You are on page 1of 8
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH) Pejabat Ketua Pengarah RISDA Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, Tel: 03-42564022 50990 Kuala Lumpur. Fax: 03-42562928 Bil. —: (12) dim. 7.0/9790.00 Tarikh: 22 Disember 2011 Kepada, ‘Semua Ketua Pusat Tanggungjawab. ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 30 TAHUN 2011 PENYERTAAN ANAK-ANAK SYARIKAT BADAN BERKANUN, KOPERASI- KOPERASI, TABUNG KAKITANGAN KERAJAAN DAN PIHAK BERKUASA KERAJAAN TEMPATAN DALAM PEROLEHAN BADAN INDUK BERKENAAN ‘Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.1/2011 bertarikh 14 Mac 2011 berhubung dengan penyertaan anak-anak syarikat Badan Berkanun, koperasi- koperasi, tabung kakitangan kerajaan dan pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam perolehan badan induk berkenaan. 2. Kerajaan telah mengkaji dan bersetuju untuk membenarkan penyertaan anak- anak syarikat badan berkanun, koperasi-koperasi, tabung kakitangan dan pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam perolehan badan induk berkenaan berasaskan konsep let managers manage. 3. Sedemikian, satu Garis Panduan Perolehan dan Prosedur Kawalan Dalaman bagi menguruskan penglibatan anak syarikat di dalam perolehan badan induk diwujudkan bagi memastikan perolehan dilaksanakan secara teratur dan mengikut peraturan yang diluluskan. “PERINGATAN: PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH. AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009 (AKTA 694)” Bil. (12) dim. 7.0/9790.00 Tarikh: 22 Disember 2011 4. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Perolehan dan Prosedur Kawalan Dalaman sebagaimana Lampiran AP30/2011. (PT boleh muat turun dari laman sesawang RISDA). Semua Pusat Tanggungjawab dikehendaki mengikuti garis panduan dan prosidur kawalan dalaman ini dalam menguruskan satu-satu perolehan. 5. Pekeliling ini berkuatkuasa mulai dari tarikh ia dikeluarkan, Sekian, terima kasih. ce (DATO’ WAN MOHAMAD ZUKI BIN HAJI MOHAMAD) Ketua Pengarah RISDA. sk: Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) ii. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Korporat). DHWMZHMTAIAM “PERINGATAN: PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009 (AKTA 694)” 2 Lampiran AP 30/2011 GARIS PANDUAN / PROSEDUR KAWALAN DALAMAN PENYERTAAN ANAK- ANAK _SYARIKAT BADAN BERKANUN, KOPERASI-KOPERASI, TABUNG KAKITANGAN KERAJAAN DAN PIHAK BERKUASA KERAJAAN TEMPATAN DALAM PEROLEHAN BADAN INDUK BERKENAAN 4. TUJUAN 4.1, Arahan Pentadbiran ini bertujuan sebagai satu garis panduan mengenai penyertaan anak-anak syarikat, koperasi-koperasi, tabung kakitangan kerajaan dan pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam perolehan RISDA seperti dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1/2011 2. LATAR BELAKANG 2.1, Jemaah Menteri pada 19 Mac 1980 telah memutuskan supaya anak-anak syarikat badan berkanun, Koperasi-koperasi, tabung kakitangan kerajaan dan pihak berkuasa kerajaan tempatan dilarang daripada_menyertai perolehan badan induk berkenaan. Sehubungan itu, SPP Bil. 26 Tahun 1986, larangan penyertaan perolehan tersebut telah dikeluarkan. 2.2. Kerajaan telah mengkaji peraturan yang dikeluarkan melalui SPP tersebut dan bersetuju untuk membenarkan penyertaan anak syarikat badan berkanun termasuk Institut Pengajian Awam (IPTA), koperasi-koperasi, tabung kakitangan kerajaan dan pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam perolehan badan induk berkenaan. la adalah selaras dengan persetujuan kerajaan untuk memberi autonomi kepada badan berkanun termasuk IPTA dalam menguruskan perolehan yang melibatkan anak syarikat serta konsep ‘let managers manage’. 3. ISTILAH — ISTILAH 3.1. Perkataan-perkataan berikut digunakan di dalam pekeliling ini, istilahnya adalah seperti dinyatakan di bawah: “PERINGATAN: PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH. AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009 (AKTA 694)” 3 ily Anak Syarikat RISDA adalah syarikat — syarikat yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa RISDA dari semasa ke semasa seperti (1) ESPEK Sdn Bhd (2) _ RISDA Plantation Sdn Bhd (3) RISDA Semaian & Lanskap Sdn Bhd (4) RISDA Baja Sdn Bhd (5) RISDA Bina Sdn Bhd (6) PROTEC Insurance Brokers Sdn Bhd (7) Kole RISDA Sdn Bhd (8) Permodalan RISDA Bhd (9) RISDA Fleet Sdn Bhd (10) SHDC Sdn Bhd Koperasi adalah koperasi berkaitan RISDA yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) seperti Koperasi Pekebun Kecil Daerah (KPK), Koperasi Anggota RISDA Malaysia Bhd (Karisma) dan sebagainya Pihak Berkuasa Memutus (PBM) adalah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab ke atas perolehan di pusat tanggungjawab seperti yang dinyatakan di dalam Arahan Pentadbiran Bil. 46/2010 (Penurunan Kuasa Peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah/Jajahan/Bahagian) dan pekeliling lain yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa, 4. TATACARA PEROLEHAN 4.1. PBM adalah bertanggungjawab memastikan semua maklumat berkenaan 4.2. dokumen, penilaian dan tawaran sesuatu perolehan adalah SULIT dan tidak boleh disebarkan kepada mana-mana pihak yang tidak terlibat dengan