You are on page 1of 11

TEKS PENGACARAAN

PROGRAM SKIM PENABUNGAN ANAK-ANAK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (SPARK)


(RUKUN KELIMA)
SK TUDM SUBANG 2023

ATURCARA SKRIP CATATAN


1-Perarakan masuk Mengumumkan ketibaan Pengacara
VVIP & Tetamu Majlis :Ekin
kehormat Yang Mulia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja
Mohamed Noor (Bersara), Pengerusi Lembaga Tabung Tempat : Dataran
Angkatan Tentera (LTAT) diiringi Dato Dr Mohd Nizar bin Hj Ibnu Sina
Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT), Briged Jeneral Dr Norazrin bin Shamsudin
(TUDM), Komander Pangkalan Udara Subang dan dif-fif
kehormat serta barisan pentadbir SK TUDM Subang ke
persada majlis.

2- Salutasi Mencari timba si anak dara, Pengacara


Di bawah sarang burung tempua; Majlis :Kak Sue
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua. Tempat : Dataran
Ibnu Sina
1. Yang Mulia,
Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja
Mohamed Noor (Bersara)
Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
2. Yang Berbahagia,
Dato Dr Mohd Nizar bin Hj Sudin
Ketua Eksekutif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT)

3. Yang Berbahagia,
Briged Jeneral Dr Norazrin bin Shamsudin (TUDM)
Komander Pangkalan Udara Subang

4. Yang Berbahagia,
Leftenan Kolonel Mohd Izani bin Junoh
Ketua Sektor Perkhidmatan Jabatan Arah Pendidikan

5. Yang Berbahagia
Mejar Mandeep Singh A/L Kuldip Singh
Pegawai Pendidikan Pangkalan Udara Subang

6. Yang Berbahagia,
Mejar Mohammad Hasfanizam bin Hassan
Pegawai Staf Pendidikan Am Jabatan Arah
Pendidikan

7. Yang Berbahagia
Tuan Haji Mohamed Ameen Abdul Wahab
Pengarah Eksekutif Operasi Tabung Haji

8. Yang Berbahagia,
Kolonel Yusri bin Jamari TUDM
Yang Di-pertua PIBG SK TUDM Subang
9. Yang Berbahagia,
Tuan Haji Rozimin Ahamed Kamil
Timbalan Pengurus Besar Tabung Haji

10. Yang Berbahagia,


Tuan Haji Khairul Azihar Rapar,
Pengarah Wilayah Tengah Tabung Haji

11. Yang Berbahagia,


Puan Hajah Zurita Ahmad Rafiee
Pengarah Tabung Haji Selangor

12. Yang Berbahagia,


Tuan Haji Ezham Leman,
Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan

13. Yang Berusaha,


Puan Saniah binti Abdul Karim,
Guru Besar SK TUDM Subang

14. Yang Dihormati,


Barisan Penolong Kanan SK TUDM Subang,
Perwakilan daripada Tabung Haji,
barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program
SKIM PENABUNGAN ANAK-ANAK ANGKATAN
TENTERA MALAYSIA RUKUN KELIMA (SPARK),
barisan guru & Anggota Kumpulan Pelaksana SK
TUDM Subang serta ibu bapa yang dikasihi sekalian

3-Alu-aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka, Pengacara


pengacara majlis. Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis :Ekin
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah. Tempat : Dataran
Ibnu Sina
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan
limpah inayahNya, dapat sama-sama kita dapat berkumpul
pada hari yang indah ini di Dataran Ibnu Sina SK TUDM
Subang, bagi menjayakan Program SKIM PENABUNGAN
ANAK-ANAK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA RUKUN
KELIMA (SPARK) 2023.
4-Persembahan Pakaian dipakai cantik berseri, Pengacara
Kawad Kaki Hiasan dipenuhi tangan dan kaki, Majlis :Ekin
Pengakap Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan kawad kaki.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Unit Tempat : Dataran
Beruniform Pengakap SK TUDM Subang untuk Ibnu Sina
mempersembahkan kawad kaki. Dipersilakan.

