You are on page 1of 7

MANHAJ QIRAAT IMAM WARSY DALAM SURAH AS-SAFF

Ahmad Nurhilmi Bin Mohamad Mansor*


Ahmad Danial Danish Bin Zakaria
Dzulfaidhi Hakimie Bin Dzulraidi
1
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (Email: hilmimansor99@gmail.com)

Abstrak: Riwayat Imam Warsy merupakan cara membaca al-Quran yang tersebar luas di
masyarakat dengan pelbagai perbezaan. Malangnya, orang tidak begitu akrab dengan riwayat
bacaan AlQuran, walaupun mereka mendengar bacaan Al-Quran yang berbeza daripada biasa,
mereka akan menilainya sebagai sesuatu yang asing. Dari fenomena tersebut, perlu diterangkan
kepada masyarakat tatacara membaca al-Quran yang diriwayatkan oleh Warsy, agar tidak timbul
rasa curiga apabila mendengar cara membaca al-Quran yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan
terdapat banyak qiraat Warsy yang terkandung dalam surah ash-Shaff, terdapat 12 bacaan dari segi
manhaj qiraat. 10 bahagian (Usul) qiraat Warsy dan 2 perbezaan bahagian (Farsy al-huruf).
Penulis juga mendapati bagi Warsy terdapat 28 tempat yang berbeza, sehingga al-Quran tidak boleh
dibaca hanya dengan satu versi qiraat.
Kata Kunci: Qiraat, Warsy, As-Saff

533
PENDAHULUAN

Ilmu qiraat adalah salah satu cabang ilmu al-Qur'an yang perlu diberi perhatian serius, kerana ilmu
ini merupakan sumber pengambilan cara baca al- Quran (qiraat) sejak penurunan wahyu hingga saat
kini. Ilmu qiraat senantiasa dijaga, dipelajari, dan dikembangkan oleh ulama secara
berkesinambungan.32 Manna Khalil al-Qattan dalam kitabnya ada menjelaskan tentang tujuh imam
qiraat yang terkenal sebagai ahli dalam qiraat seluruh dunia. Antara imam-imam yang disebutkan
adalah Abu 'Amr, Nafi', 'Asim, Hamzah, al-Kisa'i, Ibn 'Amir dan Ibn Kasir. Akan tetapi di samping
itu para ulama' memilih pula tiga orang imam qiraat yang qiraatnya dipandang sahih dan mutawatir.
Mereka adalah Abu Ja'far Yazin, Ya'qub dan Khalaf. Kesemua sepuluh imam yang tertulis ini adalah
imam-imam qiraat.2 Setiap imam yang di sebutkan namanya dalam kitab Manna Khalil al-Qattan
memiliki dua murid. Murid-murid bagi setiap imam qiraat yang mengembangkan bacaan qiraat yang
telah mereka pelajari pada sepuluh imam qiraat.33

Ilmu qiraat dianggap asing oleh masyarakat Melayu Islam kerana ia tidak dimasyhurkan di
negara kita, sedangkan ia berkembang luas pada zaman Rasulullah SAW dan selepasnya. Sebenarnya
ilmu qiraat bukannya satu ilmu yang asing bagi umat Islam khususnya seluruh dunia. Bahkan al-
Qur'an yang dibaca sekarang adalah qiraat tetapi masyarakat Muslim kita belum mengetahuinya.
Sebagaimana al-Qur'an dan qiraat adalah satu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga
pada ilmu tajwid. Ini bermakna qiraat dan tajwid itu adalah bahagian dari al-Qur'an. Maksudnya jika
seseorang itu membaca al-Qur'an tanpa bertajwid, ia tidak dinamakan al-Qur'an, juga tidak menjadi
suatu ibadah, bahkan ia berdosa di sisi syarak.34

Pada zaman Rasulullah, ia membacakan kepada sahabat-sahabat-Nya dengan tujuh huruf.


