You are on page 1of 17

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/299155109

Strategi Awal Menghafaz Al-Quran Menurut Abu Dzar Al-Qalamuni

Conference Paper · May 2015

CITATIONS READS

0 9,089

4 authors:

Murihah Abdullah Abdul Hafiz Abdullah


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Teknologi Malaysia
15 PUBLICATIONS 31 CITATIONS 80 PUBLICATIONS 842 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Arieff SALLEH Rosman Mohd Faeez Ilias


Universiti Teknologi Malaysia International Islamic University College Selangor
52 PUBLICATIONS 252 CITATIONS 48 PUBLICATIONS 132 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Full Paper Ibrah Pengajaran dan Pembelajaran Nabi Khaidir Dalam Surah Kahfi View project

Kesan Latihan Mengajar terhadap Perubahan Sikap dari Perspektif Guru Pelatih Diploma Perguruan View project

All content following this page was uploaded by Murihah Abdullah on 21 March 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Strategi Awal Menghafaz Al-Quran Menurut Abu Dzar Al-Qalamuni

Murihah Abdullah
Abdul Hafiz Abdullah
Arieff Salleh Rosman
Mohd Faeez Ilias
murihah16@gmail.com

ABSTRAK

Kewujudan pengajian tahfiz di Malaysia pada masa kini semakin berkembang


pesat. Perkembangan ini disebabkan oleh kesedaran dan permintaan ibu bapa
dalam menerapkan al-Quran kepada anak-anak melalui hafazan. Sekolah tahfiz
berperanan melahirkan pelajar yang mampu untuk menguasai al-Quran dari
segi bacaan, pemahaman, dan hafazan. Dalam pengajian tahfiz, pelajar
memerlukan strategi untuk menghafaz al-Quran. Tanpa strategi, pelajar sukar
untuk mengingat ayat-ayat al-Quran. Kesukaran ini akan memberi kesan
kepada kualiti dari aspek kelancaran dan pengekalan hafazan. Ciri-ciri strategi
menghafaz al-Quran yang berkesan adalah bermula dengan persediaan yang
mantap dan teratur. Justeru artikel ini bertujuan mengenalpasti persediaan
pelajar sebelum menghafaz al-Quran menurut al-Qalamuni dalam karyanya
‘Aunir Rahman fi Hifzil Quran. Hasil penelitian mendapati bahawa al-
Qalamuni membahagikan persediaan sebelum menghafaz al-Quran kepada dua
bahagian, iaitu persediaan luaran dan dalaman. Dapatan kajian ini akan
menjadi panduan buat guru dan pelajar dalam merangka strategi awal
menghafaz al-Quran dengan lebih baik.

Kata kunci: Strategi menghafaz, al-Qalamuni, tahfiz, ‘Aunir Rahman fi Hifzil


Quran

1
1.0 Pengenalan

Al-Quran adalah kalamullah wahyu terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT kepada
Nabi Muhammad saw. Al-Shabuni (1996) dan al-Zarqani (t. th) mendefinisikan bahawa al-
Quran ialah kitab Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui
malaikat Jibril a.s. dalam bahasa Arab. Membacanya merupakan suatu ibadah yang diberi
ganjaran pahala. Al-Quran disampaikan kepada umat manusia secara mutawatir yang dimulai
dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah al-Nas.

Al-Quran membenarkan ajaran syariat dan menyempurnakan ajaran Allah SWT pada
kitab sebelumnya. Al-Quran yang disusun dalam bahasa Arab mengandungi hukum hakam
asasi yang tidak berubah-ubah, ajaran moral dan nilai yang sempurna, dan pembangunan
masyarakat yang luas. Oleh kerana itu, kandungan al-Quran merupakan suatu ajaran yang
universal dari pelbagai aspek sama ada material, spiritual, jasmaniah, rohaniah, dunia dan
akhirat (Rasyid Ridha, 1991; Abu Mazaaya, 1996).

Penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw umumnya adalah dalam rangka
menyelesaikan seluruh permasalahan yang dihadapi umat manusia. Dalam al-Quran, terdapat
penceritaan tentang generasi yang terdahulu sebagai peringatan; perintah dan larangan kepada
generasi sekarang sebagai panduan, dan penjelasan tentang hidup akan datang (Al-Sya’rawi,
1984). Oleh kerana itu, al-Quran merupakan rahmat kepada seluruh alam dan sesuai dirujuk
sepanjang zaman.

