You are on page 1of 19

Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

BANTUAN PERSEKOLAHAN BERDASARKAN PER KAPITA MURID


2.1 Takrifan
Bantuan merangkumi peruntukan kewangan bagi menampung aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) serta operasi sekolah, elaun dan biasiswa kepada murid, bantuan kepada murid miskin dan juga
bantuan sokongan lain berdasarkan kadar dan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan dalam surat
pekeliling kewangan.

2.2 Punca kuasa


Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil 8/2012.

2.3 Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Bil Sekolah Ketua PTJ

1 Sekolah Rendah Harian


Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
2 Sekolah Menengah Harian

3 Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama


Penuh/Sekolah Kecemerlangan (BPSBP/SK)

4 Sekolah Teknik dan Vokasional Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional (BPTV)

5 Sekolah Sukan Malaysia Bahagian Sukan (BS)

6 Sekolah Seni Malaysia Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

7 Sekolah Rendah Pendidikan Khas


Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)
8 Sekolah Menengah Pendidikan Khas

9 Sekolah Rendah Agama Bantuan


Kerajaan
Bahagian Pendidikan Islam (BPI)

10 Sekolah Menengah Agama Bantuan


Kerajaan

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 1


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

2.4 Tugas Dan Tanggungjawab Pengurus Sekolah

2.4.1 Pengurus Sekolah adalah Pengetua/Guru Besar atau mana-mana pihak yang diwakilkan secara
bertulis untuk bertindak sebagai pengurus sekolah semasa ketiadaannya.

2.4.2 Pengurus sekolah adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua urusan berkaitan pengurusan
peruntukan bantuan persekolahan dibuat mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan dalam
Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 seperti berikut:
(a) Kemukakan tuntutan awal dan tuntutan pelarasan mengikut tarikh yang ditetapkan.
(b) Semak dan laporkan penerimaan peruntukan.
(c) Keluarkan resit pejabat (RP01) kepada pihak menyalurkan bantuan.
(d) Selenggarakan Buku Tunai KWK/KWA.
(e) Kembalikan lebihan peruntukan melalui cek.
(f) Uruskan baki ke hadapan dengan teratur.
(g) Memastikan semua urusan berkaitan pengurusan peruntukan bantuan persekolahan dibuat
mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan.

2.4.3 Tanggungjawab keseluruhan pengurus sekolah terhadap peruntukan PCG:


(a) Perancangan Belanjawan.
(b) Penyelenggaraan Buku Tunai.
(c) Penyelenggaraan Akaun Subsidiari.
(d) Pindahan Bantuan PCG.
(e) Pemulangan Lebihan Peruntukan.

2.5 Jenis Dan Kadar Bantuan

2.5.1 Bantuan Geran Per Kapita (PCG)


PCG merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid warganegara
Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Bantuan meliputi
dua kumpulan iaitu PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran.
(a) Maksud Belanja
(i) Maksud perbelanjaan PCG Mata Pelajaran dan Bukan Mata Pelajaran adalah seperti
berikut:

Jenis PCG Maksud Perbelanjaan

Bantuan per kapita Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan P&P.
prasekolah Penyelenggaraan peralatan mainan dalam dan luar bilik darjah serta
penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan P&P.
Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain
bersesuaian untuk tujuan P&P.

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 2


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi


pengukuhan kepada proses P&P sama ada semasa cuti persekolahan atau
hari persekolahan.
Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

Bantuan Per Kapita Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi P&P.
Mata Pelajaran Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain
(Mata pelajaran Teras, bersesuaian untuk tujuan P&P.
Wajib, Tambahan Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang
/Bahasa Asing dan digunakan untuk tujuan P&P.
Elektif) Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan
lain-lain yang boleh memberi pengukuhan kepada program P&P.
Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada
proses P&P sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan
dipersetujui olah Ketua Bidang atau Ketua Panitia dan diluluskan oleh
Pengurus Sekolah. Pembelian hendaklah mematuhi peraturan di bawah:
 Sekolah Rendah: Tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada
keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata
Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).
 Sekolah Menengah: RM10,000 atau 30% daripada keseluruhan
peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran
(Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).
 Sekolah Kurang Murid (Rendah/Menengah): Tidak melebihi 30%
daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Buka
Mata Pelajaran.
 Perolehan/penggantian alat pendingin udara tidak
dibenarkan.Peruntukan bagi tujuan ini hendaklah dimohon daripada
Ketua PTJ masing-masing.
Bagi perolehan ICT, sekolah hendaklah mematuhi tatacara Perolehan ICT
yang berkuatkuasa.
Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat
kelulusan daripada Ketua PTJ.

