You are on page 1of 65

[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH


DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
[PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45B-2-07/2020]

ANTARA

PENDAKWA RAYA

Lwn.

MOHD SHAHRIZAN MOHAMED ALI


(NO. K/P: 861130-33-5517)

ALASAN PENGHAKIMAN

[1] Orang Kena Tuduh (OKT) telah dipertuduhkan dengan tiga


pertuduhan seperti berikut:

Pertuduhan Pertama

Bahawa kamu pada 30.10.2019 jam di antara 11.40 malam


sehingga 12.00 tengah malam, bertempat di rumah beralamat No.
365, Felda Kota Gelanggi 1, di dalam Daerah Jeran tut, di dalam
Negeri Pahang Darul Makmur, kamu telah melakukan bunuh
dengan menyebabkan kematian terhadap Zainal Abidin bin Omar,
No. KPT: 560703-03-5513, dan dengan itu kamu kamu telah
melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen
302 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan Kedua

Bahawa kamu pada 30.10.2019 jam di antara 11.40 malam


sehingga 12.00 tengah malam, bertempat di beranda rumah
beralamat No. 365, Felda Kota Gelanggi 1, di dalam Daerah
Jerantut, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur dengan sengaja
telah menyebabkan cedera parah ke atas Mohd Nor Alami bin
Zainal Abidin, No. KPT: 881016-06-5101, dengan menggunakan

1
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

parang. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu


kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 326 Kanun
Keseksaan.

Pertuduhan Ketiga

Bahawa kamu pada 30.10.2019 jam di antara 11.40 malam


sehingga 12.00 tengah malam, bertempat di ruang tamu rumah
beralamat No. 365, Felda Kota Gelanggi 1, di dalam Daerah
Jerantut, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur dengan sengaja
telah menyebabkan cedera parah ke atas Norsyashakil la binti
Hasbullah, No. KPT: 990922-06-6424, dengan menggunakan
parang. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu
kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 326 Kanun
Keseksaan.

[2] Mahkamah telah membicarakan kes ini bersama -sama disebabkan


keterangan adalah dengan saksi-saksi yang sama. Di samping itu tempat
kejadian dan masa kejadian adalah sama untuk ketiga -tiga pertuduhan
tersebut.

Keterangan Untuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan

[3] Pihak pendakwaan telah mengemukakan 20 orang saksi sebelum


menutup kes pendakwaan. Secara umumnya saksi-saksi tersebut boleh
dikategorikan kepada saksi mata kejadian di tempat kejadian. Saksi
pegawai perubatan yang memberikan rawatan kepada mangsa bagi
pertuduhan di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan, pakar forensi k
yang menjalankan bedah siasat, pegawai polis yang menjalankan
tangkapan, pegawai penyiasat yang melakukan siasatan untuk kes 326
Kanun Keseksaan dan seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pakar
psikiatri.

[4] Pada 30.10.2019 jam lebih kurang 11.40 malam,


Maizatulakmarani binti Zainal Abidin (SP5) sedang tidur di ruang tamu
rumah simati yang merupakan bapanya di No. 365, Felda Kota Gelanggi

2
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

1, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur. Pada ketika itu Mohd Nor
Alami bin Zainal Abidin (SP17) sedang menonton televisyen d i ruang
tamu. Tiba-tiba OKT yang dikenali oleh SP5 sebagai Ijan ingin
berjumpa dengan Faizwan. Faizwan enggan berjumpa dengan OKT.

[5] SP17 telah memanggil Faizwan. SP5 nampak OKT berdiri di tepi
pintu rumah selepas menghisap rokok dan OKT menurut SP5 seda ng
memegang parang. Tiba-tiba OKT pergi ke arah anak SP5 iaitu
Nursyashakilla binti Hasbulllah (SP15). SP15 sahkan keterangan SP5
dan turut menambah bahawa beliau terjaga dari tidur dan nampak OKT
sedang memegang sebilah parang. SP15 nampak sedemikian deng an
suluhan cahaya televisyen. Pada masa itu lampu di ruang tamu rumah
telah ditutup. SP5 dan SP15 mengesahkan pada masa itu OKT telah
memegang sebilah parang. Parang tersebut telah disahkan oleh SP5 dan
SP15 di Mahkamah sebagai P32(A1).

[6] SP5 menyatakan OKT telah menikam anaknya SP15 dengan


menggunakan parang tersebut. SP15 menyatakan beliau telah
memanggil datuknya iaitu simati dan membalut tangan SP15 Seterusnya
SP15 berlari masuk ke dalam bilik simati. Nenek SP15 telah membalut
lukanya. SP15 tidak melihat OKT menikam simati disebabkan apabila
beliau keluar dari bilik simati telah nampak darah di ruang tamu.

[7] SP5 menyatakan kejadian OKT menikam simati seperti berikut:


“Apabila ayah saya berada di ruang tamu, Ijan telah menikam
beberapa kali di bahagian perut.” SP5 telah membuka lampu dan
mengejut dan memaklumkan kepada adik beradik yang lain bahawa
simati telah ditikam.

[8] SP5 telah bertanya mengapa melakukan perkara ini. Selepas itu
OKT berjalan ke arah pintu rumah dan telah keluar membawa parang.

[9] SP17 tidak berbual-bual dengan OKT pada hari kejadian. SP17
ternampak OKT serta senjata tajam seperti parang. SP17 cuba

3
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

melarikan diri. OKT telah menikam berdekatan bahu kanan SP17


sebanyak sekali menggunakan parang yang dibawa oleh OKT.

[10] Seterusnya SP17 menyatakan beliau mendapati OKT sedang


menikam perut simati yang merupakan bapanya. SP17 menyatakan:

“Selepas itu saya pun berlari ke rumah dan apabila saya masuk,
saya dapati Ijan sedang menikam perut ayah saya bernama Zainal
Abidin bin Omar.”

[11] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh pihak


pendakwaan SP5, SP15 dan SP17 adalah saksi -saksi yang melihat OKT
telah menikam perut simati dengan menghunuskan parang.

[12] SP8 iaitu Pakar Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan


Afzan, Kuantan telah mengesahkan melakukan bedah siasat ke atas
mayat simati Zainal Abidin bin Omar dan mengatakan di laporan bedah
siasat (P42) bahawa sebab kematian adalah ‘stab wound of the torso’.
Berdasarkan sijil kematian (P40) simati meninggal dunia pada
04.11.2019 jam 10.02 pagi.

[13] Mahkamah telah meneliti keterangan SP10 iaitu pegawai


perubatan yang menerima simati untuk rawatan awal jam 4.30 pagi
31.10.2019. Beliau menyatakan bahawa pada masa itu mangsa masih
sedar dan tidak stabil kerana ditikam pada empat ba hagian abdomen
kiri iaitu dua di bahagian hadapan, satu di bahagian tepi dan satu
bahagian belakang serta dua kesan hirisan di lengan tangan kiri
berdekatan siku. Salah satu tikaman telah menyebabkan usus simati
terkeluar. Beliau telah mendapat nasihat daripada pakar bedah iaitu
SP11 untuk memasukkan mangsa ke dewan pembedahan untuk
pembedahan dan rawatan lanjut. Pembedahan telah dilakukan selama
empat jam mulai jam 8.00 pagi.

[14] Seterusnya SP11 iaitu Pegawai Perubatan Pakar Bedah Hospital


Sultan Haji Ahad Shah, Temerloh mengesahkan bahawa pembedahan
telah dijalankan pada jam 8.00 pagi 31.10.2019 dan mendapati bahawa

4
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

usus kecil mangsa telah cedera dan pemotongan serta penyambungan


usus kecil telah dijalankan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Selepas menjalani pembedahan mangsa telah dimasukkan ke dalam Unit
Pemantauan Rapi untuk tujuan pemantauan. Pada jam 6.30 petang
mangsa didapati tidak stabil dan pembedahan kedua diputuskan
dijalankan. Semasa pembedahan kedua itu didapati bahawa hematoma
telah membesar dan mengembang. Keputusan telah dibuat untuk
memasukkan abdominal tack untuk memberhentikan pendarahan. SP11
mengesahkan bahawa semasa rawatan dilakukan didapati bahawa
keadaan darah ataupun bacaan haemoglobin mangsa adalah stabil yang
mencadangkan bahawa usaha untuk memberhentikan pendarahan
melalui abdominal tack itu berjaya.

[15] Pada 04.11.2019 jam lebih kurang 8.00 pagi mangsa didapati
berada dalam kritikal. Terdapat kegagalan buah pinggang, metabolic
acidosis (darah berasid) dan coagulopathy (darah yang cair). Ia telah
menyebabkan keperluan untuk memberi bantuan kepada jantung serta
memerlukan dialisis. Setelah rawatan lanjut diberikan adalah didapati
bahawa jantung mangsa masih dalam keadaan lemah dan ia telah tidak
dapat diselamatkan serta meninggal dunia pada jam 10.02 pagi
04.11.2019.

[16] Semasa pemeriksaan balas beberapa isu telah ditimbulkan oleh


Peguam OKT yang bijaksana berkenaan dengan keterangan SP5 sama
ada beliau dapat melihat dengan jelas bahawa OKT telah menikam
simati. Ini adalah disebabkan terdapat keterangan yang menunjukkan
bahawa lampu di ruang tamu di mana SP5 dan anaknya SP15 sedang
tidur tidak dinyalakan. Dicadangkan bahawa dalam keadaan sedemikian
adalah sukar untuk SP5 dapat melihat dengan jelas bahawa OKT telah
menikam bapanya. Namun demikian SP5 menjelaskan bahawa beliau
dapat melihat melalui cahaya daripada peti televisyen yang tiada
keterangan yang mencadangkan ianya tidak dibuka pada masa tersebut.
Ini ditambah pula dengan keterangan SP17 yang menunjukkan bahawa

5
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

ketika beliau masuk ke dalam rumah tersebut sedang melihat OKT


menikam bapanya di bahagian perut.

[17] Selain daripada itu keterangan saksi -saksi mata juga


menunjukkan bahawa tiada kekeliruan berkenaan pengecaman OKT
sebagai orang yang melakukan tikaman kepada simati. Begitu juga
berkenaan senjata yang digunakan oleh OKT. Semua saksi dapat
mengecam gambar parang P13(9&10) dan parang P31(A1) yang
dikemukakan secara fizikal di Mahkamah. Malahan keterangan SP17
seorang saksi yang menyatakan bahawa beliau semasa berjumpa dengan
OKT terlihat suatu benda yang tajam yang beliau nyatakan sebagai
parang atau pisau.

[18] Keterangan saksi pakar iaitu SP8, SP10 dan SP11 yang memberi
keterangan adalah menyokong dakwaan kecederaan yang dialami di
bahagian perut simati yang berpunca daripada senjata tajam yang
konsisten dengan keterangan parang P32(A1) dan gambar yang telah
dilihat dan disahkan oleh saksi-saksi. Apa yang lebih jelas ialah OKT
adalah merupakan jiran kepada simati, SP5, SP15 dan SP17. Oleh itu
tidak syak lagi bahawa mereka semua boleh mengecam OKT sebagai
orang yang melakukan tikaman kepada simati pada masa kejadian.
Ianya adalah berbeza sekiranya OKT adalah orang asing yang tidak
pernah ditemui oleh saksi-saksi mata tersebut yang boleh mengundang
kepada keraguan berkenaan pengecaman OKT sebagai orang yang
menikam simati. Keterangan juga menunjukkan bahawa SP5 ada
bertanya kepada OKT mengapakah beliau telah menikam anaknya
SP15.

[19] Pada masa yang sama SP20 iaitu Pakar Psikiatri di dalam
penyataan saksi menyatakan bahawa hasil daripada pemeriksaan dan
penilaian terhadap OKT yang ditempatkan di Wad Hospital Permai
Johor Bahru dari 18.11.2019 hingga 12.02.2020 telah membuat
kesimpulan bahawa OKT mempunyai fikiran yang siuman dan berupaya
untuk mengetahui keadaan perbuatan atau apa yang dilakukan itu salah

6
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

atau bersalahan di sisi undang-undang. Dalam Laporan Psikiatri (P59)


beliau telah membuat rumusan seperti berikut:

“a. Penama didapati menghidap Brief Psychotic Disorder.


Ianya merupakan sejenis penyakit mental yang dicirikan
dengan gejala psikosis seperti halusinasi dan delusi, serta
perubahan tingkah laku.

b. Ketika kejadian seperti yang didakwa, penama adalah


berada dalam keadaan fikiran yang siuman dan berupaya
untuk mengetahui keadaan perbuatan atau apa yang
dilakukannya adalah salah atau bersalahan di sisi undang-
undang.

c. Penama adalah layak untuk dibicarakan dan layak untuk


memberi pengakuan di Mahkamah bagi tujuan pembelaan
diri pada tarikh laporan ini dibuat.”

[20] Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu meneliti bahawa
adakah semasa OKT membuat tikaman tersebut beliau mempunyai niat
dalam konteks seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk menyebabkan
kematian. Ia perlu dilihat kepada jenis senjata yang digunakan yang
pada lazimnya boleh menyebabkan kemati an.

Analisa

[21] Isu dalam kes ini adalah:

(a) Adakah Pendakwa Raya telah membuktikan kes prima facie


di peringkat pendakwaan untuk semua pertuduhan terhadap
OKT;

(b) Adakah pembelaan di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan


berjaya ditimbulkan oleh OKT; dan

7
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

(c) Adakah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kedua - dua


kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKT melampaui
keraguan munasabah.

