You are on page 1of 16

TERHAD

Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu
soalan daripada Bahagian C.

BAHAGIAN A
[20 markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]

Soalan 1 - 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Perbuatan __________ dinding-dinding bangunan merupakan perbuatan

vandalisme yang sering dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

A mencarik
B mencorak
C mencanting
D menconteng

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Oleh sebab mesin pengisar rosak, Puan Mariam __________ cili menggunakan
lesung batu.

A memusing
B menggiling
C menumbuk
D menghentak

3 Penyanyi yang bersuara __________ itu telah berjaya menewaskan

peserta-peserta lain.

A lunak
B serak
C sengau
D sumbang

S02/1 1 TERHAD
TERHAD

4 Hari Kebangsaan disambut pada setiap tahun sebagai tanda __________ tarikh
kemerdekaan negara kita.

A diperingati
B diperingatkan
C memperingati
D memperingatkan

Soalan 5 - 6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.

5 Erina dan Ching Yee memakai pakaian yang seiras ketika keluar membeli-belah
A B C

di pekan. Tiada kesalahan.

D

6 Izzati ingin berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan, malahan dia dilarang
A B

oleh ibunya yang bimbang akan keselamatannya. Tiada kesalahan.

C D

Soalan 7 - 8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7 I Udara di Tanah Tinggi Cameron itu sungguh dingin dan segar.

II Sayur-sayuran yang ditanam oleh ayah di kebun sungguh segar.
III Jasa Cikgu Zainab tetap segar dalam ingatan anak-anak muridnya.
IV Tulisan Fahmi segar dan memudahkan guru kelas untuk membacanya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

8 I Kedua-dua orang lelaki itu tidak mampu menandingi kuat lelaki tua itu.
II Azman segera pulang ke kampung apabila mendapat khabar ayahnya sakit
kuat.
III Kita perlu makan makanan yang berkhasiat supaya badan kita menjadi sihat
dan kuat.
IV “Janganlah mudah percaya akan kata-kata Darus itu kerana dia seorang yang
kuat menipu,” kata Lina kepada Azura.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja

B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

S02/1 2 TERHAD
TERHAD

Soalan 9 - 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan
D jika tiada kesalahan.

9 Kejayaan seseorang murid di dalam pelajaran bergantung kepada usaha keras di

samping tunjuk ajar daripada guru.

A dalam pelajaran bergantung pada

B dalam pelajaran bergantung kepada
C di dalam pelajaran bergantung pada
D di dalam pelajaran bergantung kepada

10 Usaha memperdalamkan sungai itu mendapat sokongan penduduk kampung.

A dalamkan sungai itu

B mendalamkan sungai itu
C memperdalami sungai itu
D memperdalamkan sungai itu

Soalan 11 - 12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11 I Anak-anak perlulah menghargai ibu bapa mereka.

II Kenaikan harga minyak telah menyebabkan kenaikan harga barang.
III Keluarga bahagia lahir dari pemupukan kasih sayang yang ikhlas dan
jujur.
IV Fenomena jerebu di negara kita berpunca daripada pembakaran hutan di
negara jiran.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

12 I Aiman dan Kuhan mandi di sungai.

II Azri mengalami tekanan perasaan.
III Encik Borhan telah ke Sarawak semalam.
IV Kasut itu diperbuat dari kulit buaya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

S02/1 3 TERHAD
TERHAD

Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

13 Lelaki itu tidak mempedulikan jirannya yang susah walaupun dia mempunyai
menghantar
wang untuksurat peletakan jawatan
disedekahkan. kepada
Sikap lelaki majikannya. Malangnya, dia ut.
itu bagai

A isi dengan kuku.

B dakwat dengan kertas.
C helang hendak menerkam tikus.
D enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Soalan 14 - 17 berdasarkan petikan cerpen di bawah.

Cikgu Zaleha dikerumuni banyak peminat cilik. Azizah di belakang sekali.

