You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBAK PAYA

KM 13, TAMBAK PAYA


75460 MELAKA
Tel/ faks: 06-2683733

Ruj. Kami :
Tarikh : 03 Mac 2017

Pengarah
Balai Bomba Dan Penyelamat Bukit Katil,
Jalan Tun Hamzah,
75450 Melaka

Melalui :
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tambak Paya,
Km 13, Tambak Paya,
75460 Melaka.

Tuan ,

JEMPUTAN PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN DAN ’FIRE DRILL’

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan pada:

Tarikh : 28 Mac 2017 (Selasa)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Tambak Paya
Anjuran : Jawantankuasa Keselamatan dan Kebakaran (HEM)

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput pihak Tuan
untuk memberi ceramah dan menjayakan program ini bagi memberi kesedaran kepada
semua murid tentang langkah-langkah yang perlu diambil ketika berlakunya kebakaran.

4. Kehadiran dan kerjasama Tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

TN. HJ. ABD RAZAK BIN HJ. BOKHARI


Penolong Kanan,
Hal Ehwal Murid (HEM),
SK Tambak Paya,
Melaka.

S.k : Fail 3K

You might also like