Allah SWT memberi jaminan bahawa al-Quran adalah kitab yang terpelihara dan
tidak wujud lagi kitab sesudah al-Quran. Selama tempoh 23 tahun penurunan al-Quran, ianya
menunjukkan kitab yang terpelihara kesuciannya dari sebarang bentuk noda dan dusta, serta
tanpa sebarang penambahan dan pengurangan sehingga hari kiamat (M. Quraish Shihab,
2007; Muzayyanah, 2009). Begitulah kesempurnaan al-Quran yang Allah telah ciptakan.
Keterangan di atas telah dinyatakan dalam al-Quran surah al-Hijr ayat 9:

‫ۥ‬

Terjemahan: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan
menjaganya.”

2
2.0 Tinjauan Literatur

Pendidikan al-Quran merupakan salah satu bidang teras dalam mendalami agama
Islam. Secara umumnya, pendidikan al-Quran bermula dengan pembelajaran paling asas
tentang al-Quran seperti mengenal huruf hijaiyah dan mengeja, membaca dan mempelajari
hukum tajwid, serta mengkhatamkan al-Quran. Formaliti tahap awal pendidikan al-Quran ini
sebagai asas utama bagi setiap muslim sebelum meneroka tentang ilmu al-Quran yang lain.
Selain itu, pendidikan al-Quran turut meliputi aspek yang lebih mendalam seperti ulumul
Quran, ilmu tafsir, asbabun nuzul, ilmu Qiraat, hafazan dan sebagainya.

Perkembangan Islam di zaman Rasulullah saw bermula dengan pendidikan.


Pendidikan pada zaman Rasulullah SAW menunjukkan tahap-tahap kemajuan pemikiran
untuk mengubah sikap, pandangan hidup, dan kelakuan manusia. Pendidikan tersebut
memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam dan pendidikan Arab
jahiliah (Ahmad, 2008).

2.1 Sejarah Pendidikan Tahfiz di zaman Nabi Muhammad SAW

Penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw merupakan titik permulaan


bermulanya pendidikan Islam. Al-Quran yang merupakan sumber rujukan utama diwahyukan
kepada Rasulullah saw secara beransur-ansur. Kenyataan ini telah disebut di dalam al-Quran
surah al-Insan ayat ke 23:

Terjemahan: ”Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai


Muhammad), dengan beransur-ansur.”

Berdasarkan ayat tersebut menunjukkan bahawa penurunan al-Quran secara


berperingkat merupakan sebahagian daripada perancangan Allah SWT. Bentuk penurunan
secara berperingkat adalah berlainan dengan kitab-kitab samawi yang terdahulu. Kitab-kitab
lain diturunkan sekali gus kepada nabi-nabi terdahulu (al-Shabuni, 1996). Hal ini kerana

3
kebanyakan daripada nabi-nabi terdahulu tahu membaca dan menulis (Al-Shabuni, 1996;
Subhi Salleh, 1977).

Terdapat beberapa hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur. Pertama, ayat-


ayat al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW berdasarkan kepada sesuatu kejadian atau
peristwa yang berlaku (Ibn Kathir, 2004). Bentuk penurunan bertujuan untuk mengukuhkan
lagi jiwa baginda SAW bahawa Allah sangat mengambil berat dan sentiasa memberikan yang
sempurna terhadap baginda (Muzayyanah, 2009). Setiap kali Jibril menyampaikan wahyu
kepada baginda SAW, mereka memperbaharui hubungan mesra serta Jibril mengajarkan
risalah daripada Allah SWT. Oleh kerana itu, jiwa Rasulullah SAW merasa seronok dan
menguatkan azam baginda untuk berjuang (Subhi Salleh, 1977). Firman Allah SWT dalam
surah al-Furqan ayat 32:

‫ۦ‬

Terjemahan: ”Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan Al-
Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)? Al-Quran
diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan
hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu
dengan teratur satu persatu.”

Berdasarkan ayat di atas menunjukkan bahawa hikmah penurunan al-Quran secara


beransur-ansur adalah untuk memperteguhkan hati Rasulullah dengan al-Quran, bersesuaian
dengan kejadian dan peristiwa serta hukum-hakam yang diperlukan oleh umat Islam (Ibn
Kathir, 2004).

