Professional Documents
Culture Documents
Toaz - Info Sentrik Eropah Di Dalam Pensejarahan Malaysia PR
Toaz - Info Sentrik Eropah Di Dalam Pensejarahan Malaysia PR
Apa yang boleh diterjemahkan daripada pernyataan di dalam soalan ialah terdapat kajian
sejarah yang masih lemah dan boleh diragui kesahihannya. Semua ini berpunca daripada
sifat pengkaji yang yang yang menghasilkan hasil kajian dengan melibatkan emosi, sikap
bias, serta penegasan yang bersandarkan kepentingan diri sendiri. Hal ini tidak seharusnya
berlaku kerana sejarah itu sendiri bertulang belakangkan fakta yang benar. Oleh yang
demikian penilaian dan penelitian terhadap sumber tidak seharusnya melibatkan emosi,
sikap bias dan meletakkan kepentingan diri di dalam penulisan hasil kajian sejarah.
1.1 Pengenalan
Pensejarahan atau disebut dengan nama historiogrifi iaitu merujuk kepada hasil-hasil kajian
dan penulisan oleh sejarawan.Menurut kamus dewan edisi ke-empat, pensejarahan
membawa maksud karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah,sumber sejarah adalah
dokumen atau rekod sama ada dalam bentuk bertulis mahupun bercetak.Manakala oxford
English dictionary pula telah manyatakan sumber atau “source” brmaksud sebuah karya
yang memberi maklumat atau bukti (yang tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian
atau siri hal-hal tersebut. Manakala menurut Mohd Yusof Ibrahim sumber sejarah boleh
dimaksudkan sebagai kumpulan bahan rujukan untuk kegunaan penyelidikan dalam semua
bidang ilmu. Catatan atau tulisan yang dihasilkan menjadi rujukan penting bagi generasi
yang seterusnya untuk mengetahui peritiwa lampau dan juga sebagai saksi utama kepada
sesuatu peristiwa yang telah berlaku.
Penulisan sejarah Malaysia moden di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua
peringkat utama iaitu peringkat pra perang dunia kedua (penulisan sejarah moden sekolah
Barat sentrik) dan peringkat pasca perang dunia kedua (penulisan sejarah moden sekolah
tempatan sentrik). Sejarah Malaysia khususnya sejak zaman kedatangan kuasa barat ke
rantau ini kebanyakkannya di tulis menggunakan pendekatan rangka kerja imperialis yang
juga dikenali sebagai pendekatan "european centric" atau sentrik Eropah.
Jika dilihat, konsep penulisan sejarah sentrik Eropah banyak memaparkan mengenai
sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Penulisan yang
menggunakan falsafah dan prinsip-prinsip barat ini sering sahaja merendahkan ketepatan
sejarah tradisional. Sentrik Eropah lebih menumpukan terhadap penulisan mengenai politik
dan ekonomi sesebuah negeri sementara sentrik Malaysia pula lebih memusatkan
3|Page
"Bagaimana jujur tujuan seorang penulis sejarah Barat untuk mengenepikan pandangan
Eropah sentrik, dia tidak akan benar-benar teriepas dari keadaan diri sendiri, dari warisan
kebudayaannya."
Walaupun terdapat juga sejarawan barat yang menyeru agar bahan-bahan tempatan
digunakan dalam penulisan, tapi ia menjadi perbahasan dikalangan sejarawan yang ingin
menulis mengenai sejarah tempatan. Salah seorang penulis sejarah yang menggunakan
pendekatan sentrik Eropah ialah Sir Frank Swethenham melalui karyanya yang berjudul
British Malaya (1906). Judul buku tersebut sudah maemberi gambaran tentang isi
kandungan, idea utama atau temanya yang sudah pasti tidak lari dari menghuraikan
peranan dan kejayaan pihak imperialis British di Tanah Melayu. Mereka sebenarnya cuba
mendakyahkan kepada rakyat tentang kebaikan dan kehebatan sistem penjajahan.
