You are on page 1of 9

Amalan Sepanjang Bulan Rejab

‫ِبۡس ِم ٱِهلل ٱلَّر ۡح َمٰـ ِن ٱلَّر ِحيِم‬

‫َالَّلُهَّم َص ِّل َو َس ِّلْم َع َلى َس ِّي ِد َن ا ُمَح َّم ٍد‬

Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu
latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT
banyak memberikan Rahmat-Nya.

Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan,
terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah
SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-
dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”.

Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai
banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam
bulan Rejab ialah:

 Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun


 Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
 Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
 Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan
bersedekah
 Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-
Nya
 Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj,
kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah
berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan
Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”

‫َاْس َتْغ ِفُر َهللا اْلَع ِظ ْي ُم اَّلِدْى آل ِاَلَه ِاَّال ُه َو اْلَح ُّي اْل َقُّيْو ُم َو َاُت ْو ُب ِاَلْيِه َت ْو َب َة َع ْبٍد َظ اِلٍم َال َي ْم ِلُك ِلَن ْف ِس ِه َض ًّر ا َو َال َن ْف ًع ا َو َال َم ْو ًت ا َو َال َح َي اًة َو َال‬
‫ُنُشْو ًر ا‬.

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku
taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan
tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai
kematian, hidup dan kebangkitan.
.

AMALAN MALAM REJAB.

1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.


2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
4. Berdoa.
5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

MALAM 27 REJAB

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan


ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan
berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang
lain.

Sekiranya tidak dapat diamalkan setiap hari dan malamnya pada bulan Rejab, maka
amalkanlah pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Jika tidak dapat lakukan
kesemuanya, janganlah tinggalkan semuanya.

AMALAN BULAN REJAB.

1. Bersolat

1. Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.


2. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.

2. Bertaubat

Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat
dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di
akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun
dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib
baginya;

1. diampunkan dosanya yang lalu.


2. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
3. terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Berzikir ~ Tahlil, Takbir dan Istighfar selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar :

4. Tiga Tasbih; Setiap satu, 100 kali :

.
.

5. Tasbih Pada Setiap Sepuluh Hari Rejab :

.
.

6. Istighfar Tauhid; 1 ~ 30 Rejab :

.
.

7. Berselawat :

8. Beristighfar Pagi dan Petang :-

9. Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari.

.
.

10. Membaca Al-Quran.

ISTIGHFAR

Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa


meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan
Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada
Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api
neraka.

.
1. Penghulu Istighfar adalah di antara istighfar yang diamalkan Baginda sepanjang
Rejab :

2. Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

You might also like