You are on page 1of 3

Permainan Tradisional adalah terdiri daripada pelbagai jenis permainan kanak-kanak dan orang

dewasa yang menjadi amalan oleh generasi terdahulu. Permainan yang dimainkan adalah permainan di
halaman rumah seperti Ting-Ting atau di dalam rumah seperti Congkak serta di kawasan terbuka
seperti gelanggang, padang, sungai dan pantai dengan permainan seperti Wau, Gasing, Tiang Licin,
Perahu Jong dan sebagainya.

Saya akan menerangkan tentang permainan Mintubow.

Mintubow atau Main Gasing adalah permainan tradisional masyarakat Melayu dan Bidayuh di
Sarawak. Lazimnya permainan ini dimainkan selepas musim menuai padi dan dipertandingkan antara
kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Pada asasnya gasing diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau
kundang, manakala tali gasing daripada pokok bebaru. Namun pada hari ini tali gasing juga diperbuat
daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan pemain atau lebih
kurang 1 meter. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan “laga telur”
yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan
dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi.
Seutas tali digunakan untuk memusingkan kerana memusingkan dengan tangan kurang ligat dan
pusingan tidak tahan lama.

PERATURAN

Gasing di pegang di tangan kiri, tangan kanan memegang tali. Lilitkan tali pada gasing,
mulai dari bagian kaki gasing atau paksi, sampai badan gasing. Lilit kuat sambil memutar
gasing. Pada hitungan ke-3, semua anak melempar gasingnya ke tanah. Gasing yang
dilempar akan berputar untuk beberapa saat hingga interaksi kakinya dengan permukaan
tanah membuatnya tegak lalu berputar untuk beberapa waktu. Lama-lama putaran semakin
memelan dan momentum sudut dan efek giroskopik berkurang, hingga akhirnya badan
gasing jatuh ke permukaan tanah. Pemenangnya adalah anak yang gasingnya berputar
paling lama.

FAEDAH
Pelbagai faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai hiburan
dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-
idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta
teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana
gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang
rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap
kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan
ini diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan amat jelas
dalam permainan gasing dan ia juga memupuk semangat kekitaan yang tinggi. Permainan gasing
harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah mengekalkan daya kreatif
bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu. Jika usaha gigih diteruskan pasti
suatu ketika nanti gasing akan menjadi permainan yang digemari. Pemulihan permainan ini
diharapkan dapat memaparkan kepada umum tentang warisan bangsa Melayu yang telah
dilupakan agar terus berkekalan.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like