Isu (a)

[22] Seksyen 300 Kanun Keseksaan telah memperihalkan seperti


berikut:

“300 Murder

Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is


murder-

(a) if the act by which the death is caused is done with the
intention of causing death;

(b) if it is done with the intention of causing such bodily


injury as the offender knows to be likely to cause the death
of the person to whom the harm is caused;

(c) if it is done with the intention of causing bodily injury


to any person, and the bodily injury intended to be inflicted
is sufficient in the ordinary course of nature to cause death;
or

(d) if the person committing the act knows that it is so


imminently dangerous that it must in all probability cause
death, or such bodily injury as is likely to cause death, and
commits such act without any excuse for incurring the risk
of causing death, or such injury as aforesaid.

ILLUSTRATIONS

(a) A shoots Z with the intention of killing him. Z dies in


consequence. A commits murder.

8
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

(b) A, knowing that Z is labouring under such a disease


that a blow is likely to cause his death, strikes him with the
intention of causing bodily injury. Z dies in consequence of
the blow. A is guilty of murder, although the blow might not
have been sufficient in the ordinary course of nature to
cause the death of a person in a sound state of health. But
if A, not knowing that Z is labouring under any disease ,
gives him such a blow as would not in the ordinary course
of nature kill a person in a sound state of health, here A,
although he may intend to cause bodily injury, is not guilty
of murder, if he did not intend to cause death, or such bodily
injury as in the ordinary course of nature would cause
death.

(c) A intentionally gives Z a sword-cut or club-wound


sufficient to cause the death of a man in the ordinary course
of nature. Z dies in consequence. Here A is guilty of murder,
although he may not have intended to cause Z’s death.

(d) A, without any excuse, fires a loaded cannon into a


crowd of persons and kills one of them. A is guilty of
murder, although he may not have had a premeditated
design to kill any particular individual.

Exception 1 - Culpable homicide is not murder if the offender,


whilst deprived of the power of self control by grave and sudden
provocation, causes the death of the person who gave the
provocation, or causes the death of any other person by mistake
or accident.

The above exception is subject to the following provisos:

(a) that the provocation is not sought or voluntarily


provoked by the offender as an excuse for killing or doing
harm to any person;

9
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

(b) that the provocation is not given by anything done in


obedience to the law, or by a public servant in the lawful
exercise of the powers of such public servant;

(c) that the provocation is not given by anything done in


the lawful exercise of the right of private defence.

Explanation - Whether the provocation was grave and sudden


enough to prevent the offence from amounting to murder, is a
question of fact.

ILLUSTRATIONS

(a) A, under the influence of passion excited by a


provocation given by Z, intentionally kills Y, Z ’s child. This
is murder, inasmuch as the provocation was not given by the
child, and the death of the child was not caused by accident
or misfortune in doing an act caused by the provocation.

(b) Y gives grave and sudden provocation to A. A, on this


provocation, fires a pistol at Y, neither intending nor
knowing himself to be likely to kill Z, who is near him, but
out of sight. A kills Z. Here A has not committed murder,
but merely culpable homicide.

(c) A is lawfully arrested by Z, a bailiff. A is excited to


sudden and violent passion by the arrest, and kills Z. This
is murder, inasmuch as the provocation was given by a thing
done by a public servant in the exercise of his powers.

(d) A appears as a witness before Z, a Magistrate. Z says


that he does not believe a word of A’s deposition, and that
A has perjured himself. A is moved to sudden passion by
these words, and kills Z. This is murder.

(e) A attempts to pull Z’s nose. Z, in the exercise of the


right of private defence, lays hold of A to prevent him from

10
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

doing so. A is moved to sudden and violent passion in


consequence, and kills Z. This is murder, inasmuch as the
provocation was given by a thing done in the exercise of the
right of private defence.

(f) Z strikes B. B is by this provocation excited to violent


rage. A, a bystander, intending to take advantage of B ’s
rage, and to cause him to kill Z, puts a knife into B’s hand
for that purpose. B kills Z with the knife. Here B may have
committed only culpable homicide, but A is guilty of murder.

Exception 2 - Culpable homicide is not murder if the offender, in


the exercise in good faith of the right of private defe nce of person
or property, exceeds the power given to him by law, and causes
the death of the person against whom he is exercising such right
of defence, without premeditation and without any intention of
doing more harm than is necessary for the purpose o f such
defence.

ILLUSTRATION

Z attempts to horsewhip A, not in such a manner as to cause


grievous hurt to A. A draws out a pistol. Z persists in the assault.
A, believing in good faith that he can by no other means prevent
himself from being horsewhipped, shoots Z dead. A has not
committed murder, but only culpable homicide.

Exception 3 - Culpable homicide is not murder if the offender,


being a public servant, or aiding a public servant acting for the
advancement of public justice, exceeds the powers given to him
by law, and causes death by doing an act which he, in good faith,
believes to be lawful and necessary for the due discharge of his
duty as such public servant, and without ill will towards the
person whose death is caused.

11
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

Exception 4 - Culpable homicide is not murder if it is committed


without premeditation in a sudden fight in the heat of passion
upon a sudden quarrel, and without the offender having taken
undue advantage or acted in a cruel or unusual manner.

Explanation - It is immaterial in such cases which party offers the


provocation or commits the first assault.

Exception 5 - Culpable homicide is not murder when the person


whose death is caused, being above the age of eighteen years,
suffers death, or takes the risk of death with his own conse nt.

ILLUSTRATION

A, by instigation, voluntarily causes Z, a person under eighteen


years of age, to commit suicide. Here, on account of Z ’s youth, he
was incapable of giving consent to his own death. A has therefore
abetted murder.”

[23] Intisari kesalahan bunuh telah dirumuskan dengan jelas oleh


Hakim Low Hop Bing di dalam PP v. Nomezam Apandy Abu Hassan
(No. 2) [2008] 7 CLJ 168 seperti berikut:

“[3] From the above provisions, it is clear that in order to


establish a prima facie case of murder, it is incumbent on the
prosecution to prove:

(1) the death of the deceased;

(2) the deceased’s death was caused by injury or injuries


inflicted on the deceased;

(3) the accused had caused the injury or injuries which


resulted in the deceased’s death; and

(4) the act causing the death was committed with the mens
rea under s. 300(a), (b), (c) or (d).

12
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

(see also PP v. Brahim b Rais [1999] 1 LNS 263 per Ian Chin;
PP v. Soo Tai Leng [2005] 7 CLJ 218 per Azahar Mohamed JC
(now J); and PP v. Norazam bin Ibrahim [2006] 8 CLJ 462;
[2006] 3 AMR 524 HC).”

[24] Dalam konteks kes ini elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh
pihak pendakwaan ialah:

(a) Kematian simati;

(b) Kematian simati adalah berpunca dari kecederaan yang


dialami oleh simati;

(c) OKT yang menyebabkan kecederan-kecederaan kepada


simati sehingga menyebabkan kematian simati; dan

(d) Tindakan yang menyebabkan kematian tersebut telah


dilakukan oleh tertuduh dengan mens rea di bawah seksyen
300 (a), (b), (c) atau (d) Kanun Keseksaan.

[25] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa di


akhir kes pendakwaan, pendakwaan adalah berkewajipan untuk
membuktikan satu kes prima facie. Ini dinyatakan di bawah seksyen
180 (2) KPJ seperti berikut:

“180 Procedure after conclusion of case for prosecution

(1) When the case for the prosecution is concluded, the Court
shall consider whether the prosecution has made out a prima
facie case against the accused.

(2) If the Court finds that the prosecution has not made out a
prima facie case against the accused, the Court shall record an
order of acquittal.

13
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

(3) If the Court finds that a prima facie case has been made out
against the accused on the offence charged the Court shall call
upon the accused to enter on his defence.

(4) For the purpose of this section, a prima facie case is made
out against the accused where the prosecution has adduced
credible evidence proving each ingredient of the offence which if
unrebutted or unexplained would warrant a conviction. ”

[26] Ia dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah bin


Atan v. Public Prosecutor and other appeals [2020] 6 MLJ 727 seperti
berikut:

“[43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its


context and legislative purpose. By so doing, the phrase ‘credible
evidence proving each ingredient of the offence’ in s 180(4)
means that the prosecution may prove each ingredient of the
offence either:

(a) by adducing credible direct evidence of that


ingredient;

(b) by drawing inferences of fact, ie adducing credible


circumstantial evidence, from which the ingredient
can be inferred; or

(c) by invoking presumptions of law, ie adducing credible


evidence of the relevant basic facts, to invoke a
statutory presumption that the ingredient exists.

[44] As to what constitutes ‘a prima facie’ case, the judgment of


Vincent Ng J (as he then was) in Public Prosecutor v . Ong Cheng
Heong [1998] 4 CLJ 209; [1998] 6 MLJ 678 is instructive.
Although Ong Cheng Heong was decided prior to the amendment
in 2006, we respectfully endorse His Lordship’s views, at p 691
(MLJ); p 225 (CLJ):

14
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

What then constitutes a ‘prima facie case’? ‘Prima facie’


means on the face of it or at first glance. ... perhaps the
most appropriate definition of ‘a prima facie case’ could be
found in the Oxford Companion of Law (p 987), which has
it as: A case which is sufficient for an answer. While prima
facie evidence is evidence which is sufficient to establish a
fact in the absence of any evidence to the contrary, but is
not conclusive’. It would follow that there should be
credible evidence on each and every ingredient of the
offence. Credible evidence is evidence which has been
filtered and which has gone through the process of
evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon,
should be rejected. (Emphasis added.)

At p 691 (MLJ); p 224 (CLJ), His Lordship said:

... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on


a prima facie basis, of each and every essential ingredient
of the charge as tested in cross-examination. In other
words, maximum evaluation connotes quantitative rather
than qualitative evaluation of the evidence; with focus more
on the evidential burden in terms of evidence led, rather
than the persuasive burden in terms of qualitative degree of
proof.”

[27] Dalam kes ini keterangan jelas menunjukkan bahawa Zainal


Abidin bin Omar telahpun mati. Ia berdasarkan kepada sijil kematian
(P40) dan laporan bedah siasat (P42) yang disediakan oleh ahli patalogi
forensik. Begitu juga kematian tersebut adalah disebabkan oleh
kecederaan seperti yang dinyatakan dalam P42 di mana SP8
menyatakan dalam laporan tersebut sebab kematian adalah ‘stab
wounds of the torso’. Semasa ditunjukkan eksibit parang, P32(A1) iaitu
gambar 2 di P17(1-4) adalah berkemungkinan boleh menyebabkan
kecederaan yang dialami oleh simati yang konsisten dengan stab wound
of the torso.

15
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

[28] Oleh itu mahkamah berpendapat bahawa kematian simati adalah


disebabkan oleh kecederaan yang berpunca daripada penggunaan
parang/pisau P32(A1) adalah suatu yang tidak dapat dinafikan. Oleh itu
pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama dan
kedua tersebut.

[29] Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan saksi -saksi yang


berada di tempat kejadian telah menunjukkan bahawa OKT telah
menikam simati. Pada masa yang sama mahkamah juga perlu
menimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan yang
menyatakan terdapatnya percanggahan keterangan di antara SP5, SP15
dan SP17.

[30] Persoalannya adalah adakah percanggahan itu sesuatu yang


material sehingga boleh menjejaskan kebolehpercayaan saksi-saksi
tersebut menilai keterangan mereka. Mahkamah berpendapat bahawa
percanggahan keterangan saksi-saksi tersebut adalah berkaitan dengan
perkara yang remeh temeh semata-mata dan ia berkait rapat dengan
kedudukan saksi-saksi semasa kejadian tersebut berlaku. Namun ia
tidak dapat menafikan fakta bahawa OKT telah menikam simati pada
masa kejadian tersebut. Malahan ada di antara saksi -saksi tersebut yang
telah mengalami kecederaan ekoran daripada tindakan yang dilakukan
oleh OKT sebelum simati ditikam oleh OKT.

[31] Keterangan saksi-saksi tersebut sudah jelas menunjukkan bahawa


pada masa kejadian tersebut tiada orang lain yang menikam simati
melainkan OKT sahaja. Sekiranya mahkamah menerima hujahan pihak
pembelaan bahawa terdapat percanggahan di dalam keterangan-
keterangan tersebut di mana ianya bukan suatu yang material maka
percanggahan tersebut tidak dapat menukarkan fakta berkenaan dengan
insiden tikaman oleh OKT kepada simati. Ianya berbeza sekiranya
terdapat percanggahan-percanggahan yang material sehingga
menimbulkan kesangsian berkenaan fakta bahawa pada masa kejadian
tersebut OKT telah menikam simati. Hal itu tidak wujud di dalam kes
ini. Jika diteliti keterangan SP5 di dalam penyataan saksinya, beliau

16
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

menyatakan bahawa OKT sedang memegang parang di tangannya.


Sebaliknya SP15 menyatakan bahawa beliau telah nampak simati
sedang duduk di atas kerusi memegang perut yang berdarah dalam
keadaan kesakitan. SP15 dalam penyataan saksi tidak menyatakan
melihat OKT menikam simati. Sementara itu SP17 pula men yatakan di
dalam penyataan saksinya bahawa dia mendapati OKT sedang menikam
perut ayah beliau iaitu simati. Begitu juga terdapat keterangan yang
pada pembelaan adalah mengelirukan apabila kawasan di mana simati
ditikam adalah tidak jelas disebabkan lampu t elah ditutup. Namun
demikian keterangan menunjukkan bahawa lampu televisyen masih ada.
Oleh itu saksi-saksi dapat melihat OKT menikam simati.

[32] Mahkamah berpendapat fakta bahawa OKT adalah jiran simati,


SP5, SP15 dan SP17 di mana adalah sukar untuk bers etuju dengan
dengan hujahan bahawa disebabkan tiada cahaya lampu yang jelas maka
mereka tidak dapat mengecam OKT pada masa tersebut. Ianya berbeza
sekiranya OKT adalah orang yang pertama kali berada di tempat
kejadian dan tidak pernah dikenali oleh saksi-saksi tersebut.

