You are on page 1of 90

1

2
JALAN YANG BETUL MEMAHAMI
ISTILAH HADITH
© 2023 oleh Muhd Afif

Edisi Pertama

Januari 2023

Hak Cipta Terpelihara oleh Muhd Afif.

Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-


mana bahagian artikel atau bertujuan
komersial dengan apa jua bentuk tanpa
keizinan penulis. Sebaran naskah ini adalah
bertujuan untuk manfaat semua. Sebarang
pembetulan atau maklum balas boleh
diemailkan untuk tindakan lanjut.

Judul:
Jalan Yang Betul Untuk Memahami Hadith

Karya:
Muhd Afif

Semakan:
Ibn Ramzi (Hakaza Sunnah Centre)

Email: sufyanalthauri01@gmail.com

3
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan 6

Pengenalan Bagi Ulum Hadith 9

Al Khabar 14

Al Mutawatir 16

Al Ahad 18

Al Sahih 20

Al Hasan 23

Al Dhaif 27

Al Muallaq 28

Al Mursal 30

Al Munqati’ 32

Al Mudhal 34

Al Mudallas 35

Al Muannan 38

Al Mu`an`an 39

Al Maudhu 40

Al Matruk 41

Al Bid`Ah 42

Al Majhul 44

4
Su`u Al Hifz 46

Al Syadz 48

Al Mukhalafah Li Thiqat 49

Al Mudraj 50

Al Maqlub 52

Al Mazhid Fi Muttasil Al Asanid 54

Al Mudtarib 55

Al Musahhaf 56

Al Munkar 59

Al Muallal 61

Al Maudhu 2 62

Al I’tibar 76

Beramal Dengan Hadith Dhaif 80

Perisian Semak Hadith 81

Beberapa Istilah Penting 86

Rujukan 88

5
PENDAHULUAN

‫إن احلمد هلل نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ باهلل من رشور أنفسنا ومن سيئات أعاملنا‬
‫من هيده اهلل فال مضل له ومن يضلل فال هادي له وأشهد أن ال إله إال اهلل وحده ال رشيك‬
‫ أما بعد‬.‫له وأشهد أن حممدا عبده ورسوله‬
Di dalam pengajian hadith, perkara yang utama sekali perlu
dikuasai adalah kepelbagaian istilah yang digunakan oleh para
ulama dalam merujuk kedudukan atau sifat sesuatu hadith.
Penyusunan ilmu ini beroreintasikan kepada kepentingan
memahami hadith yang sahih daripada yang dhaif.

Dan jalan untuk memahami hadith ini adalah semulia-mulia


jalan yang menjadi wasilah mendekatkan diri kepada Allah
Subhanahu Wa Ta'ala. Sebab itu kekurangan dalam memahami
istilah-istilah yang digunakan akan menyukarkan penuntut ilmu
untuk memahami perbahasan hadith secara menyeluruh.

Pada tahun 2022 lalu, kelas pengajian hadith bersama Maulana


Asri Yusoff yang sudah lama tertangguh akibat pendemik Covid 19
dilaksanakan kembali menerusi pengajian secara atas talian.

6
Disebabkan ramai diantara pelajar yang baru masuk masih
berjinak dengan pengajian hadith, maka ramai juga yang terasa
sedikit sukar dalam memahami istilah-istilah hadith.

Maka pada 23 Ogos 2022 yang lalu, saya mengambil


pendekatan untuk membuat sedikit cacatan ringkas mengenai ilmu
mustalah hadith dengan meringkaskan perbahasan dari buku-buku
rujukan yang terhad.

Pada asalnya saya menjangkakan penulisan ini hanya sekitar 60


halaman kerana perbahasan mustalah tidak begitu banyak. Namun
saya mengambil keputusan untuk menambah sedikit perbahasan
selepas selesai membentangkan istilah hadith.

Metodologi

Metodologi penyusunan catatan ini hampir sama dengan buku


mustalah hadith yang lain dengan mengemukakan pengenalan
ilmu hadith disusuli pembahagian khabar pada peringkat
permulaan. Dari segi penyusunan hadith dhaif pula, saya
mengambil keputusan untuk menyusun berdasarkan sebab
kedhaifan hadith untuk memudahkan pembaca.

Diletakkan juga gambar rajah pada beberapa bab untuk


menjelaskan kepada pembaca perbezaan antara setiap istilah
hadith. Manakala hadith palsu diletakkan di bahagian akhir untuk

7
dibahaskan secara lebih mendalam sebagai penekanan terhadap
pentingnya masyarakat berhati-hati dengannya.

Setelah selesai perbahasan mustalah, saya membuat sedikit


penambahan dari segi maklumat mengenai perisian cadangan yang
boleh digunakan oleh masyarakat untuk membuat semakan
hadith.

Penutup

Saya mengharapkan sedikit cacatan ringkas ini dapat


dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat untuk memahami
sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam tutur bicara
baginda.

Disini saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan


yang tidak disengajakan sepanjang penulisan ini dilaksanakan. Saya
juga sedar keterbatasan saya dalam meguasai ilmu mustalah
hadith ini masih diperingkat yang rendah. Saya berbesar hati
sekiranya ada penambahbaikan yang ingin disalurkan melalui
email. Begitu juga ucapan terima kasih kepada saudara Irfhan Fitri
dan seorang lagi sahabat yang sudi membuat semakan terhadap
cacatan ini.

Muhd Afif
[Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Hadith, KUIPs]

8
Pengenalan Bagi
Ulum Hadith

Dalam perbahasan hadith terdapat lebih daripada satu ilmu.


Perkara asas yang perlu dipelajari oleh pelajar hadith dan
masyarakat adalah mustalah hadith. Ia berkaitan dengan
memahami istilah-istilah hadith yang digunakan oleh sarjana
hadith untuk membezakan antara sahih dan dhaifnya sesebuah
hadith.

Juga untuk menerangkan punca serta kedudukan hadith


tersebut. Apabila istilah tidak diketahui, agak sukar untuk
menelusuri perbahasan hadith yang lain. Sebab itu kebiasaan
didedahkan kepada masyarakat adalah mengenai istilah kerana itu
yang penting diketahui oleh masyarakat.

Secara umumnya, perbahasan hadith meliputi dua perbahasan


utama iaitu Riwayah dan Dirayah.

9
Dari dua pembahagian ini, munculnya sejumlah perbahasan
ilmu hadith yang pelbagai meliputi perbahasan sanad dan juga
perbahasan matan atau teks hadith.

Perbahasan Riwayah:

1. Ilmu Mukhtalif Hadith. Ilmu ini membahaskan


mengenai percanggahan secara zahir yang berlaku
antara hadith. Pada dasarnya mustahil sesuatu hadith
akan bercanggah antara satu sama lain kerana ia adalah
wahyu agama. Maka apabila kelihatan hadith secara
zahirnya bercanggah, perlu kepada menyelesaian dan
ilmu ini adalah satu wasilah untuk menyelesaikan
percanggahan tersebut.

10
2. Ilmu Nasakh Dan Masukh. Seperti al Quran, hadith juga
mempunyai hukum yang dimansukhkan dan ada yang
menasakhkan. Perbahasan dalam ilmu ini adalah untuk
menentukan antara kedua-dua hukum yang mana telah
dibatalkan dan mana merupakan hukum yang baru. Ia
dapat mengelakkan kita daripada tersilap dalam
beramal dengan hukum yang telah dibatalkan.
3. Ilmu Gharib Hadith: Ilmu ini membincangkan ungkapan
yang sukar difahami di dalam matan hadith. Maka lafaz-
lafaz ini memerlukan keterangan dan penjelasan supaya
hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lebih
difahami.
4. Ilmu Asbab Wurud Hadith: Bidang ini membincangkan
latar belakang dan punca sesebuah hadith itu diucapkan
oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Perbincangan ini sangat penting dalam memahami
konteks hadith supaya apa yang menjadi kehendak
syarak dapat dipenuhi sebaik mungkin. Jika tidak,
mungkin akan berlakunya salah faham yang begitu
ketara dalam beramal dengan hadith.

Perbahasan Dirayah:

11
1. Ilmu Mustalah Hadith. Ilmu ini membincangkan
kaedah-kaedah atau prinsip untuk mengenal pasti
keadaan sanad dan matan dari aspek penerimaan dan
penolakan. Ia dapat membantu dalam membezakan
antara hadith sahih dan tidak sahih.
2. Ilmu Ilal Hadith. Ilmu ini membahaskan sebab-sebab
tersembuyi yang menjejaskan kesahihan hadith. Ilmu
ini sangat sulit kerana pada zahirnya kelihatan tiada
masalah, namun apabila diteliti ia mempunyai sebab-
sebab yang menyebabkan kesahihan hadith terjejas.
Untuk menguasai ilmu ini memerlukan kepakaran yang
tinggi dan melazimi bidang ini dalam jangka masa yang
sangat lama. Hanya segelintir tokoh sahaja yang
tergolong dalam bidang ini; kebanyakkannya adalah
jaguh-jaguh utama bidang hadith.
3. Ilmu Rijal Hadith. Ilmu Rijal atau disebut juga sebagai
Ilmu Ruwat adalah perbahasan ilmu yang
membincangkan mengenai keadaan perawi. Dibawah
ilmu ini terdapat banyak lagi perbahasan mengenainya.
Antaranya:
a. Marifah sahabah yang menjelaskan mengenai
para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam.

12
b. Al jarh wa al ta’dil yang membahaskan tentang
kritikan dan pujian terhadap perawi.
c. Tarikh rijal yang membincangkan sejarah hidup
perawi dan peristiwa yang pernah berlaku.
d. Marifah al asma’ wa al kuna’ wa al qab yang
menjelaskan tentang nama, gelaran dan nisbah
yang disandarkan kepada perawi.

