You are on page 1of 4

1. The engineer has a duty of care to the public under common law.

Discuss, giving
examples, the obligations that his duty imposes on himself as a Professional Engineer.

Definisi publik – ialah orang awam dan ianya terbahagi kepada dua iaitu :-
i. penguna
ii. orang awam yang berada di sekeliling kawasan pembinaan.
Tanggungjawab untuk menjaga keselamatan public di bawah undang-undang am (common
law). Sebagai contoh projek pembinaan sekolah yang di buat di kawasan
perumahan/perkampungan. Di antara tanggungjawab yang perlu diberi penekanan ialah :-
1. Penyiasatan tapak
Penyiasatan tapak perlu dijalankan untuk menentukan keadaan tanah dan pemilihan
jenis penapak yang bersesuaian. Selain dari itu, pelanggan dan Jurutera Professional
boleh memilih tapak yang kurang memberi gangguan kepada orang awam serta
mendatangkan kerosakan kepada harta benda awam terutamanya apabila peralatan /
mesin dibawa masuk ke tapak.

2. Rekabentuk
Rekabentuk yang dipilih mestilah yang paling sesuai bagi meminimakan kerosakan
kepada harta awam. Jurutera Professional perlu merekabentuk mengikut ‘code of
practice’. Sebagai contohnya, untuk kerja-kerja penanaman cerucuk, elakkan
pengunakan mesin disel yang akan memberi impak yang besar kepada penduduk sekitar
di mana kebiasaannya rumah-rumah di kampung tidak direkabentuk mengikut standard-
standard yang ditetapkan dan selalunya dengan hentaman mesin cerucuk akan
menyebabkan kegagalan kepada rumah tersebut.

3. Pelantikan Kontraktor
Kontraktor yang dipilih/dilantik, perlulah mempunyai rekod yang baik dari projek-projek
yang lalu. Pemilihan bukan hanya bergantung kepada harga terendah sahaja kerana
komunikasi yang baik adalah amat perlu apabila berhadapan dengan orang awam.
Kontraktor yang dilantik perlulah memberi kerjasama kepada Jurutera Professional
dalam melaksanakan kerja dengan memberi keutamaan kepada pelanggan tanpa
mengabaikan kepentingan orang awam dan harta awam..

4. Penyeliaan Tapak Bina


Ini adalah peringkat yang paling utama dan paling penting di mana ketika ini semua
pekerja dan peralatan akan berada di tapak. Sekiranya tidak dikawal , ianya akan
memberi gangguan serta mendatangkan ketidak selesaan kepada keselamatan dan
harta awam. Adalah menjadi tanggungan jawab Jurutera Professional memastikan
semua ini terpelihara.

Selain dari itu Jurutera Professional perlu memastikan bahawa pihak kontraktor
mematuhi lukisan-lukisan serta pelan seperti mana yang ditetapkan dan juga spesifikasi
yang terdapat di dalam dokumen kontrak.
2. If you were a consulting engineer and were submitting Turnkey tender on behalf on a
Turnkey Contractor, would you consider a conflict of interest between the role of a
consulting engineer and contractor? Enlarge on the ethics of this subject.

Pada amnya, projek secara turnkey merupakan projek yang besar dan memerlukan
kepakaran yang tinggi dan pada kebiasaannya adalah ‘fast track’ projek. Sebagai contoh
projek secara turnkey di Malaysia adalah Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kuala
Lumpur City Centre (KLCC) dan Hospital Selayang. Pada kebiasaannya tender dibuat secara
‘selective’ atau rundingan terus bergantung kepada jenis projek.

Di dalam projek yang dilaksanakan secara turnkey, pihak kontraktor diminta untuk
merekabentuk, membina, memeriksa, menguji dan menyelenggara projek tersebut mengikut
syarat-syarat kontrak. Pada peringkat awalnya, pihak klien hanya menyediakan keperluan
yang dipanggil sebagai ‘need statement’ atau pun projek brief sebagai panduan kepada
petender untuk menyediakan kertas cadangan. Berdasarkan kepada brief tersebut pihak
kontraktor akan melantik pakar iaitu perunding untuk menyediakan konsep rekabentuk dan
spesifikasi serta kos projek.

Setelah cadangan tersebut diterima oleh pihak klien dan dipersetujui maka kontraktor akan
diminta untuk melaksanakan projek mengikut ‘term and condition’ yang telah dipersetujui.
Pada kebiasaannya, kontraktor sebagai ‘profit oriented body’ akan cuba untuk mendapatkan
keuntungan yang lebih dengan cara cuba memberikan produk atau peralatan yang kurang
bermutu yang mana kurang kecekapan dan ‘low performance’.

Sebagai Jurutera Perunding di dalam projek turnkey ini, beliau hendaklah menjalankan tugas
untuk mempastikan bahawa kerja yang dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di
dalam kontrak. Sebagai Jurutera Perunding yang bertanggungjawab dalam projek tersebut
hendaklah memastikan kemuliaan ‘dignity’ sebagai Jurutera Professional terjaga.

Beliau perlu menjaga kepentingan awam dan juga keselamatan serta kepentingan klien.
Sebagai seorang Jurutera Professional, sifat jujur, amanah serta tulus dan ‘intergrity’ dalam
menjalankan tugas sebagai Jurutera Perunding dalam projek tersebut. Tiada tolak ansur
dalam perkara-perkara yang tidak betul seperti penipuan dan sebagainya kerana ini boleh
menggugat kekompetensinya sebagai Jurutera Professional.

Oleh itu pihak kontraktor dan juga Jurutera Perunding perlu memahami tugas yang telah
diamanahkan kepada mereka yang mana pihak perunding hendaklah memastikan projek
dilaksanakan mengikut Dokumen Kontrak dan Jurutera Perunding yang dilantik dapat
menjaga dan memastikan kerja pembinaan, kualiti bahan binaan dan produk yang dihasilkan
oleh kontraktor mengikut spesifikasi dan lukisan seperti yang ditetapkan.

You might also like