Maka berlaku perbezaan dalam bacaan setiap para sahabat dan bertebaranlah para sahabat di dalam
menyebarkan kalimah tauhid ini di seluruh pelosok dunia. Disebabkan perbezaan inilah, maka
generasi tabi'in juga mengalami perkara yang sama hasil dari penyebaran para sahabat Nabi Saw
bacaan- bacaan tersebut. Begitulah seterusnya sehingga sampai ke zaman imam-imam yang agung
dan mereka telah menyusun semula ilmu qiraat dan mengembangkannya dengan lebih tersusun.5

Data muktahir menunjukkan bahwa majoriti kaum Muslim di dunia membaca al-Quran
sesuai dengan riwayat yang diajarkan mazhab Imam 'Ashim riwayat Hafsh, sekalipun ada sebagian
kecil masyarakat Muslim di dunia yang membaca al-Qur'an sesuai dengan mazhab Imam Nafi'
riwayat Warsy atau qiraat Abu Amru riwayat Duri. Fenomena ini cukup menarik untuk diamati
sekalipun menjadi keprihatinan tersendiri. Dari permasalahan ini, penulis ingin mengkaji,
bagaimana sebenarnya manhaj riwayat Warsy, dan bagaimana riwayat Warsy dalam surah As-Saff.

TINJAUAN LITERATUR

Perbandingan Bacaan Al-Qur’an Menurut Riwayat Hafs Dari Imam ‘Asim Dan Riwayat Warasy
Dari Imam Nafi Dalam Tariq Al-Syatibi

Menurut Mohamad Afif Bin Ahmad Rusdin (2021), Kajian ini akan mengkaji "Perbandingan Bacaan
Al-Quran Mengikut Sejarah Hafs Qira'at Imam 'Asim dan Sejarah Warasy Qira'at Nafi' dalam Tariq
Al-Syatibi. Qiraat ialah ilmu yang mengkaji sebutan ayat al-Quran berdasarkan imam qiraat yang

32
Mohd Nazri Abdullah, Manhaj Qiraat Tujuh Beserta Dalil Imam al-Syatibi, (Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.
Bhd, 2007), hlm 1. 2 Ibid. hlm 248-249.
33
Ibid. hlm 5-6.
34
Zuhdi Ismail, “Al-Qiraah Al-Qur'aniyah Dan Lahajat Al-Arabiyah," Jurnal Darul Quran 26 (2022), hlm 134. 5
Muhammad Arshad dan Mohamad Nahi Mohamed Hasbullah, Pengenalan Ilmu Qiraat, (Mesir Al-I'lam Publisher,
2009), hlm 25.
534
telah dipersetujui oleh para ulama. Daripada pelbagai qiraat yang muncul, qiraat al-sab'ah ialah qiraat
mutawatirah (ia tidak boleh menjadi kesalahan Nabi Muhammad SAW). Malangnya, ilmu ini
kebanyakannya hanya dibincangkan secara umum oleh pengulas Al-Quran tanpa meneroka lebih
lanjut. Malah, ilmu ini boleh menjadi salah satu bidang ilmu bebas.

Melalui fakta ini, penulis merasa terharu untuk menjelaskan dengan lebih mendalam
berkaitan dengan ilmu qiraat dengan tepat dengan menyelidik lebih khusus berkaitan dengan dua
qiraat yang kini masih kebanyakannya diamalkan di beberapa negara iaitu qiraat Imam Hafs dan
Imam Warsy. Penyelidikan ini adalah kajian perpustakaan, dan pendekatan yang digunakan adalah
pendekatan kualitatif deskriptif, dengan teknik pengumpulan data yang diperolehi melalui
dokumentasi. Selepas data dikumpulkan, ia kemudian dianalisis menggunakan teknik analisis data,
paparan data dan pengesahan data. Penemuan kajian ini menunjukkan beberapa perkara penting.
Pertama, setiap qiraat mempunyai cara bacaan tersendiri. Kedua, terdapat perbezaan dan persamaan
antara kedua-dua sejarah. Ketiga, daripada perbezaan antara kedua-dua sejarah, jelas bahawa Al-
Quran diperoleh mengikut dialek yang mudah kita ikuti dan kita boleh memilih qiraat mana yang
sesuai dan mudah bagi kita apabila kita mahu membacanya.

Kaedah Bacaan Riwayat Warsy


Muh. Jabir (2007), Mengikut catatan sejarah, qira'ah al-Qur'an, mulai wujud sejak wahyu Al-Quran.
Walau bagaimanapun, tidak sehingga awal abad kedua Hijriyah berlaku perkembangan Al Quran ke
pelbagai negara lain di dunia Islam. Qira'ah diajar dari generasi ke generasi hingga zaman Imam
qira'ah. Majma'ul Buhus (Institut Penyelidikan) Al-Azhar, Kaherah, di dalam kongresnya bertarikh
20-27 April 1971, telah memutuskan bahawa qira'ah al-Qur'an ialah tauqifi daripada riwayat al-
mutawatirah. Atas sebab ini, kongres mencadangkan negeri-negeri Islam tidak baca al-Quran
menggunakan satu jenis qira'ah sahaja, iaitu riwayat Imam Hafs.

