You are on page 1of 2

Kes penderaan kanak-kanak:

Kejadian berlaku pada 5 April 2016 di Sekolah Kebangsaan Senaling. Seorang


murid perempuan tahun empat datang mengadu kepada saya bahawa badannya
sakit dan tidak dapat duduk dengan selesa di bilik darjah. Saya bertanyakan apa
masalah yang dihadapi oleh murid tersebut, murid itu menunjukkan tanda lebam di
bahagian lengannya dan memberitahu bahawa seluruh badan dan kakinya juga
terasa sakit. Saya bersama Puan Tinah selaku Guru Besar SK Senaling memeriksa
lengan, bahagian belakang dan bahagian kaki murid tersebut. Tindakan memeriksa
bahagian badan murid tersebut bersama guru besar kerana Guru HEM dan Guru
Bimbingan Kaunseling adalah lelaki. Hasil pemeriksaan tersebut kami mendapati
ada tanda lebam baru dan lama termasuk kedua-dua bahagian kaki dan pehanya.
Saya memujuk murid tersebut dan akhirnya dia memberitahu bahawa dia dipukul
oleh ayahnya sendiri atas kesalahan lambat memberi kucing makan.
Tindakan
1. Saya selaku GPK 1, Guru Besar, GPK HEM, GPK KO dan guru kaunselor
bermesyuarat untuk membincangkan tindakan yang perlu diambil selanjutnya.

2. Guru Besar memaklumkan kepada pihak PPD Kuala Pilah. Pegawai HEM
PPD Kuala Pilah menasihatkan pihak sekolah membuat laporan polis.

3. Sebelum membuat laporan polis, Saya bersama GPK HEM menghantar


pelajar tersebut ke Klinik Kesihatan Senaling yang terletak di sebelah SK
Senaling untuk diberikan rawatan dan surat laporan kecederaan murid
tersebut daripada anggota perubatan.

4. Saya selaku orang pertama menerima aduan daripada murid berkenaan perlu
membuat laporan polis. Oleh demikian saya telah membuat laporan polis
berkenaan kes penderaan tersebut.

5. Saya juga membuat aduan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala


Pilah Bahagian Kebajikan Kanak-Kanak kerana menurut murid berkenaan,
dua tahun lepas ayahnya juga pernah ditangkap kerana mendera dia dan
kakaknya, waktu itu mereka bersekolah di tempat lain.
Selepas tangkapan terhadap ayah murid berkenaan dibuat, murid tersebut
diletakkan di bawah perlindungan sementara JKM dan kemudiannya diserahkan di
bawah penjagaan ibu kandungnya yang telah berpisah dengan ayah murid tersebut.
Ayah murid tersebut telah dikenakan tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun
Acara Jenayah. Sehingga kini kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah.

You might also like