Kesan sentrik Eropah di dalam penulisan Sejarah Malaysia boleh dibahagikan kepada dua
sudut yakni sudut positif dan juga sudut negative. Seperti yang kita sedia maklum, penulisan
sejarah yang matang munculnya di Eropah. Maka tidak hairanlah Sentrik Eropah di dalam
pensejarahan Malaysia tidak boleh ditolak pengunaannya begitu sahaja. Antara kesan positif
penulisan Sejarah yang berpaksikan sentrik Eropah adalah ianya mementingkan kesahihan
berasaskan sumber. Hal ini nyata berbeza dengan gaya penulisan sejarah melayu pada
suatu masa dahulu yang mana kerap kali menerapkan unsur mitos dan lagenda. Contoh
yang jelas di dalam menilai hal ini adalah penulisan Tun Sri Lanang yakni Sulalatus Sulatin.
Unsur hiperbola( melebihi fakta) dapat dikesan di dalam teks tersebut. Selain itu, Sentrik
Eropah dalam pensejarahan awal Malaysia ternyata mempunyai kelebihan di dalam soal
pencatitan masa dan tarikh. Berbanding penulisan Sejarah awal Malaysia yang kurang
menitik beratkan catatan masa. Sentrik Eropah dalam pensejarahan awal Malaysia juga lebih
bersifat lebih menyeluruh berbanding pensejarahan awal Malaysia yang kerap kali
menjadikan Soal istana, Raja-raja dan mitos sebagai skop penulisan.
Demikianlah kesan baik yang dapat dilihat di dalam pensejarahan awal Malaysia
Sentrik Eropah. Kesan negative yang wujud di dalam pensejarahan Malaysia oleh sentrik
Eropah adalah Seperti Jarang menceritakan Kegagalan Barat dalam pensejarahan Malaysia.
Seringkali wujud sikap bias di dalam mengagungkan Barat. Selain itu, muncul
percanggahan fakta di dalam sesetengah hal. Contohnya, kenyataan yang menyatakan Mat
Kilau, dan Tok Gajah dianggap sebagai pendurhaka kepada sultan kerana mengingkari
sultan mereka. Walhal apa yang sebenarnya berlaku ialah Mat kilau dan Tok gajah adalah
pejuang yang menentang pihak penjajah yang menjadikan Sultan dan institusi istana
sebagai boneka mereka di dalam mencapai kepentingan sendiri. Yang paling susah untuk
dicerna ialah wujud penulis Barat yang menulis Sejarah awal Malaysia yang menyatakan
bahawa colonial di Tanah Melayu malah membawa kebaikan kerana mereka menamadunkan
tanah yang tidak bertamadun. Dalam kata lain, mereka menjadikan alasan itu sebagai tiket
untuk menjajah.
Bilamana wujud sudut pro dan kontra di dalam pengunaan hasil penulisan sejarah
Malaysia Sentrik Eropah, maka adalah tidak wajar jika kita menyatakan pengunaannya tidak
seharusnya berlaku. Sebaliknya, apa yang kita perlukan ialah pengadilan yang benar-benar
tajam. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan data yang bersifat natural dan tepat.
5|Page
Kewujudan atau kemunculan sesuatu pendekatan tidak kira samada pendekatan sentrik
Eropah atau sentrik Malaysia adalah didorong oleh beberapa faktor penting. Jika ditinjau
secara teliti, dapatlah dikatakan bahawa faktor sebenar yang telah menimbulkan
perbahasan mengenai penulisan semula sejarah Malaysia adalah akibat perbezaan
pendekatan yang digunakan, semangat nasionalisme terhadap negara sendiri dan kesediaan
bahan rujukan mengenai sejarah Malaysia. Oleh kerana kebanyakkan penulis sejarah
Malaysia adalah terdiri daripada para penulis Barat, maka wajarlah jika difikirkan bahawa
golongan ini adalah terpengaruh atau dipengaruhi oleh persekitaran atau pendidikan Barat
dan tidak dapat lari dari mempunyai perasaan bangga terhadap peradaban mereka. Menurut
Prof. Zainal Abidin Wahid , “Oleh kerana mereka adalah orang Barat, mereka telah dididik
dan dibesarkan dengan tradisi, budaya, nilai dan norma-norma Barat. Warisan kebudayaan
inilah yang telah menghalang mereka daripada memberikan penghargaan sepenuhnya
terhadap sejarah Malaysia.” Maksudnya, meskipun mereka sedaya upaya menghasilkan
penulisan sejarah sesuatu sejarah mereka tidak dapat lari daripada cuba untuk
Selain itu, kita harus mengakui bahawa penulisan sejarah Malaysia secara
keseluruhan dan berterusan sebenarnya masih belum pernah wujud. Apa yang dimaksudkan
di sini ialah penulisan Sejarah Malaysia adalah bersifat topikal iaitu hanya menyentuh
sesuatu tempoh atau sesuatu kawasan tertentu sahaja. Perkara ini di pengaruhi juga oleh
faktor kesediaan sumber rujukan. Di mana, data-data dan rekod mengenai aktiviti Barat
boleh diistilahkan sebagai berlambak dan mudah di perolehi untuk dijadikan sebagai bahan
rujukan berbanding sumber tempatan yang terhad dan dianggap lekeh dari segi nilai
sejarahnya. Di antara satu contoh penulisan Sejarah Malaysia yang bersifat sentrik Eropah
ini ialah „British Malaya‟ yang ditulis oleh Sir Frank Swettenham.