pengurusan perolehan PBM adalah tidak dibenarkan memecah kecil perolehan tahunan untuk mengelakkan daripada membuat pelawaan secara sebutharga / tender. Pembelian terus sesuatu item yang melebihi RMS50,000.00 setahun hendaklah dibuat secara sebutharga, Perancangan perolehan yang rapi dan “PERINGATAN: PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009 (AKTA 694)” bertanggungjawab hendaklah dilaksanakan supaya tidak melanggar peraturan sedia ada 4.3. PBM hendaklah memastikan semua urusan perolehan yang dibuat mematuhi dasar semasa Kerajaan dan berdasarkan amalan tadbir urus yang baik dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan Kerajaan_iaitu akauntabiliti awam, diurus secara telus, nilai faedah terbaik, saingan terbuka serta adil dan saksama. . HAD NILAI DAN SYARAT-SYARAT PEROLEHAN 5.1, Had nilai dan syarat-syarat perolehan penyertaan anak syarikat dan koperasi dalam perolehan RISDA adalah sama seperti syarikat-syarikat lain tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. . KAWALAN DALAMAN 6.1. Pemilihan anak syarikat dan koperasi bagi pembelian terus hendaklah dibuat secara bergilir bagi memberi peluang kepada pembekal / kontraktor yang lain dan mestilah memenuhi syarat ditetapkan 6.2. Pemilihan anak syarikat dan koperasi bagi sebutharga dan tender hendaklah dibuat mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perolehan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa 6.3. Jika terdapat ahli PBM yang mempunyai jawatan dalam anak syarikat atau koperasi yang menyertai perolehan tersebut, maka hendaklah ahii berkenaan mengistiharkannya dan keluar dari PBM bagi menjamin tiada ‘conflict of interest’ berlaku . TARIKH KUATKUASA 7.1. Arahan Pentadbiran ini berkuatkuasa pada tarikh surat ini dikeluarkan dan hendaklah dibaca bersekali dengan Surat Pekeliling Perolehan (SPP) Bil. 1/2011 dan Pekeliling lain yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa “PERINGATAN: PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009 (AKTA 694)” 5 S/K.KEW/PK/PP/1 100/000000/10/31 Jid. 30 SK.10 (2) KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 1 TAHUN 2011 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Semua Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan PENYERTAAN ANAK-ANAK SYARIKAT BADAN BERKANUN, KOPERASI-KOPERASI, TABUNG KAKITANGAN KERAJAAN DAN PIHAK BERKUASA KERAJAAN TEMPATAN DALAM PEROLEHAN BADAN INDUK BERKENAAN TUJUAN Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (Agensi) mengenai_penyertaan anak-anak syarikat badan berkanun, koperasi- koperasi, tabung kakitangan kerajaan dan pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam perolehan badan induk berkenaan. LATAR BELAKANG 2. Jemaah Menteri pada 19 Mac 1980 telah memutuskan supaya anak-anak syarikat badan berkanun, koperasi-koperasi, tabung kakitangan kerajaan dan pihak berkuasa kerajaan tempatan dilarang daripada menyertai perolehan badan induk berkenaan. Sehubungan itu, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan SPP Bil. 26 Tahun 1986 melarang penyertaan anak-anak syarikat badan berkanun, koperasi-koperasi, tabung kakitangan kerajaan dan pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam perolehan badan induk. 3. Kerdjaan telah mengkaji peraturan yang dikeluarkan melalui SPP tersebut dan bersetuju untuk membenarkan penyertaan anak syarikat badan berkanun termasuk Institusi Pengajian Tinggi (IPTA), koperasi-koperasi, tabung kakitangan kerajaan dan pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam perolehan badan induk berkenaan. la adalah selaras dengan persetujuan Kerajaan untuk member autonomi kepada badan berkanun termasuk IPTA dalam menguruskan perolehan yang melibatkan anak syarikat masing-masing serta berasaskan konsep let managers manage. KEPERLUAN MEWUJUDKAN GARISPANDUAN/PROSEDUR KAWALAN DALAMAN 4. Semua Agensi yang terlibat dikehendaki_mewujudkan garis panduan perolehan masing-masing dan prosedur kawalan dalaman dalam menguruskan perolehan penglibatan anak syarikat masing-masing. la hendaklah mengambil kira dasar Kerajaan serta memastikan perolehan dilaksanakan secara telus, adil dan saksama berasaskan prinsip-prinsip perolehan. Garis panduan/prosedur kawalan dalaman berkaitan hendaklah juga member! penekanan kepada mekanisme check and balance dan mendapat persetujuan Lembaga Pengarah/Lembaga Penasihat Agensi masing-masing. 5. Oleh yang demikian, dengan kebenaran ini adalah menjadi tanggung jawab Lembaga Pengarah/Lembaga Penasihat dan Ketua Agensi masing-masing untuk memastikan pengurusan perolehan_berkaitan penglibatan anak _ syarikat dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti. KUAT KUASA 6. ‘SPP ini berkuat kuasa dari tarikh surat ini ditandatangani. PEMBATALAN 7. Dengan berkuat kuasanya SPP ini, SPP Bil. 26 Tahun 1986 bertarikh 19 Disember 1986 adalah dibatalkan. Sekian, terima kasih, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin)Wan Abdullah) Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia i Mac 2011 sik, Ketua Setiausaha Negara Peguam Negara Malaysia Ketua Audit Negara Malaysia Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Akauntan Negara Malaysia

You might also like