Professional Documents
Culture Documents
DISEDIAKAN OLEH :
UNIT HEM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERIAN
Ahli mesyuarat yang terlibat dengan permohonan tender tidak boleh berada
dalam sesi mesyuarat buka tender kantin supaya tidak timbul isu
(mempengaruhi) atau prasangka daripada pihak lain.
Penender yang dipilih tidak boleh terlibat dengan kepentingan pihak sekolah
secara langsung atau tidak langsung.
Pemilihan penender tidak boleh bergantung kepada tender tertinggi sahaja tetapi
perlu ada pengalaman, modal, dan tidak bergantung kepada sesuatu jantina.
Bergantung kepada budi bicara pihak sekolah.
Pihak sekolah perlu mengenali penender yang dipilih. Jika penender yang dipilih
tidak pernah menghadiri kursus maka pihak sekolah hendaklah menggalakkan
penender supaya mengikuti kursus.
Tender kantin mesti mengikut jangka masa yang ditetapkan. Pihak sekolah perlu
memaklumkan segera kepada penender yang berjaya dan tidak berjaya.
Minit Mesyuarat Buka Tender Kantin perlu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah
dengan kadar segera beserta surat iringan.
Pihak sekolah perlu memberi nasihat dan penjelasan semasa taklimat awal
kepada penender kantin yang berjaya mengenai syarat-syarat perjanjian
sebelum memeterai perjanjian.
Jelaskan dengan tegas dan terperinci kepada penender kantin “apa yang boleh”
dan “apa yang tidak boleh”. Memastikan dan menegaskan kepada penender
bahawa tawaran tender boleh ditamatkan bila-bila masa, jika penender gagal
mematuhi syarat-syarat perjanjian.
Menu harian hendaklah dipapar di tempat yang boleh dilihat oleh murid-murid
dan guru-guru.
Pihak sekolah perlu memantau atau menyelia dari segi menu kebersihan pekerja
dan persekitaran kantin sekolah. Jika tidak berpuashati dengan makanan yang
dijual, maka pihak sekolah boleh berbincang atau memberi teguran. Jika boleh
catatkan dalam buku penyeliaan kantin dengan butiran yang lengkap.
Setelah peti tender dibuka (pastikan semua borang tender berada dalam peti
tender dan dalam keadaan ”seal”) , maka perkara berikut hendaklah diikuti :-
Catatkan 1/4, 2/4, ¾ dan 4/4 pada setiap sampul dan borang permohonan
penender dan ditandatangani oleh ahli mesyuarat buka tender.
Ahli mesyuarat buka tender kantin jika boleh diwakili oleh Pengetua/Guru Besar,
Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, seorang guru pencatat dan seorang pegawai (wakil) Pejabat
Pendidikan Daerah sebagai saksi pada mesyuarat buka tender kantin(Untuk
Sekolah Rendah sahaja).
Kadar sewa kantin sebulan. Jika terlalu tinggi atau terlalu rendah hendaklah
ditolak.
Cara Pengiraan
(Bil.murid + kakitangan) x (kadar seorang) x (Hari bersekolah) ÷ 11 bulan
SELAMAT BERTUGAS