Bantuan Per Kapita


Bukan Mata Pelajaran
Pusat Sumber Sekolah Meliputi perbelanjaan bagi Perpustakaan dan Pusat Sumber Pendidikan seperti
berikut:
Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan P&P.
Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, pita video yang
bersesuaian dengan P&P.
Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan
untuk tujuan P&P.

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 3


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada


proses P&P sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan
dipersetujui olah Ketua Bidang atau Ketua Panitia dan diluluskan oleh
Pengurus Sekolah. Pembelian hendaklah mematuhi peraturan di bawah:
 Sekolah Rendah: Tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada
keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata
Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).
 Sekolah Menengah: RM10,000 atau 30% daripada keseluruhan
peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran
(Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).
 Sekolah Kurang Murid (Rendah/Menengah): Tidak melebihi 30%
daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Buka
Mata Pelajaran.
 Perolehan/penggantian alat pendingin udara tidak
dibenarkan.Peruntukan bagi tujuan ini hendaklah dimohon daripada
Ketua PTJ masing-masing.
Bagi perolehan ICT, sekolah hendaklah mematuhi tatacara Perolehan ICT
yang berkuatkuasa.
Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat
kelulusan daripada Ketua PTJ.
Program Pendidikan Khas/Integrasi
Melengkapkan stesen pembelajaran bagi Program Pendidikan Khas
Integrasi.

Bimbingan dan Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan aktiviti bimbingan
Kaunseling dan kaunseling.
Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat yang
bersesuaian untuk tujuan aktiviti bimbingan dan kaunseling.
Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi
pengukuhan kepada proses P&P sama ada semasa cuti persekolahan atau
hari persekolahan.
Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan
untuk tujuan aktiviti bimbingan dan kaunseling.
Bayaran perkhidmatan penceramah luar mengikut kelayakan dalam
peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan
dipersetujui olah Ketua Bidang atau Ketua Panitia dan diluluskan oleh
Pengurus Sekolah. Pembelian hendaklah mematuhi peraturan di bawah:
 Sekolah Rendah: Tidak melebihi RM5,000.00 atau 30% daripada
keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata
Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 4


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

 Sekolah Menengah: RM10,000.00 atau 30% daripada keseluruhan


peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran
(Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).
 Sekolah Kurang Murid (Rendah/Menengah): Tidak melebihi 30%
daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Buka
Mata Pelajaran.
 Perolehan/penggantian alat pendingin udara tidak dibenarkan.
Peruntukan bagi tujuan ini hendaklah dimohon daripada Ketua PTJ
masing-masing.
Bagi perolehan ICT, sekolah hendaklah mematuhi tatacara Perolehan ICT
yang berkuatkuasa.
Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat
kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua PTJ.


LPBT/LPK Sekolah Bayaran bil utiliti seperti telefon, air, elektrik, telegram, setem, internet dan
pembetungan.
Pembelian bahan habis guna untuk kegunaan pejabat dan sekolah.
Pembaikan kecil infrastruktur sekolah yang tidak melibatkan kerja-kerja
naik taraf dan ubah suai.
Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal pejabat dan
sekolah.
Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan sekolah dan bahan P&P.
Perkhidmatan pengiklanan.
Pengangkutan barang-barang.
Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat.
Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar atas urusan
rasmi.
Perolehan harta modal (kecuali alat pendingin udara dan peralatan ICT)
dengan nilai keseluruhan peruntukan LPBT/LPK Sekolah yang digunakan
tidak melebihi RM5,000.00 setahun. Peruntukan bagi perolehan alat
pendingin udara hendaklah dimohon daripada Ketua PTJ masing-masing.
Perbelanjaan untuk keceriaan (yang tidak melibatkan pembinaan)/kesihatan
murid/keselamatan sekolah.
Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru/kakitangan sekolah bagi
urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi.
Pengangkutan murid dan bayaran insurans untuk guru pengiring.

LPBT/LPK Asrama Bayaran bil utiliti telefon, air, elektrik, telegram, setem, internet dan
pembetungan.
Pembaikan kecil infrastruktur asrama yang tidak melibatkan kerja-kerja
naik taraf dan ubahsuai.
Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal di asrama.

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 5


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan asrama dan bahan pengajaran


dan pembelajaran.
Perkhidmatan pengiklanan.
Pembelian surat khabar, majalah, buku rujukan dan lain-lain yang berkaitan
untuk kegunaan penghuni asrama.
Pembelian bahan bakar dan ubat.
Perbelanjaan untuk keceriaan (yang tidak melibatkan pembinaan)/
kesihatan murid/keselamatan penghuni asrama.
Pembelian bahan habis guna untuk kegunaan pengurusan asrama.
Pengangkutan murid dan bayaran insurans untuk guru pengiring.
Perolehan harta modal tidak melebihi 5% daripada jumlah keseluruhan
peruntukan LPBT/LPK Asrama setahun.