[33] Mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah


membuktikan simati telah ditikam oleh OKT berdasarkan kepada
keterangan SP5, SP15 dan SP17. Percanggahan keterangan - keterangan
mereka tidak menjejaskan kes pendakwaan.

[34] Seterusnya sama ada OKT mempunyai niat untuk menyebabkan


kematian simati mahkamah perlu melihat keterangan -keterangan yang
dikemukakan semasa perbicaraan. Dalam hal ini pihak pembelaan telah
menyatakan bahawa Laporan Psikiatri (P59) yang dikemukakan melalui
keterangan SP20 menyatakan bahawa OKT mengalami Brief Psychotic
Disorder.

[35] Pada masa yang sama dalam laporan tersebut juga Pakar Psikiatri
telah menyatakan bahawa ketika kejadian seperti yang didakwa penama
adalah berada dalam keadaan fikiran yang siuman dan be rupaya untuk

17
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

mengetahui keadaan perbuatan atau apa yang dilakukannya adalah salah


atau bersalahan di sisi undang-undang.

[36] Dalam hal ini Peguam OKT dalam hujahan balasnya menyatakan
bahawa laporan yang mengatakan bahawa OKT mengetahui tentang
tindakannya itu tidak perlu diterima oleh mahkamah kerana SP20 tidak
mempunyai pengetahuan peribadi berkenaan kejadian yang berlaku di
tempat kejadian. Beliau telah merujuk kes Sek Kim Wah v. PP [1988] 1
MLJ 348.

[37] Berhubung dengan hal ini mahkamah perlu melihat keterangan-


keterangan saksi-saksi berkenaan apakah yang berlaku semasa kejadian
tersebut bagi membuat dapatan sama ada tingkah laku OKT semasa
kejadian tersebut adalah konsisten dengan dakwaan bahawa beliau
mengetahui apakah yang beliau lakukan pada masa tersebut. Ia dapat
dilihat apabila senjata yang digunakan oleh OKT bagi menikam simati
adalah satu senjata tajam yang pada lazimnya boleh menyebabkan
kematian. Keterangan juga menunjukkan bahawa pada masa tersebut
beliau telah mengambil senjata itu daripada rumahnya setelah beliau
tidak dapat berjumpa dengan ahli keluarga simati sebelum itu. Selain
daripada itu selepas daripada kejadian tersebut OKT telah
meninggalkan tempat kejadian. Di samping itu tiada juga keterangan
yang menunjukkan bahawa beliau ada terlibat di dalam tindakan untuk
membawa mangsa bagi mendapatkan rawatan. Adalah tidak dapat
dinafikan bahawa keterangan juga menunjukkan OKT tidak
memberikan apa-apa halangan ketika pihak polis datang ke rumahnya
untuk melakukan siasatan dan seterusnya ditangkap. Keterangan yang
sedemikian seolah-olah menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai
pengetahuan tentang apa yang dilakukan. Walau bagaimanapun
tindakan beliau yang juga mencederakan dua orang ahli keluarga simati
juga adalah konsisten dengan fakta bah awa beliau mempunyai
pengetahuan berkenaan dengan apa yang dilakukan setelah simati
sebagai ketua keluarga dalam rumah tersebut telah datang untuk
melihat keadaan dua orang ahli keluarganya yang telah dicederakan

18
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

oleh OKT pada mulanya. Apa yang jelas ialah tindakan OKT menikam
simati adalah tindak balas daripada usaha dan tindakan simati untuk
melihat dan mengambil tindakan terhadap dua ahli keluarga yang
telahpun dicederakan oleh OKT terlebih dahulu.

[38] Pada masa yang sama juga mahkamah mendapati bahawa tiada
keterangan yang menunjukkan bahawa beliau telah bertindak agresif
selepas daripada kejadian tersebut yang konsisten dengan tingkah laku
seseorang yang tidak waras. Ini dapat dilihat melalui tiadanya
keterangan bahawa serangan dilakukan kepada mana -mana ahli
keluarga yang lain selepas daripada simati ditikam.

[39] Penelitian kepada Laporan Psikiatri (P59) menunjukkan bahawa


laporan tersebut disediakan di bawah seksyen 342(3) KPJ bagi
menentukan sama ada OKT adalah layak untuk membuat pengakuan
terhadap pertuduhan ke atasnya. Mahkamah ini harus membezakan di
antara laporan di bawah seksyen 342(3) KPJ dengan pembelaan hilang
akal di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan. Tujuan penyediaan laporan
di bawah seksyen 342(3) KPJ ini telah dijelaskan oleh Mahkamah
Persekutuan di dalam kes Hamzah Osman v. PP [2017] 7 CLJ 273
seperti berikut:

“[8] It must be emphasised, that ss. 342 & 343 of the CPC is
concerned with the mental state of mind of the appellant at the
time of the plea. These aforesaid sections afford protection to an
accused who is suspected of being of unsound mind and would be
incapable of understanding the nature of the charges against him
and the meaning and import of evidence adduced against him. The
“raison d’etre” of these sections is that the mental state of the
accused renders him in capable of making his defence thereby
reducing his presence at the proceedings to a nullity. These
sections do not apply to a situation where the accused is going to
rely on a plea of insanity as a defence at the time of the
commission of the offence. In our instant case a plea of insanity
was never raised by the appellant. To encapsulate, we are dealing

19
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

with the concept of fitness to plead, or fitness to stand trial,


fitness to be tried and fitness to make d efence which is the
phraseology in ss. 342 and/or 343 of CPC, but which terms are
used interchangeably. (See Muthurama Kesavarajah v. The Queen
[1994] 4 CLJ 464; [1994] 181 CLR at p. 232 NB p. 234).

[10] The Court of Appeal in its grounds of judgment dealt with


the issue at paras. 27-29 of their grounds appearing at pp. 30, 34
and 40 of the same. The essence of the approach of the Court of
Appeal was as the trial had proceeded in earnest, the issue of
fitness to plead had been overtaken by circumstances and at any
rate no prejudice had befallen the appellant. This was echoed by
the respondents in their submissions before this court. We would
hold that the statutory injunctions in s. 342(1) & 343 of the CPC
are sacrosanct to the fundamental right of the appellant in our
Criminal Justice System to avail himself of the right to ensure
that he is in law fit to plead and understand the consequence of
proceedings against the appellant. These are mandatory
provisions and non-compliance with the same would in our view
render a trial a nullity as in our instant case and under those
circumstances the Court of Appeal misdirected itself in
considering prejudice in this instant appeal where there had be
non-compliance of the said section.”

[40] Dalam hal ini Mahkamah perlu mengambil kira bahawa beban
pembuktian untuk membuktikan bahawa OKT adalah hilang akal
terletak kepada pihak pembelaan. Ini dinyatakan dalam kes PP v. Alang
Mat Nasir [1938] MLJ 153 seperti berikut:

“In the two cases which we have under consideration the accused
sought to avoid responsibility on the ground of what is loosely
but conveniently described as insanity, by bringing themselves
within the exception contained in s. 84 of the Penal Code which
provides that nothing is an offence which is done by a person who
at the time of doing it, by reason of unsoundness of mind, is

20
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

incapable of knowing the nature of the act, or that he is doing


what is either wrong or contrary to law. The burden of proving
the existence of circumstances bringing the case within that
exception was upon the accused in each case. It was open to them
to discharge that burden either by adducing themselves or by
relying upon evidence adduced by the prosecution or by both
these means. Whether or not they have discharged that burden
must depend upon the view which the learned trial Judge took
upon considering the evidence as a whole. Section 3 indicates the
way in which consideration of that question should be
approached. He should put himself in the position of the prudent
man, and ask himself whether under the circumstances of each
case be ought to act upon the supposition that the accused was
insane within the meaning of s. 84 of the Penal Code. One of the
circumstances which he ought to take into account is the fact that
it is the defence and not the prosecution which is seeking to prove
the fact of insanity. It is well established, as the result of the
accumulated wisdom of many great English Judges, that the
burden of proof resting upon an accused to prove insanity, or
indeed any circumstance which may excuse him or reduce the
gravity of his offence, is not so onerous as the burden of proof
resting upon the prosecution to prove the facts which they have
to establish. As Viscount Hailsham LC observed in delivering the
judgment of the Privy Council in the case of R v. Sodeman, 1936
AELR 1138, the burden in cases in which an accused has to prove
insanity may fairly be stated as not being higher than the burden
which rests upon a plaintiff or defendant in civil proceedings.”

[41] Ketidakwarasan perundangan (legal insanity) laporan pakar


mengesahkan bahawa beliau adalah mengetahui tentang apa yang
dilakukan. Di samping itu tiada keterangan lain yang dikemukakan bagi
mengakaskan laporan tersebut. Berdasarkan kepada kes PP v. Muhamad
Suhaimi Abdul Aziz [2004] 1 CLJ 378 Mahkamah Rayuan menyatakan
bahawa:

21
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

“The legal principle that may be distilled from the authorities is


that the role of an expert witness is merely to assist the court in
arriving at its decision. In the final analysis the court is the final
arbiter and not the expert. As a necessary corollary in giving his
opinion the expert needs to give his reasons. A bare statement of
opinion of an expert would not suffice.”

[42] Dalam kes PP v. Muhamad Suhaimi Abdul Aziz (supra) tersebut


keterangan pakar psikiatri adalah seperti berikut:

“She had also interviewed members of the families of both the


accused and the deceased and their office colleagues. Further,
she held discussions with the Pengarah Hospital Bahagia and the
other psychiatrists for a second opinion. Her diagnosis of the
accused was as follows:

Hasil daripada pemeriksaan diagnose yang saya telah


berikan ialah Muhd. Sulaimi ada menghidap sejenis
penyakit psikotik yang dinamakan delusional disorder.
Delusional disorder ialah sejenis penyakit dan psikotik. It
is of the jealous type. Delusional disorder itu ada kurang -
kurang 4 kategori iaitu persecutory, grandiose, erotomanic
type and jealous type and mixed type. Kes ini d iberi
diagnosa delusional disorder jealous type. Kesimpulan
yang telah saya buat selepas pemeriksaan yang rapi dan
intensive saya berpendapat bahawa semasa kejadian beliau
di dalam keadaan yang tidak waras. Di masa kejadian
beliau di dalam keadaan yang tidak waras dan tidak tahu
bahawa perbuatan beliau itu adalah salah dari segi
undang.”

[43] Oleh itu pada keterangan yang dikemukakan oleh SP20


mengesahkan bahawa semasa tindakan itu dilakukan tiada alasan untuk
menyatakan bahawa beliau tidak siuman. Laporan SP20 tersebut
menyokong dapatan tersebut.

22
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

Pertuduhan Di Bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan

[44] Sementara itu berkenaan dengan pertuduhan di bawah seksyen


326 Kanun Keseksaan adalah didapati bahawa laporan perubatan SP17
(P50) menyatakan bahawa pesakit mengalami kecederaan hirisan yang
dalam dan memerlukan pembedahan untuk menutup luka. Tiada retakan
atau patah pada tulang. Semasa memberikan keterangan SP13
menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP17 adalah separa
kritikal dan parah.

[45] Sementara itu bagi laporan perubatan SP15 (P47) tidak


menyatakan terdapatnya sebarang retakan. Ia disokong oleh keterangan
Dr. Usaid bin Fakhruddin (SP9) yang menyatakan bahawa mangsa
mengalami kepatahan serpih di tulang ulna kanan.

[46] Jika diteliti peruntukan di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan


ia memperuntukan seperti berikut:

“326 Voluntarily causing grievous hurt by dangerous weapons


or means

Whoever, except in the case provided by section 335, voluntarily


causes grievous hurt by means of any instrument for sho oting,
stabbing or cutting, or any instrument which, used as a weapon
of offence, is likely to cause death or any scheduled weapon as
specified under the Corrosive and Explosive Substances and
Offensive Weapons Act 1958, or by means of fire or any heated
substance, or by means of any poison or any corrosive substance,
or by means of any explosive substance, or by means of any
substance which it is deleterious to the human body to inhale, to
swallow, or to receive into the blood, or by means of any animal,
shall be punished with imprisonment for a term which may extend
to twenty years, and shall also be liable to fine or to whipping. ”

[47] Istilah grievous hurt telah ditakrifkan di bawah seksyen 302


Kanun Keseksaan seperti berikut:

23
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

“320 Grievous hurt

The following kinds of hurt only are designated as “grievous”:

(a) emasculation;

(b) permanent privation of the sight of either eye;

(c) permanent privation of the hearing of either ear;

(d) privation of any member or joint;

(e) destruction or permanent impairing of the powers of


any member or joint;

(f) permanent disfiguration of the head or face;

(g) fracture or dislocation of a bone;

(h) any hurt which endangers life, or which causes the


sufferer to be, during the space of ten days, in severe bodily
pain, or unable to follow his ordinary pursuits. ”

[48] Dalam kes ini tiada keterangan yang menunjukkan terdapatnya


kecederaan parah yang boleh disabitkan dengan seksyen 326 Kanun
Keseksaan dan lebih sesuai untuk pertuduhan di bawah seksyen 324
Kanun Keseksaan kerana terdapat keterangan yang menunjukkan
kecederaan yang digunakan itu menggunakan senjata tajam.

[49] Berdasarkan kepada penelitian keterangan saksi -saksi


pendakwaan Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya
membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan di bawah seksyen 302
dan 324 Kanun Keseksaan.

Kes Pembelaan

[50] Semasa pembelaannya, OKT menyatakan bahawa dia mendengar


bisikan-bisikan suara seram yang tidak difahami oleh beliau. OKT
menyatakan setelah masuk ke dalam rumah simati bisi kan yang

24
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

menyuruh OKT membunuh semakin kuat dan besar dan tidak eerhenti.
OKT menyatakan dia menikam simati di perut tetapi tidak ingat berapa
kali.