Al-Qiraah Al-Qur'aniyah Dan Lahajat Al-Arabiyah


Zuhdi Ismail (2022), Kajian ini menelusuri peranan serta keterlibatan Lahajah ‘Arabiyyah dalam
perbincangan Qira’at Qur’an. Objektif kajian ini untuk mengemukakan hubung kait antara lahajah
tersebut dengan Qira’at al-Qur’an, dan menjelaskan implikasi lahajah itu dalam pembacaan
alQur’an. Metodologi kajian menggunapakai metode induktif dalam pengumpulan data, dan
komparatif dalam perbandingan data dan penganalisisannya. Permasalahan kajian yang
diketengahkan dalam kajian ini tertumpu kepada hubung kait Lahajah dengan Qira’at serta
implikasi hubung kait tersebut. Dapatan kajian mendapati terdapat hubung kait yang signifikan
antara Lahajah ‘Arabiyyah dengan Qira’at al-Qur’an sejak era pertama Islam. Justeru, kajian
tentang pembacaan al-Qur’an serta peranan Lahajah ‘Arabiyyah dalam pembacaannya wajar
diterokai dengan lebih tekun bagi mencari kebenarannya.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Penyelidikan kualitatif bergantung kepada beberapa kaedah
pengumpulan data yang melibatkan penyelidikan dalam kajian. Antaranya ialah kaedah pembacaan
al Quran, buku dan artikel yang berkaitan dengan tajuk kajian dan analisis dokumen tersebut. Ini
dilaksanakan untuk mengenalpasti Manhaj Qiraat Imam Warsy dalam Surah As-Saff.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA


Kajian telah dihasilkan melalui beberapa kaedah iaitu :

i. Pembacaan
535
Penulis telah mengumpulkan banyak maklumat tentang manhaj qiraat Imam Warsy dalam Surah As-
Saff yang terdapat dalam al Quran Qiraat, artikel dan buku-buku. Tambahan pula, bahan rujukan
daripada laman sesawang juga telah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam kajian ini.

ii. Analisis

Setiap maklumat dan bahan yang diperoleh daripada kaedah diatas akan dianalisis terlebih dahulu
oleh penulis secara terperinci. Ini bertujuan untuk memastikan maklumat dan bahan yang digunakan
adalah tepat dan benar.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Dalam bahagian ini, akan dibahas tentang qiraat Warsy yang terdapat dalam seluruh surah as-Saff.
Firman Allah Swt dalam surah as-Saff ayat 1-14.
Manhaj (cara) bacaan Warsy sebagai berikut:
1. Warsy membaca Basmalah dan tanpa Basmalah ketika (saktah dan wasal) antara dua surah.
Dalil asy-Syathibi dalam Bab Basmalah:

‫وصل وسكنت كل )ج( َلياه حصال وفيها خالف )ج( يده واضح الطال وبسمل بي سورتي )ب( سنة‬
2. Pada kalimat-kalimat di atas Warsy akan memindahkan )‫ (نقل‬baris huruf hamzah Qata’ (‫ )ء‬yang

berbaris kepada huruf yang mati (‫ )سكون‬sebelumnya. Contoh: (‫أظلم‬ ‫)ومن‬


ْ menjadi (‫)ومن أظلم‬
َ
Dalil asy-Syathibi dalam Bab Naqal :
35
‫وحرك ل)ورش( كل ساكن اخر صحيح بشكل اهلمز واحدفه مسهال‬
ُِ ‫ ب ِن‬- َُ ‫أنصاري َإل‬ ِ
َ - ‫أنص َار‬
َ ‫ ُكونوا‬- ‫ الﺬي ْأر َس َل‬- َُ ‫ ي ْد َع ٰى َإل‬- ُُۭ ‫أح ُْ ُد‬
ْ ‫اس ُْ ُه‬
ْ -‫غ‬
َ ‫ زاغوا أزا‬- ‫)يَاأي َها‬
(‫ائيل‬
َ ‫إسر‬ْ
3. Pada hukum mad munfasil di atas, Warsy akan membaca dengan 6 harakat.
Dalil asy-Syathibi dalam Bab Mad Wal Qasr :

‫ومفصوله ِف‬ ‫فإن ينفصل فالقصر )ب( ادره طالبا خبلفهما يرويك درا وخمضال كجىء وعن سوء وشاء اتصله‬
36
‫أمها أمره َإل‬
4. Pada hukum mad muttasil seperti (‫ )جاء‬Warsy akan membaca dengan 6 harakat.

