You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR

08000 SUNGAI PETANI

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH


______________________________________________________________________________________

Bil Mesyuarat : 2 Tahun 2020


Tarikh : 27 JULAI 2020
Masa : 02.00 petang – 03.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1
______________________________________________________________________________________

HADIR

1. Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan


( Pn. Fahishah binti Mat Ariffin )
2. Ketua Panitia
( Pn. Nurimah binti Zakarya )
3. Setiausaha Panitia - Pencatat minit
( En. Asmawi bin Osman )
4. Guru Penolong
(En. Hasbullah bin Kamis @ Man)
5. Guru Penolong
( Pn. Juraini binti Md. Dali )
6. Guru Penolong
( Pn. Marzuliana binti Marzhuki )
7. Guru Penolong
( Pn. Sharifah Rusnah binti Shareh Ali )
8. Guru Penolong
( Pn. Zurita binti Zainol )

1
I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Kata Alu-aluan
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al- Fatihah serta mengucapkan terima kasih
kepada ahli mesyuarat yang hadir.
Makluman

2. Ucapan Penghargaan
Pengerusi mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua guru yang telah
menjayakan program dan aktiviti sekolah .
Makluman

3. Amanat Pengerusi
Kerjasama antara ahli panitia Sejarah perlu sentiasa disubur dan diperkukuhkan untuk
mempastikan kejayaan pelajar.
Makluman

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat Panitia Sejarah SMK Sungai Pasir Bilangan 1 Tahun 2020 pada 11 Januari 2020
disahkan.
Makluman

III. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

4. Tiada perkara berbangkit


Makluman

2
IV. ISU-ISU PENGURUSAN PANITIA

5. Status Perlaksanaan Program KPM/JPN/PPD

Mesyuarat mengambil maklum

5.1 Rujuk maklumat berkaitan yang dikemaskini dalam telegram Panitia Sejarah.
Makluman

6. Penetapan Headcount Sekolah

Mesyuarat mengambil maklum

6.1 Penetapan headcount berpandukan pencapaian pelajar dalam Ujian Formal 1.

6.2 Tugasan penetapan headcount Tingkatan 1 (En. Hasbullah), Tingkatan 2 (En. Asmawi),
Tingkatan 3 (Pn. Sharifah Rusnah / Pn. Marzuliana), Tingkatan 4 (Pn. Nurimah) dan
Tingkatan 5 (Pn. Juraini)
Tindakan: Penyelaras Headcount

7. Sukatan Mata Pelajaran / Dokumen Standard / DSKP

Mesyuarat mengambil maklum

7.1 Sukatan Mata Pelajaran/Dokumen Standard/DSKP hendaklah diserta bersama dalam fail
induk Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.

Makluman

8. Rancangan Pengajaran Tahunan dan Kontrak Latihan

Mesyuarat mengambil maklum

8.1 Penyediaan dan pengubahsuaian Rancangan Pengajaran Tahunan adalah berdasarkan


takwim terkini rentetan daripada pandemik Covid19 yang bermula pada pertengahan
penggal.
Makluman

3
9. Rancangan Pengajaran Harian Guru

Mesyuarat mengambil maklum


9.1 Format penulisan Rancangan Harian adalah format biasa sebelum Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
Makluman
10. Analisis dan Post Mortem Ujian Formal 1

Mesyuarat mengambil maklum


10.1 Pencapaian peratus lulus dan GP bagi mata pelajaran dalam Ujian 1 adalah seperti
berikut;
Tingkatan 1 – 60.39% (4.86)
Tingkatan 2 – 45.29% (5.34)
Tingkatan 3 – 46.39% (5.16)
Tingkatan 4 – 67.76% (6.20)
Tingkatan 5 – 55.84% (6.92)
Makluman
11. Program Peningkatan Akademik Panitia

Mesyuarat mengambil maklum


11.1 Guru diingatkan supaya tidak melaksanakan program kelas tambahan sepanjang tempoh
PKPP ini.
11.2 Guru digalakkan untuk sambung kelas pada waktu akhir sehingga jam 3.00 petang.
11.3 Guru tidak dibenarkan untuk mengadakan program sekolah dan kelas tambahan pada
hari Jumaat dan Sabtu.
11.4 Guru digalakkan untuk mengadakan kelas e-learning bagi memantapkan pemahaman
pelajar.
Makluman

12. Kelas Tambahan / Pemulihan / Intervensi


Mesyuarat mengambil maklum
12.1 Kelas tambahan hendaklah digantikan dengan modul sepanjang PKPP ini.
12.1 Pembelajaran e-learning adalah digalakkan untuk dilaksanakan sepanjang PKPP ini.
Makluman
13. Perlaksanaan LDP / CPD / PLC

Mesyuarat mengambil maklum

4
13.1 Pencapaian mata kredit hendaklah melebihi 42 mata.
Makluman
14. Pencerapan PdPc Guru (SKPMg2)

Mesyuarat mengambil maklum


14.1 Pencerapan fasa pertama adalah bermula 22/7/2020 hingga 15/9/2020.
14.2 Pencerapan fasa kedua adalah bermula 16/9/2020 hingga 31/10/2020.
14.3 Rujuk jadual pencerapan muka surat 92 Buku Manual Pengurusan Tranformasi SMKSP
2020.