(PERSEMBAHAN KAWAD KAKI PENGAKAP)

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan kawad


kaki yang bertenaga sebentar tadi. Untuk makluman hadirin,
pasukan kawad kaki Unit Beruniform Pengakap SK TUDM
Subang telah berjaya menjadi Johan Kawad Kaki Pengakap
peringkat Daerah Petaling Perdana dan terpilih ke peringkat
negeri untuk mewakili Negeri Selangor dalam Pertandingan
Kawad Kaki Pengakap yang akan berlangsung pada 4
Oktober di perkarangan Padang Kawad UITM Shah Alam.
5- Penyerahan buku Kini, majlis kita akan beranjak ke agenda yang seterusnya Pengacara
CSR iaitu Penyerahan buku CSR kepada SK TUDM Subang. Majlis :Kak Sue

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim menjemput Yang Tempat : Dataran
Berbahagia, Dato Dr Mohd Nizar bin Hj Sudin, Ketua Ibnu Sina
Eksekutif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT) bagi menyerahkan buku CSR kepada SK TUDM
Subang.

Dijemput, Yang Berusaha, Puan Saniah binti Abdul Karim,


Guru Besar SK TUDM Subang untuk tampil ke atas pentas
bagi menerima buku CSR. Dipersilakan.

(PENYERAHAN BUKU CSR)

Majlis merakamkan setinggi-tingi penghargaan kepada Yang


Berbahagia, Dato Dr Mohd Nizar bin Hj Sudin, Ketua
Eksekutif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT) atas kesudian menyerahkan buku CSR kepada SK
TUDM Subang.
6-Penyampaian Mock Kini, majlis akan diteruskan lagi dengan Penyampaian Mock Pengacara
Cek Program SPARK Cek Program SKIM PENABUNGAN ANAK-ANAK Majlis : Ekin
2023 ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (RUKUN KELIMA) 2023.
Tempat : Dataran
Untuk itu, majlis dengan penuh takzim menjemput Yang Ibnu Sina
Mulia,
Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed
Noor (Bersara), Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT) diiringi Yang Berbahagia, Briged Jeneral Dr
Norazrin bin Shamsudin (TUDM) Komander Pangkalan Udara
Subang dan
Yang Berbahagia, Leftenan Kolonel Mohd Izani bin Junoh,
Ketua Sektor Perkhidmatan Jabatan Arah Pendidikan untuk
menyampaikan Mock Cek Program SKIM PENABUNGAN
ANAK-ANAK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (RUKUN
KELIMA) bagi tahun 2023.

Dijemput, Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohamed Ameen


Abdul Wahab Pengarah Eksekutif Operasi Tabung Haji untuk
tampil ke atas pentas bagi menerima Mock Cek Program
SKIM PENABUNGAN ANAK-ANAK ANGKATAN TENTERA
MALAYSIA (RUKUN KELIMA) bagi tahun 2023. Dipersilakan.

(PENYERAHAN MOCK CEK)

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Yang Mulia,


Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed
Noor (Bersara), Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT) atas kesudian menyampaikan Mock CEK
Program SKIM PENABUNGAN ANAK-ANAK ANGKATAN
TENTERA MALAYSIA (RUKUN KELIMA) bagi tahun 2023.
7- Perasmian Galeri Kini, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Mulia, Pengacara
TS 25 & Galeri Seni Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Majlis : Kak Sue
SK TUDM Subang Noor (Bersara), Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT) diiringi Dato Dr Mohd Nizar bin Hj Sudin, Tempat : Dataran
Ketua Eksekutif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Ibnu Sina
(LTAT), Briged Jeneral Dr Norazrin bin Shamsudin (TUDM),
Komander Pangkalan Udara Subang dan dif-dif kehormat
serta barisan SK TUDM Subang untuk merasmikan Galeri
TS25 & Galeri Seni SK TUDM Subang.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
(PERASMIAN GALERI TS25 & GALERI SENI )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang


Mulia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja
Mohamed Noor (Bersara), Pengerusi Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT) atas kesudian merasmikan Galeri
TS25 dan Galeri Seni SK TUDM Subang.
8- Jemput VVIP ke Kini, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Mulia, Pengacara
Dewan Hamka Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Majlis : Kak Sue
Noor (Bersara), Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT) diiringi Dato Dr Mohd Nizar bin Hj Sudin, Tempat : Dataran
Ketua Eksekutif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Ibnu Sina
(LTAT), Briged Jeneral Dr Norazrin bin Shamsudin (TUDM),
Komander Pangkalan Udara Subang dan dif-fif kehormat
serta barisan pentadbir SK TUDM Subang ke Dewan Hamka
untuk menikmati jamuan yang disediakan.
9- Bacaan Doa Kalau pergi Tanjung Keramat, Pengacara
Anak manis jangan diangkat; Majlis : Ekin
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat. Tempat : Dewan
Hamka
Hadirin sekalian,

Majlis dengan ini menjemput Al-Fadhil Ustaz Lutfi bin Juwaini


untuk memimpin bacaan doa bagi memohon keberkatan
majlis. Majlis dengan penuh hormat mempersilakan.

