You are on page 1of 2

Pembalakan haram ialah kegiatan penebangan hutam simpan dan hutan tanah kerajaan yang

menyalahi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kerajaan dalam
bidang perhutanan.Setiap hari akhbar akan menyiarkan isu berkaitan kemusnahan huatn akibat
perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab .Kemusnahan hutan akan semakin berleluasa dan
tidak terkawal jika tidak diambil tindakan.Terdapat kesan-kesan pembalakan haram yang harus
dibincangkan dengan lebih teliti.Langkah-langkah mengatasi masalah pembalakan haram harus
dijalankan.

Antara kesan pembalakan haram ialah memusnahkan flora dan fauna .Hal ini dikatakan demikian
kerana hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies
haiwan liar.Sebagai contoh,spesies tumbuhan dan haiwan liar yang diancam kepupusan adalah Bunga
Pakma dan Badak sumbu Sumatra.Kesannya,dapat memusnahkan Kawasan hutan yang kaya dengan
flora dan kemusnahan habitat bagi haiwan-haiwan liar.Jelaslah bahawa,pembalakan haram dapat
memusnahkan flora dan fauna serta diancam kepupusanya

Selain itu,kesan pembalakan haram ialah menyebabkan banjir lumpur.Hal ini tercetus kerana
pembalakan haram sering terjadi akibat dari pembuatan pihak tidak bertanggungjawab yang
mementingkan keuntungan sendiri tanpa memikirkan kesannya.Contohnya , di Kawasan yang tinggi
seperti lereng bukit sering menjadi pusat aktiviti pembalakan haram.Kesan daripada banjir lumpur
ialah kehilangan harta benta dan menjejaskan kesihatan penduduk yang terjejas akibat banjir

lumpur.Jelaslah bahawa, pembalakan haram harus dihentikan dan pihak yang tidak
bertanggungjawab harus ditahan untuk mencegah berlakunya banjir lumpu.

Seterusnya,kesan pembalakan haram ialah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu bumi.Hal


ini diakatakan demikian kerana fenomena ini diakibat daripada kurangnya pokok-pokok di kawasan
tersebut .Sebagai contoh, hutan di Tatau Bintulu ,Sarawak sering terjadi isu pembalakan haram
kerana hutan tersebut kaya dengan pelbagai flora dan fauna.Kesannya, aktiviti pembalakan haram
akan meningkatkan kandungan gas karbon dioksida di udara. Jelaslah bahawa aktiviti pembalakan
haram harus dihentikan kerana pokok-pokok amatlah penting dalam menyerap gas karbon dioksida
ini

Di samping itu, langkah mengatasi masalah pembalakan haram ialah penguatkuasaan undang-
undang terhadap pembalakan haram perlu diperketatkan.Hal ini dikatakan demikian kerana pihak
berkuasa harus mengambil tindakan terhadap sesiapa yang merosakkan ataupun mencemari alam
sekitar. Contohnya,memberikan mereka hukuman atau denda yang berat kepada pelaku yang
bersalah.Jelaslah bahawa langkah ini mampu memastikan kelestarian hutan negara terjamin

Akhir sekali ,Langkah mengatasi masalah pembalakan haram ialah mengadakan kempen anti
pembalakan haram.Hal ini dikatakan demikian kerana, menerusi kempen ini ,keburukan kegiatan
pembalakan haram akan diuar-uarkan menerusi media massa. Kesannya, menyedarkan pihak
terbabit dan orang ramai tentang kesan buruk aktiviti pembalakkan haram .Sebagai contoh
menyebabkan habitat liar kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berpindah ke tempat selamat serta
Keselamatan orang ramai tergugat apabila haiwan liar mula berpindah ke kawasan kediaman
manusia.Jelaslah bahawa, masyrakat perlu menyertai kempen ini untuk pupuk semangat kerjasama
mencegah aktiviti pembalakan.

Kesimpulannya,melestarikan khazanah hutan negara adalah tanggungjawab kita bersama.Setiap


individu,Masyarakat dan Kerajaan perlu memainkan peranan dengan aktif dalam melindungi dan
memelihara hutan negara kita.Hutan juga memainkan peranan penting dalam sistem iklim dunia dan
kitaran air.Oleh itu,kita hendaklah menghayati kepentingan hutan dalam menjaga kehidupan kita dan
memastikan warisan alam ini terus tersedia untuk generasi yang akan datang.

You might also like