Selain itu, melalui bentuk penurunan al-Quran yang beransur-ansur


mempermudahkan baginda menghafaz ayat al-Quran yang telah disampaikan. Oleh kerana
baginda tidak tahu menulis dan membaca, maka Allah menurunkan ayat-ayat al-Quran sedikit
demi sedikit agar baginda senang menghafaznya (Al-Shabuni, 1996). Secara keseluruhannya,
orang Arab di zaman turunnya al-Quran ialah orang yang tidak pandai membaca dan menulis.
Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Jumuah ayat 2:

4
‫ۦ‬ ۧ

‫َو‬

Terjemahan: ”Dialah (Allah) yang telah mengutuskan dalam kalangan orang (Arab) yang
Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dalam bangsa mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan
kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan
mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai
hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad)
itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”

Semasa kelahiran Islam, hanya 17 orang sahaja orang Quraish yang pandai membaca
dan menulis. Antara mereka ada yang memeluk agama Islam dan kemudian menjadi penulis
wahyu kepada Nabi SAW (Al-Shabuni, 1996). Setiap kali baginda menerima wahyu, baginda
akan terus menghafaz dan mengamalkannya. Pada peringkat awal, Nabi Muhammad SAW
mengajak Abu Bakar memeluk Islam dengan membacakan beberapa ayat al-Quran.
Kemudian, Abu Bakar membawa teman-teman terdekat menemui baginda seperti Uthman b.
Affan, Abdul Rahman b. Auf, Zubair b. Awwam, Talhah dan Saad b. Abi Waqqas. Nabi
SAW membacakan al-Quran kepada sahabat-sahabat baginda agar mereka juga dapat
menghafaz dan memantapkannya (Ahmad Don, 1991; al-Azami, 2005; al-Zarqani, t.th).

Para sahabat saling berlumba dalam membaca dan mempelajari al-Quran. Sebahagian
sahabat menghafaz keseluruhan al-Quran, manakala sebahagian yang lain menghafaz
sebahagiannya (Al-Nawawi, t.th). Segala kemampuan mereka curahkan untuk menguasai dan
menghafaz al-Quran. Mereka mengajarkan al-Quran kepada isteri, anak-anak dan ahli
keluarga yang lain di rumah masing-masing. Jika ada orang yang melintasi kawasan
kediaman mereka di malam yang gelap gelita, maka akan kedengaran alunan al-Quran ibarat
gema suara kumbang. Pada suatu ketika, baginda SAW melalui perkampungan kaum Ansar,
beliau berhenti dari satu rumah ke satu rumah dan beliau mendengar al-Quran dialunkan (al-
Shabuni, 1996). Nabi Muhammad SAW menganjurkan kepada para sahabat agar sentiasa
menghafaz al-Quran dan membacanya dalam solat mahupun di luar solat (Ahmad Don,
1991). Baginda mengajar para sahabat agar istiqamah menghafaz dan mengulang-ulang
sehingga sebati dalam ingatan (Manna' Khalil Qattan, t.th).

5
Kemampuan para sahabat menghafaz disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya
kecintaan mereka terhadap al-Quran dan gemar membacanya; lingkungan persekitaran
semulajadi; fitrah mereka bersih sekaligus menjadikan ingatan mereka kuat; dan kehidupan
mereka yang bersederhana (Abbas, 2010). Di samping itu, antara ciri al-Quran itu sendiri
ialah kitab suci yang mudah untuk dihafaz, diingat dan difahami (al-Qaradhawi, 1999). Hal
ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah al-Qamar ayat 17:

Terjemahan: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk


menjadi mrngingat (peringatan dan pengajaran), maka adakah sesiapa yang mahu
mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”

Nabi Muhammad SAW menyampaikan al-Quran kepada para sahabat dengan baik
dan terpuji. Baginda sebagai model ikutan umat Islam sentiasa mengajak para sahabat
melakukan setiap perkara yang diperintahkan Allah dengan melakukan perkara tersebut pada
diri beliau terlebih dahulu (Kamarul Azmi dan Ab.Halim, 2007). Proses pembelajaran al-
Quran pada masa itu menjadi mudah kerana guru tersebut adalah individu yang melakukan
seperti yang diajarkan (Muzayyanah, 2009). Baginda digelar penghulu kepada penghafaz al-
Quran (sayyid al-huffaz) (Subhi Salleh, 1977). Oleh kerana itu, jelaslah menghafaz al-Quran
merupakan amalan Rasulullah SAW dan para sahabat untuk mempelajari dan menjaga al-
Quran. Tradisi ini perlu dikekalkan dengan kekuatan dan semangat dalam kalangan umat
Islam (Israr Ahmed, t.th).