(ii) Semua aset (inventori dan harta modal) yang dibeli hendaklah didaftarkan sebagai hak
milik Kerajaan Malaysia.

(b) Kelayakan Murid dan Kadar

(i) Tuntutan PCG layak dituntut bagi murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.
(ii) Pengurus Sekolah WAJIB memaklumkan kepada Ketua Bidang/Ketua Panitia dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) sekolah
mengenai jumlah peruntukan PCG yang diterima serta agihannya supaya
perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilakukan oleh Ketua Bidang/Ketua Panitia
dan peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan untuk murid sepenuhnya.
(iii) PCG yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
 PCG Mata Pelajaran – Teras, Wajib, Tambahan & Bahasa Asing dan Elektif.
 PCG Bukan Mata Pelajaran - Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling,
LPBT/LPK Sekolah/Asrama.
(iv) Kumpulan dankadar PCG yang telah ditetapkan adalah seperti dalam jadual dalam
SPK Bil 8/2012
Prasekolah (Jadual 2)
Sekolah Rendah (Jadual 3)
Sekolah Harian/SBP/SMT/Sukan/Seni (Jadual 4)
Sekolah Pendidikan Khas/Program Integrasi Rendah (Jadual 5)
Sekolah Pendidikan Khas/Program Integrasi Menengah (Jadual 6)
(v) Bagi PCG Mata Pelajaran Teras, agihan peruntukan adalah seperti berikut:
 60% Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris iaitu:
40% = Sains
30% = Matematik
30% = Bahasa Inggeris
 40% Lain-lain Mata Pelajaran Teras

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 6


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

(vi) PCG Mata Pelajaran Tingkatan 6 adalah dikategorikan secara pentadbiran


sebagaimana kumpulan mata pelajaran tingkatan empat dan lima untuk memudahkan
tuntutan dan rekod oleh pihak sekolah.

(c) Pindah Peruntukan


(i) Pengurus sekolah dibenarkan membuat pindah peruntukan di antara kumpulan PCG
Mata Pelajaran sahaja.
(ii) Lain-lain pindahan tidak dibenarkan melainkan dengan kelulusan Ketua PTJ.
(iii) Peruntukan yang telah dipindah keluar tidak dibenarkan pindah masuk semula atau
sebaliknya bagi satu tahun kewangan.
(iv) Pengurus sekolah perlu memastikan baki mencukupi hingga hujung tahun sebelum
pindah peruntukan.
(v) Pindah peruntukan perlu menggunakan Borang Permohonan Pindah Peruntukan
Bantuan Persekolahan (Borang VBCG- Rujuk Bab G).

2.5.2 Yuran Khas Sekolah (YKS)


Mulai 2008, Yuran Khas Sekolah yang dikenakan ke atas murid telah dimansuhkan. Yuran ini
dikutip bagi tujuan pelaksanaan aktiviti tertentu di sekolah. Dengan pemansuhan tersebut, kerajaan
telah menyediakan peruntukan bagi membiayai pelaksanaan aktiviti terbabit di bawah YKS.
(a) Maksud perbelanjaan
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan YKS adalah meliputi aktiviti:
(i) Sukan/Permainan.
(ii) Pendidikan Jasmani.
(iii) Lukisan/Kerja tangan.
(iv) Pendidikan Seni.
(v) Perpustakaan.
(vi) Pusat Sumber Sekolah.
(b) Kelayakan murid dan kadar
Kadar YKS yang layak dituntut oleh sekolah untuk seorang murid di Sekolah Kerajaan dan
Bantuan Kerajaan adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Kadar Seorang Murid Setahun

Rendah RM4.50

Menengah RM9.00

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 7


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

2.5.3 Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)


Mulai tahun 2011 pemberian BKKP disambung semula setelah tahun 2010 ditangguhkan kerana
tiada peruntukan.
(a) Maksud Perbelanjaan
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKKP adalah meliputi aktiviti
berikut:
(i) Sukaneka/sukan.
(ii) Karnival Pendidikan Prasekolah.
(iii) Konvokesyen.
(iv) Lawatan.
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti diatas adalah seperti
berikut:
(i) Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring
prasekolah/pembantu pengurusan murid.
(ii)Perolehan/penyediaan bahan cetak, bahan habis guna.
(iii) pembelian peralatan dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum dan sukan
prasekolah.
(iv) Pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan murid.
(v) Pembelian hadiah aktiviti.

(b) Kelayakan murid dan kadar


Tuntutan BKKP hanya layak dituntut bagi murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan dengan kadar RM25.00 seorang murid setahun.