Secara tradisi, murid-murid yang membawa hadiah akan dipersilakan untuk
menghulurkan hadiah masing-masing ke tangan guru mereka di hadapan tapak
perhimpunan. Azizah menahan cungap. Resah menanti giliran menyuakan hadiah
ciptaannya.
“Cikgu … ini saja yang mampu saya berikan. Jangan buka sekarang, cikgu.
Buka di rumah,” Azizah merayu kepada Cikgu Zaleha. Jemari nakal Cikgu Zaleha
mencubit bucu kertas surat khabar pembalut hadiah daripada Azizah.
“Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?”
Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung
Azizah lama-lama. Ingin meneka apa-apa yang tersirat di sebalik perkataan “besar”
itu.
“Saya tak mampu, cikgu. Saya belajar buat hadiah ini pun kerana saya tak
mampu membeli dengan wang, cikgu. Gaji bapa kecil sahaja. Emak tak ada gaji
tetap.” Lurus luahan rasa Azizah. Cikgu Zaleha memaut bahu kanan azizah.
“Profesor Azizah, cikgu yakin kamu boleh beri hadiah yang besar maknanya
kerana kamu memang layak, rajin dan kuat berusaha. Hanya orang yang bersikap
seperti Profesor Azizahlah yang akan memberikan kepuasan kepada cikgu. Tolong,
ya?” Dengan bersungguh-sungguh Cikgu Zaleha meletakkan Borang Pertandingan
Kraf Tangan Peringkat Daerah di tangan kanan Azizah. Ceraian B khusus untuk
Azizah, iaitu menghasilkan dua puluh karya anyaman dengan menggunakan bahan
semula jadi. Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai murid
serba boleh, cuma sifat merendah diri dalam diri Azizah itu terlalu tebal.
“Cikgu berbangga kalau Azizah menang tetapi kalau Azizah tarik diri …
bermakna Azizah kalah. Yang paling penting, kita sertai peraduan ini kerana peraduan
ini menguji daya usaha dan kreativiti kita.”
“Tapi … .” Azizah terharu sebab tercabar. Menganyam bukan tugas mudah
tetapi kata abang Azman. “Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, semua perkara
tidak mustahil dapat kita laksanakan.”

Dipetik daripada cerpen Hadiah,

Antologi Kuingin Berterima Kasih Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

S02/1 4 TERHAD
TERHAD

14 Berdasarkan petikan cerpen yang diberi, apakah maksud rangkai kata Secara
tradisi?

A Mengikut adat
B Menurut budaya
C Mengikut keadaan
D Menurut kebiasaan

15 Berdasarkan petikan tersebut, nyatakan kelebihan apabila seseorang menyertai

peraduan yang berkait dengan seni kraf tangan.

A Dapat menguji daya usaha dan kreativiti.

B Dapat memupuk semangat cinta akan alam semula jadi.
C Dapat menguji ingatan seseorang dalam menghasilkan karya bermutu.
D Dapat menambah pengetahuan dalam bidang seni.

16
“Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, semua perkara tidak mustahil
dapat kita laksanakan.”

Peribahasa yang sesuai dengan petikan ialah

A alah bisa tegal biasa.

B di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
C ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
D ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

16. Yang berikut berkait dengan perwatakan Azizah yang terdapat dalam petikan
kecuali

A seorang yang pendiam.

B seorang murid yang serba boleh.
C seorang yang suka merendah diri.
D seorang murid yang rajin dan kuat berusaha.

S02/1 5 TERHAD
TERHAD

Soalan 18 - 20 berdasarkan petikan prosa tradisional di bawah.

Hatta, maka hari pun malamlah. Maka baginda pun berangkatlah masuk ke dalam
istana. Maka segala raja-raja pun masing-masing pulang ke rumahnya.
Adapun akan Si Miskin itu, apabila hari malam maka ia pun diamlah kepada
pohon kayu itu membasuhi segala tubuhnya itu. Setelah hari siang maka ia pun
berjalan hendak masuk ke dalam negeri mencari rezekinya. Maka apabila sampailah
dekat kepada kampung orang, apabila orang yang empunya kampung itu melihat
larilah ia ke pasar. Maka dilihat oleh orang pasar akan Si Miskin itu datang, maka
masing-masing melempari dengan batu dan kayu dibuatnya pelontar. Maka ia pun
larilah dan tubuhnya habislah bengkak-bengkak berlumuran darah. Ia pun menangis
berseru-seru sepanjang jalan dengan sangat laparnya dan dahaga seperti akan matilah
rasanya.
Maka ia pun bertemu dengan tempat orang membuang sampah di tengah jalan
raya itu. Maka ia pun berhentilah ia di situ. Maka dicarinyalah di dalam sampah yang
bertimbun-timbun itu barang yang dapat dimakan. Maka dengan takdir Allah taala
maka bertemulah ketupat basi dengan buku tebu itu. Maka dimakannya ketupat itu
laki bini. Setelah sudah dimakannya ketupat itu maka barulah dimakannya buku tebu
itu. Maka adalah segar sedikit rasa tubuhnya kerana beberapa hari lamanya tiada
merasai nasi. Hendak meminta ke rumah orang tidak berani. Usahkan diberi orang
hampir pun tiada boleh. Demikian halnya Si Miskin itu.
Dipetik daripada prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita,
Antologi Bintang Hati Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

18 Berdasarkan petikan di atas, berikan maksud rangkai kata laki bini.

A abang adik
B suami isteri
C adik-beradik
D anak-beranak

19 Latar masyarakat yang digambarkan dalam petikan prosa di atas ialah masyarakat
yang
A suka berhibur.
B memandang hina terhadap orang miskin.
C terlalu mengikut perasaan dan suka mendesak.
D memiliki sifat belas kasihan terhadap golongan bawahan.