Usaha untuk menjaga dan menghafaz al-Quran semakin giat berlaku dalam kalangan
umat Islam di Malaysia. Hal ini dapat dilihat berdasarkan perkembangan kemunculan pusat
pengajian tahfiz di seluruh negara yang semakin pesat. Kesedaran umat Islam terhadap
kepentingan dan kelebihan menghafaz al-Quran mendorong ibubapa menghantar anak-anak
mereka ke pusat pengajian tahfiz bagi memenuhi keperluan ilmu agama.

6
2.0 Penyataan Masalah

Pada zaman moden kini, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memelihara al-Quran
antaranya pendigitalan, penerbitan dan percetakan di mushaf dan sebagainya. Namun, usaha-
usaha ini hakikatnya hanya merupakan usaha sekunder. Hal ini kerana tidak ada jaminan
bahawa peralatan atau bahan tersebut boleh selamat daripada kerosakan. Manakala usaha
primer untuk memelihara al-Quran adalah tetap terletak pada dada dan ingatan umat Islam
yang menghafaz dengan ikhlas dan tulus. Para penghafaz al-Quran akan dapat mengetahui
kejanggalan atau kesalahan dalam sesebuah penulisan al-Quran dengan cepat (Abu Mazaaya,
1996; Sedek Ariffin et al, 2013; Sa’dullah, t.th). Walaubagaimanapun, tidak semua umat
Islam mampu untuk menghafaznya (Israr Ahmed, 1993).

Menghafaz al-Quran adalah suatu tugas yang berat. Pelajar yang menceburi bidang
hafazan al-Quran mempunyai tanggungjawab untuk menjaga hafazan sepanjang masa.
Displin ilmu ini sangat berbeza dengan displin ilmu yang lain yang akan tamat setelah
mendapat keputusan peperiksaan. Tetapi hal ini tidak berlaku kepada pelajar yang menghafaz
al-Quran. Sebaik sahaja pelajar selesai menghafaz al-Quran dan melalui peperiksaan, maka
hakikatnya tugas sebenar sebagai penghafaz al-Quran (Hamilul Quran) baru bermula (Abu
Mazaaya, 2010).

Menghafaz al-Quran merupakan salah satu daripada reka bentuk pembelajaran


berpusatkan pelajar. Dalam reka bentuk ini, pelajar bertanggungjawab (autonomous) atas
pembelajaran masing-masing berdasarkan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Guru
hanya bertindak sebagai fasilitator manakala dalam sebahagian besar pembelajaran, pelajar
yang perlu aktif dalam menghafaz al-Quran (Jo dan Peter, 1996). Meskipun terdapat pelajar
yang mampu mengatur pembelajaran sendiri dengan baik, namun secara umumnya
kebanyakan pelajar perlu diajar tentang strategi dan kaedah dalam mengatur pembelajaran
mereka sendiri (Virginia dan Louise, 2007). Oleh kerana itu, pendedahan serta penekanan
kepada strategi dalam menghafaz al-Quran amat diperlukan, agar pelajar dapat menghafaz
dengan sistematik.

Langkah pertama dalam strategi yang baik adalah aspek persediaan sebelum
memulakan pembelajaran (Abu Najihat, 2002; Azmil Hashim, 2010; Stephen dan Amanda,
2011). Persediaan (readiness) sebelum memulakan pembelajaran merupakan strategi pertama

7
dan sangat penting yang mesti dilakukan oleh pelajar dalam menghafaz al-Quran bagi
persiapan mental dan jiwa (Abu Mazaaya, 2010).