2.5.4 Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)


Peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disediakan bagi menampung keperluan perbelanjaan
kegiatan kokurikulum di sekolah.
(a) Maksud Perbelanjaan
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKK adalah meliputi aktiviti:
(i) Pasukan (PBB)Badan Beruniform.
(ii) Kelab dan Persatuan (tidak termasuk Sukan dan Permainan).
(iii) Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah murid seperti
perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk aktiviti
bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik).
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti tersebut adalah seperti
berikut:
(i) Pengendalian dan pegurusan pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan.
(ii)Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru
pengiring.
(iii) Perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna.
(iv) Pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah.
(v) Pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi tujuan
perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti).

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 8


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

(vi) Pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan.


(vii) Pembelian hadiah aktiviti.
(b) Kelayakan murid dan kadar
Tuntutan BKK hanya layak dituntut bagi murid warganegara Malaysia yang bersekolah di
Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja dengan kadar baharu yang layak
dituntut dalam tempoh setahun adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Kadar Setahun

Rendah Enrolmen (murid)

1-50 51-100 101-150 151 dan ke atas

RM400 sebuah RM800 sebuah RM1,200.00 RM8 seorang


sekolah sekolah sebuah sekolah murid

Menengah RM10 seorang murid

Rendah (Pendidikan Khas) RM5,000 sebuah sekolah

Menengah (Pendidikan Khas) RM10,000 sebuah sekolah

2.5.5 Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)


Mulai tahun 2011 pemberian BKKA disambung semula setelah tahun 2010 ditangguhkan kerana
kurang peruntukan.
(a) Maksud perbelanjaan
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKKA adalah meliputi aktiviti:
(i) Program Asrama Terbilang.
(ii) Sukan dan permainan penghuni asrama.
(iii) Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah murid seperti
perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk aktiviti
bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik).
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti tersebut adalah seperti
berikut:
(i) Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru
pengiring.

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 9


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

(ii)Perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna.


(iii) Pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum asrama.
(iv) Pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi tujuan
perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti).
(v) Pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan.
(vi) Pembelian hadiah aktiviti.
(vii) Bayaran kepada tenaga pengajar luar.

(b) Kelayakan murid dan kadar


Tuntutan BKKA hanya layak dituntut oleh murid warganegara Malaysia yang tinggal di
asrama Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja dengan kadar yang layak
dituntut bagi seorang murid adalah seperti berikut:

Kategori Asrama Sekolah Kadar Seorang Murid Setahun

Rendah RM15.00

Menengah RM20.00

.5.6 Bantuan Sukan Sekolah (BSS)


Pelaksanaan Dasar 1Murid 1 Sukan diperkenalkan bagi membiayai aktiviti sukan dan permainan di
sekolah. Melalui dasar ini, Bantuan Sukan Sekolah (BSS) telah diwujudkan mulai tahun 2011 dan
peruntukan bagi aktiviti sukan dan permainan ini diasingkan daripada Bantuan Kokurikulum
Sekolah (BKK).

(a) Maksud perbelanjaan


Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BSS adalah meliputi aktiviti:
(i) Kejohanan olahraga tahunan sekolah.
(ii) Aktiviti pra kejohanan seperti sukan tara dan merentas desa.
(iii) Karnival permainan antara rumah, kelas, tingkatan dan sebagainya.
(iv) Program-program lain sukan di sekolah sepanjang tahun.
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti tersebut adalah seperti
berikut:
(i) Pengendalian dan pengurusan kelab-kelab sukan dan permainan.
(ii) Kursus pendedahan suka dan permainan kepada murid.
(iii) Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru
pengiring.
(iv) Perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna.
(v) Pembelian dan penyelenggaraan peralatan sukan sekolah.

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 10


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

(vi) Pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi tujuan
perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti).
(vii) Pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan.
(viii) Pembelian hadiah aktiviti.

(b) Kelayakan murid dan kadar


Tuntutan BSS hanya layak dituntut oleh murid warganegara Malaysia yang bersekolah di
Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja dengan kadar yang layak dituntut
adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Kadar Setahun

Rendah Enrolmen murid (orang)

1-50 51-100 101-150 151 dan ke atas

RM200 sebuah RM400 sebuah RM600 sebuah RM4 seorang


sekolah sekolah sekolah murid

Menengah RM6 seorang murid setahun

Rendah (Pendidikan Khas) RM2,500 sebuah sekolah setahun

Menengah (Pendidikan Khas) RM5,000 sebuah sekolah setahun

2.5.7 Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)