[51] Selepas OKT menikam simati dan dia keluar dari rumah simati
dan cuci parang tersebut dan menyimpan semula dalam almari di
ruangan rumah. Selepas itu bisikan tersebut menjadi lemah dan
perlahan. Keterangan OKT juga menyatakan bahawa sebelum kejadian
beliau telah bekerja sebagai penjaga mesin dan tidak pasti mengalami
masalah mental tetapi telah mendengar bisikan yang menyeramkan dan
pelik-pelik.

[52] Ketika pemeriksaan balas berkenaan dengan kejadian tersebut,


OKT menyatakan seperti berikut:

S : Setuju dengan saya Ijan pergi rumah Pok Nal pada


30.11.2019?

J : Setuju. Ya.

S : Jam 11.30 malam, setuju?

J : Ya. Setuju.

S: Ijan pergi sana sebab ada dengar suara?

J: Ya dengar suara.

S: Lepas itu suara tu cakap tikam setuju?

J: Tak setuju.

S: Setuju?

J: Tidak setuju.

[53] Semasa disoal balas berkenaan dengan pisau yang berada dalam
poket OKT dan kejadian tikaman tersebut terhadap Alami, beliau
menyatakan seperti berikut:

25
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

S: Saya katakan dia terkena pisau sebab Ijan yang tikam dia?

J: Tidak setuju.

S: Pisau dalam poket. Tadi setuju dengan saya Ijan bawa


dalam pisau dalam poketkan?

J: Ya.

S: Poket seluarkan?

J: Ya.

S: Dan lepas tu Alami cederakan?

J: Ya betul.

S: Kalau Ijan tak tikam Alami macam mana dia boleh luka?
Tadi setuju kan Alami tu luka sebab kena pisau Ijan tu?

J: Saya bukan tikam saya menolak dia ke tepi.

[54] Seterusnya apabila dikemukakan soalan berkenaan dengan


kejadian yang melibatkan simati, OKT menyatakan seperti berikut:

S: Setuju dengan saya Pok Nal ni keluar dari bilik pergi ke


ruang tamu, setuju?

J: Setuju.

S: Lepas tu Ijan terus tikam dia dekat perut di a?

J: Ya.

S: Setuju?

J: Setuju.

S: Ijan ingat tikam berapa kali?

J: Tak ingat berapa kali.

26
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

S: Tak ingat berapa kali?

J: Ya.

S: Setuju dengan saya Alami masuk rumah halau Ijan keluar?

J: Tak ingat dah.

S: Tak ingat dah?

J: Ya.

S: Lepas tu Ijan balik ke rumah betul?

J: Ya.

S: Ijan balik ke rumah lepas tu simpan balik pisau tu dekat


almari, setuju?

J: Ya.

S: Setuju dengan saya Ijan sorok pisau dalam almari?

J: Tak ingat.

S: Saya boleh bantu Ijan untuk ingat dulu. Saya tun juk gambar
boleh?

J: Boleh.

S: P13 dirujuk, gambar 7, 8 dan 9.


Tapi sebelum itu, gambar P13 ni gambar rumah Ijan,
setuju?

J: Setuju.

S: Kita pergi ke gambar nombor 7, 8, 9 ini, lepas Ijan balik ke


rumah Ijan sorok dalam almari ni, setuju?

J: Setuju.

27
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

S: Saya cadangkan Ijan sorok balik pisau ni sebab takut orang


jumpa, setuju?

J: Tidak setuju.

S: Saya cadangkan Ijan sorok sebab takut orang nampak?

J: Tidak setuju. Saya tak ingat masa itu.

[55] Apa yang jelas daripada keterangan OKT ialah beliau tidak
mengingati kejadian tersebut dan bersetuju bahawa beliau telah terlibat
dalam pengambilan dadah sebelum ini. OKT juga menyatakan bahawa
beliau telah memaklumkan perkara berkenaan dengan kejadian tersebut
kepada pihak hospital selepas ditahan oleh pihak polis. Malahan
keterangannya juga telah mempertikaikan laporan psikiatri yang
dikemukakan oleh SP20 yang dikatakan tidak lengkap disebabkan
terdapat perkara-perkara yang tidak dimasukkan dalam laporan tersebut
padahal OKT telah memaklumkan kepada SP20.

[56] OKT juga telah memanggil Pegawai Perubatan (SD2) daripada


Klinik Kesihatan Penjara Bentong bagi mengesahkan bahawa OKT
menerima ubat yang berkaitan dengan antipsikotik. SD2 dalam
keterangannya telah memperihalkan perkara tersebut seperti berikut:

S: Tadi doktor terangkan doktor kenal Mohd Shahrizan


sebagai pesakit. Apakah penyakit yang dihadapi oleh Mohd
Shahrizan?

J : Mengikut diagnosis ataupun memo yang diberikan dari


Hospital Permai adalah psychotic disorder tetapi apabila
direvised oleh Hospital Bentong diagnosisnya jadi
schizophrenia.

S: Apakah ubat yang diambil oleh OKT pada masa sekarang?

J: Tablet risperidone.

28
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

S: Apakah tujuan OKT diberikan ubat risperidone ini?

J : Risperidone ini adalah sejenis ubat anti psikotik yang


diberikan kepada orang yang berpenyakit terutamanya
schizophrenia.

S: Jadi dari brain psychotic disorder beliau telah menjadi


pesakit schizophrenia, adakah itu betul doktor?

J: Ya.

S: Tapi ubat masih lagi risperidone?

J: Ya, ubat sama.

S: Apakah dos pengambilan ubat itu oleh OKT?

J: Dos satu tablet mengandungi 2 milligram. Jadi untuk dos


pesakit Mohd Shahrizan tablet risperidone 2 milligram
pada pagi dan 4 milligram pada waktu malam.

S: Jadi kesemuanya 6 miligram?

J: Untuk satu hari 6 milligram.

S: Sejak berapa lama OKT ambil ubat ini?

J: Saya tidak pasti sejak bila tetapi dia dimulakan dari


Hospital Permailah.

[57] Semasa pemeriksaan balas SD2 mengesahkan bahawa beliau tidak


mempunyai kuasa untuk memberikan preskripsi ubat kepada OKT.
Malahan ia adalah berdasarkan kepada preskripsi yang diberikan oleh
Hospital Permai sebelum daripada ini. Ini adalah disebabkan SD2 ada
seorang Pegawai Perubatan Awam dan tidak mempunyai kemahiran
khusus dalam bidang psikiatrik.

29
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

Isu (b) Pembelaan Di Bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan

[58] Penilaian daripada keterangan-keterangan OKT ialah pembelaan


yang ingin dikemukakan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah
seksyen 84 Kanun Keseksaan seperti berikut:

“84 Act of a person of unsound mind

Nothing is an offence which is done by a person who, at the time


of doing it, by reason of unsoundness of mind, is incapable of
knowing the nature of the act, or that he is doing what is either
wrong or contrary to law.”

[59] Berdasarkan kepada pemeriksaan balas oleh saksi pendakwaan


pada peringkat kes pendakwaan juga adalah jelas bahawa pembelaan
yang ingin dikemukakan adalah berkaitan dengan akal yang tidak waras
(insanity). Adalah menjadi undang-undang yang jelas bahawa
tanggungjawab untuk membuktikan bahawa OKT adalah terkategori di
bawah pembelaan di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan adalah
terletak kepada OKT. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan
dalam kes Abdul Razak bin Dalek v. Public Prosecutor [2010] 4 MLJ
725 seperti berikut:

“[19] It is clear from the above that for an accused to rely on s .


84 of the Penal Code as a defence, the burden is on him to
establish his condition of mind at the time of the commission of
the offence. In such a situation the prosecution wil l be entitled to
adduce evidence of rebuttal and the defence may adduce evidence
in sub-rebuttal if there is a need for it.”

[60] Dalam kes Public Prosecutor v. Kenneth Fook Mun Lee (No. 1)
[2002] 2 MLJ 563 dan Sinnasamy v. Public Prosecutor [1956] MLJ 36
dinyatakan seperti berikut:

“The defence was that the appellant did the act when in a state of
automatism, which is a temporary loss of consciousness

30
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

associated with some types of epilepsy. The onus was on the


appellant to set up this defence, and the question is, whether he
has succeeded in bringing himself within the exception set out in
section 84 of the Penal Code.”

[61] Persoalan dalam kes ini adakah keterangan yang dikemukakan di


dalam pembelaan OKT telah berjaya meletakkan OKT di bawah
pembelaan seksyen 84 Kanun Keseksaan. Mahkamah ini perlu memberi
perhatian kepada keterangan yang menyatakan bahawa OKT telah
mendengar bisikan-bisikan suara sebelum kejadian tersebut berlaku
seperti berikut:

(4) S: Adakah awak sedar apa yang awak lakukan di rumah


“Pok Nal” semasa kejadian?

J: Saya tidak menyedari apa yang saya lakukan di rumah “Pok


Nal” semasa kejadian. Saya hanya menyedari dan mengingati
kembali perlakuan saya di rumah “Pok Nal” dalam perjalanan ke
balai polis. Pada masa itu, fikiran saya telah kembali menjadi
tenang, denyutan jantung seperti biasa, kepala rasa tidak
berpusing dan bisikan suara tidak lagi kedengaran. Selepas
menyedari apa yang saya telah saya lakukan di rumah “Pok Nal”,
saya berasa amat kesa, memandangkan saya mengenali “Pok
Nal” dan juga ahli keluarganya sejak dari kecil dan hubungan
kami adalah mesra.

(5) S: Adakah kamu pernah mengalami pengalaman


mendengar bisikan suara sebelum kejadian di rumah “Pok
Nal”?

J: Sebelum kejadian di rumah “Pok Nal” saya pernah


mendengar bisikan-bisikan suara yang menyeramkan dalam
Bahasa yang saya tidak fahami. Pada masa kedengaran suara -
suara seram itu, saya akan rasa takut, kepala mula rasa
berpusing, fikiran menjadi celaru dan jantung kuat.

31
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

Bagaimanapun, suara-suara tersebut akan hilang dalam masa


yang singkat dan saya akan kembali tenang semula.

[62] Dalam hal ini Mahkamah perlu memahami prinsip automatism


dalam pembelaan suatu kes jenayah. Automatism adalah merujuk
keadaan di mana seseorang itu tidak sedar apa yang dilakukannya. Ia
adalah berkaitan dengan satu perbuatan yang dilakukan secara tidak
disedari oleh pancaindera dan semasa melakukan perbuatan tersebut ia
tidak boleh menghalang daripada perlakuan tersebut. Dalam erti k ata
lain perbuatan di bawah sedar tersebut menjadi pembelaan kerana ia
tidak dapat dikawal oleh pemikiran seseorang itu pada masa kejadian
itu dilakukan.

[63] Frasa automatism telah diberikan maksud di dalam Consice


Oxford Dictionary 11 th Edition Revised seperti berikut:

“Automatism*n. Psychiatry action which does not involve


conscious thought or intention.”

[64] Secara umumnya terdapat dua kategori iaitu automatism yang


disebabkan oleh akal yang tidak waras yang disebabkan oleh faktor
dalaman akibat daripada penyakit mental seseorang. Sementara
automatism kategori yang kedua akal tidak waras adalah disebabkan
oleh faktor-faktor luaran seperti penyalahgunaan dadah atau
penggunaan alkohol.

[65] Dalam kes ini Mahkamah mendapati tiada keterangan yang dapat
menunjukkan bahawa terdapatnya tindakan OKT yang dikatakan
sebelum kejadian itu telah mengambil dadah atau meminum minuman
keras. Apa yang ada daripada keterangan ialah bisikan -bisikan suara
yang terngiang-ngiang di dalam diri OKT yang dikatakan oleh OKT
sebagai faktor yang menyebabkan beliau mengambil tindakan untuk
melakukan pembunuhan terhadap simati. Oleh itu Mahkamah
berpendapat pembelaan akal tidak waras yang ingin digunakan oleh
OKT adalah termasuk dalam kategori automatism yang disebabkan oleh

32
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

akal yang tidak waras yang berpunca daripada faktor dalaman OKT dan
bukannya faktor luaran seperti pengambilan dadah atau penggunaan
alkohol.

[66] Apabila pembelaan akal tidak waras kategori pertama ini maka
Mahkamah perlu mengikuti prinsip yang dinyatakan dalam ke s Daniel
M’Naghten’s Case [1843] 8 ER 718. Dalam hal ini mahkamah merujuk
kepada Peraturan M’Naghten yang menggariskan ujian yang perlu
dilakukan bagi menentukan sama ada suatu pembelaan akal tidak waras
boleh diterima oleh mahkamah. Tindal CJ menyatakan seperti berikut:

“The first question proposed by your Lordships is this: “What is


the law respecting alleged crimes committed by persons afflicted
with insane delusion in respect of one or more particular subjects
or persons: as, for instance, where at the time of the commission
of the alleged crime the accused knew he was acting contrary to
law, but. did the act complained of with a view, under the
influence of insane delusion, of redressing or revenging some
supposed grievance or injury, or of producing some supposed
public benefit?”

In answer to which question, assuming that your Lordships ’


inquiries are confined to those persons who labour under such
partial delusions only, and are not in other respects insane, we
are of opinion that, notwithstanding the party accused did the act
complained of with a view, under the influence of insane delusion,
of redressing or revenging some supposed grievance or injury, or
of producing some public benefit, he is nevertheless punishable
according to the nature of the crime committed, if he knew at
the time of committing such crime that he was acting contrary
to law; by which expression we understand your Lordships to
mean the law of the land.