Al-Zarnuji (2004), seorang tokoh Pendidikan Islam abad pertengahan melihat faktor
persediaan sebagai elemen mental afektif yang harus ada pada pelajar supaya mereka dapat
belajar dengan lebih baik. Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) menyatakan bahawa antara
strategi yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah persiapan diri dalam
menerima dan memahami ilmu secara beransur-ansur. Kesan persediaan memberi manfaat
kepada pelajar dalam mencambahkan minat, menghafaz dengan mudah dan tidak mudah lupa
(Mohd Yusuf, 2004). Persediaan yang rapi sebelum pembelajaran turut menyumbang kepada
pencapaian yang lebih baik serta kesan yang lebih memberansangkan (Judy et.al, 2008;
Stephen dan Amanda, 2011). Oleh kerana itu, aspek persediaan pelajar sebelum menghafaz
al-Quran perlu dikaji dan diteliti secara khusus bagi kelangsungan proses pelajar menghafaz
sekaligus menyumbang kepada usaha pemeliharaan al-Quran.

4.0 Objektif dan Batasan Kajian

Secara umumnya, artikel ini bertujuan meneroka strategi sebelum menghafaz menurut
pandang al-Qalamuni. Artikel ini terhad kepada melihat strategi awal sebelum menghafaz.
Lain-lain strategi seperti strategi semasa dan selepas menghafaz tidak termasuk dalam skop
perbincangan. Selain itu, penulis hanya membincangkan berdasarkan karya ‘Aunir Rahman fi
Hifzil Quran.

5.0 Metodologi Kajian

Artikel ini menggunakan instrumen analisis dokumen. Dokumen yang dipilih ialah
‘Aunir Rahman fi Hifzil Quran karya Abu Dzar al-Qalamuni. Pemilihan buku ini adalah
disebabkan keunikan yang diketengahkan oleh penulis tentang teknik menghafaz al-Quran.
Analisa data dibuat secara kualitatif dengan dua tema yang terhasil daripada penemuan
kajian.

8
6.0 Penemuan Dan Perbincangan

Berdasarkan kepada penelitian pengkaji terhadap kitab yang dipilih, Abu Dzar al-
Qalamuni (1996) telah menggariskan beberapa langkah sebelum menghafaz al-Quran.
Terdapat dua aspek utama yang diketengahkan, iaitu persediaan luaran dan persediaan
dalaman seperti dalam Rajah 1.0.

6.1 Persediaan Dalaman

Persediaan dalaman sebelum menghafaz melibatkan persiapan mental dan kehendak


yang lahir dari dalam diri pelajar. Antara elemen dalam persediaan dalaman sebelum
menghafaz adalah mencintai al-Quran, melazimi zikir, dan sentiasa berdoa’.

i. Mencintai al-Quran

Elemen yang utama sebelum pelajar mula menghafaz al-Quran ialah perasaan
mencintai al-Quran (al-Mayl). Pelajar hendaklah dengan sepenuh jiwa mencintai al-Quran
dan berkehendak untuk menghafaz dengan ikhlas tanpa niat yang menyimpang. Apabila
perasaan ini hadir dalam diri, jiwa yang menghafaz al-Quran dapat merasakan rasa
nikmat, keagungan dan kebesaran Allah (Al-Qalamuni, 1996). Elemen ini menjadikan
pelajar meletakkan perhatian yang tinggi terhadap hafazan al-Quran, bahkan menjadi
pendorong untuk terus menghafaz ketika cabaran mendatang. (Abu Mazaya, 2010).

ii. Melazimi zikir

Pelajar yang menghafaz al-Quran perlu melazimi zikir untuk pembersihan jiwa.
Zikir terbahagi kepada 3 waktu utama, iaitu watu pagi, petang, dan sebelum tidur. Zikir
bertujuan untuk memelihara diri daripada sebarang gangguan. Antara gangguan yang
dimaksudkan ialah bisikan syaitan, kerana zikir adalah musuh bagi syaitan (Al-Qalamuni,
1996). Zikir kepada Allah telah disebutkan dalam firmanNya dalam surah al-Anfal ayat
45.

‫َو‬

9
Terjemahan: “Sebutlah serta ingatilah Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu berjaya
(mencapai kemenangan).”