Peruntukan untuk membiayai perbelajaan penyediaan makanan murid di kelas prasekolah KPM.
Mulai 1 Ogos 2010, kadar BMP sebanyak RM1.50 sehari bagi seorang murid prasekolah selama
200 hari telah dinaikkan sebanyak RM0.30 (Semenanjung) dan RM0.55 (Sabah, Sarawak dan WP
Labuan).
(a) Maksud perbelanjaan
Perbelanjaan yang dibenarkan termasuk perolehan bahan mentah memasak, gas/bahan api
memasak, makanan tambahan dan perkara-perkara lain yang melibatkan
penyediaan/pemberian makanan berkhasiat kepada murid di kelas prasekolah.
(b) Kelayakan murid dan kadar
Tuntutan BMP hanya layak dituntut oleh murid prasekolah warganegara Malaysia yang
bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja dengan kadar baru
yang layak dituntut oleh sekolah untuk seorang murid bagi tempoh 200 hari setahun adalah
seperti berikut:

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 11


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

Negeri Kadar Seorang Murid Setahun

Semenanjung RM1.80

Sabah, Sarawak, WP Labuan RM2.05

2.5.8 Bantuan Makan Asrama (BMA)


Sejak tahun 1974, sebanyak 95% kos penyediaan makanan murid di asrama kerajaan ditanggung
oleh kerajaan dan sejumlah kecil kos ditampung oleh murid melalui kutipan Yuran Makan Asrama
(YMA) bagi murid warganegara Malaysia yang menghuni asrama di Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan serta asrama di bawah Kerajaan Negeri.
(a) Maksud perbelanjaan
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BMA dan YMA adalah bagi
membiayai:
(i) Pembekalan/penyediaan makanan harian mengikut menu yang telah ditetapkan.
(ii) Pembelian peralatan dapur dan bahan bakar bagi asrama yang melaksanakan kaedah
pembekalan bahan mentah.
(iii) Penyediaan makanan tambahan/jamuan khas untuk murid asrama dengan kadar tidak
melebihi RM100.00 setiap murid setahun.
(iv) Menampung bayaran makanan semasa peperiksaan SPM, STPM & STAM selama 20
hari.
(b) Kelayakan murid dan kadar
Kadar BMA yang layak dituntut bagi murid adalah bergantung kepada kaedah pembekalan
makanan, jenis asrama, lokasi dan bilangan hari mengikut Jadual 7 dalam SPK 8/2012.
(c) Yuran Makan Asrama (YMA)
(i) Yuran Makan Asrama dikutip bagi menampung kos penyediaan makanan yang
dibekalkan kepada murid yang tinggal di asrama pada tahun tersebut.
(ii) Sekiranya terdapat lebihan YMA kerana murid pulang ke kampung halaman,
menjalani aktiviti di luar sekolah, berpindah sekolah dan sebagainya, sekolah
sewajarnya berusaha untuk memulangkan amaun yang sepatutnya kepada murid
tersebut.
(iii) Sekiranya sukar untuk dilaksanakan, kesemua baki YMA tersebut boleh dibawa ke
tahun hadapan tetapi tidak boleh dibelanjakan untuk apa-apa tujuan lain kecuali bagi
menampung kekurangan BMA tahun semasa.
(v) YMA yang perlu dikutip daripada setiap penghuni asrama adalah seperti berikut:

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 12


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

Jumlah Pendapatan Ibu Dan Bapa/Penjaga Murid Sebulan Kadar YMA Sehari

RM5,000 dan ke atas RM3.00

RM4,999 dan ke bawah RM1.00

(v) Sekolah hendaklah memastikan YMA dikutip daripada ibu bapa/penjaga murid
asrama yang layak. Sekiranya ibu bapa/penjaga murid enggan membuat bayaran,
maka pihak sekolah boleh mengambil tindakan menahan keputusan peperiksaan atau
menahan Sijil Berhenti Sekolah murid tersebut sehingga bayaran diselesaikan oleh ibu
bapa/penjaga murid.
(vi) Murid di bawah kategori Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Orang Asli
(JHEOA), Pendidikan Khas, Asrama Desa, Asrama Sekolah Model Khas di Baling,
Kedah dan semua jenis sekolah berasrama di negeri Sabah, Sarawak dan WP Labuan
telah mendapat pengecualian dari membayar YMA daripada Perbendaharaan
Malaysia.
(vii) KPM turut menyalurkan peruntukan BMA kepada murid KPM yang menghuni
asrama di bawah kerajaan negeri seperti Asrama Yayasan Selangor dan Asrama
Yayasan Terengganu atau lain-lain. Tuntutan hendaklah dikemukakan oleh pihak
asrama melalui JPN di negeri masing-masing.