Your Lordships are pleased to inquire of us, secondly, “What are


the proper questions to be submitted to the jury, where a person

33
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

alleged to be afflicted with insane delusion respecting one or


more particular subjects or persons, is charged with the
commission of a crime (murder, for example), and insanity is set
up as a defence? And, thirdly, “In what terms ought the question
to be left to the jury as to the prisoner ’s state of mind at the time
when [210] the act was committed?” And as these two questions
appear to us to be more conveniently answered together, we have
to submit our opinion to be that the jurors ought to be told in all
cases that every man is to be presumed to be sane, and to possess
a sufficient degree of reason to be responsible for his crimes,until
the contrary be proved to their satisfaction; and that to establish
a defence on the ground of insanity, it must be clearly proved
that, at the time of the committing of the act, the party accused
was labouring under such, a defect of reason, from disease of the
mind, as not to know the nature and quality of t he act he was
doing; or, if he did know it, that he did not know he was doing
what was wrong. The mode of putting the latter part of the
question to the jury on these occasions has generally been,
whether the accused at the time of doing the act knew the
difference between right and wrong: which mode, though rarely,
if ever, leading to any mistake with, the jury, is not, as we
conceive, so accurate when put generally and in the abstract, as
when put with reference to the party ’s knowledge of right and
wrong in, respect to the very act with which he is charged. If the
question were to be put as to the knowledge of the accused solely
and exclusively with reference to the law of the land, it might tend
to confound the jury, by inducing them to believe that an a ctual
knowledge of the law of the land was essential in order to lead to
a conviction; whereas the law is administered upon the principle
that every one must be taken conclusively to know it, without
proof that he does know it. If the accused was conscious that the
act was one which he ought not to do, and if that act was at the
same time contrary to the law of the land, he is punishable; and

34
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

the usual course therefore [211] has been to leave the question
to the jury, whether the party accused had a suffici ent degree of
reason to know that he was doing an act that was wrong: and this
course we think is correct, accompanied with such observations
and explanations as the circumstances of each particular case
may require.

The fourth question which your Lordships have proposed to us


is this:—”If a person under an insane delusion as to existing
facts, commits an, offence in consequence thereof, is he thereby
excused?” To which question the answer must of course depend
on the nature of the delusion: but, making th e same assumption
as we did before, namely, that he labours under such partial
delusion only, and is not in other respects insane, we think he
must be considered in the same situation as to responsibility as if
the facts with respect to which the delusion exists were real. For
example, if under the influence of his delusion he supposes
another man to be in the act of attempting to take away his life,
and he kills that man, as he supposes, in self -defence, he would
be exempt from punishment. If his delusion was that” the
deceased had inflicted a serious injury to his character and
fortune, and he killed him in revenge for such supposed injury, he
would be liable to punishment.”

Ia turut juga diperjelaskan oleh mahkamah dalam kes R v. Kemp [1956]


3 All ER 249 di halaman 252 para g.

[67] Pemakaian Peraturan M’Naghten ini dapat dilihat dilakukan oleh


Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Muhamad
Suhaimi Abdul Aziz [2004] 1 CLJ 378 di mana dalam kes tersebut salah
satu keterangan yang dikemukakan oleh saksi pakar psikiatri yang
dikemukakan setelah menjalankan pemeriksaan kepada Tertuduh
seperti berikut:

35
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

“Daripada situ timbulnya delusion di mana beliau percaya


bahawa arwah isterinya telah berlaku curang. Suara -suara ghaib
adalah apa yang Mohd. Suhaimi beritahu kepada saya. Dan juga
dari temubual saya dengan keluarga Encik Suhaimi.”

[68] Malahan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi dalam kes PP


v. Muhamad Suhaimi bin Abdul Aziz [2002] 5 MLJ 233 keterangan
pakar psikiatri daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta telah
diperturunkan secara terperinci oleh hakim bicara kes tersebut seperti
berikut:

“As she said in her evidence:

Pemeriksaan yang telah saya lakukan ke atas En Muhd Suhaimi


ialah pemeriksaan mentalnya. Pemeriksaan mental merangkum i
(includes) temubual-temubual yang kerap, pemeriksaan makmal
dan juga dari pemerhatian segala perbuatan dan tingkahlaku
beliau semasa bersama kami. Untuk melengkapkan pemeriksaan
saya, keluarga Muhd Suhaimi telah ditemubual, keluarga Faizah
telah ditemubual dan kami juga telah temubual kawan-kawan
sekerja mereka. ‘Mereka’ maksud Muhd Suhaimi dan Faizah.
Menjadi kebiasaan apabila saya perlu membuat sesuatu laporan
mengenai kes-kes yang berat seumpama ini, sesi-sesi
perbincangan, in other words, clinical group discussions akan
diadakan bersama pengarah hospital saya sendiri dan pakar -
pakar psychiatry yang lain untuk second opinion.

Hasil daripada pemeriksaan, diagnosa yang saya telah berikan


ialah Muhd Suhaimi ada menghidap sejenis penyakit psikotik
yang dinamakan delusional disorder. Delusional disorder ialah
sejenis penyakit dan psikotik. It is of the jealous type. Delusional
disorder itu ada kurang-kurang empat kategori iaitu persecutory,
grandiose, erotomanic type and jealous type and mixed type. Kes
ini diberi diagnosa delusional disorder jealous type.

36
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

Kesimpulan yang telah saya buat selepas pemeriksaan yang rapi


dan intensive, saya berpendapat bahawa semasa kejadian, beliau
di dalam keadaan yang tidak waras. Di masa kejadian, beliau di
dalam keadaan yang tidak waras dan tidak tahu bahawa
perbuatan beliau itu adalah salah dari segi undang -undang.

In her cross examination she said:

Encik Suhaimi telah ditemubual berkali-kali. Pada hari-hari awal


kemasukan beliau ke hospital kami perbualan kami agak susah.
Hasil dari temubual, Muhd Suhaimi boleh menceritakan segala
apa yang telah berlaku. Ini termasuk perbuatan beliau menikam
isterinya. Antara symptoms yang menandakan adanya penyakit
mental/psikotik yang saya telah perolehi ialah suara -suara ghaib
(auditory hallucinations), visual hallucinations. Daripada situ
timbulnya delusion di mana beliau percaya bahawa arwah
isterinya telah berlaku curang. Suara -suara ghaib adalah apa
yang Muhd Suhaimi beritahu kepada saya. Dan juga dari
temubual saya dengan keluarga En Suhaimi.

In her re-examination, she said that the accused was under her
observation from 6 February 2001 to 17 April 2001. I considered
it necessary to subject DW2 to some examination in order to
determine whether to accept her evidence. The questions that I
asked and the answers that DW2 gave run as follows:

court: Is it possible to ascertain a person ’s mental condition for


a period about 1 1 / 2 years prior to the examination?

a: I thank the court for recognizing our difficulty. We, the


psychiatrists, get as much information as we can from as many
sources as possible and that includes interviewing both sides of
the family, interviewing their colleagues, getting detailed
information from the police. We also obtained the autopsy report
from the pathologist together with repeated questions of En

37
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

Suhaimi to see the consistency of his information with the rest of


the information we get from other sources. The group discussions
that we had with the other psychiatrists include all the
psychiatrists interviewing En Suhaimi themselves at great length.
That is the best we could do to arrive at our conclusion.

court: Essentially your finding is based on your interviews?

a: It is the interview plus the intensive observation for three


months. For observation we look at his behaviour, his sleep
pattern and his emotions.

court: Is it possible for you to distinguish a malingerer from a


genuine one?

a: It is quite easy for a psychiatrist to identify a malingerer. In


this case, I am absolutely positive that En Muhd Suhaimi wa s not
malingering.

court: Can you explain why the accused explained the events of
25 September 1999 to you when in court today he said he does not
know.

a: There is something special about therapist -patient


relationship. Therefore, as a summary of all my i nterviews, I was
able to get the necessary information. One needs psychiatric
skills in asking such questions.”

[69] Berdasarkan kepada keterangan saksi pakar tersebut dan


ketiadaan keterangan sanggahan (rebuttal evidence) oleh pihak
pendakwaan maka Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut telah berpuas
hati bahawa Tertuduh telah berjaya pada tahap perimbangan
kebarangkalikan membuktikan pembelaan akal tidak waras di bawah
seksyen 84 Kanun Keseksaan. Dapatan tersebut telah disahkan oleh
Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Muhamad Suhaimi Abdul Aziz
[2005] 2 CLJ 826.

38
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

[70] Penelitian kepada perkembangan undang-undang berkaitan


pembelaan akal tidak waras adalah didapati bahawa fakta bahawa
Tertuduh mendengar bisikan-bisikan daripada suara-suara ghaib
sehingga menyebabkan Tertuduh melakukan suatu tindakan jenayah
telah dinyatakan dalam kes R. v. Kopsch [1925] 19 Cr. App. Rep. 50 di
mana Mahkamah di United Kingdom menyatakan seperti berikut:

“In the present case the judge at the trial fully and clearly
explained the law to the jury, but it is said that misdirected the
jury, as he omitted to direct them that “a person charged
criminally with an offence is irresponsible for his act when it is
commited under an impulse which the prisoner is by mental
disease in substance deprived of any power to resist.” In other
words, the complaint against the judge is that he did not tell the
jury that something was the law which was not the law. The
argument of counsel for difference began with the proposition
that the law was as he represented, but, as it proceeded, drifted
into the different position that the law ought to become, or ought
to have become, what he represented. It is the fantastic theory of
uncontrollable impulse which, if it were to become part of our
criminal law, would be merely subversive. It is not yet part of the
criminal law, and it is to be hoped that the time is far distant
when it will be made so.”

[71] Apa yang jelas daripada prinsip dalam Peraturan M ’Naghten ialah
pembelaan berdasarkan kepada akal yang tidak waras perlu dibuktikan
secara jelas bahawa semasa melakukan perbuatan tersebut Tertuduh
telah dirundung dengan kerosakan aqli (defect of reason) yang
berpunca daripada penyakit akal sehingga menyebabkan tidak
mempunyai pengetahuan berkenaan hakikat d an kesan tindakan yang
telah dilakukannya atau dia tidak tahu mengenainya dan juga dia tidak
tahu bahawa apa yang dilakukan itu adalah salah.

39
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

[72] Pemakaian Peraturan M’Naghten ini telah diperjelaskan oleh


Mahkamah Rayuan di United Kingdom dalam kes R v. Keal [2022] 4
WLR 41 seperti berikut:

“……..In order to establish the defence of insanity within the


M’Naghten Rules on the ground of not knowing the act was
“wrong”, the defendant must establish both that (a) he did not
know that his act was unlawful (ie contrary to law) and (b) he did
not know that his act was “morally” wrong (also expressed as
wrong “by the standards of ordinary people”). In our judgment,
“wrong” means both against the law and wrong by the standards
of ordinary reasonable people. Strictly a jury must be satisfied
that the defendant did not know that what he was doing was
against the law nor wrong by the standards of reasonable
ordinary people. In practice how the jury is directed on this issue
will depend on the facts and issues in the part icular case.”

[73] Mahkamah Rayuan di United Kingdom juga dalam kes tersebut


membincangkan secara menarik sama ada prinsip M ’Nagthen ini
termasuk elemen ketiadaan pilihan dan menyatakan seperti berikut:

“43 This is the question posed in Mr Campbell-Tiech QC’s


narrow approach. Whilst, in accordance with the answer to the
fourth question in the Rules, it is necessary to assess the
defendant by reference to the facts as perceived through the
delusion, in our judgment, that does not obviate the need to
consider the primary question of knowledge of “wrongdoing”
(under the answer to the second and third questions).

44 First, we do not accept that, in principle, the concept of


knowledge (or being conscious) of wrongdoing necessarily
imports “choice” (or “agency” in Mr Campbell-Tiech QC’s
terms). Nor do we accept that, unless the M’Naghten Rules
comprise an element of “choice”, the availability of the defence
will depend upon the nature of the delusion.

40
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

45 Secondly, the principle advanced by Mr Campbell-Tiech QC is


contrary to established authority. In R v . Kopsch [1927] 19 Cr
App Rep 50 there was evidence that the defendant, when he
murdered the victim, was acting under the “direction of his sub-
conscious mind”. He contended that the judge should have
directed the jury that a person who commits an act under an
impulse which, by mental disease, he cannot control, is not
criminally responsible at all. Lord Hewart LCJ rejected the
contention that, under the M’Naghten Rules, the judge
misdirected the jury by failing to direct them that “a person
charged criminally with an offence is irresponsible for his act
when it is committed under an impulse which the prisoner is by
mental disease in substance deprived of the power to resist ”. Such
a proposition neither represented the law as it, nor as it ought to
be. Lord Hewart described it as “the fantastic theory of
uncontrollable impulse”.

46 Thirdly, the Law Commission in the 2013 Discussion Paper


recognised that the defence of insanity as it presently stands does
not include an element reflecting lack of capacity to control one ’s
action, ie a defence of irresistible impulse. The Commission
recommended the inclusion of such an element in its proposed
reform of the existing law, noting that previous proposals for su ch
reform in 1924 and in 1953 had not been adopted (see para 4.42
and fn 38 and para 4.43).

47 Finally, the direction proposed by Mr Campbell -Tiech QC (set


out in para 27 above) is, as a matter of language, confused and
confusing. In his modified definition of “wrong”, sub-paragraph
(i), the word is defined by reference to knowledge of wrongdoing;
whilst in sub-paragraph (ii) it is defined by reference to “choice”
(positively to do the act). The fact that the proposed direction is
difficult to understand is indicative of the underlying conceptual
difficulty in the defendant’s case of fitting the element of

41
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

“choice” into the concept of “wrongdoing” and knowledge of


wrongdoing.