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah menyatakan bahawa zikir merupakan salah
satu usaha yang dalam menempa kejayaan. Elemen ini sememangnya amat diperlukan
oleh pelajar yang menghafaz al-Quran agar niat untuk berjaya menghafaz sentiasa
terpelihara hanya kerana Allah.

iii. Sentiasa berdoa’

Doa adalah senjata dalaman bagi seorang muslim. Doa juga merupakan suatu bentuk
pengabdian diri kepada Allah SWT, mengakui kelemahan diri, berserah serta merintih
kepada Allah memerlukan kekuatan untuk menghafaz (Al-Qalamuni, 1996). Firman
Allah SWT dalam surah al-Mu’min ayat ke 60 menjadi tunjang dalam langkah ini.

Terjemahan: “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu


nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Berdasarkan ayat di atas menunjukkan doa adalah kurniaan daripada Allah


SWT kepada semua hambaNya, serta jaminan untuk mengabulkan doa tersebut (Ibn
Kathir, 2004). Oleh yang demikian, pelajar yang menghafaz al-Quran perlu sentiasa
berdoa agar dipermudahkan dalam menghafaz serta dapat menjadi Hamilul Quran.

6.2 Persediaan Luaran

Persediaan luaran sebelum menghafaz al-Quran melibatkan persiapan fizikal dan


latihan (tarbiah) diri pelajar. Antara elemen dalam persediaan dalaman sebelum menghafaz
adalah melazimi amalan sunat, berada di majlis yang menghidupkan al-Quran, dan
menggunakan mushaf yang sama. Selain itu, al-Qalamuni turut menggariskan untuk pelajar
agar tidak mengabaikan tilawah sebelum menghafaz, menunaikan solat sunat dan sentiasa
dalam keadaan berwudhu’.

10
i) Melazimi amalan sunat

Bagi pelajar yang ingin memulakan hafazan al-Quran, mereka digalakkan


untuk mensyaratkan diri melazimi amalan sunat. Antara amalan sunat yang boleh
dipraktikkan ialah puasa sunat, menghidupkan malam (qiyamullail), sedekah, dan
sebagainya (Al-Qalamuni, 1996). Puasa sunat dapat melatih pelajar agar menjaga diri
daripada perkara yang mencacatkan kemuliaan ibadah seperti marah, bergaduh dan
sebagainya. Qiyamullail pula bertujuan untuk menyucikan jiwa. Selain itu, pada
waktu hening malam, hati lebih mudah menerima sesuatu yang suci iaitu hafazan ayat
al-Quran (Al-Nawawi, t.th). Simboliknya, amalan-amalan sunat ini menguji
kemampuan pelajar untuk menahan nafsu dan syahwat, menambah daya dan kekuatan
pelajar untuk mengendalikan nafsu, serta membenihkan sifat-sifat terpuji (Abu
Mazaya, 2010).

ii) Berada di majlis yang menghidupkan al-Quran

Pelajar yang ingin menghafaz membiasakan diri dengan majlis yang


menghidupkan al-Quran (Al-Qalamuni, 1996). Kesannya dapat dirasakan oleh pelajar
di mana mereka terbiasa dengan suasana sedemikian. Di samping itu, majis-majlis
sebegini dapat membantu pelajar menghidupkan hati, serta menjauhi majlis yang
tidak mendatangkan manfaat kepada penghafaz, apatah lagi majlis maksiat (Al-
Nawawi, t,th).

iii) Menggunakan satu mushaf sahaja

Penggunaan satu mushaf bagi pelajar untuk menghafaz al-Quran adalah


bertujuan untuk membantu dalam proses mengingat kembali secara visual (visual
memory) (Al-Qalamuni, 1996). Dalam pengajian tahfiz, pelajar bukan hanya perlu
menghafaz setiap kalimah dalam ayat, bahkan pelajar juga perlu mengingat susun atur
al-Quran seperti nombor dan halaman muka surat, lokasi ayat yang dihafaz, dan
sebagainya. Selain itu, terdapat tanda-tanda yang perlu digariskan bagi ayat-ayat yang
sukar untuk menghafaz. Oleh kerana itu, penggunaan mushaf yang sama amat perlu
bagi pelajar. Hal ini akan memudahkan pelajar untuk mengingat kembali dalam
simpanan memori (memory storage) (Sa’dullah, t.th). Sekiranya pelajar menggunakan

11
mushaf yang berbeza, kesannya proses menghafaz akan terganggu dan keliru (M.
Taqiyul Islam, t.th).