2.5.9 Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)


Mulai 2012 Kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan Bayaran Tambahan Persekolahan yan
sebelum ini dikenakan kepada setiap ibu bapa/penjaga murid dan perlu dijelaskan pada awal tahun
persekolahan.

a) Kategori dan Maksud Belanja


(i) Terdapat enam (6) kategori perbelanjaan yang dibenarkan di bawah BBTP iaitu
Kokurikulum, Kertas Ujian Dalaman, Sukan Thaunan Sekolah, Kegiatan Pendiidkan
Islam/Pendidikan Moral, Yuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)
dan Insurans Takaful.
(ii) Maksud perbelanjaan setiap kategori dijelaskan secara terperinci dalam jadual dibawah:

Kategori Maksud Belanja


Belanja
Kokurikulum Perbelanjaan yang meliputi aktiviti:
o Pasukan badan beruniform (PBB).
o Kelab dan Persatuan (tidak termasuk Sukan dan Permainan).
o Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah
murid seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan
(tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 13


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

akademik).
Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti diatas
adalah seperti berikut:
o Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid
serta guru pengiring.
o Perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna.
o Pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah.
o Pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah
(bagi tujuan perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan
balik ke tempat aktiviti).
o Pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan.
o Pembelian hadiah aktiviti.
Kertas Ujian Perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna untuk penyediaan
Dalaman kertas ujian dalaman dan lembaran kerja.
Sukan Tahunan Perbelanjaan bagi menampung pengelolaan sukan tahunan sekolah seperti:
Sekolah o Urusan makan minum, sewaan dan pengangkutan.
o Perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna.
o Pembelian cenderahati, pingat dan piala.
o Bayaran kepada pengadil luar.
Sekiranya peruntukan masih berbaki setelah sukan tahunan sekolah
dilaksanakan, baki tersebut dibenarkan dibelanjakan untuk aktiviti sukan yang
lain.
Kegiatan Aktiviti berkaitan pendidikan Islam (bagi murid beragama Islam) dan aktiviti
Pendidikan berkaitan pendidikan moral (bagi murid buka beragama Islam).
Islam/ Perbelanjaan yang meliputi:
Pendidikan o Urusan makan minum, sewaan dan pengangkutan.
Moral o Perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna.
o Bayaran kepada penceramah luar.
Yuran Majlis
Sukan Sekolah- Perbelanjaan bagi pengelolaan kejohanan sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
sekolah peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Malaysia
(MSSM)
Insurans Takaful Setiap murid warganegara Malaysia yang berdaftar di Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan mulai 1 Januari tahun semasa sehingga 31
Disember tahun yang sama akan dilindungi secara automatic sepanjang tempoh
tersebut.
Ini bermakna, murid Tingkatan 6 rendah yang baru mendaftar pada bulan Jun
tahun semasa juga turut dilindungi mulai 1 Januari tahun yang sama dan layak
membuat tuntutan kepada STMB sekiranya berlaku kecelakaan dalam tempoh
perlindungan.
Perlindungan adalah 24 jam sehari semalam dan meliputi seluruh dunia.

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 14


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

b) Kelayakan dan Kadar

(i) Tuntutan BBTP layak dituntut oleh sekolah bagi murid yang bersekolah di Sekolah
Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.
(ii) Murid bukan warganegara Malaysia tidak layak menuntut bantuan ini. Pengurus
sekolah hendaklah mengutip bayaran ini daripada ibu bapa/penjaga murid bukan
warganegara. Bayaran bagi Yuran MSSM dan Insurans Takaful yang diterima
hendaklah diuruskan snediri oleh pihak sekolah kepada JPN dan cawangan
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) yang berdekatan.
(iii) Kadar BBTP yang layak dituntut adalah seperti jadual dibawah:

Bil Jenis Bayaran Sekolah


PrasekolahRendah Rendah (RM) Menengah
(RM) (RM)
1. Kokurikulum - 3.00 6.00
2. Kertas Ujian Dalaman - 6.00 10.00
3. Sukan Tahunan Sekolah - 6.00 6.00
4. Kegiatan Pendidikan Islam (murid
beragama Islam) atau Pendidikan - 6.00 6.00
Moral (murid bukan beragama
Islam)
5. MSSM - 2.00 4.00
6. Insurans Takaful 1.50 1.50 1.50
JUMLAH 1.50 24.50 33.50

2.6 Prosedur Tuntutan Awal

2.6.1 Tuntutan awal bantuan persekolahan bagi tahun semasa adalah berdasarkan bilangan enrolmen
murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya.

2.6.2 Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan (Borang TBP/R & Borang TBP/M) tahun berkenaan
hendaklah dikemukakan kepada Ketua PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 31 Oktober
tahun sebelumnya.

2.6.3 Tuntutan mata pelajaran ELEKTIF di sekolah menengah adalah berdasarkan bilangan murid yang
mengambil setiap mata pelajaran dalam setiap kumpulan Elektif.