Makluman
15. Semakan Buku Nota dan Buku Latihan Murid

Mesyuarat mengambil maklum


15.1 Merujuk jadual Semakan Buku Nota dan Latihan Murid di dalam Buku Manual
Pengurusan Tranformasi SMKSP 2020.
15.2 Semakan buku nota dan latihan ini sebagai eviden PdPc guru.
Makluman

16. Status Perbelanjaan PCG

Mesyuarat mengambil maklum


16.1 Peruntukan PCG bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM3575.66.
16.2 Pembelian bahan untuk pengajaran adalah digalakkan.

17. Jadual Waktu


Mesyuarat mengambil maklum
17.1 Jadual waktu terkini akan diedarkan dalam masa terdekat bersesuaian dengan tempoh
PKPP.
Makluman

18. Memelihara Masa Instruksional (MMI)


Mesyuarat mengambil maklum
18.1 Permohonan Cuti Rehat Khas (CRK) hendaklah mendapat kelulusan daripada Pengetua
terlebih dahulu sebelum dicatatkan dalam telegram MMI SMKSP.
Makluman

5
19. Penggunaan Alat Bantuan Mengajar
Mesyuarat mengambil maklum
19.1 Penggunaan alat bantuan mengajar hendaklah bersesuaian dengan SOP PKPP.
Makluman

20. Penggunaan Bilik-bilik Khas


Mesyuarat mengambil maklum
20.1 Penggunaan bilik-bilik khas untuk PdPc adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh
PKPP.
Makluman

21. Penggunaan Makmal / Bengkel


Mesyuarat mengambil maklum
21.1 Penggunaan makmal dan bengkel untuk PdPc adalah tidak dibenarkan sepanjang
tempoh PKPP. Penggunaan makmal sains hanya untuk aktiviti ujikaji sahaja.

Makluman

22. Penggunaan SPBT


Mesyuarat mengambil maklum
22.1 Buku teks versi KBSM hendak dikembalikan ke bilik SPBT untuk dilupuskan.
Makluman

23. Pusat Sumber Sekolah


Mesyuarat mengambil maklum
23.1 Penggunaan PSS adalah dihadkan kepada 15 orang pelajar sahaja pada satu-satu masa
sepanjang tempoh PKPP dan hendaklah ditemani oleh guru.
Makluman

6
V. HAL – HAL LAIN

24. Ucapan Penangguhan


Mesyuarat mengambil maklum
GKM Kemanusiaan
24.1 Penulisan eRPH mengikut tema minggu 4 iaitu “Bertanggungjawab”.
24.2 Rancangan Pengajaran Tahunan berpandukan takwim terkini.
24.3 Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Tingkatan 5 akan bermula pada 05/08/2020
hingga 19/08/2020.
24.4 Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 akan bermula pada
02/09/2020 hingga 15/09/2020. Penggubal soalan hendaklah menyerahkan soalan
kepada ketua panitia sebelum atau pada 16/08/2020.
24.5 Penjajaran waktu adalah bertumpu kepada mata pelajaran Sains dan Matematik.
24.6 Jadual waktu hendaklah dihantar kepada ketua panitia untuk dimasukkan dalam fail 10.
24.7 Penilaian Bilik Darjah fasa pertama adalah pada 15/08/2020. Fasa kedua adalah pada
15/12/2020.
24.8 Penggunaan Pusat Sumber Sekolah hendaklah dibawah pemantauan guru.
24.9 Dialog prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun adalah pada 8 – 9 /09/2020.
24.10 Minit mesyuarat panitia hendaklah dibuat dalam format terkini dan diserahkan kepada
ketua panitia seminggu selepas mesyuarat.
24.11 Penghantaran fail Rancangan Pengajaran Harian adalah seperti jadual di muka surat 78,
Buku Manual Pengurusan Tranformasi SMKSP 2020.
24.12 Fail panitia baru adalah berwarna putih untuk aktiviti sepanjang tahun 2019 hingga 2020.
Fail hendaklah dicatat kod fail dan dijangka siap pada 30/08/2020.

Makluman
VI. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.
Makluman
Penyediaan Oleh;

Asmawi bin Osman

Semakan Oleh;
Nama:
Tarikh :

You might also like