iv) Tidak mengabaikan tilawah sebelum menghafaz

Tilawah merupakan nadi kepada hafazan. Pelajar tidak boleh menggesa diri
untuk menghafaz dengan cepat selagi belum membaca dan mengulang bacaan
berulang kali. Hal ini hakikatnya memberikan kesan jangka panjang, di mana semakin
banyak pembacaan dan pengulangan yang dibuat, semakin kuat hafazan al-Quran
dalam ingatan. Waktu yang baik untuk memulakan tilawah adalah di permulaan hari,
iaitu di waktu pagi (Al-Qalamuni, 1996; Abu Mazaya, 2010). Sebelum memulakan
tilawah, pelajar hendaklah membaca doa sebelum menghafaz, membaca isti’azah dan
basmalah (al-Qalamuni, 1996; Abu Najihat, 2002; Mohd Yusuf, 2004; Al-Nawawi,
t.th). Langkah ini bertepatan dengan ayat daripada surah Al-Nahl ayat 98:

Terjemahan: “Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau
terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena
rejam.”

v) Menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum menghafaz

Al-Qalamuni (1996) turut berpendapat bahawa sebelum pelajar memulakan


hafazan, pelajar digalakkan menunaikan solat dua rakaat terlebih dahulu bagi
menyiapkan dan memohon pertolongan daripada Allah.

vi) Sentiasa berada dalam keadaan wudhu’

Pelajar digalakkan melazimi diri berada dalam keadaan berwudhu’ setiap


waktu (Al-Qalamuni, 1996). Kesan membiasakan diri berada dalam keadaan
berwudhu’ ialah pelajar sentiasa berada dalam keadaan suci. Situasi ini membolehkan

12
pelajar sentiasa berdamping dengan al-Quran tanpa halangan, sekaligus pelajar dapat
membaca al-Quran tanpa terikat pada waktu kelas. Meskipun jika tiada air, maka
pelajar perlu berusaha untuk bertayammum (Al-Nawawi, t.th).

Berdasarkan kepada persediaan dalaman dan luaran yang telah


diklasifikasikan oleh al-Qalamuni (1996), elemen-elemen tersebut dapat diringkaskan
merujuk kepada Rajah 1.0.

PERSEDIAAN SEBELUM MENGHAFAZ


MENURUT AL-QALAMUNI

Dalaman Luaran

Mencintai al- Melazimi zikir Melazimi Tidak mengabaikan


Quran amalan sunat tilawah sebelum
menghafaz

Menggunakan Berada di majlis yang


Sentiasa berdoa’ satu mushaf menghidupkan al-
sahaja Quran

Sentiasa berada Menunaikan solat


dalam keadaan sunat 2 rakaat
wudhu’ sebelum menghafaz

Rajah 1.0 Persediaan sebelum Menghafaz al-Quran Menurut al-Qalamuni

Secara keseluruhannya, gabungan antara kedua-dua bentuk persediaan dapatlah


dirumuskan bahawa persediaan sebelum menghafaz merangkumi dua ciri utama. Ciri pertama
adalah membina hubungan dan menjaga adab dengan Allah SWT, manakala yang kedua ialah
penyucian jiwa (tazkiyatun nafs)

13
7.0 Kesimpulan

Berdasarkan penemuan dan perbincangan, penulis dapat menyimpulkan bahawa


persediaan yang perlu dilakukan oleh pelajar sebelum menghafaz terbahagi kepada dua
elemen, iaitu 1) persediaan luaran, dan 2) persediaan dalaman. Hasil gabungan dua elemen ini
merangkumi dua ciri utama, iaitu 1) membina hubungan dan menjaga adab dengan Allah, dan
2) penyucian jiwa (tazkiyatun nafs). Persediaan yang telah digariskan menurut al-Qalamuni
ternyata bersesuaian dan selari dengan sifat Al-Quran, iaitu kitab yang suci dan perlu
dimuliakan. Oleh kerana itu, persediaan pelajar sebelum menghafaz al-Quran perlu direncana
dengan baik oleh pelbagai pihak termasuk guru, dan pelajar itu sendiri agar objektif untuk
memelihara al-Quran dapat dicapai.

