Professional Documents
Culture Documents
Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 4
Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 4
MASALAH MEMBACA
LATAR BELAKANG
Saya telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid
diberi peluang untuk mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan
dan latih tubi yang diberikan. Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan
kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama dengan
melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat
penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul.
PENGENALAN
Masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dilihat melalui aktiviti
bacaan nyaring manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek
bacaan kefahaman. kebiasaan murid akan menyebut sesuatu suku kata semasa
membaca dengan berulang-ulang tetapi masalah ini bukan disebabkan oleh gagap.
Malah terdapat juga murid yang tidak mengenal huruf. Masalah tidak mengenal
huruf ini menjadi punca utama kebanyakkan kanak-kanak gagal membaca dengan
baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid akan menyebut sesuatu
perkataan dengan sesuka hati atau dengan meneka sahaja. Hal ini akan
menyebabkan sesuatu perkataan itu tidak akan bermakna atau berlainan makna.
Selain itu, murid-murid juga seringkali salah sebut huruf atau perkataan.
Salah sebutan ini biasanya terjadi akibat murid-murid ini tidak mengenal huruf
ataupun tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak
bermakna lagi dalam kontek ayat. Permasalahan seterusnya ialah murid-murid suka
membaca huruf, perkataan atau frasa secara terbalik atau songsang. Contohnya
seperti “bala” disebut “laba”.
OBJEKTIF
Bagi memurnikan kajian ini, saya telah menetapkan dua objektif utama iaitu
objektif sampingan dan objektif utama.
Objektif sampingan yang sasarannya untuk meningkatkan kefahaman murid
dalam penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda noktah, tanda koma dan
tanda soalan.
Objekif utama pula mensasaran agar murid dapat membaca dengan lancar
ketika mengunakan tanda baca dan murid dapat membacanya dengan sebutan
serta intonasi yang betul.