13
‫الخبر‬

Al Khabar bermaksud berita. Sebahagian ulama tidak membezakan


antara hadith dan al khabar. Sebahagian yang lain membezakan
antara al khabar, al athar dan al hadith.

Al Hadith: segala ucapan yang disandarkan kepada Nabi


Sallallahu Alaihi Wasallam sama ada dari segi percakapan,
perbuatan, pengakuan atau sifat Baginda.

Al Athar: segala perkara yang disandarkan kepada para sahabat,


tabiin dan salafussoleh. Lebih luas daripada al hadith.

Al Khabar: lebih luas daripada al hadith dan al athar.

Walaupun secara teori ketiga-tiga istilah ini berbeza, namun


dari segi praktikal ada kalanya ia tidak mengikut disiplin teori
tersebut. Ada sesetengah keadaan athar dan khabar merujuk
kepada hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Begitu juga istilah hadith ada kalanya merujuk kepada kata


sahabat dan tabiin. Seperti hadith mawquf dan hadith maqtu’.

Dalam mengetahui sandaran tersebut sama ada dinisbahkan


kepada Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau selainnya,
hendaklah mengetahui kepada siapa ia dinisbahkan.

14
Di bawah perbahasan khabar, terdapat dua pecahan utama,
iaitu khabar Mutawatir dan khabar Ahad.

15
‫المتواتر‬

Khabar Mutawatir merujuk kepada khabar atau hadith yang


diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai pada setiap
peringkat sehingga mustahil para perawi tersebut bersepakat
untuk menipu.

Syarat Mutawatir:

1. Diriwayatkan oleh ramai perawi.


2. Bilangan perawi pada setiap peringkat ramai. Contoh:

16
Jumlah perawi pada setiap peringkat perlu berada
dalam salah satu antara dua keadaan seperti contoh
diatas. Pertama sama ada pada setiap peringkat
jumlahnya semakin bertambah. Atau kedua jumlahnya
mestilah sama pada setiap peringkat.
Sekiranya jumlahnya semakin berkurang, ia akan
menjadi khabar Ahad.
3. Mustahil secara logik akan berlaku penipuan.

Jenis Mutawatir:

1. Mutawatif Lafzi: Lafaz hadith adalah sama.


2. Mutawatif Ma’nawi: Lafaz yang berbeza tetapi makna
hadith adalah sama.

Apabila suatu khabar atau hadith berada pada tahap Mutawatir,


ia diterima tanpa perlu menyemak status hadith tersebut. Ia
termasuk dalam ilmu yaqin kerana diyakini 100% benar tanpa perlu
dipertikaikan sanadnya.

Pun begitu jumlah perawi yang melayakkan sesebuah hadith


disahkan sebagai mutawatir tidak dapat dipastikan kerana berlaku
khilaf dalam kalangan ulama.

17
‫اآلحاد‬

Khabar Ahad pula merujuk kepada khabar atau hadith yang


tidak menepati syarat mutawatir. Jumlah perawi yang berada pada
Ahad ini sedikit berbanding jumlah perawi dalam hadith mutawatir.

Jenis Khabar Ahad:

1. Masyhur. Merujuk kepada bilangan perawi sekurang-


kurangnya 3 orang dan tidak melebihi jumlah perawi
hadith mutawatir.
2. Aziz. Hadith yang mempunyai 2 atau 3 orang perawi
pada setiap peringkat sanad atau mana-mana
peringkat.
3. Gharib. Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi
sahaja pada setiap peringkat atau sebahagiannya.

Khabar atau hadith Ahad tidak sama kedudukannya dengan


mutawatir tadi kerana ia tidak termasuk dalam golongan ilmu yaqin
tetapi ilmu zhanni bil qarain (sangkaan yang kuat).

Perbahasan sahih, hasan dan dhaif menjadi subjek perbahasan


bagi hadith pada tahap Ahad ini.

18
Oleh itu, khabar Ahad terdedah kepada perbahasan sanad.
Apabila semakan atau penilaian dibuat dan terbukti sahih, maka ia
diletakkan dalam status diterima. Namun sebaliknya, jika ia tidak
sahih, maka ia diletakkan dalam status ditolak dan tidak diterima.

Perhatian:

Pembahagian Mutawatir dan Ahad pada dasarnya adalah


perbahasan mengenai jalur riwayat dan bilangan perawi pada
tahap tertentu bagi sesebuah hadith. Walau bagaimanapun, ia juga
ada kaitan dengan penilaian kesahihan sesebuah hadith.

Ini kerana apabila jalur periwayatannya banyak, sudah pasti


kebarangkalian untuk status hadith menjadi sahih lebih tinggi
berbanding jalur periwayatan yang sedikit.

Dengan mempunyai jalur riwayat yang banyak juga


memudahkan tugas sarjana hadith untuk mencari sokongan
kepada hadith yang dhaif, sekaligus mengangkat status
kedudukannya menjadi hasan.

19
‫الصحيح‬

Hadith sahih dapat disimpulkan dengan menyatakan:

“Hadith yang bersambung sanadnya dengan nukilan perawi


adil, sempurna ketepatannya (dhabit) sehingga penghujung
sanad dan bersih dari sebarang syaz (percanggahan) dan illah
(kecacatan tersembunyi).”

Syarat Hadith Sahih:

1. Bersambung sanad. Maksudnya adalah apa yang


dinukilkan oleh perawi mestilah diambil daripada orang
lain yang juga mengambil dari seseorang sehingga
kepada orang yang betul-betul bertemu dengan Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam.
2. Perawi yang adil merujuk kepada perawi yang muslim,
baligh, berakal, taqwa dan menjaga maruah. Adil boleh
juga disebut sebagai kredibiliti perawi.
3. Ketepatan (dhabit). Perawi mestilah seorang yang
dapat menjaga hadith yang didengari dan
disampaikannya dengan tepat tanpa ada sebarang
kekeliruan. Apa yang disampaikan mestilah sama

20
dengan apa yang dia dengar. Ketepatan ini terbahagi
kepada dua iaitu sama ada tepat dari segi ingatan atau
penulisan sekiranya beliau menulis dalam mana-mana
kitabnya.
4. Tiada syaz atau keganjilan. Maksudnya hadith yang
disampaikan mestilah tidak bertentangan dengan
hadith yang diriwayatkan oleh perawi lain yang lebih
dipercayai. Sekiranya terjadi juga pertentangan,
kemungkinan yang berlaku adalah sama ada perawi
tersilap atau ia termasuk dalam bab nasikh dan
mansukh.
5. Tiada illah atau kecacatan tersembunyi bermaksud
pada zahir sanad atau matan hadith kelihatan tidak
bermasalah, tetapi setelah disemak ternyata terdapat
perkara yang menyebabkan ia ditolak. Bidang ini sangat
halus dan sukar dikenal pasti oleh pemula bidang
hadith.

Syarat-syarat diatas melayakkan sesebuah hadith diterima


sebagai sahih. Apabila salah satu syarat tersebut tidak mencukupi,
maka ia akan termasuk dalam kelompok hadith dhaif dan tertolak.

Jenis Hadith Sahih:

21
1. Sahih Li Zhatihi: bermaksud hadith yang benar-benar
sahih yang menepati kelima-lima syarat hadith sahih.
2. Sahih Li Ghairihi: bermaksud hadith hasan atau lebih
tepat hasan li zhatihi yang diangkat darjatnya menjadi
sahih kerana mempunyai faktor tertentu sama ada
disokong oleh hadith hasan sepertinya atau disokong
dengan hadith sahih. Jika tidak, ia akan kekal sebagai
hasan.

22
‫الحسن‬

Hadith hasan mempunyai syarat yang sama dengan hadith


sahih, namun pemisah kepada kedua-duanya adalah ketepatan
(dhabit). Dapat disimpulkan bahawa hadith hasan adalah:

“Hadith yang bersambung sanadnya dengan nukilan perawi


adil, kurang sempurna ketepatannya (dhabit) sehingga
penghujung sanad dan bersih dari sebarang syaz (percanggahan)
dan illah (kecacatan tersembunyi).”

Syarat Hadith Hasan:

1. Bersambung sanad.
2. Perawi yang adil.
3. Kurang sempurna ketepatan (dhabit).
4. Tiada syaz atau keganjilan.
5. Tiada illah atau kecacatan tersembunyi perkara yang
menyebabkan ia ditolak.

Jenis Hadith Hasan:

1. Hasan Li Zhatihi: bermaksud hadith yang benar-benar


hasan yang menepati kelima-lima syarat hadith sahih
walaupun kurang sempurna dari segi ketepatan.

23
2. Hasan Li Ghairihi: bermaksud hadith dhaif ringan yang
diangkat darjatnya menjadi hasan kerana mempunyai
faktor luaran yang menyokong sama ada dari kalangan
hadith dhaif ringan sendiri atau hadith hasan atau sahih.
Keadaan ini akan berlaku sekiranya ada sokongan
sahaja, jika tiada mana-mana hadith yang dapat
menyokongnya, dia akan tetap berada dalam status
dhaif.

