You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF SURAU AL-FALAH


SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN

1.0 MUQADDIMAH
Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau menjadi nadi
utama bagi program-program keagamanaan yang dilaksanakan di sekolah seperti Sambutan Maal Hijrah,
Program Maulidur Rasul, Sambutan Peristiwa Isra’ Mikraj, Program Solat Hajat dan program-program motivasi
seperti Kem Insaf Diri, Amali Pengurusan Jenazah, Amali Haji dan Umrah dan lain-lain.
Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif – objektif program yang dijalankan di surau.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Lembaga Surau Sekolah untuk mencari dana dan memperbaiki
prasarana di surau.
2.0 MATLAMAT
2.1 Program menaiktaraf ini dapat menjadi medan dakwah yang selesa bagi warga SMKTBB.
2.2 Memberi keselesaan kepada guru-guru dan murid semasa proses PdPc serta menunaikan ibadah.
2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik .
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap kepada setiap pelajar Islam.

3.0 OBJEKTIF
Di antara objektif Program Menaiktaraf Surau ialah :
3.1 Memasang penghawa dingin di Surau SMKTBB.
3.2 Memperbaiki dan menambah sistem pendawaian elektrik yang terdapat di dalam surau.

4.0 NAMA PROGRAM


Program menaiktaraf Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin.
5.0 TEMA
“SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU ”
6.0 JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU
Pengerusi : En. Ahmad Hapian B. Pilus (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Pn. Hajah Norazian Bt. Mak Zin (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Pn. Normawati Bt. Zakariah (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Tn. Haji Muhammadan B. Mahmud (GPK KOKO)
Penyelaras : En. Mat Daud B. Abdul Razak
AJK : En. Umar Wafi B. Ghazali
En. Mohd Fareez B. Adnan
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Penyaman Udara – 10 buah
KOS (RM)
BIL PERKARA UNIT JUMLAH (RM)
(PER UNIT)
Kerja-Kerja pemasangan penyaman udara
1 5 400.00 2000.00
(Jenis Acson 2.5 HP)
Kerja-Kerja wiring untuk penyaman udara model Acson &
2 5 480.00 2400.00
Pemasangan suis height quality (Jenis Acson 2.5 HP)
Kerja-Kerja pemasangan Pipe Cooper 30 Kaki
3 50 28.00 1400.00
(Jenis Acson 2.5 HP)
Kerja-Kerja membekal & memasang Cabel Submain dalam
4 trunking 2x2 dan Cable 4x16mm L/S 4900.00 4900.00
(Cable 33mm x 4 = 132 m)
Kerja-Kerja wiring untuk D/B Board Complete Set
5 L/S 1800.00 1800.00
(D/B Complete Set)
JUMLAH KESELURUHAN 12500.00

8.0 PENUTUP
Akhir kalam, adalah diharapkan agar Program Menaiktaraf Surau ini berupaya mencapai objektif yang
telah digariskan demi menjaga kepentingan pelajar-pelajar dalam meningkatkan syiar Islam.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

____________________________ ____________________________
(MOHD FAREEZ B. ADNAN) (AHMAD HAPIAN B. PILUS)
AJK Surau al-Falah Pengetua
SMK TBB SMK TBB

You might also like