You are on page 1of 2

Biografi imam qoluun

Nama sebenar Imam Qalun ialah ‘Isa bin Mina bin Wardan bin Isa bin Abdul Samad bin
Umar bin Abdullah al-Zuraqi al-Madani. Beliau merupakan seorang yang alim dalam bahasa Arab
dan bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu itu kepada umat Islam yang lain. Moyangnya
ialah salah seorang daripada tawanan perang pada zaman khalifah yang kedua Umar bin al-Khattab
Imam Qalun dilahirkan pada tahun seratus dua puluh hijrah ( 120H ) pada zaman Hisyam bin
Abdul Malik. Beliau bukan sahaja menjadi anak tiri kepada Imam Nafi’ iaitu seorang yang alim
dalam qiraat bahkan merupakan salah seorang murid dan perawinya pada zaman al-Mansur.
Diriwayatkan bahawa gurunya Imam Nafi’ menggelarnya Qalun kerana perkataan Qalun itu
berasal dari pertuturan bangsa Rom bermaksud “ Jayyid ” iaitu baik Gelaran ini bertepatan bagi
Imam Qalun kerana keelokannya dalam pembacaan al-Quran al-Karim yang melayakkan beliau
diangkat sebagai qari Madinah. Menurut sejarah, ketekunan beliau dalam bertalaqqi al-Quran
daripada Imam Nafi’ amat dikagumi kerana beliau sempat mengkhatamkannya beberapa kali
sepanjang 20 tahun beliau berguru dengan Imam Nafi’ bermula tahun seratus lima puluh hijrah
(150H) sehingga Imam Nafi’ pernah bertanya kepadanya :“ Sampai bilakah engkau ingin
mempelajari al-Quran daripada aku? Duduklah di tiang seri sana sehingga aku hantar orang lain
mempelajari al-Quran daripadamu ”. Ucapan ini sebenarnya merupakan satu pengiktirafan
daripada gurunya terhadap imam Qalun bahawa beliau telah layak menjadi guru dan berkebolehan
mengajar al-Quran kepada orang lain.Imam Qalun mengambil bacaan daripada Imam Nafi’ yang
diambil daripada Imam Abi Ja’far dan bacaan yang dipilih oleh Imam Nafi’ sendiri. Imam Qalun
juga mengambil bacaan daripada Isa bin Wardan al-Hiza’. Imam Qalun walaupun seorang yang
pekak sehingga tidak dapat mendengar bunyi terompet tetapi apabila al-Quran dibacakan
kepadanya, beliau mendengar dan dapat pula memperbetulkan kesalahan dengan memerhati
kepada mulut pembaca tersebut. Riwayat Qalun adalah satu riwayat mutawatir yang tidak boleh
dipertikaikan kesahihannya seperti riwayat Hafs iaitu bacaan yang masyhur di negara kita.
Manakala riwayat Qalun ini pula masyhur di Timur Afrika khususnya di setengah tempat di
Tunisia dan Mesir dan juga masyhur di Libya Imam Qalun menghembus nafasnya yang terakhir
di Madinah pada tahun dua ratus dua puluh hijrah ( 220 H ) mengikut pendapat yang sahih[9] pada
zaman Khalifah al-Ma’mun.
‫‪IMAM QIROAT‬‬

‫‪Riwayat‬‬ ‫‪Qiroatus Sab’ah‬‬ ‫‪Qori‬‬

‫ش‬
‫َوَر ْ‬ ‫ْقَالْ ْون‬ ‫َْنفْع‬ ‫‪Madinah‬‬
‫قُن بُ ْل‬ ‫ي‬
‫البَْز ْ‬ ‫إب ُنْ َْكثيْ‬ ‫‪Mekah‬‬
‫السْ ْوسْ ْي‬ ‫ي‬
‫الدْْور ْ‬ ‫أَبُْوْ ْعُ َمر‬ ‫‪Basroh‬‬
‫إْب ُنْذَك َوا ْن‬ ‫هْ َشام‬ ‫إْب ُنْ َعامر‬ ‫‪Syam‬‬
‫ُْشعْبَْة‬ ‫َْحفْصْ‬ ‫َعاصم‬ ‫‪Kufah‬‬
‫َخ ََلدْ‬ ‫َخْلَفْ‬ ‫حَزةْ‬
‫َْ‬ ‫‪Kufah‬‬
‫ي‬
‫َْحفْصْالدْْور ْ‬ ‫ث‬
‫ْالَ ْار ْ‬
‫أَبُْو ْ‬ ‫سائي‬
‫َعليْال َك َْ‬ ‫‪Kufah‬‬

You might also like