48 For these reasons, we conclude that under the M ’Naghten


Rules, the defence of insanity is not available to a defendant who,
although he knew what he was doing was wrong, he believed that
he had no choice but to commit the act in question. ”

[74] Namun demikian bagi konteks seksyen 84 Kanun Keseksaan


mahkamah perlu meneliti kembali pemakaianya yang telah diterangkan
di mahkamah negara ini. Ini telah dirumuskan dengan jelas oleh
Mahkamah Rayuan dalam kes John Nyumbei v. PP [2007] 2 CLJ 509
seperti berikut:

“12. Thus, under s. 84 Penal Code, criminality has to be


determined according to that legal test and not merely by the
mental state of an accused person according to the medical test.

13. There is a distinction between the notion of a legal insanity


and medical insanity. Not every form of insanity exempts a person
from criminal responsibility. Only legal insanity provides that
exemption under s. 84 Penal Code. The specie of insanity
addressed by s. 84 is the one that impairs the cognitive faculties
of a person. Its nature and extent must be that to make the
offender incapable of knowing the nature of his act, or that he is
doing is wrong or contrary to law. The criminality of an act
therefore must be determined by this test laid down in s. 84 as
distinguished from the medical test (see Ratanlal and Dhirajlal’s
Law of Crimes, 25 edn. p. 280). As was stated recently by this
court through the judgment of Ariffin Zakaria JCA (as he then
was) in PP v. Muhammad Suhaimi Abdul Aziz [2004] 1 CLJ 378:

It is settled law that the defence of insanity under s. 84 is


concerned with the accused’s legal responsibility at the
time of the alleged offence and not with whether he was

42
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

medically insane at that time. See Pendakwa Raya v. Zainal


Abidin bin Mat Zaid [1993] 1 CLJ 147; PP v. Misbah bin
Saat [1998] 1 CLJ 759; [1997] 3 MLJ 495.

14. When the defence of insanity is raised the court thus needs
to consider two matters, namely:

(i) whether the accused person has successfully


established, as a preliminary issue, that at the time of
committing the act he was of unsound mind, and

(ii) if he was of unsound mind, whether he has proven


that his unsoundness of mind was of a degree to satisfy
one of the tests earlier mentioned ie, that the accused was
incapable of knowing the nature of his act as being wrong
or against the law. (see Ratanlal and Dhirajla l’s Law of
Crimes, 5th edn., p. 289 et seq).

15. It is also settled law that the burden of proof rests on the
person who raises the defence of insanity (seeJuraimi bin Hussein
v. PP [1998] 2 CLJ 383 also Baharom v. PP [1960] 1 LNS 9;
[1960] 26 MLJ 249). And it is only the accused person who has
this right to raise a defence of insanity. It is not open to the court
or the prosecution to raise it (see PP v. Misbah bin Saat, supra).

16. The standard of proof upon the accused raising the defence
of insanity is on a balance of probabilities, as in a civil case
(Rajagopal v. PP [1976] 1 LNS 122; [1977] 1 MLJ 6, Goh Yoke
v. PP [1969] 1 LNS 48; [1970] 1 MLJ 63). So, if the appellant
here is able to show, either from the prosecution or other
evidence that he committed the crime but was at that time insane,
he cannot be culpable by virtue of s. 84 Penal Code. ”

[75] Penelitian kepada keterangan dalam kes ini mendapati bahawa


OKT telah dapat memperihalkan kejadian yang dilakukannya ke atas
mangsa iaitu simati dan ahli keluarga simati pada malam tersebut.

43
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

Keterangan juga menunjukkan bahawa OKT telah menyimpan kembali


pisau yang telah digunakan di dalam kejadian tersebut. Adalah tidak
dapat dinafikan keterangan juga menunjukkan bahawa sejurus selepas
kejadian tersebut OKT telah balik ke rumahnya dan ditangkap oleh
pihak polis ketika berada di rumah tersebut. Mahkamah mendapati tiada
keterangan yang menunjukkan bahawa OKT telah cuba melarikan diri
dari tempat kejadian tersebut malahan keterangan saksi -saksi
pendakwaan juga menyatakan bahawa OKT secara selamba pulang ke
rumah beliau selepas melakukan tindakan menikam mangsa -mangsa
dalam kejadian tersebut dan menyimpan pisau yang digunakan di rumah
beliau yang akhirnya OKT memandu arah pihak polis mendapatkan
pisau tersebut. Apakah ini menunjukkan ia adalah satu keterangan yang
menyokong dakwaan OKT bahawa beliau tidak mempunyai
pengetahuan tentang apa yang dilakukan pada malam tersebut. Ia
hanyalah disebabkan oleh bisikan yang didengar beliau sehingga
mendorong beliau melakukan tindakan terhadap simati dan ahli
keluarganya.

[76] Apa yang menarik dalam kes ini ialah keterangan SP20 dan
Laporan Psikiatri (P59) yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan
tidak mencadangkan bahawa pada masa kejadian tersebut OKT telah
tidak waras. Ini dapat dilihat dalam laporan P59 di perenggan 25 seperti
berikut:

“a. Penama didapati menghidap Brief Psychotic Disorder.


Ianya merupakan sejenis penyakit mental yang dicirikan
dengan gejala psikosis seperti halusinasi dan delusi, serta
perubahan tingkah laku.

b. Ketika kejadian seperti yang didakwa, penama adalah


berada dalam keadaan fikiran yang siuman dan berupaya
untuk mengetahui keadaan perbuatan atau apa yang
dilakukannya adalah salah atau bersalahan di sisi undang -
undang.”

44
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

[77] Pada masa yang sama mahkamah juga tidak boleh menolak
keterangan yang dikemukakan oleh saksi pembelaan yang menyatakan
bahawa OKT telah dibekalkan dengan ubat yang berkaitan dengan
simptom psikiatri yang dibekalkan oleh Hospital Permai. Apakah ini
menunjukkan bahawa OKT adalah menghidap penyakit yang berkaitan
dengan psikiatri yang boleh menjadikan alasan untuk mengukuhkan
pembelaan di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan.

[78] Dalam hal ini mahkamah perlu mengambil perhatian bahawa


dalam konteks seksyen 84 Kanun Keseksaan, akal yang tidak waras
adalah bukannya dari sudut perubatan (medical insanity) tetapi ialah
berkaitan dengan akal tidak waras di sisi undang -undang (legal
insanity). Fakta bahawa OKT diberikan ubatan adalah lebih mirip
kepada medical insanity yang tidak tergolong di dalam pembelaan akal
tidak waras di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan. Berdasarkan
keterangan yang dikemukakan semasa peringkat pendakwaan dan
pembelaan mahkamah berpendapat keterangan tersebut tidak
melunaskan tanggungjawab pembelaan untuk menunjukkan bahawa
OKT boleh mengemukakan pembelaan di bawah seksyen 84 Kanun
Keseksaan. Ini adalah menjadi prinsip undang -undang yang jelas
bahawa tanggungjawab tersebut adalah terletak kepada pihak
pembelaan. Ini dinyatakan dalam kes Jurami bin Husin v. PP [1998] 1
MLJ 537 seperti berikut:

“We are, on the other hand, entirely in agreement with the


submission made by the learned deputy, Azahar, that the burden
of establishing the defence of insanity lay upon the first accused
(see PP v. Alang Mat Nasir [1938] MLJ 153; Jusoh v. PP [1963]
MLJ 84) and that he had plainly failed to do this. The learned
deputy drew our attention to the absence of any cross -
examination of the prosecution witnesses on the insanity issue.
We were also referred to passages in the evid ence-in- chief of the
first accused where he clearly explains the premeditation with
which the murder of the deceased had been planned and executed.

45
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

We are in agreement with En Azahar that the revelations made by


the first accused are the product of a mind uninfected by any
illness of any sort.”

Isu (c)

[79] Dalam kes ini mahkamah berpendapat keterangan yang


menunjukkan bahawa OKT telah membawa senjata pisau (P32(A1)) ke
rumah simati dan telah juga mencederakan orang lain terlebih dahulu
sebelum membuat tusukan ke perut simati sehingga menyebabkan
kematian adalah tidak konsisten dengan pembelaan bahawa OKT telah
hilang akal atau tidak waras semasa kejadian itu berlaku. Ia juga tidak
dapat menyokong dakwaan bahawa OKT tidak mempunyai pengetahuan
bahawa tindakan yang dilakukan terhadap simati dan mangsa yag lain
adalah sesuatu yang salah.

[80] Namun demikian mahkamah juga perlu meneliti keterangan yang


lain bagi melihat sama ada selain daripada pembelaan di bawah seksyen
84 Kanun Keseksaan, adakah terdapat keterangan yang dapat
menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Penelitian kepada keterangan pembelaan adalah jelas dan nyata bahawa
tiada sebarang keterangan yang dapat menimbulkan keraguan kepada
kes pendakwaan. Hakikat tidak dapat dinafikan bahawa OKT telahpun
menikam perut simati dan mencederakan mangsa -mangsa yang lain.
Tiada keterangan yang dapat menolak fakta tersebut yang dikemukakan
di hadapan mahkamah. Oleh yang demikian mahkamah berpendapat
pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.

[81] Berdasarkan kepada penganalisaan keterangan yang dikemukakan


di Mahkamah ini pada peringkat pembelaan dan pendakwaan
Mahkamah berpendapat bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan
keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bagi p ertuduhan
pertama, kedua dan ketiga. Oleh itu OKT telah disabitkan dengan
pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 324 Kanun
Keseksaan.

46
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

Hukuman

[82] Seksyen 302 Kanun Keseksaan telah memperuntukkan hukuman


yang dibuat melalui Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023
yang berkuat kuasa pada 4 Julai 2023 melalui PU(B) 229/2023.

[83] Kini seksyen 302 Kanun Keseksaan telah dipinda dengan


mempertuntukkan seperti berikut:

“Seksyen 302 Kanun dipinda dengan memasukkan selepas


perkataan “with death” perkataan “or imprisonment for a term
of not less than thirty years but not exceeding forty years and if
not sentenced to death, shall also be punished with whipping of
not less than twelve strokes”

[84] Pengenalan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023


telah memberikan budi bicara kepada Mahkamah untuk
mempertimbangkan hukuman selain daripada hukuman mati seperti
yang terdapat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan sebelum ini.
Mahkamah perlu berhati-hati bahawa pindaan tersebut melalui Akta di
atas tidak sekali-kali memansuhkan hukuman mati itu sendiri. Ia
berbeza dengan kedudukan misalnya di United Kingdom melalui
pengenalan pemansuhan hukuman mati di dalam Murder (Abolition of
Death Penalty) Act 1965 yang memperuntukkan seperti berikut:

“Abolition of death penalty for murder. (1) No person shall suffer


death for murder, and a person convicted of murder shall F1. . .
be sentenced to imprisonment for life.”

Yang kemudiannya telah dinyatakan dalam Human Rights Act 1998


dalam Schedule I Part II Part 3 yang menyatakan seperti berikut:

“ARTICLE 1 OF THE THIRTEENTH PROTOCOL


Abolition of the death penalty

The death penalty shall be abolished. No one shall be condemned


to such penalty or executed.”

47
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

[85] Kesan kepada pindaan hukuman mati di United Kingdom telah


dijelaskan dalam kes R v. Stewart and other appeals [2023] 3 All ER
261 seperti berikut:

“[2] Since the abolition of the death penalty, the only sentence
available for adults convicted of murder is imprisonment for life:
s. 1 of the Murder (Abolition of Death Penalty) Act 1965. ”

[86] Sebaliknya dalam kerangka Akta Pemansuhan Hukuman Mati


Mandatori 2023 apa yang dinyatakan bagi kesalahan di bawah seksyen
302 Kanun Keseksaan ialah menetapkan hukuman mi nimum dan
maksimum pemenjaraan serta hukuman rotan. Ia tidak mempunyai garis
panduan yang terperinci seperti yang terdapat di dalam Criminal Justice
Act 2003 United Kingdom.

[87] Bagi memahami pemansuhan hukuman mati adalah wajar


sekiranya Mahkamah ini meneliti asal usul pemansuhan hukuman mati
ini. Ia adalah penting bagi memahami pemansuhan hukuman mati itu
dalam rangka meneliti dan menentukan hukuman bagi kesalahan yang
boleh membawa hukuman mati sama ada hukuman mati perlu
dijatuhkan atau hukuman lain seperti yang diperuntukkan oleh undang-
undang boleh dipertimbangkan. Dalam hal ini Roger Hood dalam
bukunya The Death Penalty A Worldwide Perspective Third Edition
Oxford University Press 2002 di halaman 9 mengariskan sejarah
pemansuhan hukuman mati seperti berikut:

“The modern movement to abolish the death penalty has its roots
in the liberal utilitarian and humanistic ideas spawned by the
enlightenment in Europe at the end of the eighteen century.
Cesare Beccaria’s famous treatise On Crimes and Punishments,
published in 1764, advocated the replacement of the old regime
of maximum terror, randomly inflicted, by a graded system of
penalties proportionate to the crime commited and inflicted with
greater certainty. Capital punishment, Beccaria declared, was
both inhumane and ineffective: an unacceptable weapon for a

48
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

modern enlightened state to employ, and less effective than the


certainty of imprisonment. Furthermore, he argued that capital
punishment was counterproductive if the purpose of law was to
impart a moral conception of the duties of citizens to each other.
For, if the state were to resort to killing in order to enforce its
will, it would legitimize the very behaviour which the law sought
to repress, namely the use of deadly force to settle disputes. ”

[88] Oleh itu pendekatan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah


ialah untuk menentukan sama ada kesalahan yang dilakukan setelah
disabitkan boleh dipertimbangkan untuk hukuman selain daripada
hukuman mati. Ia telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam
kes Loh Hock Seng & Anor v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 13 di
mana YAA Raja Azlan Shah, Hakim Besar Malaya ketika itu telah
mengemukakan pendekatan yang perlu diambil dalam memutuskan
hukuman yang sewajarnya sekiranya Mahkamah mempunyai pilihan
untuk menjatuhkan hukuman mati dan hukuman seumur hidup dengan
menyatakan seperti berikut:

“We would like to take this occasion to reaffirm expressly,


unequivocably and unanimously that where the case justifies it,
judges should not develop a phobia against inflicting the death
penalty. In our view, the prescribing of a maximum penalty in
respect of an offence not only marks the limits of the court ’s
discretionary power as to sentence, it also ordinarily prescribes
what the penalty should be in the more serious type of cas es
falling within the relevant class of the offence meriting the
maximum punishment prescribed.”

