You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SATU

TAPAH, PERAK

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN PRASEKOLAH KALI 1 SESI 2020

TARIKH : 19 FEBRUARI 2020


MASA : 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : PRASEKOLAH MELATI

KEHADIRAN:

BIL NAMA JAWATAN

1. PN. MARINA BINTI MOHAMED PK PENTADBIRAN


2. EN. FAUZI BIN MALEK PK HEM
3. PN. NORMAH BINTI ISMAIL GURU PRASEKOLAH TANJUNG
4. EN BASYIR MARWAN BIN AZIMAT GURU PRASEKOLAH MELATI
5. PN. NUR ANIZA BINTI MOHD ZAM PEMBANTU PENGURUSAN MURID
6. PN. SITI ASIAH BINTI MD ZIBY PEMBANTU PENGURUSAN MURID

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan al-fatihah oleh En. Basyir Marwan Bin Azimat –Guru
Prasekolah
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf kerana sudi hadir.

Makluman semua

2.0 UCAPAN ALUAN WAKIL GURU BESAR


2.1 Pn. Marina Binti Mohamed mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan
staf kerana dapat hadir pada hari ini. Beliau mewakili Guru Besar untuk mesyuarat kali
ini kerana Guru Besar perlu hadir ke mesyuarat di PPD.
2.2 Beliau memohon agar pada tahun ini prasekolah dapat melaksanankan aktiviti tahunan
seperti yang dirancang.
2.3 Pn. Marina mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam aktiviti yang
dijalankan oleh Prasekolah. Beliau mengharapkan prasekolah melaksanakan aktiviti
yang menarik setiap tahun yang melibatkan ibubapa dan murid-murid prasekolah.

Makluman semua
3.0 PEMBENTANGAN AKTIVITI 2020
3.1 En. Basyir Marwan Bin Azimat membentang aktiviti prasekolah pada 2020 iaitu:
3.1.1 Sambutan Hari lahir
3.1.2 Jamuan Raya
3.1.3 Kemerdekaan
3.1.4 Konvokesyen
3.1.5 Kewangan
3.1.6 Kemasukkan 2021
3.1.7 Lawatan
3.1.8 Hal-hal lain

3.2 Beliau memaklumkan bawa Sambutan Hari Lahir , Jamuan raya dan Sambutan Bulan
Kemerdekaan dilaksanakan bersama-sama dengan murid aliran perdana. Untuk
Sambutan Hari lahir ia dilaksanakan setiap 2 bulan sekali. Bayaran sumbangan untuk
aktiviti tersebut akan diserahkan kepada En. Fauzi sebanyak RM 5 setiap orang murid.

Makluman semua

3.3 Beliau memaklumkan bahawa Konvokesyen Prasekolah jika diadakan peringkat


daerah.Konvokesyen peringkat sekolah tidak akan dilaksanakan. Selain itu, duit
kokurikulum perlu dikeluarkan awal bagi memudahkan pengurusan aktiviti tersebut
nanti.
Makluman semua

3.4 Bagi acara sukaneka akan dibuat pada hari kanak-kanak sekitar bulan 9 dan 10.

Makluman semua

3.5 PCG- En. Basyir memohon agar pembelian barang-barang PCG pada tahun ini dibeli di
kedai Pustaka Chiew. Ia bertujuan untuk memudahkan pembelian barang dan tempat
yang tidak jauh.
Makluman semua

3.6 Berdasarkan keputusan mesyurat, Pustaka Chiew menjadi pembekal prasekolah pada
2020. Pn. Marina dan En. Fauzi menyokong keputusan tersebut. Namun meminta guru
prasekolah menyenaraikan pembelian yang dibeli dengan lengkap. Serta menyemak
kuantiti dan kualiti. Barang yang diambil perlulah sama jumlah dan baik keadaannya
sebelum dan selepas.
Makluman semua
3.7 En. Basyir memaklumkan bahawa Prasekolah masih mempunyai Wang lebihan BMP.
Pihak prasekolah memohon agar wang tersebut digunakan untuk membaiki bumbung
tandas, dapur dan penambahan bumbung dibahagian depan kelas. Pn. Marina meminta
agar guru prasekolah membuat kertas kerja berkenaan pembaikan kerosakkan dan
penambahan bumbung tersebut. Kertas kerja tersebut perlu diberi kepadakan Guru
Besar untuk disemak terlebih dahulu dan kemudian bolehlah dibawa kepada ke PPD
untuk memohon.
Tindakan Pn. Normah

3.8 En. Basyir memaklumkan kepada En. Fauzi dan Pn. Marina bahawa kemasukkan 2021
pada 1 Mac 2020 ini. En. Fauzi akan menguruskan banner tersebut dan meminta
mengingatkan tentang perkara tersebut. Pn. Normah menanyakan dimanakah minit
mesyuarat pemilihan 2020. Kerana minit tersebut akan dihantar ke PPD. En. Basyir
meminta Pn. Normah bertanyakan kepada guru prasekolah yang berpindah tahun lepas
iaitu Pn. Jannah.
Tindakan En. Fauzi dan Pn. Normah

3.9 En. Basyir bertanyakan kepada Pn. Marina dan En. Fauzi bagaimana kedatangan murid
dibuat. Adakah digunakan dalam bentuk buku kedatangan ataupun di dalam excel.
Sebab tiada pekeliling yang menetapkan bentuk penulisannya. En. Fauzi meminta
mengisi dalam jadual kedatangan sahaja. Apabila akhir bulan hantar peratus kepadanya.

Tindakan Pn. Normah dan En. Basyir

4.0 PROGRAM BIJAK KECEMERLANGAN PRASEKOLAH


4.1 En. Basyir Marwan memaklumkan bahawa aktiviti Program Bijak Kecemerlangan
Prasekolah 2020 peringkat Zon dan Daerah masih belum dimaklumkan.

5.0 HAL LAIN-LAIN


5.1 Pn. Marina Binti Mohamed meminta agar semua ibubapa prasekolah memberi
kerjasama dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh prasekolah.
5.2 Beliau juga memohon agar prasekolah bersama-sama dalam aktiviti yang dijalankan
oleh aliran perdana .
5.3 Beliau memohon guru prasekolah menyediakan lembaran kerja kepada guru yang
mengantikan (relief) jika guru prasekolah CRK atau MC. Ia bertujuan bagi memudahkan
guru yang mengantikannya nanti untuk mengajar.
5.4 Pn. Normah menyatakan pada tahun ini murid 6 dan 5 tahun memyai program yang
melibatkan aktiviti 4M murid akan dilaksanakan dengan lebih efektif.
5.5 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama
sepanjang mesyuarat ini berlangsung. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang

Makluman semua
Disediakan oleh:

………………………………………………….
Setiausaha
Normah Binti Ismail
PenyelarasPrasekolah
Sek. Keb. Satu
Tapah, Perak

Disemak oleh:

…………………………………………………………….
Puan Hajah Hatiyah Binti Haji Abu Hassan
Guru Besar
Sek. Keb. Satu
Tapah, Perak

Bertarikh: 3 Mac 2020

S.K:Fail Pengurusan Prasekolah

You might also like