You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LAMBIR VILLAGE, 98000 MIRI

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL. 1 Sesi 2022/2023

Bilangan Mesyuarat : Bil. 1 2022/2023


Tarikh : 25 Mac 2022
Masa : 12:00 – 2:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN

1. Puan Freda Puyang Deng - Pengerusi


2. Encik Aidit Mustapah Bin Azhari
3. Puan Caroline Anak Jakin
4. Cik Melissa Matthew - Setiausaha
5. Puan Asmah Binti Mohammat Aaripin
6. Encik Timothy Saging
7. Encik Abdillah Bin Hj. Paun

Agenda:
3.1 Kata-kata Aluan Pengerusi
3.2 Pengesahan Minit Bil 3/2021
3.3 Perkara-perkara berbangkit
3.4 Agihan Tugasan Ahli Panitia Sesi 2022/2023
3.5 Agihan Belanja Mengurus/Kewangan Panitia 2022
3.6 Perancangan Strategik Panitia 2021 - 2025 (Taktikal, Pelan Operasi dan Carta Gantt sesi
2022/2023)
3.7 Penggubalan RPT sesi 2022/2023
3.8 Penulisan RPH sesi 2022/2023
3.9 Penetapan Jumlah Buku Latihan
4.0 Agihan Latihan dan Penggunaan Buku Kerja
4.1 Semakan Latihan dan Buku Latihan
4.2 Penggubal Soalan Peperiksaan
4.3 PBD
4.4 PLC/Peningkatan Profesionalisme Guru dalam Panitia
4.5 Sumber Pendidik

1.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam & salam sejahtera dan mengalu-alukan
kehadiran ahli panitia serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke
mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Bil.1 2022/2023.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA SENI VISUAL BIL. 2/ 2021

2.1 Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Bil. 3 / 2021 pada 16 November 2021,
dicadangkan untuk disahkan oleh Encik Aidit Mustapah Bin Azhari dan disokong oleh Puan
Asmah Binti Mohammat Aaripin tanpa sebarang pindaan.
Makluman
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan pada minit mesyuarat yang lepas.
Makluman

4.0 AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA SESI 2022/2023

4.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan struktur organisasi Panitia Pendidikan Seni Visual
bagi tahun 2022 & 2023 adalah seperti berikut:

Penasihat 1 : Puan Sepia Binti Mohd Janah


Penasihat 2 : Encik .Lau Siu Hee
Ketua Panitia : Puan Freda Puyang Deng
Pen Ketua Panitia : Puan Asmah Binti Mohammat Aaripin
Ahli Panitia : Encik Aidit Mustapah Bin Azhari
: Puan Caroline Anak Jakin
: Encik Timothy Saging
: Encik Abdillah Bin Paun
: Cik Melissa Matthew
Makluman

5.0 AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA 2022

5.1 Pengerusi membentangkan berkaitan dengan peruntukan panitia yang diterima sebanyak
RM2364.88.
Makluman

6.0 PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA 2021 - 2025 (TAKTIKAL, PELAN OPERASI DAN CARTA
GANTT SESI 2022/2023)

6.1 Pengerusi mengambil maklum akan penerangan Pelan Strategik Panitia Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan pada tahun 2022 / 2023 lebih berfokuskan kepada perancangan perlaksanaan
program-program panitia.
Makluman

7.0 PENGGUBALAN RPT SESI 2022/2023

7.1 Pengerusi mengambil maklum berkaitan jadual penggubalan RPT bagi sesi 2022/ 2023
perlulah mengikut garis panduan KPM dari masa ke semasa.RPT sudah digubal mengikut
senarai nama yang diberikan di dalam group whatsapp seperti di bawah.

KELAS NAMA PENGGUBAL


Tahun 1 Caroline anak Jakin
Tahun 2 Timothy Saging
Tahun 3 Melissa Matthew
Tahun 4 Asmah binti Mohammat Aaripin
Tahun 5 Freda Puyang Deng
Tahun 6 Aidit Mustapah bin Azhari
Makluman & Tindakan :Semua ahli panitia

8.0 PENULISAN RPH SESI 2022/2023

8.1 Mesyuarat dimaklumkan berkaitan Penulisan Rancangan Pelajaran Harian perlulah


mengandungi kompenan – kompenan sama seperti tahun lepas.

Makluman & Tindakan :Semua ahli panitia

9.0 PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN, AGIHAN LATIHAN DAN PENGGUNAAN BUKU KERJA
SERTA SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN

9.1 Mesyuarat mengambil maklum akan persetujuan untuk menggunakan sebuah buku latihan
bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk tahap 2 dan tahap 1
digalakkan mempunyai satu buku.

9.2 Mesyuarat dimaklumkan tiada penggunaan buku kerja untuk pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan

Makluman
10.0 PENGGUBAL SOALAN PEPERIKSAAN

10.0 Mesyuarat dimaklumkan bahawa nama penggubal soalan akan diberitahu kemudian
sekiranya peperiksaan dilaksanakan.

Makluman
11.0 PBD

11.0 Mesyuarat penyelarasan PBD akan dilaksanakan untuk menyelaraskan tahap penguasaan
semasa murid.
Makluman & Tindakan :Semua ahli panitia

12.0 PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA

12.1 Pengerusi memaklumkan bahawa PLC pada tahun 2022 perlu dilaksanakan sebanyak tiga
kali seperti yang termaktud di dalam SKPMg.

12.2 Pengerusi memaklumkan perancangan aktiviti PLC adalah seperti berikut :

I. Intervensi PBD
II. Teacher Sharing
III. Video Kritik

Makluman & Tindakan :Semua ahli panitia

13.0 SUMBER PENDIDIKAN


13.1 Pengerusi memaklumkan bahan-bahan bantu mengajar ada di dalam bilik sukan sekolah
13.2 Buku log penggunaan ABM /BBM hendaklah sentiasa dikemaskini agar memudahkan urusan
pengiraan baki jumlah ABM/BBM yang ada.

Makluman & Tindakan :Semua ahli panitia


14.0 HAL-HAL LAIN

14.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Standard Pengukuran Indeks Jisim Badan (Body Mass
Index) untuk murid sekolah Malaysia berumur 5 hingga 9 tahun

15.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang telah hadir ke mesyuarat Panitia Bil.
1/ 2022 & 2023. Beliau juga berharap aktiviti – aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan
dengan baik.

Mesyuarat dicadangkan untuk ditangguhkan oleh Encik Timothy Saging dan disokong oleh Puan Caroline
anak Jakin pada jam 2.00 Petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________ _________________________
(MELISSA MATTHEW) (FREDA PUYANG DENG)
Ahli Panitia, Ketua Panitia,
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
SK Lambir Village, Miri. SK Lambir Village, Miri.

Disemak oleh,

_______________
(LAU SIU HEE)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Lambir Village, Miri.

You might also like