You are on page 1of 4

TOKOH KELAB DAN PERSATUAN 2022

QAMARINA BINTI AMRAN

Tanggal 08 JULAI 2005 beliau dilahirkan oleh bonda kesayangan di


Hospital Kuala Lumpur dengan ditemani oleh ayahanda tercinta. Bayi yang diberi
nama Qamarina ini merupakan anak bongsu daripada 6 adik-beradik dalam
keluarga En Amran dan Puan Rokiah . Beliau telah mendapat pendidikan awal di
Tadika Sepakat Taman Keramat dan seterusnya memasuki sekolah rendah AU
Keramat. Beliau kemudian menyambung pelajaran di Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5 di SMK Taman Setiawangsa Kuala Lumpur. Sejak dari kecil lagi
beliau menanam impian untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat PHD
dalam bidang sains.

Bermula dari bangku sekolah rendah , minat dan kepimpinan beliau telah
mula terserlah dalam Kelab dan Persatuan sehinggalah beliau memegang
jawatan tertinggi dalam Kelab seni Visual iaitu sebagai Pengerusi Kelab dan Naib
Bendahari Pengawas Sekolah pada tahun 2022.

Pada tahun ini juga, adik Qamarina banyak melibatkan diri dalam
pertandingan-pertandingan yang dianjurkan dan telah memenangi Tempat
Ketiga dalam Pertandingan Bicara Berirama Jejak Juara dan SUHAKAM peringkat
Negeri. Seterusnya beliau juga telah memenangi Tempat Ketiga dalam
Pertandingan Creative Teaser Award MSU National Virtual Infohunt Challenge
2022 di Peringkat Kebangsaan.

Beliau juga amat berterima kasih kepada Cikgu Siti Zarmin kerana memberi
tunjuk ajar untuk menjayakan program Creative Teaser Award MSU National
Virtua Infohunt bersama-sama rakan sekelasnya, serta Cikgu Imi Aira yang tidak
jemu melatih beliau dalam pertandingan Bicara Berirama pada tahun ini.
Memang tidak dapat disangkal lagi, adik Qamarina binti Amran telah dipilih
untuk menerima Anugerah Tertinggi Kokurikulum pada tahun 2022.
TOKOH BADAN BERUNIFORM 2022

PUTERI DAMIA MAISARAH BINTI FAIZAL

Dilahirkan pada tanggal 13 Jun 2005 di Hospital Kuala Lumpur. Merupakan anak
sulung kepada pasangan En Faizal bin Mohamed Yusoff dan Puan Norzilawati
binti Othman. Beliau dibesarkan dan dididik dalam sebuah keluarga yang penuh
kasih sayang. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Setiawangsa, Kuala
Lumpur. Sejak kecil lagi puteri sulung ini telah menunjukkan bakat dan aktif
dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau bercita-cita
tinggi untuk menjadi seorang Juruterbang serta berimpian mendapat straight A’s
dalam peperiksaan SPM nanti.

Bakat beliau semakin terserlah apabila beliau menjejakkan kaki di


sekolah menengah. Beliau aktif dalam sukan olahraga ketika berada di tingkatan
2 lagi. Buktinya beliau mendapat Naib Johan dalam acara 4x400m MSSWPKL
di Peringkat Zon pada tahun 2018. Seterusnya pada tahun 2019, beliau sekali
lagi meraih kejayaan dalam pertandingan bola keranjang anjuran MSSWPKL
dengan menjuarai pertandingan tersebut di peringkat Zon Keramat.

Disamping itu, beliau telah menerima beberapa anugerah dalam


Persatuan badan Beruniform Pandu Puteri tahun 2021. Antara anugerah
yang diperoleh beliau ialah Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri,
Anugerah Pandu Puteri Remaja, ABRSM Grade 5 Violin dan mendapat
tempat Ketiga dalam Pertandingan Bicara Berirama SUHAKAM peringkat
negeri pada tahun 2022.

