You are on page 1of 22

1.

4 - Peranan Pemerintah dan Rakyat


● Hubungan pemerintah dan sejak zaman KMM selaras dengan konsep
waadat
● Hubungan kait pemerintah dan rakyat
● Rakyat yang bernaung di bawah pentadbiran sultan dan pembesar saling
berkait

Golongan pemerintah dan rakyat:

● Golongan Pemerintah (terdiri daripada sultan, pembesar kerabat raja dan


ulama)
● Golongan Diperintah

Pemerintah
Peranan Sultan
1. Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat
2. Wujudkan perpaduan
3. Bertanggungjawab terhadap kemakmuran & kestabilan kerajaan
4. Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat

Peranan Pembesar
1. Pelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan perdagangan
2. Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat
3. Kutip hasil melalui sistem serah & bekalkan tenaga tentera melalui sistem
kerah

Diperintah
Peranan Rakyat
1. Tunjukkan taat setia kepada pemerintah
2. Patuhi segala arahan pemerintah & tidak akan menderhaka kerana takut
ditimpa tulah
3. Menjadi tentera
4. Hadiri majlis umum spt gotong-royong
5. Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang
6. Sumbangkan tenaga kerja melalui sistem kerah seperti membina istana atau
jalan
2.1 - Maksud Nasionalisme
● Perasaan cinta kepada bangsa dan negara
● Semangat kebangsaan yang menjurus kepada perjuangan menentang
penjajah untuk membela bangsa dan negara dan bina identiti sendiri
● Gerakan untuk membebaskan politik, ekonomi dan sosial dari kuasa asing

Pendapat tokoh
Hans Kohn
Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya
kepada negara atau bangsanya.

Profesor William R. Roff


Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri pada
dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua. Hal ini disebabkan oleh ancaman terhadap
hak kepentingan orang Melayu serta faktor ekonomi. Nasionalisme juga timbul akibat
kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme dan imperialisme Barat yang melanda
Tanah Melayu.

Dato' Onn Jaafar


Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas
tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa
lain yang tegap dan bersatu.

Dr. Burhanuddin al-Helmi


Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat,
iaitu National Fronts. Segala tenaga yang menentang penjajahan hendaklah digunakan
untuk mencapai kemerdekaan dengan tetap berpegang pada tatatertib dan adab sopan
bangsa Melayu dan agama Islam untuk menebus, merebut dan merampas kembali hak
mutlak bangsa kita yang telah ditenggelamkan itu.

Dr. R. Suntharalingam
Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di
dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada
rakyat. Nasionalisme juga menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara
bangsa itu.

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid


Nasionalisme Melayu bukanlah gejala baharu hasil penggabungan Tanah Melayu oleh
British, tetapi nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu ketika itu dan orang
Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke "Tanah Melayuan"

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim


Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk
perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara
sendiri

2.2 - Perkembangan Idea Nasionalisme di


Barat
Nasionalisme di Barat bermula daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja
yang telah menindas dan menggugat hak dan kebebasan rakyat

Revolusi Keagungan di England (1688)


● Diambil nama dari peristiwa peralihan kuasa yang berlaku secara aman
tanpa pertumpahan darah
● Bermula kerana keinginan untuk menegakkan kedaulatan parlimen dan hak
asasi rakyat
● Ahli parlimen memberontak dan menolak pemerintahan raja berkuasa
mutlak akibat dari tindakan Raja James II membelakangkan parlimen
semasa menggubal undang-undang dan beliau melarikan diri ke Perancis
kerana tiada sokongan
● Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berlembagaan dimantapkan
lagi oleh Mary II dan Raja William of Orange dan Bill of Rights digubal semula
dengan memberi keutamaan kepada parlimen untuk menggubal
undang-undang dan hak mengutip cukai
Revolusi Amerika (1776)
● Berlaku kerana British tidak menjaga hak penduduk Amerika walaupun
mereka sebahagian dari Amerika
● Penentangan mereka terhadap akta yang dikuatkuasakan iaitu untuk
memungut cukai seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta
Teh. Tambahan pula, mereka tidak mempunyai wakil didalam parlimen
British.
● George Washington menubuhkan kongres dan isytihar perang terhadap
British bagi menuntut kemerdekaan Amerika
● Julai 1776,kongres telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika
yang ditulis oleh Thomas Jefferson yang menegaskan penduduk berhak
menubuhkan kerajaan baharu sekiranya kerajaan tidak boleh menjaga hak
kepentingan rakyat
● Revolusi Amerika berakhir pada 1783 setelah British akui kemerdekaan
Amerika dan sebanyak 13 kawasan jajahan telah di gabung dan diberi nama
Amerika Syarikat yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi

Revolusi Perancis (1789)


● Bermula daripada golongan pemikir Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau
dan Voltaire yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan
persaudaraan
● Penulisan Rosseau daripada The Social Contract menyatakan suara rakyat
yang digelar sebagai “hasrat umum” lebih penting daripada institusi raja dan
birokrasi
● Raja Louis XVI memerintah secara autokratik dan golongan bangsawan
telah memonopoli pelbagai keistimewaan sekaligus membebankan rakyat
dengan pelbagai cukai
● Kerajaan Raja Louis telah digulingkan setelah golongan revolusi menyerang
penjara Bastile dan membebaskan tahanan politik
● Revolusi Perancis telah melahirkan Republik Perancis
2.2 - Perkembangan Idea Nasionalisme di
Barat
Nasionalisme di Barat bermula daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja
yang telah menindas dan menggugat hak dan kebebasan rakyat

Revolusi Keagungan di England (1688)


● Diambil nama dari peristiwa peralihan kuasa yang berlaku secara aman
tanpa pertumpahan darah
● Bermula kerana keinginan untuk menegakkan kedaulatan parlimen dan hak
asasi rakyat
● Ahli parlimen memberontak dan menolak pemerintahan raja berkuasa
mutlak akibat dari tindakan Raja James II membelakangkan parlimen
semasa menggubal undang-undang dan beliau melarikan diri ke Perancis
kerana tiada sokongan
● Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berlembagaan dimantapkan
lagi oleh Mary II dan Raja William of Orange dan Bill of Rights digubal semula
dengan memberi keutamaan kepada parlimen untuk menggubal
undang-undang dan hak mengutip cukai

Revolusi Amerika (1776)


● Berlaku kerana British tidak menjaga hak penduduk Amerika walaupun
mereka sebahagian dari Amerika
● Penentangan mereka terhadap akta yang dikuatkuasakan iaitu untuk
memungut cukai seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta
Teh. Tambahan pula, mereka tidak mempunyai wakil didalam parlimen
British.
● George Washington menubuhkan kongres dan isytihar perang terhadap
British bagi menuntut kemerdekaan Amerika
● Julai 1776,kongres telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika
yang ditulis oleh Thomas Jefferson yang menegaskan penduduk berhak
menubuhkan kerajaan baharu sekiranya kerajaan tidak boleh menjaga hak
kepentingan rakyat
● Revolusi Amerika berakhir pada 1783 setelah British akui kemerdekaan
Amerika dan sebanyak 13 kawasan jajahan telah di gabung dan diberi nama
Amerika Syarikat yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi

Revolusi Perancis (1789)


● Bermula daripada golongan pemikir Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau
dan Voltaire yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan
persaudaraan
● Penulisan Rosseau daripada The Social Contract menyatakan suara rakyat
yang digelar sebagai “hasrat umum” lebih penting daripada institusi raja dan
birokrasi
● Raja Louis XVI memerintah secara autokratik dan golongan bangsawan
telah memonopoli pelbagai keistimewaan sekaligus membebankan rakyat
dengan pelbagai cukai
● Kerajaan Raja Louis telah digulingkan setelah golongan revolusi menyerang
penjara Bastile dan membebaskan tahanan politik
● Revolusi Perancis telah melahirkan Republik Perancis