penulisan barat dan maju dalam penulisan sejarah berbentuk moden. Di antara faktor yang
mewujudkan penulisan sejarah berbentuk Asia Sentrik mahupun Malaysia sentrik
sebenarnya ialah faktor perubahan masyarakat, ekonomi dan politik seperti yang berlaku di
Malaysia khususnya selepas perang Dunia yang ke-2. Demikianlah kemunculan
pensejarahan Malaysia berbentuk Sentrik Eropah mahupun Sentrik Malaysia berlaku.
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah bukan mengenai penubuhan dan
monopoli orang Barat dalam jabatan tersebut, tetapi apa yang ingin difokuskan di
sini ialah mengenai polemik atau perbahasan yang muncul setelah penubuhan
jabatan itu yang dikatakan sebagai satu detik penting terutamanya dalam
perkembangan penulisan pensejarahan Malaysia. Hal ini adalah berikutan
pertambahan jumlah masyarakat tempatan yang telah berani melibatkan diri dalam
penulisan sejarah mengenai Malaysia yang dahulunya didominasi oleh orang-orang
Barat yang menulis sejarah menurut kaca mata mereka. Melalui penyeliaan Profesor
Parkinson, para pelajar sejarah waktu itu digalakkan untuk mengkaji, meneliti dan
seterusnya menulis pelbagai aspek sejarah mengenai Malaysia. Mereka turut
mempelajari tentang kaedah research serta kaedah menyusun sejarah berdasarkan
kepada prinsip akademik. Pusat kegiatan penyelidikan pada masa itu ialah di Raffles
Museum. Kegiatan ini diteruskan selama beberapa tahun dan kajian ilmiah
kemudiannya diwajibkan diperingkat kepujian. Dengan ini, pensejarahan Malaysia
kian diperkaya kerana para mahasiswa waktu itu telah menghasilkan penulisan
mengenai sistem pentadbiran, perkembangan ekonomi. Raja-raja Melayu dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, pada awal 1960 rancangan tersebut dikatakan
telah terhenti. lebih malang lagi, kebanyakkan kajian yang dikatakan berjumlah lebih
kurang 150 buah kajian tidak diterbitkan sehingga kini.
Malaysia. Mereka yang dimaksudkan ialah K.G Tregonning, Emily Sadka dan David
Mac Intyre.
Pada 1959 telah berlaku pemisahan di antara Universiti Malaya di Kuala
Lumpur dengan Universiti Malaya di Singapura. Berikutan itu sebuah jabatan sejarah
baru telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Di mana, jabatan ini telah diketuai oleh John
Bastin yang kemudiannya diambil alih oleh Wang Gungwu. Apa yang menarik di sini
ialah, terdapat sedikit kelainan di sini kerana para penuntut pra-ijazah tidak lagi
diwajibkan untuk menjalankan pengkajian mengenai Sejarah Malaysia. Sebaliknya,
kegiatan penyelidikan hanya digalakkan diperingkat lepas-ijazah. Di antara para
sarjana yang giat mengkaji mengenai sejarah Malaysia adalah terdiri dari beberapa
siswazah asing seperti J.de Vere Allan, R.K.Vasil , Margaret Clarke dan sebagainya
dan siswazah tempatan seperti J. .Kathirithamby, R.R. Bonney, Goh Yoon Fong dan
sebagainya.