2.6.4 Peruntukan akan disalurkan kepada sekolah melalui dua kaedah berikut:
(a) Dikreditkan terus ke akaun bank sekolah.
(b) Melalui waran kepada ketua PTJ sekolah masing-masing.

2.6.5 Prosedur tuntutan PCG oleh sekolah terbahagi kepada dua iaitu:

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 15


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

(a) Sekolah Yang Menyelenggara Akaun Kumpulan Wang Kerajaan


(i) Semua Jenis Sekolah di Semenanjung Malaysia dan Sekolah Teknik/Vokasional,
Sekolah Berasrama Penuh serta Sekolah Pendidikan Khas di Sabah, Sarawak dan WP
Labuan.
(ii) Sekolah ini perlu mengemukakan tuntutan PCG kepada Ketua PTJ yang seterusnya
mengemukakan kepada Pejabat Pembayar bagi urusan pembayaran dan
mengkreditkan terus ke dalam akaun bank sekolah.
(iii) Sekolah akan mencatatkan jumlah yang diterima dalam akaun mengikut lajur Teras,
Wajib, Tambahan/Bahasa Asing dan Elektif.
(iv) Bagi peruntukan bantuan yang disalurkan terus ke akaun bank, pihak sekolah
hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
 Keluarkan resit rasmi pejabat (RP01).
 Rekodkan dalam Buku Tunai Akaun Sekolah Kumpulan Wang Kerajaan/Asrama.
 Hantar Borang Maklum Balas Status Penerimaan ke Bahagian Kewangan KPM
dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas peruntukan diterima.
(b) Sekolah Yang Tidak Menyelenggara Akaun Kumpulan Wang Kerajaan
(i) Sekolah rendah dan menengah di Sabah, Sarawak dan WP Labuan
(ii) Sekolah yang bertaraf PTJ, tuntutan PCG akan disalurkan ke sekolah melalui waran
peruntukan kecil (WPK) mengikut kadar enrolmen murid yang ditetapkan.
(iii) Sekolah rendah yang tidak bertaraf PTJ, peruntukan PCG akan disalurkan melalui
WPK ke PPD mengikut kadar yang ditetapkan.

2.6.6 Sekolah dinasihatkan untuk menyimpan peruntukan yang diterima pada awal tahun (tahun semasa)
sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid (mana lebih rendah) sehingga bulan Jun tahun
semasa supaya tidak terlebih berbelanja daripada kelayakan yang sepatutnya sekiranya berlaku
pengurangan murid pada tarikh pelarasan dibuat.

2.7 Prosedur Pelarasan Peruntukan

2.7.1 Pihak sekolah WAJIB melaksanakan pelarasan peruntukan tahun semasa untuk mengenalpasti
peruntukan sebenar yang layak diterima oleh sekolah bagi tahun tersebut.

2.7.2 Pelarasan peruntukan tahun semasa hendaklah dibuat berdasarkan perbezaan murid pada I Oktober
tahun sebelum (tuntutan awal) dengan enrolmen murid pada 1 Jun tahun semasa dan mengguna
pakai asas pelarasan seperti jadual di bawah:

Jenis Bantuan Asas Pelarasan

PCG Pertambahan atau pengurangan sekurang-kurangnya 5% (dibundarkan kepada


nombor bulat terdekat) atau 100 orang murid yang mana lebih rendah.

BMA Sebarang pertambahan atau pengurangan murid dan perubahan harga akibat
pelaksanaan kontrak baru (jika ada).

Bagi kemasukan murid Tingkatan 6 (Bawah), bilangan hari layak dituntut


adalah 181 hari sahaja

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 16


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

YKS, BKKP, BKK, Sebarang pertambahan atau pengurangan murid.


BKKA, BSS, BMP
dan BBTP

2.7.3 Semua sekolah perlu mengemukakan maklumat pelarasan kepada Ketua PTJ masing-masing.

2.7.4 Tuntutan pelarasan hendaklah dikemukakan kepada Ketua PTJ selewat-lewatnya pada 30 Jun tahun
semasa dengan mengisi Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan (Borang TBP/R & TBP/M)
bersama-sama dengan Borang Pengisytiharan Baki Bawa Ke Hadapan.

2.7.5 Peruntukan tambahan bagi sekolah yang mengalami pertambahan murid akan disalurkan selewat-
lewatnya pada 15 Ogos tahun semasa.

2.8 Prosedur Pemulangan Lebihan Peruntukan Bantuan

2.8.1 Lebihan Peruntukan Tahun Semasa adalah jumlah peruntukan bantuan persekolahan terlebih tuntut
oleh pihak sekolah setelah mengambil kira pelarasan peruntukan mengikut enrolmen murid pada 1
Jun tahun semasa.

