You are on page 1of 2

KIARA COLLEGE

DIPLOMA IN ENFORCEMENT MANAGEMENT

(FUNDAMENTAL LAW ENFORCEMENT)

( EFL 2213 )

TAJUK :TUTORIAL 1

NAMA : NUR ANIS FARAZEERA BINTI ALEXANDER

NO. MATRIK : DEM 2060080

NAMA PENSYARAH : MISS.SYARIFAH SAKINAH HAMSA

TARIKH PENYERAHAN : 19 FEBUARI 2023


ARAHAN:
Dengan perkataan anda sendiri, huraikan SOALAN DI BAWAH dalam SATU HALAMAN.

1. Berikan DUA contoh agensi penguatkuasa di Malaysia dan peranan sebagai


penguatkuasa undang-undang. (10 markah).

-Agensi penguatkuasaan di Malaysia salah satunya ialah, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
mempunyai peranan untuk menjaga ketenteraman, memelihara keamanan serta
memastikan keselamatan terjaga sebagai contoh agensi ini akan melakukan rondaan
keselamatan dan sebagainya agar keadaan negara dan komuniti berada pada tahap yang
terkawal. Sebagai agensi penguatkuasa utama negara, PDRM mempunyai tanggungjawab
yang besar. Mereka bertanggungjawab mengekalkan undang-undang,mencegah dan
mengesan jenayah serta mengumpul risikan keselamatan dilaksanakan tanpa gagal atau
tertangguh. Dalam masa yang sama, agensi ini juga turut berperanan dalam
pendakwaan.Ia ditugaskan untuk menyelia tugas mengumpul maklumat berkaitan sesuatu
kes ataupun laporan yang diterima, menyelia tugas dalam membantu segala siasatan yang
akan dijalankan serta sentiasa menghadiri perbicaraan di mahkamah apabila dipanggil
oleh pihak mahkamah. Kedua adalah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim
Malaysia) mempunyai peranan untuk melaksanakan tanggungjawab bagi menjaga
perairan negara daripada sebarang bentuk ancaman, pencerobohan selain
menguatkuasakan undang-undang di bawah agensi lain yang berkaitan dengan
maritim. Dalam masa yang sama, agensi ini juga berupaya menjamin dan meyakinkan
semua pengguna laut tempatan dan antarabangsa bahawa ia mampu untuk menentukan
keselamatan dan keamanan di dalam Zon Maritim Malaysia. Agensi ini juga mempunyai
tugas untuk menangani kes-kes jenayah di laut seperti rompakan dan kegiatan lanun,
penyeludupan migran dan lain-lain. Agensi ini bertanggungjawab mengendalikan operasi
mencari dan menyelamat kemalangan maritim dalam kawasan Mencari dan Menyelamat
Maritim Malaysia. Selain menggunakan aset-aset agensi lain, Maritim Malaysia juga
memperuntukkan sumber-sumber misi mencari dan menyelamat untuk membantu dalam
aspek kemanusiaan dan insiden awam.

You might also like