14
Rujukan

Abbas, Fadal Hassan (2010). Wacana al-Quran. Kuala Lumpur: PTS Islamika.
Abu Mazaaya (2010). Kaedah Mudah dan Cepat Menghafaz al-Quran. Kuala Lumpur: al-
Hidayah Publisher.
Abu Mazaayaa (1996). Panduan Menghafal al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Abu Najihat (2002). Panduan bagi Hafiz Hafizah dan Qari dan Qariah. Selangor: Darul
Iman.
Ahmad Don Denffer, (1991). Ulum al-Quran: An Introduction to the Sciences of the Quran.
Kuala Lumpur: The Islamic Foundation.
Ahmad Mohd Salleh (2008). Pengajian Agama Islam & J-Qaf. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Al-Azami, Muhamad Mustafa (2005). Sejarah Teks Al-Quran Dari Wahyunya Sampai
Kompilasinya. Jakarta: Gema Insani Press.
Al-Nawawi (t.th). al-Tibyan fi Adabi Hamlatil Quran.
Al-Qalamuni, Abu Dzar (1996). 'Aunir Rahman fi Hifzil Quran. Kaherah: Maktabah Turath
al-Islamiy.
Al-Qaradhawi, Yusuf (1999). Berinteraksi dengan al-Quran. Jakarta: Gema Insani.
Al-Shabuni, Muhammad Ali. (1996). al-Tibyan fi Ulumil Quran. Beirut: ‘Alam al-Kutub.
Al-Sya’rawi, Muhammad Mutawalli (1984). Mukjizat al-Quran. Terjemahan Mustafa
Mahdamy. Bandung: Penerbit Risalah.
Al-Zarnuji (2004). Ta’lim al-Mutaallim Thariq al-Ta’alum. Sudan: Dar al-Sudaniah lil
Kutub.
Al-Zarqani, Muhammad Abdul Azim (t.th). Manahil al-‘Irfan fi ‘Ulumil Quran. t.tp: Dar al-
Fikr.
Azmil Hashim. (2010). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Darul Quran dan Maahad
Tahfiz al-Quran Negeri. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ibn. Kathir (2004). Tafsir Ibnu Kathir. Jakarta: Pustaka Imam Syafii.
Israr Ahmed (1993). Tuntutan al-Quran terhadap Orang Mukmin. Kuala Lumpur: Dinie
Publication.
Jo Tait dan Peter Knight (1996). The Management of Independent Learning. New York:
Routledge.
Judy Richardson, Raymond Morgan dan Charlene Fleener (2008). Reading to Learn in the
Content Areas. USA: Wadworths Cengage Learning.
Kamarul Azmi dan Ab.Halim, 2007. Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran &
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM Press.
M. Quraish Shihab (2007). Membumikan al-Quran: Fungsi dan Peran Wahyu dalam
Kehidupan Masyarakat. Bandung: Mizan Pustaka.
M. Taqiyul Islam Qari (t.th). Cara Mudah Menghafal al-Quran. Jakarta: Gema Insani.
Manna’ Khalil Qattan (t.th). Mabahith fi ‘Ulumil Quran. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Mohd Yusuf Ahmad (2004). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya (UM).
Muzayyanah Abdullah (2009). Apakah itu al-Quran. Kuala Lumpur: PTS Islamika.
Rasyid Ridha (1991). Wahyu Allah kepada Muhammad. Terjemahan M. Hashem. Singapura:
Al-Haramaian Pte. Ltd
Sa’dullah (t.th). 9 Cara Praktis Menghafal al-Quran. Jakarta: Gema Insani
Sedek Ariffin, Mustaffa Abdullah, Ishak Suliaman, Khadher Ahmad, Fauzi Deraman, Faisal
Ahmad Shah, Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff, Monika Munirah Abd Razzak,
Mohd Murshidi Mohd Noor, Jilani Touhami Meftah, Ahmad K Kasar, Selamat Amir

15
& Mohd Roslan Mohd Nor (2013). Effective Techniques of Memorizing the Quran:
A Study at Madrasah Tahfiz Al-Quran, Terengganu, Malaysia. Middle-East Journal
of Scientific Research 13 (1): 45-48.
Stephen Billet dan Amanda Henderson (2011). Developing Learning Profession. London:
Springer.
Subhi Salleh (1977). Kajian al-Quran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Virginia Smith Harvey dan Louise A.Chickie (2007). Fostering Independent Learning:
Practical Strategies to Promote Student Success. Canada: The Guilford Press.

16

View publication stats

You might also like