Pendek kata, tahun 1950an sebenamya adalah satu detik yang amat penting
dalam pensejarahan Asia. Pada waktu inilah para sejarawan telah menunjukkan
minat mengenai pendekatan dan pentafsiran perihal sejarah Asia. Pada waktu itu
juga, arus perkembangan semangat kebangsaan di Tanah Melayu sedang
mengharungi satu tahap yang memang menarik penulisan sejarah bangsa kita oleh
wakil-wakil penjajah seharusnya ditolak kewujudannya. Hal ini sesuai dengan
pendapat profesor C.H.Philips 1996 yang menyebut:
"Between the years 1956 and 1958 the School of Oriental and African Studies,
University Of London, held a series of study conferences to survey and evaluate the
coursce and character of historical writing on the peoples of Asia. The subject is
large and to bring it down to managable parts the method of analysis be region was
adopted; and South Asia , South East Asia, the Near, Middle, and Far East world in
turn examined.”
Pada tahun 1960-an, telah berlaku satu perbahasan yang hebat di antara dua
golongan iaitu golongan yang menjadi pendokong sejarah yang bersifat Malaysian
Sentrik di bawah Professor K.G. Tregonning di Singapura dengan golongan
pendokong Barat Sentrik seperti Professor John Bastm di Kuala Lumpur. Reaksi dari
para pendokong pendekatan Barat Sentrik atas tuntutan penggunaan pendekatan
Malaysia sentrik dalam penulisan Sejarah Malaysia menyebabkan berlaku polemik
hangat untuk beberapa tahun. Di mana, para pendokong Barat sentrik telah
menafikan tentang penulisan sejarah Malaysia yang setakat ini dikatakan kurang
objektif dan kurang tepat. Bagi mereka, penulisan yang bersifat Malaysia sentrik jika
dihasilkan juga sudah pasti akan dicemari oleh unsur nasionalisme yang sempit.
Polemik yang wujud ini telah memberi kesan yang positif kepada penulisan Sejarah
Malaysia. Golongan yang menganjurkan agar Sejarah Malaysia ditulis menurut
wadah orang Malaysia, dikatakan tidak berjaya mengetengahkan kaedah yang
konkrit mengenai maksud mereka. Tetapi jika ditinjau dengan teliti, sebenarnya
perbahasan ini wujud atau berputar di sekeliling soal tema atau bahan-bahan
mengenai sejarah Malaysia.
8|Page
Walaupun perbahasan tahun 1950-an dan 1960-an wujud akibat salah faham
dan khilaf serta kerana wujudnya percanggahan pendapat, namun tempoh itu
merupakan satu zaman peralihan yang sangat penting dalam pensejarahan
Malaysia. Walaupun penulisan Sejarah Malaysia yang menonjolkan peranan penjajah
masih lagi diteruskan, tetapi para penulisnya telah mencuba sedaya mungkin agar
penonjolan itu tidak keterlaluan atau digelar bias kepada Barat. Sebenarnya
penyuaraan untuk menggunakan sentrik Malaysia di dalam penulisan Sejarah
Malaysia adalah berkait rapat dengan faktor tauladan yang di pamerkan oleh
beberapa penulisan Sejarah Malaysia oleh penulis Barat yang dianggap tidak terlalu
bias pada Barat. Contohnya hasil tulisan Rupert Amerson (Malaysia: A Study In
Direct and Indirect Rule), J.M. Gullick (Indigenous Political Syistem Of Western
Malaya) dan sebagainya yang disempurnakan sebelum tahun 1960 telah menjadi
tauladan atau landasan untuk mempersoalkan mengenai kesesuaian penerusan
pendekatan Barat Sentrik. Rupert Emerson adalah seorang sejarawan Barat yang
cuba menulis tentang sejarah Malaysia dengan lebih objektif dan saintifik. Akibatnya
selepas 1960-an penulisan Sejarah Malaysia pula mengalami perubahan. Di tengah-
tengah polemik tentang pendekatan dan pentafsiran sejarah Malaysia, telah terbit
sebuah buku oleh J.M. Gullick yang bertajuk Indigenous Political Systems of Western
Malaya. la merupakan hasil percantuman antara bidang Sejarah dengan bidang
Antropologi Sosial kerana tulisan asalnya adalah merupakan sebuah tesis diploma
dalam jurusan Antropologi Sosial. Selain itu kajian ini juga adalah ditulis berdasarkan
kepada rekod-rekod sejarah.