20 Yang berikut merupakan pengajaran yang tidak terdapat dalam prosa tradisional
ini.

A Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu matlamat.

B Kita mestilah berani menyertai sebarang aktiviti yang memberikan manfaat.
C Kita janganlah memandang hina terhadap orang lain yang kurang bernasib
baik.
D Kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadap orang lain yang
kurang berkemampuan.
[20 markah]

S02/1 6 TERHAD
TERHAD

KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF

1. =A= =B= =C= =D= 11. = A = = B = = C = = D =

2. =A= =B= =C= =D= 12. = A = = B = = C = = D =

3. =A= =B= =C= =D= 13. = A = = B = = C = = D =

4. =A= =B= =C= =D= 14. = A = = B = = C = = D =

5. =A= =B= =C= =D= 15. = A = = B = = C = = D =

6. =A= =B= =C= =D= 16. = A = = B = = C = = D =

7. =A= =B= =C= =D= 17. = A = = B = = C = = D =

8. =A= =B= =C= =D= 18. = A = = B = = C = = D =

9. =A= =B= =C= =D= 19. = A = = B = = C = = D =

10. = A = = B = = C = = D = 20. = A = = B = = C = = D =

S02/1 7 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN B
[25 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]

1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Mesyuarat Agung Koperasi SMK Seri Jaya Kali ke20 telah berlangsung

dengan jayanya.

______________________________

(ii) Azman Adnan merupakan seorang lagenda dalam arena bola sepak negara.

______________________________

(iii) Punca utama berlakunya pemanasan global ialah pelepasan gas karbon

dioksida akibat daripada pembakaran bahan api fossil.

______________________________

[3 markah]

2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Unit disiplin sedang membincangkan tentang langkah-langkah untuk

mengatasi gejala buli di sekolah kerana kes buli semakin menjadi-jadi di
sekolah itu.

______________________________________________________________

(ii) Guru tingkatan-guru tingkatan telah dimaklumkan oleh pihak pentadbir

tentang tarikh pelaksanaan majlis graduasi murid yang akan diadakan pada
bulan hadapan.

______________________________________________________________

[2 markah]

S02/1 8 TERHAD
TERHAD

3 Baca maklumat di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BAHAN 1 BAHAN 2

PADA SEKUNTUM MAWAR Lalu di mata batinnya muncul

wajah dua orang anak lelakinya,
Sehelai kelopakmu gugur Saleh dan Musa. Dua orang anak
adalah titis air mata bonda lelakinya ini membawa masalah
yang luruh dalam lipatan usia. dalam keluarganya. Dua orang anak
lelakinya itu tamakkan duit. Dua
Merenung pada malam yang kematian angin orang anak lelakinya itu
pada laut yang kematian ombak memalukannya.
seperti telah menutup Saleh asyik keluar masuk lokap
pintu kehidupan ini kerana terlibat dengan penagihan
menjadi sepi dan lara dadah. Saleh juga pernah keluar
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta. masuk pusat serenti tetapi dia terus
juga menagih. Musa terlibat dengan
Sekuntum mawar keseronokan anak-anak muda
bukan melontar harum indahmu dengan motosikal. Musa beberapa
di hujung lembah kali ditahan kerana terlibat dengan
tapi mengangkat seri mahkotamu lumba haram. Beberapa kali juga
ke puncak iman. Musa masuk dan keluar lokap polis.
Beberapa kali pula dia ke balai polis
MAHWA MOHAMED mengeluarkan anaknya itu.

Dipetik daripada sajak Dipetik daripada cerpen

“Pada Sekuntum Mawar”, Antologi Baik Budi, “Sekeping Tanah”,
Indah Bahasa Tingkatan 2, Antologi Bintang Hati Tingkatan 3,
Kementerian Pelajaran Malaysia) Kementerian Pelajaran Malaysia)
BAHAN 3

“Angka-angka ini menunjukkan peranan keluarga perlu diupayakan, diperkukuh serta

diberi nilai tambah agar mampu mengawal dan membendung ahli keluarga
masing-masing supaya tidak terjerumus dalam gejala negatif.”

DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH DR. WAN ISMAIL

Timbalan Perdana Menteri Merangkap
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada https://twitter.com/bernamadotcom, 22 Julai 2018)

S02/1 9 TERHAD
TERHAD

1. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 3, bagaimanakah seorang anak dapat menjaga

maruah keluarga? [3 markah]

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

2. Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 2? [3 markah]

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

3. Pelbagai gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja semakin meningkat
sejak akhir-akhir ini.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan golongan remaja

terlibat dalam gejala sosial? [4 markah]

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

S02/1 10 TERHAD
TERHAD

3 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji
di Tingkatan 3.

