You are on page 1of 4

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KADZI, MUAR

1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak
pengalaman”, maka Sekolah Kebangsaan SK Parit Kadzi, Muar telah bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Selain menjadi antara program
tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi
pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. Melalui program
ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini,
keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain
itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka
minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF

1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid untuk
membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
2. Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan
masyarakat.
4. Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran
yang lebih kondusif.

4.0 DESTINASI
Farm Fresh , Aquaria KLCC dan Kilang vitagen,

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 2 NOVEMBER 2023


Hari : Khamis
Masa : 7.00 pagi – 10.00 malam
6.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini disasarkan kepada murid-murid tahap 2.


7.0 KUTIPAN
KUTIPAN JUMLAH
Kutipan Murid 76 x RM 110.00 RM 8360.00
Kutipan Guru
12 x RM 110.00 RM 1320.00

JUMLAH
RM 9680.00

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


PERKARA KUANTITI JUMLAH
Bas 88 x RM 28.00 RM 2464.00
Tiket Farm Fresh UPM 76 x RM 10.00 (murid) RM 760.00
12 x RM 15.00 (guru) RM 180.00
Tiket Aquaria KLCC 76 x RM 42.00 (murid) RM 3192.00
12 x RM 52.00 (guru) RM 624.00
Makanan B/L 76 x RM 23.00 (murid) RM 1748.00
12 x RM 23.00 (guru) RM 276.00
Insuran 76 x RM 4.00 (murid) RM 304.00
12 x RM 5.00 (guru) RM 60.00
Air mineral 4 kotak x RM 18 RM 72.00
JUMLAH RM 9680.00

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En Mohd Jazmi Bin Abd Jalil


(Guru Besar SK Parit Kadzi, Muar)
Naib Pengerusi : En. Ismail Bin Aspan
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Pn Siti Aisyah Binti Mohd Zaman
Bendahari : Cik Farah Qistina Binti Fahimi
AJK Dokumentasi : Pn. Fareha Binti Kamil
AJK Pengangkutan : En. Kamaruzaman Bin Parlin
AJK Makanan dan Minuman : En. Mohd Farhad Bin Abdul Muin
10.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

a) SETIAUSAHA
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram
lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan terkini
urusan program. Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

b) BENDAHARI
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan
menyelaraskan wang keluar masuk.

c) JK PENGANGKUTAN
Menghubungi pihak bas, bayaran, memastikan mempunyai permit dan insurans
serta memastikan kedudukan murid semasa di dalam bas.

d) JK MAKANAN
Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.

e) JK DOKUMENTASI
Membuat laporan tentang lawatan

11.0 TENTATIF LAWATAN

Masa Tempat Aktiviti


7.00 pagi Berkumpul di SK Parit Kadzi - Sarapan dalam bas
( Dewan SRI SEHATI )

10.00 pagi - Lawatan bermula jam 10 pagi hingga


FARM FRESH @ UPM (Industry 12 tengah hari.
Centre of Excellence, ICoE)
- Makan tengah hari di Farm Fresh

2.30 petang Vitagen Factory - Lawatan di kilang vitagen bermula


2.30 petang hingga 3.30 petang.

5.00 petang Aquaria KLCC - Lawatan di Aquaria KLCC bermula


jam 5 petang hingga 6 petang

Asy-Syakirin Mosque KLCC (Masjid - Solat Jamak dan lawatan masjid KLCC
6.30 petang Asy-Syakirin KLCC)

8.00 malam Bertolak pulang ke SK Parit Kadzi.


12.0 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Seliau. Melalui program ini juga murid diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa
hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti
lawatan ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………… ……………………………
(SITI AISYAH BINTI MOHD ZAMAN) (NURUL FATEHA BINTI NASARUDIN)
Setiausaha Lawatan
SK PARIT KADZI

You might also like