matlamat dan bertindak sebagai suatu kerangka bagi ke arah negara yang
bersih dan hormat tanpa rasuah. Oleh itu cadangan untuk mencegah rasuah
kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk memastikan sumber daya
serta capaianmkepada semua pemegang taruh yang berkenaan untuk
memerangi gejala rasuah.

-8-
RUJUKAN.

Jabatan Perdana Menteri (2019), PELAN ANTIRASUAH NASIONAL2019-2013,


retrieved from: https://www.pmo.gov.my/ms/2019/07/pelan-anti-rasuah-
nasional/

Rasuah. (2020, Disember 13). Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Retrieved 05:10,


Oktober 6, 2021
from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rasuah&oldid=4962420.

SinarHarian.com.my Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57.


Retrieved 11:07, Oktober 9, 2021 from
https://www.sinarharian.com.my/article/121265/BERITA/Nasional/Indeks-
Persepsi-Rasuah-Malaysia-jatuh-ke-tangga-57

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2020). Nota Pencegahan Rasuah:


Rasuah Dihina Maruah Dibina. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Masyarakat
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - Januari 30, 2019. Rasuah di Malaysia pada tahap
serius. Retrieved 09:35, Oktober 9, 2021 from
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/525880/rasuah-di-malaysia-
pada- tahap-serius

You might also like