Dengan itu selayaknya Puteri Damia Maisarah binti Faizal untuk menerima
Anugerah Tertinggi Kokurikulum bagi Tahun 2022.
TOKOH SUKAN 2022

AINUR BATRISYIA BINTI MUHAMAD ZAIRUL

Kelahiran anakanda puteri yang kelima dalam keluarga Encik Muhamad


Zairul dan Puan Norsuzila binti Idris telah menambahkan cahaya kegembiraan
buat mereka. Anak kelima daripada 6 adik beradik ini diberi nama Ainur
Batrisyia. Beliau telah dilahirkan di Hospital Fatimah , Ipoh, Perak. Beliau telah
mendapat pendidikan prasekolah di Tadika TKC Educare Setiawangsa, Kuala
Lumpur. Seterusnya beliau menyambung persekolahannya di SK Setiawangsa
hingga Tahun 6. Puteri Encik Muhamad Zairul ini berazam untuk mengelilingi
dunia suatu masa kelak.

Apabila memasuki sekolah menengah, beliau bergiat aktif dalam sukan


dan kokurikulum. Sejak kecil lagi adik Ainur Batrisyia minat dalam sukan skuasy.
Sepanjang di SMK Taman Setiawangsa beliau mula mengharumkan nama
sekolah dengan pencapaiannya dalam sukan skuasy. Pada tahun 2018, beliau
telah memenangi Tempat Ketiga dalam Kejohanan Skuasy U15 MSSWPKL
seterusnya dapat mewakili MSSM ke peringkat kebangsaan. Pada tahun 2020
sekali lagi adik Ainur telah menjuarai Kejohanan Skuasy U15 MSSWPKL
peringkat negeri . Beliau sekali lagi mengharumkan nama sekolah pada tahun
2022 dengan mendapat pingat Gangsa dalam Kejohanan Skuasy U18 MSSWPKL
seterusnya melayakkan diri ke peringkat MSSM.

Pencapaian beliau yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam


setiap acara yang dipertandingkan melayakkan Nur Ainur Barisya binti
Muhamad Zairul untuk menerima Anugerah Tertinggi Kokurikulum bagi
tahun 2022.
TOKOH PPKI

MUHAMMAD HAKIM AIZAD BIN SABARUDDIN

Muhammad Hakim Aizad bin Sabaruddin telah dilahirkan pada 26 Januari 2005
di Hospital Kuala Lumpur. Beliau adalah anak kepada pasangan Encik
Sabaruddin bin Tarmizi dan Puan Salbiah binti Mohd Taib. Merupakan putera
tunggal daripada 5 orang adik beradik.

Beliau mendapatkan pendidikan awal di Tadika Islam MAWIP Pulapol,. Beliau


kemudian meneruskan persekolahan di SK Polis Depot Kuala Lumpur seterusnya
balajar di SMK Taman Setiawangsa di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI). Beliau sangat aktif dan ceria semasa di sekolah ini dan menjadikan Cikgu
Asri bin Jaafar sebagai idolanya. Beliau juga bercita-cita untuk menjadi seorang
atlet yang berjaya suatu hari nanti.

Keterampilannya dalam kepimpinannya terserlah apabila beliau dilantik


sebagai seorang Pengawas Sekolah. Beliau juga merupakan Pengerusi Pengakap
untuk tahun 2022. Impiannya untuk menjadi olahragawan yang berjaya dalam
bidang sukan, telah mendorong adik Muhamad Hakim untuk bergiat aktif dalam
arena sukan olahraga. Buktinya pelbagai anugerah telah dirangkul oleh beliau
dalam acara olahraga yang pernah disertainya.

Pada tahun 2022, beliau telah mendapat Pingat Gangsa dalam acara
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Pdringkat Zon Keramat. Seterusnya dalam
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas JPWP Peringkat Negeri , beliau juga telah
merangkul pingat Emas dalam acara 4 x 400m dan merangkul pingat emas dalam
4 x 400m Campuran, mendapat pingat Perak dalam acara 200m, serta
memperoleh pingat gangsa dalam acara 100m. Di peringkat Kebangsaan pula,
adik Muhammad Hakim telah memenangi Pingat Perak dalam acara olahraga 4 x
400m Campuran.

Dengan kemenangan yang dicapai oleh adik Muhamad Hakim, pihak sekolah
telah menobatkan Anugerah Kokurikulum Program Pendidikan Khas
Integrasi kepada beliau bagi tahun 2022.

You might also like