24
Peringatan:

1. Hadith Mutawatir dihukumkan sebagai hadith sahih yang


paling tinggi. Kedudukannya adalah bertaraf ilmu al yaqin
yang tidak boleh dipertikaikan. Malah mengingkarinya
adalah kafir kerana ia thabit datang daripada Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam secara qat’ie (pasti).
2. Hadith Ahad pula berada dalam keadaan ilmu zhanni bil
qarain (sangkaan yang kuat). Apabila telah jelas ia daripada
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan memenuhi syarat
penerimaan hadith sahih, maka dalam keadaan ini ia wajib
beramal dan terima hadith tersebut. Berbeza dengan
hadith Mutawatir, hadith Ahad terdedah kepada penilaian
sahih dan dhaif. Disebabkan itu ia tergolong dalam ilmu
ilmu zhanni bil qarain.
3. Penuntut ilmu hadith juga perlu peka dengan istilah
sebahagian imam hadith seperti Hasan Sahih, Hasan
Gharib yang biasa digunakan oleh Imam Tirmizi.
Penggunaan ini sedikit berbeza dengan imam hadith yang
lain.
4. Sebahagian imam hadith juga adakalanya menggunakan
istilah yang nampak sama dengan imam lain, tetapi
maksudnya berbeza. Oleh itu penuntut ilmu perlu cakna
juga dalam perkara ini.

25
5. Penuntut ilmu hadith perlu berhati-hati dengan
sebahagian ulama hadith dalam aspek penilaian.
Sebahagian dari mereka ada yang bersifat bermudah
dalam mensahihkan sesebuah hadith. Manakala
sebahagian yang lain pula terlalu keras dalam
mengdhaifkan sesebuah hadith. Paling baik antara mereka
adalah yang berada di pertengahan antara bermudah
mengsahihkan hadith dan mengdhaifkan hadith.
6. Perlu diberikan perhatian bahawa para ulama juga adalah
manusia yang terkadang berlaku kesilapan, maka tidak
seharusnya penuntut ilmu menelan segala pandangan
ulama apabila jelas hadith yang disahihkan itu sebenarnya
adalah dhaif. Fenomena ini berlaku mungkin kerana terlalu
cinta kepada tanah air, kelompok dan sebagainya
menyebabkan mereka mengambil sikap bermudah
mensahihkan sesuatu pandangan.

26
‫الضعيف‬

Hadith dhaif adalah hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat


hadith sahih dan hasan. Hadith dhaif dapat dikenal pasti apabila
terdapat syarat yang tidak dapat dipenuhi sama ada satu dari lima
syarat tersebut atau kesemuanya sekali.
Secara umumnya, hadith akan dihukum sebagai dhiaf apabila
berlaku salah satu perkara berikut:
1. Keguguran sanad; terputusnya silsilah perawi sama ada
seorang atau lebih secara sengaja mahupun tidak sama
ada dari awal, pertengahan atau di akhir sanad.
2. Celaan terhadap perawi; kritikan secara lisan dan
mempertikaikan perawi tersebut dari segi keadilannya,
agamanya, ketepatannya dan kecekapannya.

27
‫المع َّلق‬

Al Mu`allaq adalah hadith yang sanadnya dibuang seorang


perawi atau lebih pada awal sanad secara berturut-turut atau
dibuang semua sekali.
Gambaran:
1. Perawi diawal sanad dibuang.
2. Semua perawi dibuang kecuali sahabat Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam.
3. Semua perawi dibuang dan hanya menyandarkan
hadith kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

28
Bentuk: Keguguran sanad.

Hukum: Hadith dikira lemah sehingga dijumpai sanad asalnya.


Ini kerana perawi yang dibuang tidak diketahui keadaanya sama
ada pernah bertemu dengan perawi tersebut atau tidak. Begitu
juga tidak diketahui kredibiliti perawi yang hilang tersebut. Boleh
jadi yang hilang itu adalah seorang yang berdusta.

Kebiasaanya kitab hadith seperti Hadith 40 Imam Nawawi


menggunakan kaedah seperti ini untuk meringkaskan perbahsan.
Walau bagaimanapun hadith yang dinukilkan oleh Imam Nawawi
dalam Hadith 40 sebenarnya terkandung di dalam kitab hadith
yang muktabar.

Sekiranya seseorang terus menukilkan hadith tanpa membawa


sanad, dibenarkan dengan syarat menyatakan sumber hadith
tersebut berada di dalam kitab hadith yang mana. Namun
sekiranya tidak dijumpai mana-mana kitab, maka ia dikira tidak
sahih.

Walaupun hadith sudah dibukukan, namun untuk membendung


gejala hadith palsu, maka pendakwa perlu mengemukakan bukti
keberadaan hadith tersebut.

29
‫المرسل‬

Al Mursal adalah hadith yang dibuang perawi peringkat sahabat.


Ia terhenti pada Tabi`in dan terus menyandarkan kepada Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam tanpa menyebut nama sahabat Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Gambaran: Tabi`in meriwayatkan hadith secara langsung
daripada Rasulullah tanpa perantaraan.

Bentuk: Keguguran sanad.


Hukum: Mursal termasuk dalam hadith yang dhaif kerana
termasuk dalam perihal sanad terputus. Walaupun antara Tabi`in
dan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam hanya dipisahkan oleh seorang
sahaja, namun Tabi`in tidak pernah bertemu dengan Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Tambahan pula tidak dapat dipastikan sama ada ia benar
sahabat Baginda atau Tabi`in lain yang dibuang dalam sanad

30
tersebut. Seandainya ia adalah Tabi`in, maka perlu disemak sama
ada ia memenuhi syarat perawi yang diterima.

31
‫المنقطع‬

Al Munqati’ adalah hadith yang terputus sanad di


pertengahannya seorang perawi atau lebih secara tidak berturut.
Sebahagian pendapat ulama menyatakan semua jenis hadith yang
terputus sanad adalah Munqati’ seperti Mursal, Muallaq dan
Mu’dhal.

Gambaran:

1. Terputus seorang perawi.


2. Terputus lebih seorang orang perawi secara tidak
berturut.

32
3. Ulama mutaqaddimin tidak membezakan istilah
terputus sanad. Mursal, Muallaq dan Mu’dal
dimasukkan dalam satu istilah iaitu Munqati’. Namun
ulama mutaakhirin membezakan antara jenis-jenis
tersebut seperti contoh sebelum ini. Bagi mereka,
Munqati’ adalah hadith yang terputus sanad dengan
tidak memiliki ciri-ciri yang terdapat dalam jenis hadith
terputus sanad lain.

Bentuk: Keguguran sanad.

Hukum: Munqati’ termasuk dalam hadith dhaif lain kerana


termasuk dalam perihal sanad terputus sehingga dijumpai sanad
asalnya.

33
‫المعضل‬

Al Mu’dhal adalah hadith yang keguguran sanad dua orang atau


lebih secara berturut-turut. Berbeza dengan Mu`allaq yang lebih
umum, manakala Mu’dhal khusus kepada dua orang atau lebih
secara berturutan. Jika terputus sanad tidak berturutan, maka ia
tidak dinamakan sebagai Mu’dhal.

Gambaran:

1. Terputus dua orang perawi atau lebih.


2. Terputus sanad secara berturutan.

Bentuk: Keguguran sanad.

Hukum: Mu’dhal dihukum sebagai hadith dhaif kerana


termasuk dalam perihal sanad terputus sehingga dijumpai sanad
asalnya.

34
‫المد َّلس‬

Al Mudallas adalah hadith yang disembunyikan kecacatan yang


terdapat pada sanad hadith dan menzahirkan keadaan sanad yang
baik dari sebarang kecacatan. Perawi menggunakan helah ini untuk
menyakinkan orang lain bahawa hadith beliau itu sahih, sedangkan
ia tidak menepati hadith sahih. Pelaku yang membuat hadiith
Mudallas ini dinamakan sebagai Mudallis.

Jenis Hadith Mudallas:

1. Tadlis al Isnad: Perawi meriwayatkan hadith dari


seseorang dalam keadaan seolah-olah dia
mendengarnya dengan menggunakan lafaz yang kurang
jelas sama ada betul atau tidak dia mengambil hadith
tersebut. Pelaku tersebut akan menggunakan lafaz ‫قال‬
atau ‫عن‬. Dalam masa yang sama dia pernah bertemu
perawi kepada perawi yang digugurkan namun dia tidak
mendengar hadith tersebut daripadanya secara
langsung.

35
2. Tadlis al Syuyukh: Perawi meriwayatkan hadith dari
gurunya tapi beliau menukar nama guru tersebut
kepada gelaran atau nama yang tidak dikenali oleh
orang lain. Perawi tersebut berbuat demikian
kemungkinan guru tersebut dikenali dengan sifat yang
menyebabkan hadithnya ditolak. Maka pelaku berbuat
demikian untuk memastikan hadithnya diterima.
3. Tadlis al Ataf: Perawi mengambil hadith dari seorang
guru, kemudian menyandarkan hadith tersebut kepada
gurunya yang lain.
4. Tadlis al Taswiyah: Perawi mengugurkan nama gurunya
yang dhaif dan menyandarkan riwayat tersebut kepada
guru kepada gurunya yang dia pernah bertemu, namun
ia tidak pernah mendengar hadith tersebut
daripadanya. Perawi berbuat demikian untuk
menyembunyikan kedhaifan perawi yang digugurkan

36
dengan terus menyandarkan riwayat kepada guru
kepada gurunya yang merupakan perawi yang
dipercayai.

Bentuk: Keguguran sanad secara tersembunyi.

Hukum: Riwayat ini termasuk dalam kalangan hadith yang


ditolak sehingga terbukti bahawa perawi mendengar hadith
tersebut.

37
‫المؤنَّن‬

Al Muannan adalah hadith yang diriwayatkan dengan


menggunakan lafaz ‫أَن‬. Contohnya ‫حدثنا فالن أَن فالنا قال‬. Lafaz seperti
ini menjadi keraguan sama ada perawi benar-benar mendengar
hadith daripada perawi sebelumnya.

Bentuk: Lafaz perawi.

