You are on page 1of 4

TAJUK CERITA: LEFTENAN ADNAN

Yang saya muliakan,

Tuan pengerusi majlis,

Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,

Penjaga masa yang setia dengan masa,

Barisan guru-guru dan rakan-rakan

serta hadirin yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t

Pada hari yang penuh bermakna ini, saya akan menyampaikan

sebuah kisah tentang seorang pejuang tanah air yang telah diangkat

sebagai “Perwira Negara”.

Tahukah kawan-kawan, siapakah gerangannya?

Ya, beliau yang tidak lain dan tidak bukan ialah Leftenan Adnan bin Saidi.

Nama Leftenan Adnan diangkat sebagai “Perwira Negara” apabila

beliau salah seorang pahlawan dari Rejimen Melayu yang telah

menentang Tentera Imperial Jepun dengan sengit dan bertempur sehingga


kematiannya semasa Pertempuran Pasir Panjang di Singapura pada tahun

1942. Mari dengar kawan-kawan. Kita selusuri peristiwanya.

Sejarah pendaratan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941

amat meresahkan rakyat. Tentera Jepun bertindak sewenang-wenangnya

menindas rakyat jelata. Rakyat negara ini hidup sangat sengsara. Semangat

untuk menentang tentera Jepun mula menjiwai setiap rakyat. Adnan bin

Saidi, anak kelahiran Kajang ini tidak terkecuali. Beliau telah menyertai

angkatan tentera dan berjaya ditauliahkan sebagai leftenan dalam Briged

Pertama Askar Melayu.

Suatu ketika, Leftenan Adnan telah mengetuai

pasukannya menentang tentera Jepun di Pasir Panjang, Singapura. Tentera

Jepun lebih banyak berbanding dengan pasukan yang dipimpinnya.

Dalam pertempuran itu, banyak askar Melayu yang terkorban. Sebagai

seorang pejuang yang berani, Leftenan Adnan tidak menyerah kalah. Walau

bagaimanapun, serangan Jepun terlalu hebat sehingga beliau

terpaksa menukar strategi dan berundur ke Bukit Chandu. Ketabahan

beliau, memberikan semangat kepada anggotanya untuk terus melancarkan

serangan dari Bukit Chandu . Namun, nasib tidak menyebelahi beliau.


Beliau cedera parah. Walaupun tercedera, Leftenan Adnan tetap enggan

berundur. Beliau mengarahkan anggotanya untuk terus menyerang tentera

Jepun. „Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berjuang biar sampai ke

titisan darah yang terakhir“. Itulah kata-kata perjuangan Leftenan Adnan.

Beliau terus membedil tentera Jepun walaupun pelurunya semakin

berkurangan. Menurut laporan sejarah, lebih 800 orang tentera Jepun mati

hasil daripada tembakan Leftenan Adnan dan rejimennya.

Akhirnya , Leftenan Adnan pasrah. Beliau sudah tidak berdaya lagi.

Darahnya membasahi bumi. Tentera Jepun yang begitu marah menangkap

Leftenan Adnan dan mengikatnya pada sebatang pokok. Beliau ditembak

bertubi-tubi. Keadaan dirinya amat menyayat hati. Kekejaman tentera Jepun

terserlah apabila mereka turut menikam mayat Leftenan dengan bayonet

bergilir-gilir.

Begitulah kisah menyayat hati tentang seorang pejuang yang sanggup

menggadai nyawa demi membebaskan negara tercinta daripada

cengkaman musuh. Gugurnya pahlawan yang mempunyai jati diri ini sukar

dicari ganti. Apabila disebut sahaja nama Leftenan Adnan, seluruh rakyat

Malaysia dapat membayangkan keperitan dan kesengsaraan yang


dialaminya ketika menentang penjajah. Jeneral Yamashita pernah berkata,

jika terdapat 10 orang seperti Leftenan Adnan, belum tentu pasti Tanah

Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Lihatlah kawan-kawan, musuh sekali pun turut mengkagumi semangat

juang beliau. Jasa Leftenan Adnan akan terus diabadikan dalam lipatan

sejarah tanah air. Pengajarannya, kita janganlah mensia-siakan perjuangan

dan perpaduan yang diwarisi oleh pejuang-pejuang dahulu. Kita patut

mempunyai semangat patriotik dalam diri.

Tamatlah sudah cerita saya. Sekian,terima kasih.

You might also like