(BACAAN DOA)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Lutfi
bin Juwaini atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

10-Jamuan Makan Terbang sekawan si burung merbuk, Pengacara


Batang selasih di Tanjung Dara, Majlis : Kak Sue
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra. Tempat : Dewan
Hamka
Majlis dengan penuh rendah hati, menjemput Yang Mulia,
Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed
Noor (Bersara), Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT) dan semua tetamu kehormat yang hadir pada
hari ini untuk menikmati jamuan yang disediakan.

(JAMUAN MAKAN)

11. Persembahan Sehabis merah daun yang lebat, Pengacara


Tarian Dahan melebar bercerita sakan, Majlis : Ekin
Majlis kini mohon berehat,
Persembahan tarian kita saksikan Tempat : Dewan
Hamka
Sambil menikmati jamuan yang disediakan, tetamu kehormat
akan dihiburkan dengan Persembahan Tarian Murid dari
Kumpulan Gemalai Tari SK TUDM Subang. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

(PERSEMBAHAN TARIAN)

Demikianlah tadi persembahan tarian Joget Kaki Joget yang


dipersembahkan oleh Pasukan Gemalai Tari yang terdiri
daripada murid-murid Tahap 2 SK TUDM Subang.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Kumpulan Gemalai Tari


SK TUDM telah menyertai pelbagai pertandingan antaranya
ialah Festival Apresiasi Seni untuk Semua (FASUS) anjuran
KPM Peringkat Negeri Selangor dan baru-baru ini iaitu pada
23 September mereka telah menyertai Festival Kesenian
SKKL Malaysia Madani 2023 Peringkat Kebangsaan dan
telah berjaya merangkul hadiah Saguhati dalam pertandingan
tersebut.
12-Persembahan Dari Kedah ke Kuala Perlis, Pengacara
Rekorder Singgah bersantai di tepi jeti, Majlis : Kak Sue
Persembahan rekorder memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati Tempat : Dewan
Hamka
Majlis kini diteruskan lagi dengan persembahan rekorder oleh
Kumpulan Melodious Whistler dengan medley Kuch Ho Tai ,
Kopi Dangdut dan Mencheche Bujang Lapok.

(PERSEMBAHAN REKORDER)

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan rekorder


daripada Kumpulan Melodious Whistler. Untuk tetamu
kehormat, kumpulan rekorder ini telah menyertai
Pertandingan Koir Peringkat Negeri yang dianjurkan oleh
Sinar Bestari dalam Karnival Sinar Bestari baru-baru ini.

12-Ucapan Penutup Tetamu kehormat yang dihormati sekalian, AJK:


MC: Ekin
Inilah yang dikatakan
umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan, Tempat : Dewan
umpama berjalan sudah sampai ke destinasi, Hamka
umpama berkayuh sudah sampai ke haluan.

Majlis kita kini telah sampai ke penghujungnya. Dengan ini,


saya selaku pengacara majlis mewakili seluruh jawatankuasa
kerja ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan

PROGRAM SKIM PENABUNGAN ANAK-ANAK ANGKATAN


TENTERA MALAYSIA (SPARK)
(RUKUN KELIMA)
SK TUDM SUBANG BAGI TAHUN 2023

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Majlis mohon izin bersurai.

13-Perarakan Keluar Mengumumkan perarakan keluar


Yang Mulia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja
Mohamed Noor (Bersara), Pengerusi Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT) diiringi Dato Dr Mohd Nizar bin Hj
Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT), Briged Jeneral Dr Norazrin bin Shamsudin
(TUDM), Komander Pangkalan Udara Subang dan dif-fif
kehormat serta barisan pentadbir SK TUDM Subang ke
persada majlis.

You might also like