[89] Dalam kes ini ia telah dibicarakan sebelum daripada tarikh


penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023
tersebut. Oleh itu adakah OKT dalam kes ini layak dipertimbangkan
untuk mendapat hukuman seperti yang terdapat dalam Akta
Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023. Ini dapat dilihat

49
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

peruntukan yang dinyatakan di bawah seksyen 39 Akta tersebut seperti


berikut:

“Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, jika seseorang disabitkan


oleh mana-mana mahkamah kerana melakukan suatu kesalahan
di bawah seksyen 121, 121A, 302 atau 364 atau perenggan
130C(1)(a), 130I (a), 130N (a), 130O(1)(aa), 130QA (a), 130ZB
(a) atau 374A(a) Kanun, orang itu, sama ada dalam s uatu
perbicaraan atau rayuan, hendaklah dihukum mengikut
peruntukan Kanun sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini
walaupun kesalahan itu dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat
kuasa Akta ini.”

[90] Pada masa yang sama Mahkamah ini juga dalam meneliti
pendekatan yang perlu digunakan bagi mempertimbangkah hukuman
terhadap OKT dalam jurus pandang Akta Pemansuhan Hukuman Mati
Mandatori 2023 lontaran pandangan di dalam artikel Abolition Of
Mandatory Death Penalty Bill 2023 And Revision Of Sentence Of
Death And Imprisonment For Natural Life (Temporary
Jurisdiction Of The Federal Court) Bill 2023 [2023] 3 MLJ i by
Datuk Haji Hisyam Teh Poh Teik and Guok Ngek Seong . Dalam artikel
tersebut telah dicadangkan pendekatan yang perlu digunakan semasa
mempertimbangkan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023
yang dinyatakan seperti berikut:

“Both the Bill and the Revision of Sentence Bill are much
welcomed by criminal defence practitioners who have been
advocating the abolishment of the mandatory death sentence in
Malaysia for some time.

It is also our hope that the courts in Malaysia will import and
apply the approved and tested principles in Bachan Singh v . State
of Punjab and subsequent precedents in India clari fying Bachan
Singh’s principles in Malaysia soon. Every life, whether of a free
person or a convict is precious. A convict deserves a chance to

50
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

turn over a new leaf. Therefore, the death sentence should only
be handed down in the rarest of the rare crimina l cases.”

[91] Malahan kedua-dua penulis yang bijaksana dalam artikel tersebut


juga mencadangkan bahawa pendekatan yang dinyatakan dalam kes
Loh Hock Seng (supra) itu tidak sesuai digunakan dalam penggunaan
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023. la dinyatakan seper ti
berikut:

“If Loh Hock Seng’s case is still applied despite the Bill, the
conclusion is inevitably clear. It would mean that death sentence
is the most appropriate sentence for a conviction under s 39B of
the DDA despite the purport and intent of the ame ndment Bill.
That approach cannot stand in light of the spirit and purport of
the amendment Bill. Further, various studies have suggested Page
ix that the imposition of death sentences in drug trafficking cases
are not the most effective way to curtail the drug menace in the
society. Capital punishments in drug related offences will instead
produce disproportionate punishment to the gravity of drug
related offences on the following grounds:

(a) consideration of drug trafficking among the most serious


crimes is questionable;

(b) the use of death sentence for drug offences is an arbitrary


exercise; and

(c) there is a greater risk for a wrongful conviction when using


mandatory death sentence.

It is suggested that the principles enunciated in the Indian


jurisprudence regarding death penalty should be applied in this
new regime.”

[92] Penelitian kepada autoriti daripada Amerika Syarikat telah


memberikan gambaran bagaimana Mahkamah boleh menggunakan budi

51
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

bicara dalam mempertimbangkan hukuman mati atau hukuman lain. Ini


dinyatakan oleh Mahkamah Agong di Amerika Syarikat dalam kes Ring
v. Arizona, 536 U.S. 584 [2002] seperti berikut:

“At the conclusion of the sentencing hearing, the judge is to


determine the presence or absence of the enumerated
“aggravating circumstances” 1 and any “mitigating
circumstances.” 2 The State’s law authorizes the judge to sentence
the defendant to death only if there is at least one aggravating
circumstance and “there are no mitigating circumstances
sufficiently substantial to call for leniency.” § 13-703(F).”

[93] Sementara itu Mahkamah Agong di India ketika memutuskan isu


berkenaan sama ada terdapat keadaan khas bagi suatu hukuman mati
dikenakan di bawah seksyen 354 (3) Criminal Procedure Code 1973
dalam kes Bachan Singh v. State of Punjab [1982] 3 SCC 24; [1983] 1
SCR 145 menyatakan seperti berikut:

“163. In this view we are in accord with the dictum of this Court
in Balwant Singh v. State of Punjab, wherein the interpretation of
Section 354(3) first came up for consideration. After su rveying
the legislative background, one of us (Untwalia, J.) speaking for
the Court, summed up the scope and implications of Section
354(3), thus:

Under this provision the Court is required to state the


reasons for the sentence awarded and in the case of
sentence of death, special reasons are required to be stated.
It would thus be noticed that awarding of the sentence other
than the sentence of death is the general rule now and only
special reasons, that is to say, special facts and
circumstances in a given case, will warrant the passing of
the death sentence. It is unnecessary nor is it possible to
make a catalogue of the special reasons which may justify
the passing of the death sentence in a case.

52
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

While applying proposition (iv) (a), therefore, the Court has to


bear in mind this fundamental principle of policy embodied in
Section 354(3).

164. Another proposition, the application of which, to an extent,


is affected by the legislative changes, is No. (v). In portion (a) of
that proposition, it is said that circumstances impinging on the
nature and circumstances of the crime can be brought on record
before the pre-conviction stage. In portion (b), it is emphasised
that while making choice of the sentence under Section 302, Penal
Code, the Court is principally concerned with the circumstances
connected with the particular crime under inquiry. Now, Section
235(2) provides for a bifurcated trial and specifically gives the
accused person a right of presentence hearing, at which stage, he
can bring on record material or evidence, which may not be
strictly relevant to or connected with the particular crime under
inquiry, but nevertheless, have, consistently with the policy
underlined in Section 354(3) a bearing on the choice of sentence.
The present legislative policy discernible from Section 235(2)
read with Section 354(3) is that in fixing the degree of punishment
or making the choice of sentence for various offences, including
one under Section 302, Penal Code, the Court should not confine
its consideration “principally” or merely to the circumstances
connected with particular crime, but also give due consideration
to the circumstances of the criminal.”

[94] Kes Ring v. Arizona (supra) dan Bachan Singh v. State of


Punjab (supra) mencadangkan bahawa hukuman mati bukannya
hukuman utama tetapi sekiranya terdapat keadaan yang mewajarkan
hukuman mati maka ia boleh dilaksanakan. Sementara pendekatan
dalam kes Loh Hock Seng (supra) ia meletakkan hukuman mati itu
sebagai hukuman yang wajar dikenakan dalam kes tersebut. Dalam
konteks ini seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah ini mendapati
selain daripada penyataan dalam kes Loh Hock Seng (supra) tiada

53
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

panduan berkenaan dengan pendekatan yang perlu dibuat bagi hukuman


mati sama ada terlebih dahulu mempertimbangkan hukuman mati dan
sekiranya keadaan yang ada boleh dipertimbangkan hukuman
pemenjaraan atau adakah dipertimbangkan dahulu hukuman
pemenjaraan dan sekiranya terdapat keadaan yang mewajarkan
hukuman mati maka hukuman mati barulah dijatuhkan.

[95] Mahkamah ini meneliti kepada Rang Undang -undang Akta Dadah
Berbahaya Pindaan 1983 ketika hukuman mati mandatori diperkenalkan
bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)
1952 seperti yang dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,
Dato’ Musa Hitam pada 24.03.1983 berkenaan dengan rasional pindaan
hukuman mati mandatori di bawah ADB 1952 bagi memahami apakah
akan telah berlaku sekiranya terdapat budi bicara hakim dalam
menjatuhkan hukuman mati dan hukuman pemenjaraan sehingga
menyebabkan perlunya pindaan undang-undang yang menetapkan
hukuman mati mandatori. Ini bagi membolehkan Mahkamah ini
menghayati apakah yang perlu dilakukan ketika menggunakan budi
bicara dalam menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi
mengelakkan kekhilafan dan cabaran yang dihadapi semasa wujudnya
budi bicara hakim untuk menjatuhkan hukuman mati dan pemenjaraan
sebelum ADB 1952 dipinda bagi memperuntukkan hukuman mati
mandatori. Beliau menyatakan seperti berikut:

“Tuan Yang Dipertua, satu lagi pindaan penting yang


dicadangkan ialah untuk menetapkan hukuman mati sahaja
terhadap pengedar dadah. Di bawah undang-undang sekarang,
Mahkamah Tinggi yang mensabitkan seseorang pengedar dadah
boleh menjatuhkan hukuman sama ada hukuman mati atau
hukuman penjara seumur hidup bersama sebatan dengan rotan.
Sejak hukuman ini dimaktubkan di dalam undang -undang pada
tahun 1975, didapati tidak ada keseragaman di dalam
penghukuman terhadap pengedar dadah. Hakim-hakim
Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes-kes dadah

54
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

dipertanggungjawabkan dengan beban yang amat berat untuk


meneliti faktor-faktor tertentu yang terdapat di dalam sesuatu kes
bagi menimbangkan dengan saksama sama ada hukuman mati
atau hukuman penjara seumur hidup sepatutnya dikenakan. Oleh
itu, bagi mengatasi masalah ini dan memandangkan bahawa
aktiviti pengedaran dadah makin bertambah serta hukuman yang
terdapat sekarang tidak memadai untuk menjadi pencegah,
adalah dicadangkan supaya satu hukuman sahaja ditetapkan bagi
pengedar dadah, iaitu hukuman mati.”

[96] Namun demikian dalam kes ini Mahkamah berpendapat


pendekatan yang digunakan dalam kes Loh Hock Seng (supra) itu
adalah wajar digunakan dan tidak mengikut gari s panduan dalam kes
Ring v. Arizona (supra) dan Bachan Singh v. State of Punjab (supra).
Ini adalah disebabkan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan
bunuh adalah hukuman mati. Namun sekiranya pada pertimbangan
Mahkamah berdasarkan keadaan dan keterangan ia tidak mewajarkan
hukuman mati maka hukuman pemenjaraan boleh dipertimbangkan
seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ia
adalah pada hemat Mahkamah sejajar dengan tujuan pindaan seksyen
302 tersebut dan mencapati hasrat dan aspirasi masyarakat yang tidak
dapat menerima bahawa seseorang boleh mengambil nyawa orang lain
tanpa diberikan hukuman yang sewajarnya. Namun demikian pindaan
seksyen 302 Kanun Keseksaan itu ialah memberi pilihan kepada hakim
untuk tidak mengenakan hukuman mati dalam keadaan bersesuaian.

[97] Mahkamah ini berpendapat budi bicara yang diberikan oleh Akta
Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dalam mempertimbangkan
hukuman selain daripada hukuman mati tidak boleh digunakan dengan
sewenang-wenangnya bagi mencari jalan untuk mengelakkan daripada
hukuman mati dikenakan. Ini adalah disebabkan hukuman mati itu
masih ada di dalam sistem perundangan. Apa yang perlu dilakukan ialah
berdasarkan kepada keadaan bagaimana pembunuhan itu berlaku dan
mitigasi yang dikemukakan dan faktor-faktor yang sewajarnya

55
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

dipertimbangkan oleh Mahkamah untuk memberikan hukuman selain


daripada itu hukuman mati maka ia boleh dipertimbangkan. Oleh yang
demikian Mahkamah ini berpendapat Mahkamah perlu meneliti faktor -
faktor tersebut bagi mempertimbangkan hukuman yang sewajarnya.
Mahkamah berpendapat bagaimana kesalahan dilakukan juga perlu
diambil kira dalam menentukan kewajaran hukuman selain daripada
hukuman mati diberikan. Namun begitu Mahkamah perlu berhati -hati
dengan tidak menyatakan bahawa keterangan yang dikemukakan itu
tidak menunjukkan kesalahan telah dilakukan di bawah seksyen 302
Kanun Keseksaan. Ini adalah disebabkan Mahkamah telahpun terlebih
dahulu memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya
membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bagi kesalahan di
bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kini Mahkamah hanya
menumpukan kepada faktor yang boleh dipertimbangkan untuk
mengenakan hukuman selain daripada itu hukuman mati di bawah
seksyen 302 Kanun Keseksaan, sekiranya ada.

[98] Pada hemat Mahkamah nyawa manusia adalah amat bernilai.


Undang-undang memberikan kedudukan yang amat tinggi kepada
nyawa manusia. Oleh itu terdapat peruntukan undang -undang jenayah
yang menjadikan hukuman mati sebagai hukuman bagi kesalahan
membunuh. Ia adalah sejajar dengan tujuan undang-undang iaitu untuk
menjaga nyawa, akal, keturunan, harta, agama dan maruah.