Hukum: Ulama berbeza pandangan mengenai hadith ini seperti


berikut:

1. Terputus sanad sehingga terbukti secara jelas hadith


tersebut bersambung.
2. Bersambung sekiranya perawi yang meriwayatkan itu
adalah seorang yang dipercayai, bukan mudallis dan
terbukti perawi pernah bertemu dengan guru yang dia
ambil hadith tersebut.

38
‫المعنعن‬

Al Mu`an`an adalah hadith yang diriwayatkan dengan


menggunakan lafaz ‫عن‬
َ . Contohnya ‫عن فالنا قال‬
َ ‫حدثنا فالن‬. Sama seperti
Muannan, lafaz seperti ini menjadi keraguan sama ada perawi
benar-benar mendengar hadith daripada perawi sebelumnya.

Bentuk: Lafaz perawi.

Hukum: Hadith Mu`an`an sama dengan hadith Muannan


sebelum ini. Perbezaan hanya dari sudut lafaz sahaja.

39
‫الموضوع‬

Al Maudhu adalah hadith palsu yang disandarkan kepada


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ini adalah seburuk-buruk
hadith dhaif.

Hukum: Hukum berdusta atas nama Rasulullah Sallallahu Alaihi


Wasallam adalah satu dosa besar secara ijmak. Perbincangan
mengenai hadith palsu ini akan dibahaskan secara terperinci pada
bab yang khusus.

40
‫المتروك‬

Al Matruk adalah hadith yang terdapat dalam sanadnya seorang


perawi yang dituduh berdusta dalam urusan dunia. Namun tidak
diketahui sama ada ia terlibat dalam pemalsuan hadith.

Sebab Dituduh Berdusta Adalah:

1. Hadith tersebut hanya diriwayatkan oleh perawi itu


sahaja dan bercanggah dengan kaedah am
2. Perawi diketahui berdusta dalam urusan dunia tetapi
tidak dapat dipastikan pernah berdusta dalam hadith.

Bentuk: Celaan terhadap perawi.

Hukum: Hadith Matruk lebih ringan sedikit daripada hadith


palsu dan ia termasuk dalam golongan hadith yang tersangat dhaif.
Riwayat mereka ditinggalkan.

41
‫البدعة‬

Al Bida`ah adalah perkara baru yang direka dalam agama


setelah kewafatan baginda. Ada juga yang mengatakan ia merujuk
kepada orang yang mengakui dirinya beragama Islam namun
menyeleweng daripada landasan Islam yang sebenar.

Jenis Bida`ah:

Bida`ah Mukaffirah: Adalah jenis bida`ah yang menyebabkan


pelaku tersebut menjadi kafir. Ia boleh berlaku dengan
mengingkari salah satu rukun-rukun Islam atau menyifatkan Allah
Subhanahu Wa Ta'ala dengan sifat yang tidak sesuai dengan Allah
Subhanahu Wa Ta'ala seperti golongan Rawafid yang melampau
menyatakan berlakunya penyatuan sifat Allah Subhanahu Wa
Ta'ala dengan Khalifah `Ali bin Abi Talib.

Bida`ah Mufassiqah: Menyebabkan pelaku menjadi fasiq.


Kebiasannya merujuk kepada aqidah seperti Rawafid yang tidak
melampau, Muftazilah, Khawarij, Murji`ah, Qadariyyah dan lain-
lain.

Bentuk: Celaan terhadap perawi.

Hukum:

42
1. Riwayat Bida`ah Mukaffirah ditolak sama sekali.
2. Riwayat Bida`ah Mufassiqah diterima dengan syarat
khusus:
a. Pelaku tidak mengajak kepada bida`ahnya.
b. Pelaku bukan ahli bida`ah tegar.
c. Hadith yang diriwayatkan tidak menyokong
perbuatan bida`ahnya.

43
‫المجهول‬

Al Majhul merujuk kepada perihal perawi atau keadaannya yang


tidak diketahui.

Sebab Perawi Menjadi Majhul:

1. Perawi yang memiliki banyak nama, gelaran, sifat atau


nisbah dan dikenali dengan salah satu antaranya. Maka
ia dipanggil atau disebutkan dengan sebutan yang tidak
dikenali dengan tujuan tertentu sehingga orang
beranggapan sebutan-sebutan tersebut adalah orang
berbeza. Oleh itu timbul keadaan yang menyebabkan
perawi tersebut tidak diketahui sifatnya.
2. Tidak banyak meriwayatkan hadith dan tidak ramai
perawi mengambil riwayat daripadanya.
3. Nama peraawi tidak dijelaskan seperti hanya disebut
dengan fulan sahaja.

Jenis Majhul:

1. Majhul al `Ayn: Nama perawi disebut tetapi tidak ada


meriwayatkan kecuali seorang. Keadaan perawi juga

44
tidak diketahui dari segi perakuan dari ulama hadith
tentang penerimaannya.
2. Majhul al Hal atau al Mastur: Perawi yang mempunyai
nama dan ada dua atau lebih orang yang meriwayatkan
daripadanya tetapi keadaan kredibilitinya tidak
diketahui sama ada diterima atau ditolak.
3. Al Mubham: Perawi tidak dinyatakan namanya secara
jelas.

Bentuk: Celaan terhadap perawi.

Hukum:

1. Majhul al `Ayn: Tidak diterima kecuali diketahui status


penerimaannya.
2. Majhul al Hal atau al Mastur: Perlu diketahui statusnya
terlebih dahulu dan diteliti.
3. Al Mubham: Tidak diterima sehingga diketahui
namanya

45
‫سوء الحفظ‬

Su`u al Hifz merujuk kepada keadaan perawi yang buruk


hafalannya. Perawi tersebut tidak dapat membezakan riwayatnya
sama ada betul atau salah.

Jenis Su`u al Hifz:

1. Berlaku sejak lahir dan sentiasa berada dalam keadaan


sedemikian, maka riwayatnya dinamakan sebagai Syadz
(ganjil) dan ditolak mengikut sebahagian pendapat.
2. Tidak berlaku sejak lahir, bahkan berlaku dengan
sesuatu sebab seperti kerana terlalu tua, hilangan
ingatan secara tiba-tiba atau kitabnya terbakar. Dalam
keadaan ini dinamakan sebagai Mukhtalith (celaru).

Bentuk: Celaan terhadap perawi.

Hukum:

1. Buruk hafalan sejak lahir atau Syadz, riwayatnya ditolak


2. Buruk hafalan yang datang kemudian atau Mukhtalith:
a. Riwayatnya diterima sebelum berlakunya
ikhtilath (celaru) dan dapat dibezakan.

46
b. Riwayatnya selepas ikhtilath (celaru) dihukum
sebagai ditolak.
c. Tidak dapat dipastikan riwayat tersebut berada
dalam kadaan sebelum atau selepas ikhtilath,
maka riwayatnya ditangguhkan terlebih dahulu
sehingga dapat dipastikan keadaan tersebut.

47
َّ ‫ال‬
‫شاذ‬

Al Syadz merujuk kepada hadith yang diriwayatkan oleh perawi


yang dipercayai berbeza dengan hadith yang diriwayatkan oleh
perawi yang lebih dipercayai.

Bentuk: Celaan terhadap perawi

Gambaran:

1. Sanad. Bermaksud perawi menyanggahi riwayat perawi


yang lebih dipercayai daripadanya dengan
menyandarkan riwayat atas daripadanya kepada orang
lain. Sedangkan riwayat perawi dipercayai yang lain
tidak sedemikian.
2. Matan. Bermakna perawi tersilap dalam menukilkan
matan hadith sedangkan perawi yang lebih
dipercayainya menyatakan dalam bentuk yang berbeza.

Hukum: Hadith Syadz adalah hadith yang tertolak

48
ِّ ‫المخالفة ل‬
‫لثقات‬

Al Mukhalafah Li al Thiqat merujuk kepada periwayatan yang


berbeza dengan perawi yang lebih dipercayai. Perbahasan ini lebih
umum merangkumi perbahasan al Syaz dan al Munkar.

Sekiranya al Syaz dan al Munkar aspek perbahasannya adalah


mengenai kredibiliti perawi. Manakala al Mukhalafah Li al Thiqat
pula membincangkan keadaan atau sudut dan sebab percanggahan
terjadi.

Dari sini ia terbahagi kepada 5 pecahan iaitu:

1. Mudraj.
2. Maqlub.
3. Mazid Fi Muttasil al Asanid.
4. Mudtarib.
5. Musahhaf.

Kelima-lima ini akan dibahaskan pada bab seterusnya.

49
‫المدرج‬

Al Mudraj adalah kesilapan pada hadith dengan berlakunya


penambahan terhadap teks hadith atau sanad yang pada asalnya
tidak ada.

Gambaran:

1. Sanad. Berlaku tambahan dalam sanad kerana


kesilapan perawi.
a. Kepelbagaian sanad periwayatan dihimpunkan
menjadi satu dengan tidak menyatakan
perbezaannya.
b. Berlaku penambahan teks hadith lain dalam
sesuatu hadith.
2. Matan. Terdapat penambahan lafaz lain yang bukan
sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam teks
hadith sedangkan pada asalnya lafaz tersebut tiada. Ini
menyebabkan orang mendengar beranggapan ia kata-
kata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
a. Berlaku pada awal teks.
b. Berlaku pada pertengahan teks.
c. Berlaku pada akhir teks.

50
Hukum: Melakukan penambahan dalam hadith adalah haram
kecuali untuk menerangkan lafaz yang susah difahami.

51
‫المقلوب‬

Al Maqlub bermaksud berlakunya pertukaran pada sanad atau


matan dengan mendahulukan atau mengakhirkan.

