You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Jalan Dato’ Hamzah, Karung Berkunci No. 6, 70990 Seremban, Tel 06-7653100 Negeri Sembilan Darul Khusus ac eres Laman Web: jpnns.moe.gov.my Ruj. Kami JPNS.SSTP,700-4/33 Jid.3 (5§) Tarikh : © September 2023 PENGETUA & GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SEMBILAN (u.p.: GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA) Tuan, PELANCARAN BUKU KARYA SASTERAWAN ZA’BA - ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengambil inisiatif dengan melancarkan salah satu karya penulisan ZA’BA menerusi Perhimpunan Bulanan JPNS bertarikh 23 Ogos 2023 (Rabu) di Dataran Perpaduan. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca bertarikh 10 Ogos 2023 yang lalu memutuskan agar ZA'BA diberi penghormatan sebagai tokoh kelahiran tempatan yang wajar ditelusuri Sejarah dan latar belakangnya serta jasa-jasa beliau dalam dunia penulisan dan pengkaryaan. Buku yang berjudul “Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri” Edisi Khas ini dipilih bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan, Program Gerakan Tabiat Membaca Negeri Sembilan dan Program NILAM wajar dibaca dan difahami apakah maksud tersirat dan tersurat serta dijadikan sebagai salah satu bacaan ilmiah ringan di Pusat Sumber Sekolah (PSS). 2h JPNS.SSTP.700-4/33 Jid. 3( SP) 3. Sebarang pertanyaan berkaitan buku ini, sila berhubung dengan Encik Mohd Aiman bin Abdoll Aziz, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPNS di talian 06-6628520 / 017-9588757 atau menerusi emel mohd.aiman@moe.gov.my. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan berkenaan perkara ini amatiah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (DR, Bil Pengarah Pi an Jabatah Pendidikan Negeri Sembilan ‘sitsalwah.sstpjpns700-4/33id3_surat sk 1 Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sembilan 2 Fail SSTP

You might also like