You are on page 1of 2

SKRIP MERDEKA 2022

Bismillahirrahmanirrahim,

Ceria wajah terserlah manis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

Assalammualaikum W.B.T warahmatullah hiwabarakatu

Sambut merdeka sekali setahun


Keringat tercurah pejuang berjasa,
Malaysiaku merdeka 65 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa.

Yang berusaha, Puan Hajah Rohimah Binti Mokhtar, selaku Guru


Besar SK Sg Merab Luar, (Puan NorAsmawati Bin Omar,
Penolong Kanan Petang)
Yang dihormati En Mohamad Izzudin Bin Yoop Penolong Kanan
Pentadbiran
Puan Hajah Hartini Binti Mohamed, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
serta Encik Muhammad Samsolri Bin Ismail, Penolong Kanan
Kokurikulum,

Barisan pendidik, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya, kita sama-sama dapat berkumpul di
Dataran gemilang/Dewan Warisan ini sempena menyemarakkan pelancaran
sambutan bulan kebangsaan bagi peringkat sekolah pada tahun 2022.
Semoga penyatuan tekad dan semangat ini sentiasa diringi
kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

Para guru yang dan rakan-rakan yang dihormati,

Sambutan kemerdekaan pada kali ke 65 ini bertemakan


Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Tema ini sekaligus
menjadikan lambang kesepaduan rakyat berbilang kaum dan
bangsa supaya hidup dalam harmoni dan Muhibbah seperti
dalam satu keluarga.
Para hadirin yang dikasihi, bagi memberkati majlis ini kami
menjemput ustaz md noor untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dipersilakan…
Amin-amin ya Rabbalalamin…Terima kasih kepada Ustaz Md noor
atas doa yang dibaca tadi.

Negeri Selangor aman Sentosa


Pendidikan gemilang misi utama,
Dengan tidak melengahkan masa,
Kita mulakan atucara pelancaran majlis bulan kebangsaan ini.

Dijemput Barisan pentadbir diketuai oleh Guru Besar Puan Hajah


Rohimah dan Guru-guru Penolong Kanan untuk naik ke pentas
bagi membuat pelancaran majlis Sambutan Hari Kebangsaan
bagi peringkat sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar serta
sebagai gimik tanda rasminya majlis maka dijemput persembahan
Kumpulan Pahlawan Kilau Yang diketuai oleh Danish, Qaizer,
Putera Airil & Haziq ..Majlis Mempersilakan..

GIMIK ; SILAT BERMULA….. DAN MURID SERAHKAN BOX GLITTER


PADA GURU BESAR DAN SAMPAI MOULTING BOARD
DILETAKKAN ATAS STAND DAN KUMPULAN Pahlawan Kilau akan
laungkan merdeka 3X

Tunggu sampai laungan kemerdekaan 3x…..baru ucap….

Majlis Merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Rohimah dan Barisan
pentadbir serta Kumpulan Pahlawan Kilau yang terdiri daripada murid 6
Cemerlang.

Maka dengan laungan kemerdekaan dan persembahan gimik dari kumpulan


Pahlawan Kilau, maka Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Kemerdekaan secara
rasminya dilancarkan.

Seterusnya, diminta para hadirin berdiri tegak untuk menyanyikan dua buah lagu
Patriotik iaitu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos sambil mengibarkan jalur
gemilang.(Ni kalo murid ada bendera la murid-murid boleh kibar)

Maka dengan berakhirnya nyanyian 2 buah lagu tersebut, maka lengkaplah


majlis pelancaran sambutan bulan kebangsaan bagi peringkat sekolah dan
majlis telah tiba pada penghujungnya.

Saya mewakili pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih. Sekian,


Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.

**p/s : warna kuning dan merah ubah untuk sesi petang..

You might also like