Dalil asy-Syathibi dalam Bab Mad Wal Qasr :


37
‫إذا ألف أو ياءها بعد كسرة أو الواو عن الضم لقي اهلمز طوَل‬

35
Al-Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad al-Syatibi al-Ru‟aimiy al-Andalusiy. Matan al-Syatibi al-Musamma Hirz
al-Amani Wa Wajhu al-Tahani fi al-Qira’at al-Sab’ah. Madinah: Maktabah Dar al-Huda, 2010. Hlm 19.
36
Ibid. hlm 14.
37
Ibid. hlm 14. 9 Ibid.
hlm 10.
536
ِ ِ ْ ‫أنُُم – إلي ُكم –ُ جاءهم – ب‬
َ – ‫ َه ْل ُأدل ُك ْم – تنجي ُكم‬- ‫ف َواه ِه ْم‬
‫ب ْم َوال ُك ْم – ٰذل ُك ْم – ُكن ُُْت‬ َ ُ َ ْ َ َّ ‫) َك‬
ِ ‫ ي ْغ ِفر ل ُكم – ذنوب ُكم – وي ْد ِخ ْل ُكم – عد‬-
( ‫وه ْم‬ َُ ْ َ ْ ْ ْ
5. Pada kalimat-kalimat mim jama’ di atas, Warsy akan membaca dengan silah mim jama’ sekiranya
selepas mim jama’ terdapat huruf hamzah Qato’ (‫ )ء‬sahaja. Dalil asy-Syathibi dalam Bab Ummul
Quran:9

(‫فآمنت‬
َ - ‫ومن قبل مهز القطع صلها ل)ورش( هم ( َآمنوا‬
6. Pada kalimat mad badal di atas, Warsy akan membaca dengan 3 wajah madnya iaitu 2,4, dan 6
harakat.
Dalil asy-Syathibi dalam Bab Mad Wal Qasr :

‫ ووسطه قوم‬38‫وما بعد مهز ثابت أو مغري فقصر وقد يروى ل )ورش( مطوَل‬
7. Sekiranya sebelum huruf (‫ )ل‬terdapat huruf (‫ )ص‬atau (‫ )ط‬atau (‫ )ظ‬dan ketiga tiga huruf
tersebut berbaris mati (‫ )سكون‬ataupun berbaris atas (‫ )فتحة‬seperti (‫ )أظلم‬, maka Warsy akan
membaca dengan tebalkan huruf (‫ )ل‬yang berbaris atas (‫ )فتخة‬tersebut sama ada bertasydid
atau tidak.
Dalil asy-Syathibi dalam Bab Lam

‫أو الطاء أو للظاء قبل تنزَل‬ ‫وغلظ )ورش( فتح َلم لصادها‬
39
‫ومطلع أيضا مث ظل ويوصال‬ ‫إذا فتحت أو سكنت كصالهتم‬
ِِ
َ ‫(ت ْؤذون نُ – ي ت – املُِؤ ُْمن‬
(‫ين‬
8. Pada bab Hamzah Mufrad, Warsy akan mengibdalkan huruf hamzah (‫ )ء‬yang terletak pada
wazan (‫ )ف‬fe’el.

Dalil asy-Syathibi dalam Bab Hamzah Mufrad :


12
‫ف)ورش( يريها حرف مد مبدَل‬ ‫إذا سكنت فاء من الفعل مهزة‬
( ‫رى‬ ْ ‫فت َُ ٰى – ِب ُِ ْهل َد ٰى – َو‬
ٰ ‫أخ‬ َ ‫وس ٰى – ا‬
َ ‫) ُم‬
9. Pada kalimat-kalimat di atas, Warsy akan membaca dengan fatah dan taklil pada zawati alya
(‫)ذوات الياء‬ yang dihujungnya bukan huruf (‫ )ﺭ‬seperti (‫)موسى – بِلهدى‬. Tetapi sekiranya
dihujungnya terdapat huruf (‫ )ﺭ‬seperti (‫وأخرى‬ – ‫افَت‬
َ ) maka Warsy akan membaca dengan taklil
sahaja.