2.8.2 Sebarang lebihan peruntukan semua jenis bantuan tidak dibenarkan disimpan atau dibelanjakan
oleh sekolah bagi apa-apa tujuan sekalipun. Lebihan peruntukan bantuan yang telah dikenal pasti
oleh sekolah hendaklah dipulangkan selewat-lewatnya pada 30 Jun tahun semasa dengan mengisi
borang berkaitan.

2.8.3 Terdapat dua kaedah pemulangan oleh sekolah iaitu:


(a) Pemulangan kepada Bahagian Kewangan, KPM bagi bantuan yang diterima terus daripada
Bahagian Kewangan, KPM (cek atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran
Malaysia).
(b) Pemulangan kepada Ketua PTJ bagi bantuan yang diterima daripada Ketua PTJ masing-
masing.

2.9 Prosedur Tuntutan Bagi Sekolah Baru Beroperasi

2.9.1 Sekolah/Asrama yang baru dibuka selepas 1 Oktober, tuntutan hendaklah dibuat berdasarkan
bilangan enrolmen murid pada tarikh sekolah beroperasi.

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 17


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

Sekolah/Asrama Peratus Peruntukan/Bilangan Hari


Beroperasi/Bantuan
Persekolahan BMA BMA (Sekolah BMP Lain-lain
(Biasa) Pend. Khas Bantuan
Persekolahan

Januari - Mac 250 hari 270 hari 200 hari 100%

April - Jun 181 hari 196 hari 140 hari 100%

Julai - September 114 hari 123 hari 100 hari 100%

Selepas September 54 hari 74 hari 50 hari 100%

2.9.2 Sekolah yang mula beroperasi antara bulan Januari sehingga Mei boleh mengemukakan tuntutan
pelarasan seperti mana arahan di Bab C.

2.9.3 Sekolah yang mula beroperasi mulai 1 Jun tidak perlu membuat tindakan pelarasan peruntukan
pada tahun mula beroperasi. Tindakan pelarasan peruntukan hendaklah mula dibuat pada 1 Jun
tahun berikutnya.

2.10 Baki Bawa Ke Tahun Hadapan

2.10.1 Peruntukan bantuan per PCG yang diterima hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak
melebihi 5% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan dan baki terkumpul
tahun lalu yang dibawa ke tahun semasa.

2.10.2 Sekiranya terdapat lebihan daripada baki setelah ditolak 5%, jumlah tersebut hendaklah
dipulangkan ke Akaun Hasil Kerajaan Persekutuan sebelum 31 Januari tahun kewangan
berikutnya.

Formula:
Baki bawa ke tahun hadapan
=5% x (jumlah asal PCG yang diterima + baki terkumpul tahun sebelumnya)

Contoh:

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 18


Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid

Baki Awal (tahun 2010) RM10,000.00


Peruntukan Semasa RM90,000.00
Jumlah RM100,000.00

5% x RM100,000.00 = RM5,000.00
Baki Akhir (tahun 2010) RM8,000.00
Oleh itu pemulangan lebihan
RM8,000.00 - RM5,000.00 = RM3,000.00

2.10.3 Semua baki YKS, BKK, BSS, BKKA, BKKP & BMP tahun semasa dibenar untuk di bawa ke
tahun hadapan. Baki yang dibawa akan diambil kira sebagai sebahagian peruntukan bantuan
tahun tersebut.

Contoh Pengiraan:

Bantuan Yuran Khas Sekolah (YKS) Tahun 2013

Baki tahun 2012 di bawa ke tahun 2013: (a) RM 1,500.00


Peruntukan diterima pada Januari 2013:(b) RM 6,750.00
(berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober 2012)
JUMLAH PERUNTUKAN TAHUN 2013 : (a) + (b) RM 8,250.00
Setelah Pelarasan pada 1 Jun 2013 didapati peruntukan
layak diterima oleh sekolah RM 6,300.00

Oleh yang demikian, sekolah perlu memulangkan lebihan peruntukan tahun semasa sebanyak
RM1,950.00 (RM8,250 – RM 6,300.00) seperti mana tatacara pemulangan di bab E.
Kesimpulannya sekolah hanya akan menerima RM4,800.00 daripada kelayakan sebenar
RM6,300.00 kerana telah mengambil kira baki bawa ke tahun 2013.

2.10.4 Maksud belanja baki bawa ke tahun hadapan


(a) Baki sesuatu bantuan persekolahan yang dibawa ke tahun hadapan hendaklah diambil kira
sebagai peruntukan tahun ia dibawa. Oleh yang demikian, ia hendaklah dibelanjakan sama
seperti mana maksud perbelanjaan yang dibenarkan bagi bantuan tersebut sahaja. (Rujuk
Bab A).

Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Pejabat 19

You might also like