[99] Dalam penelitian kepada Kanun Keseksaan, matlamat undang -


undang di atas dapat dilihat pada Bahagian XVI kesalahan berkaitan
hidup iaitu seksyen 299 hingga 318 serta peruntukan kesalahan
berkenaan kecederaan iaitu seksyen 319 hingga 338. Berkenaan perihal
keturunan pula diperuntukkan di bawah seksyen 372 hingga 377.
Manakala Bahagian XXI dan XXII seksyen 499 hingga 509 berkenaan
dengan maruah individu. Sementara perihal agama pula di dalam
Bahagian XV, kesalahan berkaitan agama di bawah seksyen 295 hingga
298A. Sementara perlindungan akal adalah peruntukan kesalahan di
bawah ADB 1952, misalnya seksyen 15 dan seksyen 39C dan undang -

56
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

undang lain yang berkaitan. Pemerhatian di atas bukanlah sesuatu yang


tuntas. Ia hanyalah contoh tujuan undang-undang digubal yang
bertujuan untuk melindungi agama, nyawa, akal, harta, keturunan dan
maruah yang perlu dihayati.

[100] Malahan di dalam The Commentaris on the Laws of England of


Sir William Blackstone, KNT. oleh Robert Malcolm Kerr, LL.D Vol. 1,
Fourth Edition London John Murray, Albemarle Street 1876 di halaman
101 menyatakan seperti berikut:

“The right of personal security consists in a person ’s legal and


uninterrupted enjoyment of his life, his limbs, his body, his health,
and his reputation.”

[101] Dalam kes ini keterangan menunjukkan bahawa OKT adalah jiran
kepada simati. OKT telah mengenali simati dan keluarganya semenjak
kecil. Rumah OKT dan simati adalah berdekatan. OKT juga mengenali
keluarga simati sejak kecil. Mahkamah juga mendapati simati telah
meninggal dunia setelah lima hari berada di hospital. Simati tidak
meninggal dunia serta merta selepas ditikam oleh OKT. OKT juga telah
tidak melarikan diri atau cuba mengelakkan diri dari ditangkap oleh
pihak polis. Malahan OKT juga telah membantu polis mendapatkan
senjata yang digunakan pada hari kejadian itu.

[102] Pada masa yang sama sebgai pelengkap penghakiman ini,


Mahkamah juga dalam melihat melalui ruang lingkup kepada Akta
Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, menyorot pemakaian
seksyen 183A KPJ iaitu keterangan daripada mangsa dalam kes ini
keluarga mangsa adalah perlu dipertimbangkan. Ia bagi membolehkan
Mahkamah memutuskan sama ada keadaan kejadi an tersebut bersama-
sama dengan hasrat serta kesan kepada keluarga mangsa mewajarkan
hukuman mati atau sebaliknya dikenakan. Seksyen 183A KPJ
menyatakan seperti berikut:

57
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

183A Victim’s impact statement

(1) Before the Court passes sentence according to law under


section 183, the Court shall, upon the request of the victim of the
offence or the victim’s family, call upon the victim or a member
of the victim’s family to make a statement on the impact of the
offence on the victim or his family.

(2) Where the victim or a member of the victim’s family is for any
reason unable to attend the proceedings after being called by the
Court under subsection (1), the Court may at its discretion admit
a written statement of the victim or a member of the victim ’s
family.

[103] Namun dalam kes ini Mahkamah mendapati tiada hasrat keluarga
mangsa dizahirkan semasa prosiding sebelum hukuman dijatuhkan.
Adalah menjadi amalan yang baik dalam kes -kes di bawah seksyen 302
Kanun Keseksaan kenyataan daripada keluarga dikemukakan ke pada
Mahkamah untuk memberikan peluang kepada keluarga menyuarakan
harapan dan hasrat mereka terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada
OKT.

[104] Pada masa yang sama apabila sesuatu kes pembunuhan telah
berlaku yang melibatkan individu yang masih mempunyai o rang di
bawah tanggungannya seperti anak-anak kecil atau ahli keluarga lain
yang bergantung kepada simati maka dengan kematian simati maka
hilanglah pergantungan ahli waris tersebut. Persoalan apakah yang
boleh dinikmati oleh keluarga mangsa yang telah dib unuh tersebut.
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa setelah Tertuduh disabitkan maka
Tertuduh akan dihukum dengan sewajarnya mengikut undang -undang.
Apakah pembelaan bagi keluarga simati bagi meneruskan kehidupan
ekoran dengan kematian yang mencari nafkah atau sumber pendapatan
keluarga tersebut.

58
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

[105] Dalam hal ini Mahkamah merujuk kepada peruntukan di bawah


seksyen 426 KPJ yang memperuntukkan tentang gantirugi yang boleh
dipertimbangkan oleh Mahkamah. Seksyen 426 KPJ memperuntukkan
seperti berikut:

“426 Order for payment of costs of prosecution and


compensation

(1) The Court before which an accused is convicted of an


offence-

(a) in its discretion, may make an order for the payment


by the convicted accused of the cost of his prosecution or
any part thereof as may be agreed by the Public Prosecutor;
or

(b) where-

(i) the prosecution of the convicted accused


involves evidence obtained pursuant to a request made
under the Mutual Assistance in Criminal Matters Act
2002 [Act 621]; or

(ii) the accused has obtained pecuniary gain, upon


the application of the Public Prosecutor, shall make an
order for the payment by the convicted accused of the
cost of his prosecution or any part thereof, the sum of
which is to be fixed by the Court as may be agreed by
the Public Prosecutor.

(1A) Without prejudice to subsection (1), the Court before which


an accused is convicted of an offence shall, upon the application
of the Public Prosecutor, make an order against the convicted
accused for the payment by him, or where the convicted accused
is a child, by his parent or guardian, of a sum to be fixed by the
Court as compensation to a person who is the victim of the offence

59
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

committed by the convicted accused in respect of the injury to his


person or character, or loss of his income or property, as a result
of the offence committed.

(1B) Where the person who is the victim of the offence is


deceased, the order of compensation shall be made to a
representative of the deceased person.

(1C) The Court shall, in making an order under subsectio n (1A),


take into consideration the following factors:

(a) the nature of the offence;

(b) the injury sustained by the victim;

(c) the expenses incurred by the victim;

(d) the damage to, or loss of, property suffered by the


victim;

(e) the loss of income incurred by the victim;

(f) the ability of the convicted accused to pay; and

(g) any other factors which the Court deems relevant.

(1D) For the purpose of making an order under subsection (1A),


the Court may hold an inquiry as it thinks fit.

(2) The Court shall specify the person to whom any sum in
respect of costs or compensation as aforesaid is to be paid, and
section 432 [except paragraph (1)(d)] shall be applicable to any
order made under this section.

(3) The Court may direct that an order for payment of costs, or
an order for payment of compensation, shall have priority, and,
if no direction is given, an order for payment of costs shall have
priority over an order for payment of compensation.

60
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

(4) To the extent of the amount which has been paid t o a person,
or to the representatives of a person, under an order for
compensation, any claim of such person or representatives for
damages sustained by reason of the offence shall be deemed to
have been satisfied, but the order for payment shall not preju dice
any right to a civil remedy for the recovery of any property or for
the recovery of damages beyond the amount of compensation paid
under the order.

(5) Every order made under this section by a Magistrate shall be


appealable to the High Court.”

[106] Ini bermakna Mahkamah boleh mempertimbangkan pampasan


kepada keluarga simati oleh Tertuduh. Inilah satu tatacara untuk
memastikan mangsa atau keluarga mangsa yang mati mendapat
pembelaan dan terjamin kehidupannya ekoran daripada kehilangan
simati. Namun demikian peruntukan di bawah seksyen 426(1A)
memperuntukkan bahawa pampasan hanya boleh dipertimbangkan oleh
Mahkamah sekiranya terdapat permohonan daripada Pendakwa Raya. Ia
mencadangkan Mahkamah tidak boleh dengan sewenang - wenangnya
memberikan pampasan tanpa permohonan daripada pihak Pendakwaan.
Oleh itu adalah menjadi amalan yang baik sekiranya Pendakwa Raya
membuat permohonan untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah setelah
seseorang itu disabitkan dengan pertuduhan jenayah untuk diberikan
pampasan seperti yang digariskan di bawah KPJ. Jika ini dilakukan ia
akan menyebabkan mangsa jenayah yang mengalami kecederaan atau
keluarga mangsa jenayah yang telah meninggal dunia akan mempunyai
pembelaan dalam bentuk pampasan yang boleh dipertimbangkan oleh
Mahkamah.

[107] Dalam kes ini disebabkan tiada permohonan sedemikian maka


Mahkamah ini tidak mempunyai asas untuk memberikan pampasan di
bawah seksyen 426 yang sewajarnya boleh dinikmati oleh keluarga
simati atau mangsa dalam kes seksyen 324 Kanun Keseksaan sekiranya
terdapat permohonan daripada pihak pendakwaan.

61
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

[108] Selain daripada itu Mahkamah juga perlu merujuk kepada seksyen
432 KPJ yang memperincikan bagaimana perintah pampasan itu
dilaksanakan seperti berikut:

“432 Provisions as to money payable as costs or compe nsation

(1) Subject to the provisions of this Code where any person is,
under this Code, for any reason whatsoever, ordered to pay any
sum of money by way of costs or compensation, the Court making
the order may in its discretion do all or any of the follo wing
things, namely-

(a) allow time for the payment of that sum;

(b) direct payment of that sum to be made by instalments;

(c) issue a warrant for the levy of that sum by distress and
sale of any property belonging to that person;

(d) direct that in default of payment or of a sufficient


distress to satisfy such sum, that person shall suffer
imprisonment for a certain term, which imprisonment shall
be in excess of any other imprisonment to which he may be
sentenced or to which he may be liable under a commut ation
of sentence:

Provided that where time is not allowed for the


payment of that sum an order for imprisonment in
default of payment shall not be issued in the first
instance unless it appears to the Court that that
person has no property or insufficient property to
satisfy the money payable or that the levy of distress
will be more injurious to him or his family than
imprisonment;

(e) direct that that person be searched and that any money
found on him when so searched or which in the event of his

62
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

being committed to prison, may be found on him when taken


to prison shall be applied towards the payment of that sum,
the surplus, if any, being returned to him:

Provided that such money shall not be so applied if


the Court is satisfied that the money does not be long
to the person on whom it was found or that the loss of
the money will be more injurious to his family than his
imprisonment.

(2) The term for which the Court directs that person to be
imprisoned in default of payment or of a sufficient distress to
satisfy any sum shall not exceed the following scale:

When the money to be paid does not exceed One

RM500 month

When the money to be paid exceeds Two


RM500 but does not exceed RM1000 months

In any other case Six

months

(3) Subject to the provisions of this Code the imprisonment which


the Court imposes under this section shall terminate whenever the
money is paid or levied by process of law.

(4) If before the expiration of the time of such imprisonment such


a proportion of the money is paid or levied that the time of
imprisonment suffered is not less than proportional to the part of
the money still unpaid, the imprisonment shall terminate.

(5) A warrant for the levy of any such sum may be executed at
any place in Malaysia but if it is required to be executed outside
the State in which it is issued it shall be endorsed for that purpose

63
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

by a Judge or a First Class Magistrate having jurisdiction in the


State in which it is to be executed.”

[109] Dalam kes ini Mahkamah telah menimbangkan keadaan kes ini di
mana tiada keterangan yang menunjukkan bahawa berlaku keganasan,
penderaan kepada simati, penyembunyian mayat simati, atau mana -
mana badan simati dipisahkan daripada simati, atau mayat simati tidak
dapat ditemui atau diperlakukan tanpa sifat perikemausian. Apa yang
ada dalam kes ini ialah OKT telah menusukkan pisau ke perut simati.
Simati telah dibawa ke hospital dan telah meninggal dunia beberapa
hari selepas itu ketika menerima rawatan di hospital. Selain daripada
itu seperti yang dikatakan di atas sebelum ini, simati dan OKT adalah
jiran yang dikenali oleh kedua-dua pihak sejak daripada kecil.
Mahkamah juga mendapati tiada sebarang keterangan yang
menunjukkan bahawa perbuatan pembunuhan itu sesuatu yang
dirancang terlebih dahulu.

[110] Oleh yang demikian Mahkamah berpendapat keadaan tersebut


menyebabkan bahawa hukuman mati tidak sesuai dalam kes ini dan
hukuman pemenjaraan wajar dipertimbangkan.

[111] Akhirnya, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun


dari tarikh tangkap dan 12 kali sebatan bagi kesalahan di bawah seksyen
302 Kanun Keseksaan. Bagi pertuduhan pindaan kedua dan ketiga di
bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan hukuman penjara 2 tahun bagi
setiap kesalahan.

[112] Kesemua hukuman pemenjaraan adalah berjalan serentak.

Bertarikh: 22 OGOS 2023

(ROSLAN MAT NOR)


Hakim
Mahkamah Tinggi Malaya
Temerloh, Pahang Darul Makmur

64
[2023] 1 LNS 1649 Legal Network Series

Counsel:

Bagi pihak pendakwaan - TPR Nasrul Hadi Abdul Ghani, Ain


Nur’Amiyerra Awod Abdullah, Nurul Balkis Zunaidi & Mohd Hakimie
Ab Hadi
Timbalan Pendakwa Raya
Temerloh, Pahang Darul Makmur

Bagi pihak tertuduh - G. Sivakumar, S. Gurunathan; T/n G. Siva


& Associates
Temerloh, Pahang Darul Makmur

65

You might also like