38
Ibid. hlm 14.
39
Ibid. hlm 29. 12 Ibid.
hlm 18.
537
Dalil asy-Syathibi dalam Bab Fatah Wal Imalah :

(‫ َخْي ر ل ُك ْم‬- ‫ ) َوُمب ِشرا‬40 ‫كهم وذوات اليا له اخللف )ج(مال‬ ‫وذوا الراء )ورش( بي بي وِف أرى‬
10. Pada kalimat-kalimat di atas, Warsy akan tipiskan huruf (‫ )ﺭ‬yang berbaris atas atau baris depan
dengan syarat :

ُ َّ‫ل‬
a) Sebelum huruf (‫ )ر‬ada huruf (‫ )ي‬yang sukun di dalam satu kalimat seperti (‫ك ْم‬ ‫)خْي ر‬.
َ
b) Sebelum huruf (‫ )ر‬ada huruf yang berbaris bawah di dalam satu kalimat seperti (‫ِشرا‬ ‫)وُمب‬
َ
Dalil asy-Syathibi dalam Bab Ra :
41
‫مسكنة ياء أو الكسر موصال‬ ‫ورقق )ورش( قبل راء وقبلها‬
11. Pada kalimah (‫ )التورىة‬Warsy akan membaca dengan taklil sahaja.

Dalil asy-Syathibi dalam Bab Surah Ali- Imran :


15
‫وقلل ِف )ج(دو وبِلخلف )ب(لال‬ ‫وإضجعك التوراة ما رد حسنه‬
12. Pada kalimat (‫اهلل‬‫ )أنصار‬Warsy akan membaca dengan tanwin pada (‫ )إنصارا‬dan menambah huruf
lam yang berbaris bawah pada (‫)اهلل‬.

Dalil asy-Syathibi dalam Bab Farsy al-Huruf


42
‫وهلل زد َلما وأنصار نوما ْسا‬
KESIMPULAN

Perbezaan qiraat dalam al-Qur’an tidak terlepas dari hikmah yang terkandung di dalamnya, baik
hikmah secara umum mahupun khusus yang berkaitan dengan ayat-ayat hukum. Hikmah secara
umum antaranya, menunjukkan kelebihan umat Nabi Muhammad SAW dari umat nabi-nabi
sebelumnya, kerana kitab suci yang diturunkan kepada umat sebelum Nabi Muhammad SAW hanya
terdiri dalam satu versi qiraat. Juga membuktikan terpeliharanya al-Qur’an dari adanya tabdil
(penggantian) dan tahrif (pengubahan), termasuk berbagai versi qiraatnya. Hikmah secara khusus
yang berkaitan dengan ayat-ayat hukum antaranya, dapat berfungsi menguatkan hukum yang telah
di ijma’kan oleh para ulama, mentarjihkan hukum yang diikhtilafkan oleh para ulama dan menjadi
hujah bagi ulama untuk memperkuat pendapatnya mengenai suatu masalah hukum. Adanya
perbezaan qiraat dalam al-Qur’an, khususnya ayat-ayat hukum, ternyata dapat menambah wawasan
serta memperkaya alternatif bagi kaum Muslimin dalam memahami dan mengamalkan hukum Islam.

40
Ibid. hlm 26.
41
Ibid. hlm 28. 15 Ibid.
hlm 44.
42
Ibid. hlm 86.
538
SENARAI RUJUKAN

Al-Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad al-Syatibi al-Ru‟aimiy al-Andalusiy. Matan al-Syatibi
al-Musamma Hirz al-Amani Wa Wajhu al-Tahani fi al-Qira’at al-Sab’ah. Madinah: Maktabah
Dar al-Huda, 2010.
Ismail, Zuhdi. “Al-Qiraah Al-Qur‟aniyah Dan Lahajat Al-„Arabiyah.” Jurnal Darul Quran
26 (2022).
Mohd Nazri Abdullah. Manhaj Qiraat Tujuh Beserta Dalil Imam al-Syatibi. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd, 2007.
Mohamad Afif Bin Ahmad Rusdin. Perbandingan Bacaan Al-Qur’an Menurut Riwayat
Hafs Dari Imam ‘Asim Dan Riwayat Warasy Dari Imam Nafi Dalam Tariq Al-Syatibi.
Indonesia: Perpustakaan STAIN Kudus, 2021.
Muh. Jabir. Kaedah Bacaan Riwayat Warsy. Indonesia: Universitas Alkhairat Palu, 2007.
Mohd Nazri Abdullah, Manhaj Qiraat Tujuh Beserta Dalil Imam al-Syatibi, (Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd, 2007), 1.
Muhammad Arshad dan Mohamad Nahi Mohamed Hasbullah. Pengenalan Ilmu Qiraat. Mesir:
Al-I’lam Publisher, 2009.

539

You might also like