Gambaran:

1. Maqlub Sanad.
a. Menterbalikkan nama perawi dengan nama
ayahnya. Contoh Ka`ab bin Murrah ditukar
menjadi Murrah bin Ka`ab.
b. Menukar nama perawi dengan perawi yang lain
dengan tujuan tertentu. Contohnya Salim
ditukarkan menjai Nafi’.
2. Maqlub Matan.
a. Menukar teks hadith dengan mengawalkan
atau mengemudiankannya.
b. Menukar teks suatu hadith kepada sanad lain.

Hukum: Maqlub termasuk dalam hadith dhaif. Perbuatan


melakukan Maqlub perlu diteliti.

1. Dilakukan secara sengaja untuk menjadikan ia nampak


pelik adalah tidak dibenarkan kerana perbuatan itu

52
mengubah hadith dan ia sama seperti perbuatan
memalsukan hadith.
2. Dilakukan untuk menguji ketepatan hafalan dibenarkan
namun hendaklah dibetulkan balik selepas itu supaya
tidak terkeliru.
3. Jika berlaku kerana tersilap atau terlupa, perawi
dimaafkan. Namun kekerapan berlakunya kesilapan
boleh menjejaskan kedudukan perawi menjadi dhaif.

53
‫المزيد في‬
‫م َّتصل السانيد‬

Al Mazid Fi Muttasil al Asanid bermaksud berlakunya


penambahan perawi dalam sanad yang bersambung sedangkan
tidak terdapat melalui jalan riwayat perawi lain.

Hukum: Penambahan pada hadith ini ditolak setelah memenuhi


syarat:

1. Perawi yang tidak melakukan penambahan pada sanad


adalah seorang yang kuat ingatan dan teliti.
2. Terdapat penjelasan yang menujukkan perawi dengar
pada tempat yang ditambah.

Apabila tidak dapat dipenuhi syarat tersebut, hadith yang


mempunyai penambahan perawi dihukum sebagai kuat dan
diterima. Riwayat yang tiada penambahan dikira sebagai terputus.

54
‫المضطرب‬

Al Mudtarib merujuk kepada hadith yang saling bertentangan


tetapi dalam masa sama kedudukannya adalah sama sehingga
tidak dapat dipastikan mana yang lebih tepat dan kuat. Ia juga tidak
dapat diselesaikan dengan cara menggabungkan semua riwayat.

Sebab Menjadi al Mudtarib:

1. Riwayat yang berbeza tidak dapat diselesaikan.


2. Tidak dapat dipastikan mana yang lebih tepat.

Gambaran:

1. Sanad.
2. Matan.

Hukum: al Mudtarib dihukum sebagai dhaif kerana tidak dapat


dipastikan riwayat yang lebih tepat. Sekiranya dapat diputuskan,
maka kedudukannya tidak lagi dikira al Mudtarib. Punca kedhaifan
ini berlaku kerana perawi tidak cekap dan lemah hafalan ketika
meriwayatkan hadith.

55
‫حف‬
َّ ‫المص‬

Al Musahhaf merujuk kepada perubahan perkataan dalam


hadith yang bertentangan dengan apa yang diriwayatkan oleh
perawi thiqah sama ada lafaz atau makna.

Gambaran:

1. Mengikut Tempat Berlaku:


a. Pada Sanad. Contohnya al `Awwam Ibn
Murajim ditukar menjadi al `Awwan Ibn
Muzahim. Ini terjadi kerana berlakunya
perubahan titik antara ‫ مراجم‬dan ‫مزاحم‬.
ِ ‫ احتَ َج َر في ال َم‬dibaca
b. Pada Matan. Contohnya ‫سج ِد‬
ِ ‫احتَ َج َم في ال َم‬. Kesilapan ini terjadi
sebagai ‫سج ِد‬
kerana terdapat persamaan yang mengelirukan
pada huruf.
2. Mengikut Punca:
a. Penglihatan. Contohnya ‫ست ًّا‬
ِ ُ‫ضانَ َوأت َبعَه‬
َ ‫ام َر َم‬
َ ‫ص‬َ ‫َمن‬
‫ مِ ن شَوال‬dibaca menjadi ‫ضانَ َوأت َبعَهُ شيئا‬
َ ‫ام َر َم‬
َ ‫ص‬َ ‫َمن‬
‫مِ ن شَوال‬. Perawi tersilap antara lafaz ‫ ِستًّا‬dengan
‫شيئا‬.

56
ini berlaku kerana kurang teliti terhadap
sesuatu lafaz dalam teks hadith. Kebiasaan
terjadi kerana perawi tidak menghadiri majlis
hadith dan berpada dengan membaca dari
lembaran guru.
Adakalanya tulisan yang dibaca kurang jelas
sehingga perawi membaca dengan perkataan
yang berbeza ditambah pula penulisan zaman
dahulu tidak bertitik ataupun berbaris.
b. Pendengaran. Cohtohnya nama perawi `Asim al
Ahwal dibaca dengan Wasil al Ahdab. Ini
berlaku kerana kurang jelas dan mungkin
berlakunya persamaan sebutan sehingga
perawi yang mendengar menjadi keliru.
3. Lafaz Dan Makna:
a. Lafaz. Contohnya ‫ست ًّا مِ ن شَوال‬
ِ ُ‫ضانَ َوأت َبعَه‬
َ ‫ام َر َم‬
َ ‫ص‬َ ‫َمن‬
dibaca menjadi ‫ضانَ َوأت َبعَهُ شيئا مِ ن شَوال‬
َ ‫ام َر َم‬
َ ‫ص‬َ ‫ َمن‬.
b. Makna. Berlaku kerana tersilap memahami
lafaz hadith disebabkan wujudnya persamaan
pada makna. Contohnya perkataan `Anazah
difahami oleh sebahagian pihak sebagai suku
puak sedangkan dalam hadith merujuk kepada
tombak.

57
Perbezaan Antara al Musahhaf Dan al Muharraf.

Sebahagian penulis meletakkan al Musahhaf bersama dengan al


Muharraf kerana perbezaan pada keduanya tidak jauh beza.

58
‫المنكر‬

Al Munkar merujuk kepada hadith yang diriwayatkan oleh


perawi dhaif yang bertentangan dengan riwayat oleh perawi yang
dipercayai.

Satu lagi definisi untuk merujuk kepada al Munkar adalah


perawi yang teruk kesilapannya, selalu lalai atau nyata
kefasikannya.

Kedua-duanya digunakan oleh para ulama dalam


mengaplikasikan definisi al Munkar.

Perbezaan al Mungkar Dengan al Syadz:

59
Bentuk:

1. Celaan terhadap perawi.


2. Belaku percanggahan dengan perawi thiqah.

Hukum: Al Munkar termasuk dalam golongan hadith yang dhaif.

60
‫المع َّلل‬

Al Muallal adalah hadith yang kelihatan secara zahirnya sahih


tetapi setelah diselidik terdapat sebab yang menjadikan suatu
hadith dihukum sebagai dhaif

Syarat al Muallal:

1. Sukar dikesan atau tersembunyi.


2. Menjejaskan kesahihan hadith.

Gambaran:

1. Sanad. Kelihatan secara zahirnya bersambung dan tiada


masalah. Tetapi apabila disemak ia sebenarnya
terputus sanad atau sebagainya.
2. Matan. Berlakunya penambahan lafaz oleh perawi yang
pada zahirnya seperti lafaz hadith.
3. Sanad Dan Matan. Terhimpun padanya kedua-dua jenis
kecacatan tadi dalam satu hadith.

Hukum: Termasuk dalam hadith dhaif yang ditolak.

61
2 ‫الموضوع‬

Hadith palsu adalah hadith yang direka dan dinisbahkan kepada


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ini adalah seteruk-teruk
hadith dhaif, malah tidak sedikit yang mengasingkan perbahasan
hadith palsu atau Maudhu’ dari hadith dhaif.

Dalam perbahasan hadith dhaif, perbincangannya adalah


mengenai tidak cukup salah satu atau semua syarat untuk
menyandarkan sesuatu hadith kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam. Dalam keadaan tersebut kebarangkalian sandaran
tersebut masih ada dengan mengambil kira faktor yang boleh
digunakan seperti mutaba`ah dan syawahid.

Namun hadith Maudhu’ atau palsu secara pastinya bukan


daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Sebab itu ada wajarnya
juga perbahasan mengenai hadith palsu perlu diasingkan untuk
dibahaskan dengan lebih lanjut.