Dari segi pensejarahan Malaysia pula, hasil penulisan ini merupakan satu
penulisan yang sungguh menarik. Walaupun beliau bukan seorang sejarawan
tempatan, namun hasil penulisannya jika ditinjau tidak terlalu bersifat Barat Sentrik.
Sebelumnya boleh dikatakan bahawa tiada ahli sejarah yang menghasilkan sebuah
karya mengenai institusi-institusi yang wujud dalam masyarakat secara serius. J.M
Gullick, pula secara jelas memaparkan bahawa soal centricism bukanlah mempakan
perkara asas dalam penulisan sejarah. Walau bagaimanapun buku Gullick ini, pada
tahun 1950-an tidak memberikan pengaruh yang begitu berkesan kepada para
penuntut sejarah di Universiti Malaya di Singapura. Namun terdapat juga penulis
Barat seperti J.C. Bottoms yang mengatakan bahawa:
"sejarah bagi orang Melayu bukan satu ilmu atau seni. Apa yang paling digemari
ialah lagenda, fantasi dan omong kosong"
Pendapat ini ternyata tidak diterima oleh para sarjana Indonesia dan Malaysia
yang menegaskan bahawa karya itu dapat digunakan sebagai bahan sejarah secara
kritis. Namun kita boleh memperkatakan bahawa beliau bukanlah seorang Melayu
dan oleh sebab itu, agak sukar baginya untuk memahami kebudayaan Melayu.
Buku Sejarah Melayu sebenarnya adalah satu sumber sejarah yang amat
penting sebagai bahan rujukan terutamanya dalam mengkaji sejarah Kesultanan
Melayu Melaka. Selama ini boleh dikatakan bahawa tidak ada satu pun sumber
sejarah yang lain yang dikatakan boleh member! maklumat yang sebegitu banyak
mengenai Melaka dalam bahasa Melayu. Tome Pires melalui bukunya The Suma
Oriental Of Tome' Pires juga turut menyatakan tentang kepentingan buku Sejarah
Melayu.
Pentadbir British yang menulis tentang sejarah Malaysia seperti R.J Wilkinson
pula telah menunjukkan sikap yang begitu subjektif, sinis dan dikongkong oleh nilai
budayanya dalam menulis dan menafsir beberapa sejarah tempatan. Oleh kerana dia
seorang pentadbir yang mewakili pentadbiran, politik dan kepentingan barat, dia
sebenarnya tidak bermaksud untuk menghasilkan satu karya yang ilmiah. Apa yang
nyata ialah beliau sendiri telah memutar belitkan kenyataan atau laporan yang
didapati tentang empayar Melaka. Sebenarnya para orientalis jahil dalam
menjalankan penyelidikan tentang latar sosial budaya masyarakat Melayu , tentang
pemikiran dan norma-norma sosial yang berhubung dengan alam sekelilingnya.
Persoalannya ialah, mengapa penulis-penulis Barat itu menulis tentang Malaysia
mengikut 'lenggang' Barat dan tidak lenggang Malaysia. Tetapi jika kita perhatikan,
kebanyakan daripada mereka sememangnya tidak boleh bertutur dan membaca
dalam bahasa Melayu, malah kebanyakkannya bukan penyelidik sejarah tetapi terdiri
dari para pegawai atau pentadbir dan sebagainya. Oleh itu, kita seharusnya melihat
sejarah Melayu dari konteks fahaman masyarakat Melayu sendiri kerana hanya kita
sahaja yang memahami selok-belok adat dan kebudayaan Melayu.
Malaysia tetap tidak terisi. Misalnya, penulis buku-buku teks Sejarah Malaysia tidak
memberikan perhatian wajar kepada sejarah negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan
atau Terengganu kecuali untuk menghuraikan hubungan British-Belanda atau Siam.