(i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar

(ii) Hempasan Ombak, karya Zailani Taslim
(iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah

Latar masyarakat ialah gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup

masyarakat dalam sesuatu cerita seperti pekerjaan, agama, amalan, sikap dan
sebagainya.

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, buktikan pernyataan

tersebut dengan mengemukakan satu contoh peristiwa yang bersesuaian bagi
setiap latar masyarakat yang telah ditetapkan.

NOVEL LATAR MASYARAKAT

JUSTERU  Masyarakat yang prihatin terhadap ahli keluarga
IMPIAN DI  Masyarakat yang mementingkan penjagaan aurat
JARING  Masyarakat yang tabah dalam menempuh cabaran
HEMPASAN  Masyarakat yang bertanggungjawab
OMBAK  Masyarakat yang terbelenggu dengan masalah hutang
 Masyarakat yang saling membantu antara satu sama lain
TAWANAN  Masyarakat yang bijak mengatur strategi
KOMANDER  Masyarakat yang berani menghadapi cabaran
CAUCASUS  Masyarakat yang bekerjasama dalam menjayakan misi
CHOT  Masyarakat yang bertanggungjawab
 Masyarakat yang terdiri daripada golongan miskin
 Masyarakat yang suka membuat tuduhan tanpa usul periksa

[10 markah]

_____________________________________________________________________

S02/1 11 TERHAD

S02/1 12 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN C
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]

Pilih sama ada soalan 1 atau soalan 2.

1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang cara-cara mencegah penyalahgunaan media sosial. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Malaysia merupakan antara negara yang aktif penggunaan media sosial

seperti Facebook, mySpace, Instagram dan Twitter. Jaringan sosial seperti ini
memudahkan pengguna untuk mencipta laman web peribadi dan memudahkan
perhubungan sesama rakan atau perkongsian maklumat serta komunikasi. Namun,
terdapat juga penyalahgunaan media sosial oleh segelintir individu yang tidak
bertanggungjawab seperti memuat naik dan menyebarkan gambar atau video
yang mengaibkan orang lain. Sekiranya tidak ditangani secara serius
berkemungkinan akan mengundang padah terhadap pembangunan negara dan
bangsa justeru masyarakat harus diberikan pendedahan tentang cara-cara untuk
mencegah penyalahgunaan media sosial.
Memberikan pendidikan awal tentang implikasi negatif terhadap sesuatu
tindakan merupakan salah satu cara yang mampu mencegah masalah ini daripada
menular. Selain itu, badan atau pihak Forum Kandungan Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (CMCF) perlu menyeru masyarakat agar mengamalkan
prinsip kawalan kendiri ketika berada dalam talian. Para pengguna media sosial
perlu mengetahui etika ketika berada dalam talian, terutamanya apabila
menggunakan media sosial. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada
berlakunya kejadian yang tidak diingini. Pengguna juga dinasihatkan agar tidak
memuat naik gambar atau video peribadi yang boleh mengaibkan diri atau orang
lain di media sosial. Sebaliknya, para pengguna digalakkan untuk melakukan
tapisan sebelum berkongsi supaya kekal selamat dan dapat mencegah orang lain
menggunakannya untuk perkara yang tidak elok.
Di samping itu, para pengguna juga digalakkan agar mengemukakan aduan
kepada pihak pengurusan laman sosial dengan segera jika berlaku hal yang tidak
diingini. Bahkan pengguna boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia, Polis Diraja Malaysia atau kepada CMCF sendiri.
Dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju, mentaliti dan sikap setiap
anggota masyarakat perlu diubah. Oleh itu, kesedaran setiap pihak penting dalam
memastikan keselamatan pengguna laman sosial, sekali gus mencegah
penyalahgunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.

Dipetik dan diubah suai daripada Kawalan Kendiri Mencegah Penyalahgunaan

Media Sosial, Dewan Siswa, Mac 2019.

S02/1 13 TERHAD

S02/1 14 TERHAD
TERHAD

2 Lihat maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya
antara 80 hingga 100 patah perkataan.

MANFAAT BERBASIKAL

 Merawat radang pada sendi atau tisu sendi (artritis)

 Merehatkan minda
 Menurunkan kadar kolesterol
 Menguatkan tulang

Fakta Berbasikal
 Berbasikal satu jam membakar 1050 kalori.
 Berbasikal 32 kilometer seminggu mengurangkan 50 peratus risiko penyakit
jantung.
(Sumber:www.aktif.myhealth.gov.my/berbasikal)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

S02/1 15 TERHAD

KERTAS SOALAN TAMAT

S02/1 16 TERHAD

You might also like