Punca:

Tersebarnya fenoma hadith palsu bukanlah perkara yang baru,


malah ia sudah bermula selepas berlakunya tragedi pembunuhan

62
Khilafah Uthman bin Affan lagi. Antara faktor yang pernah
dikemukakan oleh para ilmuan adalah:

1. Untuk Merosakkan Ajaran Dan Kesatuan Umat Islam.


Contohnya hadith mengenai kelebihan Ali bin Abi Talib
yang reka oleh golongan Syiah. Begitu juga hadith palsu
mengenai Allah Subhanahu Wa Ta'ala mencipta kuda
dan melalui peluh kuda itu, Allah Subhanahu Wa Ta'ala
mencipta diriNya yang direka oleh Muhammad bin
Syuja’ as Salji yang merupakan seorang Zindiq
2. Pertikaian Politik Umat Islam. Dalam bab ini juga
menceritakan kelebihan Ali bin Abi Talib yang direka
oleh golongan Syiah untuk menarik sokongan daripada
orang Islam yang lain agar mengikuti mereka. Ada juga
hadith yang direka mengenai kelebihan Abu Bakar al
Siddiq dan Umar al Khattab, namun hadith mengenai
adalah paling banyak direka.
3. Pertikaian Mazhab Aqidah. Hadith-hadith dalam bab
ini banyak direka oleh ajaran sesat seperti Qadariyyah,
Jabariyyah, Murjiah dan Jahmiyyah untuk
mempertahankan ajaran mereka.
4. Perbezaan Mazhab Fiqh. Terdapat beberapa hadith
mengenai perkara ini, namun yang terkenal adalah
hadith yang kelebihan Imam Abu Hanifah yang direka

63
oleh pengikut mazhab Hanafi dan mereka juga
merendahkan mazhab Syafie. Begitu juga yang direka
oleh pengikut mazhab Syafie yang menyatakan
kelebihan Imam Syafie dan merendahkan Imam Abu
Hanifah sebagai reaksi balas terhadap hadith tersebut.
5. Taksub Kepada Bangsa, Bahasa, Suku Puak Dan
Negara. Ini dapat lihat menerusi kelebihan bahasa Arab,
bahasa Parsi, memburukkan bangsa lain, kelebihan
bangsa Quraisy dan lain-lain.
6. Membaiki Dan Mengajak Manusia Beramal. Ini
biasanya dilakukan oleh orang yang soleh dengan
menyatakan kelebihan sesuatu perkara seperti hadith
kelebihan bulan, surah, zikir, solat sunat, galakkan
berkahwin. Ada juga mengenai suatu larangan seperti
larangan talak, mengumpul harta, status anak zina dan
lain-lain.
7. Kepentingan Peribadi. Dibawah punca ketujuh ini
dapat dibahagikan kepada beberapa lagi faktor seperti
mengambil hati pemimpin, melariskan perniagaan,
memuliakan dan menghinakan sesuatu pekerjaan,
untuk menang di dalam perdebatan, marah terhadap
sesuatu perkara, mencantikkan cerita dogeng yang
pernah dilakukan oleh pereka cipta zaman dahulu.

64
Walaupun punca berlakunya hadith palsu sudah lama berlaku,
namun punca-punca ini sering kali terdapat pada pereka hadith
sehingga sekarang termasuk juga mengenai kelebihan sesbuah
Madrasah yang didakwa didatangan oleh Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam yang dilihat secara yaqazah.

Ada juga yang mencipta hadith palsu mengenai kelebihan


seseorang tokoh seperti Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyesal
tidak dapat bertemu dengan Imam al Ghazali dan lain-lain yang
direka. Malangnya pereka hadith palsu ini ada juga terdiri daripada
mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai ustaz.

Kesan Hadith Palsu:

1. Merosakkan Aqidah Umat Islam. Contohnya hadith


berkaitan Nur Muhammad yang akhirnya
menyebabkan berlakunya fahaman Wahdatul
Wujud.
2. Mencemarkan Nilai Agama. agama akan kelihatan
dongeng melalui hadith palsu seperti pahala
seseorang manusia dapat mengatasi para Rasul
dengan amalan yang sedikit.
3. Menyebabkan Percanggahan Antara Nas Agama.
Seperti hadith berkaitan status anak zina.

65
4. Menyebabkan Berlakunya Percanggahan Nas
Agama Dengan Realiti Yang Lebih Rasional. Apatah
lagi hadith palsu yang direka itu bercanggah dengan
fakta sejarah yang sangat jelas kelihatan.
5. Berlakunya Kemunduran Dalam Dalam Segala
Aspek. Khususnya dalam hal ehwal kehidupan,
banyak hadith palsu yang direka oleh golongan
zuhud sehingga menyebabkan mereka
meninggalkan urusan dunia secara keseluruhannya.
Secara tidak langsung ia memundurkan umat Islam
dari segi ekonomi.
6. Tersebarnya Ajaran Sesat. Banyak ajaran sesat
menunggang hadith palsu untuk menyebarkan
pengaruh mereka. Seperti bertemu dengan Nabi
Khadir. Begitu juga fahaman Wahdatul Wujud yang
meresapi sebahagian aliran melalui hadith palsu
mengenai Nur Muhammad.
7. Menjatuhkan Kredibiliti Tokoh. Ini pernah dibuat
oleh mereka yang taksub kepada mazhab Hanafi dan
mazhab Syafie sehingga merendahkan martabat
kedua-dua imam ini.
8. Menyebabkan Hadith Dan Sunnah Yang Sahih
Ditinggalkan. Hadith-hadith palsu mengenai

66
kelebihan dan kaifiat sesuatu amalan menyebabkan
umat Islam meninggalkan beramal dengan hadith
sahih yang sangat dituntut oleh agama seperti zikir
khusus, bacaan surah khusus pada hari khusus yang
mana anjuran agama adalah surah yang berbeza dari
apa yang disebutkan dalam hadith palsu.

Usaha Membendung Gejala Hadith Palsu:

Dalam membendung gejala pemalsuan hadith, para ulama


menggunakan dua kaedah untuk memastikan kesucian hadith
dapat terpelihara.

1. Pencegahan. Iaitu usaha mengelakkan berlaku


pemalsuan hadith pada masa akan datang.
a. Berwaspada dalam menyampaikan hadith
untuk mengelakkan kesilapan berlaku.
b. Mendapatkan kepastian terhadap hadith yang
diterima.
c. Mengambil hadith dari mereka yang
berkelayakan.
d. Mengumpul dan membukukan hadith agar
mudah untuk diketahui kedudukan hadith.
e. Mencari kecacatan yang terdapat pada hadith.

67
2. Rawatan. Iaitu usaha yang dilakukan untuk memastikan
kepalsuan hadith dapat diketahui umat Islam agar tidak
tersilap dalam menyebarkan hadith palsu.
a. Mendedahkan pendusta hadith dan
menghimpunkan dalam kitab khusus supaya
umat dapat berhati-hati.
b. Membukukan hadith palsu untuk mudah
diketahui.

Mengenal Pasti Hadith Palsu:

Hadith palsu dapat dikenali dengan membuat semakan


terhadap sanad dan matan.

1. Sanad:
a. Perawi yang dikenali sebagai seorang pendusta.
Riwayatnya ditolak walaupun apa yang disebut
adalah benar kerana riwayat tersebut boleh
diambil melalui jalan periwayatan lain yang
lebih dipercayai.
b. Pereka hadith palsu membuat pengakuan
tentang tindakan mereka memalsukan hadith.
Ini pernah dilakukan oleh Abu ‘Ismah bin Abi
Maryam dan Abdul Karim bin Abi al Auja’.
2. Matan:

68
a. Matan hadith menunjukkan kelemahan dari
segi kualiti bahasa Arab.
b. Matan hadith bercanggah dengan ayat al Quran
dan hadith sahih lain dalam keadaan tidak
mungkin dapat ditafsir atau dirungkai.
c. Makna hadith menyanggahi akal yang waras.
d. Bercanggah dengan fakta sejarah.
e. Menyatakan ganjaran pahala atau dosa secara
berlebihan walaupun perbuatan tersebut tidak
seberapa.

Antara Istilah Yang Menunjukkan Kepalsuan Pada Hadith:

1. ‫ موضوع‬،‫كذب‬
2. ‫باطل‬
3. ‫ال اصل له‬
4. ‫ لم أجده‬،‫ لم أعرفه‬،‫لم أقف عليه‬
5. ‫ ال يصح‬،‫ليس بصحيح‬
6. ‫ ال يثبت‬،‫غير ثابت‬
7. ‫ منكر‬،‫منكر جدا‬

Lafaz Yang Menunjukkan Perawi Seorang Pendusta:

1. ‫دجّال‬
2. ‫وضّاع‬
3. ‫يضع‬

69
4. ‫ يضع حديثا‬،‫وضع حديثا‬
5. ‫يكذب‬
6. ‫كذّاب‬
7. ‫أكذب الناس‬
8. ‫منبع الكذب‬
9. ‫معدن الكذب‬
10. ‫هو ركن الكذب‬
11. ‫إليه المنتهى في الكذب‬

Hukum Mereka Dan Meriwayatkan Hadith Palsu:

Hukum mereka dan meriwayatkan hadith palsu adalah haram


secara ijmak bahkan termasuk dalam salah satu dosa-dosa besar
kecuali untuk mendedahkan kepalsuannya.

Sebahagian ulama menyatakan perbuatan berdusta dengan


nama Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu bentuk
kekufuran yang boleh menyebabkan terkeluar daripada Islam.

Akan tetapi kata Imam al Zahabi, berdusta menggunakan nama


Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan RasulNya secara sengaja dengan
mengubah hukum haram kepada halal atau halal kepada haram
adalah suatu kekufuran yang nyata tanpa syak.

Jika ditelusuri dalam al Quran, Allah Subhanahu Wa Ta'ala


berfirman:

70
َ َ َ ۡ َ ُُ ۡ َ
َ ُ ُ ُ
‫ب بِّأيۡدِّي ِّه ۡم ث ذم َيقولون‬ َٰ‫ِّين يكتبون ٱلكِّت‬ َ ‫ل ل ذَِّّل‬ٞ ‫﴿فَ َو ۡي‬
‫ ذ‬ٞ َ ٗ َ َ ْ َُ ۡ َ ‫ذ‬ َ َ
‫َتوا بِّهِّۦ ث َم ٗنا قل ِّيٗل ۖ ف َو ۡيل ل ُهم‬ ‫هَٰذا م ِّۡن عِّن ِّد ٱَّللِّ ل ِّيش‬
َ ۡ ‫ ذ‬ٞ َ ۡ َََ ‫ذ‬
﴾ ٧٩‫ت أيۡدِّي ِّه ۡم َو َو ۡيل ل ُهم م ذِّما يَكس ُِّبون‬ ‫مِّما كتب‬
Maksudnya: “Maka celaka bagi orang-orang yang
menulis Kitab dengan tangan mereka, kemudian
mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya
mereka dengan perbuatan itu dapat membeli
keuntungan dunia yang sedikit. Maka celaka bagi
mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan
mereka, dan celaka bagi mereka dari apa yang mereka
usahakan itu.”