Selain itu, perkembangan sistem birokrasi di Johor juga seakan tidak disedari atau di
ambil peduli. Seharusnya perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi. Tregonning
sendiri melalui karyanya 'Malayan History' telah menyatakan pendapatnya mengenai
penulisan sejarah Malaysia iaitu;
"....The study of Malayan history is under going a swift change. For many years it
has been regarded in Europe centric fashion. It has been written either as the
history of the European in Malaya, or it has been looked at from outside : or both.
Norn it has become generally accepted that the Malayan Comminity itself must be
the centre of studies."
"....Bilangan buku sejarah Malaysia untuk orang awam, para pelajar dan pelancong
adalah terhad.Yang ada hanyalah yang diulang-cetak dari naskhah yang diterbitkan
bertahun-tahun lalu. Oleh itu, isi kandungan, tahap perkembangan dan tafsiran tidak
banyak berubah daripada penulisan sejarawan British.”
7.0 Analisis
Setelah diteliti dan difahami tentang pengertian sebenar dan juga bagaimana
kemunculan pendekatan Sentrik Eropah dan juga Sentrik Malaysia dalam
pensejarahan Malaysia, dapat diambil iktibar disini bahawa kedua-duanya
mempunyai perbezaan dan sedikit persamaan. Walaupun masing-masing cuba untuk
mempertahankan pendekatan mereka, namun mereka seakan lupa bahawa dalam
membicarakan tentang sejarah Malaysia kedua-dua pendekatan seharusnya diambil-
kira untuk mengelakkan wujudnya sifat bias di dalam penulisan mereka. Sejarah
sepatutnya dikaji secara "both side of the coin" dan bukannya menyebelahi mana-
mana pihak demi menjaga keobjektifannya.
11 | P a g e
8.0 KESIMPULAN
Semua penulisan dalam pensejarahan Malaysia samada penulisan sentrik eropah mahupun
sentrik Malaysia sebenarnya tidak dapat lari dari melakukan bias. Oleh kerana itulah
persoalan sentrik ini boleh dianggap sebagai satu persoalan yang pada pendapat kami tidak
akan selesai sampai bila-bila. Buktinya, sejak dulu lagi lagi sehingga membawa kepada
selepas perang dunia ke-2 dan sehingga kini pun rasanya masih tidak ada satu sumber
sejarah pun yang dapat lari dari memihak kepada sesuatu sentrik. Oleh itu, perbahasan
demi perbahasan dan kesedaran demi kesedaran amat perlu untuk mewujudkan sebuah
penulisan sejarah khususnya sejarah Malaysia yang bukan sahaja tepat malah mantap dari
segi huraiannya. Atas kelemahan inilah perlunya diwujudkan penulisan sejarah yang
menggunakan pendekatan autonomi dan pendekatan sejarah total iaitu penulisan yang
berdasarkan kepada peristiwa yang benar-benar berlaku, saintifik dan objektif. Akhir sekali,
kami ingin menegaskan kata-kata E.H. Carr:
"Sebelum mengkaji sesuatu penulisan sejarah, kajilah dulu ahli sejarah yang menulisnya" .
13 | P a g e
Rujukan
Buku
Khoo Kay Kim, 1975, Pensejarahan Malaysia, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Muhammad Yusof Hashim, 1992, Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah
Melayu Nusantara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd. Yusof lbrahim & Mahayudin Hj. Yahaya, 1988, Sejarawan dan Pensejarahan
Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Yusof Ibrahim, 1997, Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Bin Abdul Wahid, 1992, Sejarah Malaysia Pentafsiran dan Penulisan, Selangor:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainal Abidin bin Abd.Wahid, 1992, Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal/artikel
Kassim Ahmad, 1975, “Satu Konsep Sejarah Kebangsaan Malaysia” , Dewan Masyarakat,
Bil. 11 (November).
Khoo Kay Kim, 1980, “Pensejarahan Melayu Yang bersifat Perjuangan Sebelum Dan sesudah
Merdeka”, JEBAT, Bil. 10.
Md. Hatta Yasin, 1975 , “Eropah Sentik dan Malaysia Sentrik”, Dewan Masyarakat, Bil. 5.
Laman sesawang
http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/tahap-tahap-pensejarahan-di-malaysia.html
(diaskses pada 19 Oktober 2014)
http://syawalgerd.blogspot.com/2013/04/beza-dan-bandingkan-teks-sejarah-melayu.html
(diakses pada 21 Oktober 2014)