[Surah al Baqarah: 79]

Ayat ini hakikatnya ditujukan kepada golongan Yahudi, sudah


pasti ia juga sebagai peringatan kepada umat Islam juga dalam
masalah wahyu. Mungkin al Quran tidak dapat dipalsukan kerana
ia dihafal oleh sekalian umat Islam.

Berbeza dengan hadith yang terdedah kepada aspek


periwayatan dan penghafal hadith tidak seramai penghafal al
Quran.

71
Keistimewaan umat Islam berbanding umat terdahulu adalah
terdapatnya jaminan langsung dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala
mengenai keaslian al Quran. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

َ ُ ََ ُ َ ‫ْ َ ذ‬ ْ َ َْ ‫ذ‬
﴾٩‫َلاف ِّظون‬ ‫﴿إِّنا َن ُن ن ذزْلَا الِّكر ِإَونا َل‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang
menurunkan al Zikr, dan kamilah yang memilihara
dan menjaganya.”

[Surah al Hijr: 9]

Walaupun maklum diketahui al Zikr merujuk kepada al Quran,


namun sebahagian ilmuan meluaskan cakupan tersebut kepada al
Quran dan Sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Dalam aspek
realiti juga kita tidak dapat menafikan fungsi sunnah Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam adalah sebagai wasilah untuk memahami ayat al
Quran.

Melalui sunnah, Kalam Allah Subhanahu Wa Ta'ala difahami


dari aspek praktikal. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

‫ذ‬ َ َ ُ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ ۡ َ َ َ ُ ُّ َ َٰ َ َ ۡ
‫اس‬
ِّ ‫ت وٱلزب ِّرِۗ وأنزْلا إَِّلك ٱلِّكر ِلِّ ب ِّّي ل ِّلن‬ ِّ ‫﴿بِّٱۡليِّن‬
َ ‫َ ذ‬ ‫َ ذ‬ َ َ ُ
﴾ ٤٤‫َما ن ِّزل إَِّلۡ ِّه ۡم َول َعل ُه ۡم َي َتفك ُرون‬

72
Maksudnya: “(Kami utuskan Rasul-rasul itu)
membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata
(yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-
kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula
turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran
yang memberi peringatan, supaya engkau
menerangkan kepada umat manusia akan apa yang
telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka
memikirkannya.”

[Surah al Nahl: 44]

Disebabkan kedudukan hadith sebagai wahyu yang penting,


maka larangan terhadap pereka hadith juga sudah pasti berat. Oleh
itu hadith yang memberikan ancam terhadap isu hadith palsu ini
jika dilihat ia memberikan jaminan keras dengan ancaman neraka.

Daripada al Mughirah, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi


Wasallam:

‫ َم ْن ك ََذ َب َع َ ََّل‬،‫ب َع ََل َأ َح ٍد‬ٍ ‫إِ َّن ك َِذ ًبا َع َ ََّل َل ْي َس َكك َِذ‬

‫ باب ما‬،‫ كتاب اجلنائز‬،‫َّار ] البخاري‬ ِ ‫ُم َت َع ِّمدً ا َف ْل َي َت َب َّو ْأ َم ْق َعدَ ُه ِم َن الن‬
‫ باب تغليظ الكذب‬،‫ املقدمة‬،‫ مسلم‬.1291 ‫ رقم‬،‫يكره من النياحة عَل امليت‬

73
‫ باب‬،‫ كتاب مسند الكوفيني‬،‫ أمحد‬.4 ‫ رقم‬،‫عَل رسول اهلل صَل اهلل عليه وسلم‬
[18202 ،18140 ‫حديث املغرية بن شعبة رقم‬

Maksudnya: “Sesungguhnya berdusta atasku tidak


seperti berdusta atas sesiapapun. Sesiapa berdusta
atasku dengan sengaja, maka siapkan tempatnya di
neraka.”

Kenapa amaran terhadap pendusta diberikan ancaman yang


keras?

Sudah pasti ini ada hubung kaitnya dengan kedudukan baginda


sebagai utusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Oleh kerana Baginda
adalah utusan, maka apa sahaja yang dinisbahkan kepada Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam berkaitan aspek penghambaan difahami
oleh manusia sebagai satu perintah agama.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

ٞ ۡ ‫ إ ِّ ۡن ُه َو إ ِّ ذَّل َو‬٣‫﴿ َو َما يَن ِّط ُق َعن ٱل ۡ َه َوى‬


َٰ َ ُ‫ۡح ي‬
﴾٤‫وۡح‬ ِّ
Maksudnya: “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu
yang berhubung dengan agama Islam) menurut
kemahuan sendiri. Segala yang diperkatakannya itu
tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
kepadanya”

74
[Surah al Najm: 3-4]

Oleh sebab itu, pendustaan atas nama Nabi Sallallahu Alaihi


Wasallam adalah dosa yang sangat besar. Malah ia juga boleh
menyebabkan terkeluarnya seseorang dari agama Islam.

Dari sudut yang lain, apabila sandaran wahyu agama ini lemah,
sudah pasti tiada bezanya Islam dengan agama-agama lain yang
berasaskan kepada khayalan dan cerita dongeng semata-mata.
Keaslian agama Islam akan terhakis dan menjatuhkan kredibiliti
agama wahyu ini.

75
‫اإلعتبار‬

Al I’tibar adalah cara untuk menyemak jalan riwayat untuk


mencari sokongan yang boleh diberikan supaya darjat suatu hadith
boleh diangkat ke status yang lebih tinggi.

Terdapat Dua Jenis al I’tibar:

1. Al Mutaba`ah: Sokongan berbentuk lafaz atau makna


hadith yang sama dan berkongsi riwayat pada peringkat
sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Terdapat dua
jenis mutabaah dalam bab ini:
a. Al Mutaba`ah al Tammah: Berlaku persamaan
riwayat pada awal sanad atau dalam maksud lain
sokongan itu datang melalui riwayat yang sama
dengannya.
b. Al Mutaba`ah al Qasirah: Berlaku persamaan
sanad di tengah sanad iaitu persamaan berlaku di
peringkat atas daripadanya

Contoh al Mutaba`ah adalah hadith yang berbunyi:

76
ِ ْ ‫ون َف َال تَصوموا حتَّى تَروا‬
‫ َو َال‬،‫اْل َال َل‬ َ ‫ش‬ ِ ِ َّ
ْ َ َ ُ ُ ُ ْ ‫الش ْه ُر ت ْس ٌع َوع‬
َ‫ َفإِ ْن غ َُّم َع َل ْيك ُْم َف َأك ِْم ُلوا ا ْل ِعدَّ َة َث َالثِني‬،‫ُت ْفطِ ُروا َحتَّى ت ََر ْو ُه‬

Sebahagian beranggapan Imam al Syafie bersendirian


meriwayatkan hadith ini daripada Imam Malik kerana anak murid
Imam Malik yang lain meriwayatkan dengan lafaz:

‫َفإن غ َُّم َع َليك ُُم َفاقدُ ُروا َل ُه‬

Tetapi hakikatnya bukan Imam Syafie sahaja meriwayatkan


seperti lafaz sebelum ini. Ia mempunyai Mutaba`ah lain seperti
gamba rajah dibawah.

77
Dalam situasi ini Imam Syafie mempunyai Mutaba`ah Tammah
kerana riwayatnya disokong oleh anak murid imam Malik sendiri
iaitu al Qa’nabi. Dinamakan Mutaba`ah Tammah iaitu sokongan
yang sempurna kerana ia melalui jalan riwayat yang sama iaitu
daripada Imam Malik daripada Abdullah bin Dinar daripada Ibn
Umar.

Satu lagu Mutaba`ah yang terdapat dalam hadith ini adalah


riwayat Imam Ibn Khuzaimah daripada Asim bin Muhammad
daripada Muhammad bin Zaid daripada Zaid bin Abdullah daripada
Ibn Umar.

Riwayat Imam Ibn Khuzaimah dinamakan Mutaba`ah Qasirah


kepada riwayat Imam Syafie kerana ia tidak meriwayatkan melalui
jalan sama dengan Imam Syafie tetapi melalui jalan riwayat yang
lain.

2. Al Syahid: Sokongan berbentuk lafaz atau makna hadith


yang sama, tetapi berbeza jalan riwayat pada peringkat
sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Contohnya:

78
Dengan adanya Mutaba`ah dan Syahid, suatu kedudukan hadith
dapat diangkat. Perlu ditekankan, ia hanya diangkat kedudukan
hadith; bukan kedudukan perawi. Mungkin dalam satu hadith ada
sokongan yang menyebabkan kedudukan hadith dhaif diangkat
menjadi hasan.

Tetapi dalam hadith yang lain dia berseorangan dan tiada


sokongan ditemukan, maka ia tetap menjadi dhaif. Sebab yang
diangkat adalah status hadith dan bukannya perawi.

Perlu diketahui juga bahawa bukan semua hadith yang


mempunyai sokongan boleh diangkat statusnya. Dalam
menguatkan status hadith hanya dhaif bertaraf ringan sahaja yang
boleh diangkat.

79
Beramal Dengan
Hadith Dhaif

Isu beramal dengan hadith diperselisihkan oleh para ulama.


Diantara para ulama ada yang menolak sepenuhnya beramal
dengan hadith dhaif sama ada berkaitan fadhail amal ataupun
berkaitan dengan hukum-hakam.

Ada juga diantara para ulama menerima hadith dhaif dalam


persoalan hukum hakam. Bagi mereka hadith dhaif lebih utama
berbanding ijtihad. Namun ia mempunyai syarat-syarat tersendiri.

Pendapat ketiga pula membenarkan beramal dengan hadith


dhaif hanya berkaitan fadhail amal, targhib dan tarhib sahaja
dengan beberapa syarat yang digariskan. Antaranya:

1. Bukan hadith dhaif berat.


2. Hadith tersebut berada di bawah prinsip yang
diamalkan.
3. Tidak menyakini hadith tersebut pasti daripada Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam, hanya dilakukan sebagai
langkah berhati-hati.

80
Perisian Semak
Hadith

Terdapat beberapa laman sesawang dan aplikasi yang bagus


boleh digunakan untuk membuat semakan status hadith. Dalam
ruangan terhad ini akan dimasukkan beberapa aplikasi dan laman
sesawang yang mudah untuk kegunaan semua.

1. ‫جامع الكتب التسعة‬

Aplikasi ini menghimpunkan sejumlah 9 kitab utama hadith


bermula dengan Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud,
Sunan Timizi, Sunan Nasaie, Sunan Ibnu Majah, Muwatta’ Malik,
Sunan Darimi dan Musnad Ahmad.

Di ruangan hadapan aplikasi, pengguna


dapat mencari hadith dengan menekan kata
kunci sama ada matan hadith atau nama
perawi di bahagian ‫البحث‬.

Pengguna juga boleh membuka hadith


berdasarkan kitab hadith di bahagian ‫عرض‬
‫الكتب‬. Manakala, untuk mencari hadith

81
berdasarkan tema secara rawak seperti tema al Quran, aqidah,
adab dan lain-lain; boleh pergi ke bahagian ‫التقسيم الموضوعي‬.

Gambar disebelah adalah contoh paparan


hadith yang terdapat dalam aplikasi diatas.
Maklumat yang dipaparkan antaranya adalah
nama kitab iaitu Sahih al Bukhari, judul kitab
al Ilm dan nama bab.

Seterusnya, ia juga memaparkan nombor


hadith termasuk juzuk dan halaman serta
status hadith sama ada Marfu’ atau tidak.

Dalam aplikasi ini juga memaparkan sanad hadith. Sekiranya


pengguna ingin mengenali perawi, paparan biodata akan
dinyatakan apabila nama perawi disentuh.

Bagi hadith selain Sahih al Bukhari dan Muslim, dibahagian akhir


paparan akan dinyatakan status hadith sama ada ia sahih atau
dhaif. Ini memudahkan pengguna yang tidak mahir dalam
membuat penilaian untuk terus mengetahui status hadith sebelum
disebarkan.

Dibahagian bawah sekali ada juga disediakan khidmat syarah


hadith dengan menekan bahagian ‫الشرح‬. Dibahagian tersebut akan

82
dinyatakan bersama kitab syarah yang digunakan untuk semakan
pengguna.

Ada juga bahagian takhrij dengan menekan butang ‫التخريج‬.


Paparan yang akan dikemukakan adalah hadith-hadith yang serupa
yang terdapat dalam 9 kitab hadith yang lain beserta nombor
hadith. Begitu juga sekiranya hadith tersebut diulang dalam kitab
yang sama, ia dapat diketahui dibahagian ‫ أطراف‬di bahagian ‫التخريج‬
tadi.

2. ‫الباحث الحديثي‬

Berbeza dengan aplikasi sebelum ini, ia


tidak khusus kepada 9 kitab hadith sahaja.
Malah kitab-kitab lain juga turut
dinyatakan.

Perisian ini terdapat dua versi iaitu


laman sesawang (https://sunnah.one/)
dan aplikasi.

Kaedah penggunaan perisian ini hanya


perlu menekan kata kunci matan hadith
lantas akan dinyatakan status hadith
beserta kitab yang memuatkan hadith tersebut.

83
3. ‫املوسوعة الحديثية‬

Perisian ini hampir sama dengan perisian


kedua tadi dari segi penggunaannya iaitu dengan
menaip kata kunci matan hadith. Pengguna boleh
dapatkan dalam bentuk aplikasi atau boleh juga ke
laman sesawang https://www.dorar.net/hadith
untuk membuat semakan hadith.

4. SEMAKHADIS.COM

Setakat yang diketahui, perisian Semakhadis.com adalah satu-


satu perisian yang menyediakan semakan hadith dalam bahasa
melayu. Perisian ini boleh didapati dalam bentuk aplikasi dan

84
laman sesawang di https://semakhadis.com/. Perisian ini
dikendalikan oleh Prof Madya Dr Muhammad Rozaimi Ramle dan
pasukan beliau dalam membuat semakan.

Perisian ini juga pernah dianugerahkan Gold Medal dalam


International Invention , Innovation & Tecnology Exhibition 2021

85
Beberapa Istilah
Penting

Sahabat: Orang yang pernah bertemu dengan Rasulullah


Sallallahu Alaihi Wasallam ketika masih hidup secara sedar,
beriman kepada Baginda dan meninggal dunia dalam keadaan
Islam.
Tabi`in: orang yang menemui sahabat Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam dan meninggal dunia dalam Islam. Mereka tidak pernah
menemui Baginda.
Tabi’ Tabi`in: Orang yang menemui Tabi`in dan meninggal dunia
dalam Islam. Mereka tidak pernah menemui Baginda mahupun
para sahabat.
Mukhadram: Orang yang beragama Islam pada zaman
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam masih hidup namun tidak
pernah bertemu dengan Baginda. Antara mereka adalah Uways al
Qarni.
Sanad: Rantaian perawi yang meriwayatkan hadith.
Sanad Ali: Sanad yang mempunyai jumlah perawi yang sedikit.
Sanad Nazil: Sanad yang mempunyai jumlah perawi yang ramai.
Perawi: Orang yang meriwayatkan hadith.
Matan: Teks hadith. Kedudukan matan berada selepas sanad.

86
Lafaz Tamridh: Lafaz yang menunjukkan terdapat keraguan
terhadap sandaran hadith seperti ‫ حيكي‬،‫ ُذ ِكر‬،‫ ُيذ َكر‬،‫ يروي‬،‫ُر ِوى‬

Lafaz Jazm: Lafaz yang digunakan menunjukkan ia suatu yang


pasti seperti ‫ أمر‬،‫ قال‬،‫ َذ َك َر‬dan sebagainya

Marfu: Segala perkara yang dinisbahkan kepada Rasulullah


Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mauquf: Segala perkara yang dinisbahkan kepada para Sahabat
Baginda.
Maqtu’: Segala perkara yang dinisbahkan kepada Tabi`in.
Thiqah: perawi yang dipercayai. Dari sudut istilah hadith
merujuk kepada perawi yang ada sifat adil, sempurna hafalan dan
tepat dalam periwayatan hadith.
Mudallis: Orang yang melakukan tadlis

87
Rujukan

Prof Madya Dr Shahyuthy Bin Abdul Manas, 2016. Asas Kenali Hadis
Sahih, Dhaif Dan Palsu. MALAHA PLT.

Mahmud al Tahhan, 2021. Pendekatan Mudah Belajar Ilmu


Mustalah Hadis. Terjm. Muhammad Hanief Awang Yahaya.
IIUM Press.

Dr Mahmud al Tahhan, 2021. Taisir Fi Musthalah Al Hadith. Al


Bushra.

Huzaifah Hadis, 2020. Kenali Ilmu Hadis. Telaga Biru.

Syihabuddin Ahmad, 2016. Asas Ilmu Hadis Untuk Pelajar Sirah.


Santai Ilmu.

Prof Dr basri Ibrahim al Azhari, 2022. Bolehkah Beramal Dengan


Hadith Dhaif?. PTS.

Syed Abdul Majid Ghouri, 2021. Pengenalan Ilm Al Rijal. Terjm. Dr


Zulhilmi Bin Mohamed Nor. Darul Syakir.

Syed Abdul Majid Ghouri, 2017. Kamus Istilah Hadis. Terjm. Dr


Zulhilmi Bin Mohamed Nor et al. Darul Syakir.

88
Manna’ Khalil al Qathan, 2015. Cara mudah memahami ilmu-ilmu
hadith. Terjm. Abu Ezzat al Mubarak & Azhariah Muhammad.
Pustaka Jiwa

Dr Muhammad Bin Mathar al Zahrani, 1434H. Ilm Al Rijal


Nashatuhu Wa Tatawuruhu Min Al Qarn Al Awwal Ila Nihayah
Al Qarn Al Taasi’. Maktabah Dar Al Minhaj Linnasyr Wa Al
Tawazi’.

Imam al Zahabi, 2017. Dosa-Dosa Besar. Telaga Biru.

Abdul Razak Muthalib, 2016. 40 Hadis Palsu Dan Lemah Popular.


PTS

Dr Tuan Mohd Sapuan Bin Tuan Ismail, 2016. Hadis Palsu; Satu
Pengenalan. Kertas Kerja Prosiding Seminar Hadis Nabawi
2016 Peringkat Kebangsaan.

Mohd Solleh AB. Razak, 2017. Projek Hafal Hadis. Telaga Biru.

Prof Madya Dr Fauzi Deraman, 2012. ABSH2103 Ulum Al Hadith.


OUM

Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin,
2020. Mukaddimah Di Dalam Memahami Hadith Nabimu.
Jabatan Mufti Perlis.

89
Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin,
2021. Hadith Palsu Kesan Negatif Terhadap Imej Islam.
Jabatan Mufti Perlis.

90

You might also like