2.3 - Perkembangan Nasionalisme di Asia


Nasionalisme di Asia tercetus daripada penjajahan dan kedatangan kuasa Eropah

Nasionalisme di India
● Kebangkitan rakyat tempatan dalam Dahagi India 1857
● Nasionalisme awal bercorak gerakan, memberi perhatian terhadap isu
sosioagama
● Gerakan nasionalisme lebih tersusun apabila wujudnya golongan intelektual
hasil daripada perkembangan pendidikan Barat
● Kongres Kebangsaan India atau Indian National Congress (INC) ditubuhkan
untuk menyuarakan pendapat (1885) dan Liga Musim (1906)
● Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal ketua nasional radikal yang
muncul gerakan bersifat keras dan penggerak semangat penentangan
secara militan British
● Mahatma Gandhi yang menjadikan satyagraha pegangan untuk
menggerakkan nasionalisme di India disebabkan INC lihat dasar tidak
bekerjasama dgn British
● INC dan Liga Muslim membentuk jawatan kuasa khas, merangka
pembahagian India iaitu India dan Pakistan
● Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan, Pakistan merdeka
pada 14 Ogos 1947
● India merdeka pada 15 Ogos 1947, Jawaharlal Nehru adalah Perdana
Menteri India pertama

Nasionalisme di China
● Gerakan nasionalisme bercorak anti-Barat
● Untuk melindungi ekonomi, politik dan mengukuhkan peradaban China dari
penguasaan kuasa asing
● Dinasti Manchu telah mengecewakan rakyat dengan kelemahan
pemerintahan dan gagal menyekat kemaraan pengaruh Barat. Akibatnya,
Dinasti Manchu telah kehilangan mandat dan dianggap orang luar
● Dr. Sun Yat Sen, tokoh gerakan kebangkitan rakyat telah mengemukan tiga
prinsip ideologi perjuangan; nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial
● Berpandukan prinsip tersebut, gerakan Revolusi China telah berjaya
menumbangkan Dinasti Manchu dan membawa kepada kemunculan
Republik China

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir


● Kesedaran mempertahankan sistem pemerintahan islam dan agama islam
yang diancam imperialisme Barat
● Tercetusnya gerakan Pan-Islamisme dan gerakan islah
● Gerakan islah
○ Gerakan islah ialah gerakan pemulihan Islam. Sayyid Jamal al-Din
al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh sebagai pengasas
○ Imperialime Barat di Mesir menyebabkan berlakunya
pertembungan budaya Eropah- Amerika dengan budaya
tempatan yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan
tempatan
○ Al-Quran dan Hadis sebagai panduan dan pegangan ajaran Islam
yang sebenar untuk melepaskan diri dari jajahan serta perbaiki
kehidupan masyarakat
● Gerakan Pan-Islamisme
○ Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan al-Urwah al-Wuthqa
(ikatan yang kuat)
○ Untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat
Islam kepada kemajuan
○ Menerbitkan akhbar al Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea
Pan-Islamisme untuk seruan penyatuan persaudaraan umat
Islam di seluruh dunia dan bangkit menghalang peluasan kuasa
Barat
○ Khalifah Abdul Hamid II merupakan pemerintah empayar
Uthmaniah yang menggerakkan idea Pan-Islamisme, mendapat
sokongan umat Islam seluruh dunia serta Tanah Melayu.
Contohnya, Tok Janggut menentang British di Kelantan (1915)

Nasionalisme di Jepun
● Digerakkan oleh Maharaja Mikado Meiji yang mahukan kemajuan untuk elak
ancaman imperialisme Barat
● Gerakan pemulihan Jepun telah dilancarkan dan keutamaan pemodenan
mengikut model Barat supaya Jepun dihormati Barat
● Semasa era Pemulihan Meiji, pembinaan nasionalisme dalam kalangan
rakyat berpandukan prinsip dan semangat bushido
● Hasil daripada pemulihan itu, Jepun telah muncul sebagai negara
perindustrian dan hasil daripada kuasa tentera yang sangat kuat, Jepun
telah menjadi kuasa imperialisme di Asia

2.4 - Perkembangan Nasionalisme di Asia


Tenggara
Filipina
● Kemunculan nasionalisme di Filipina untuk menghapuskan penjajah asing
● Antara tokoh nasionalis ialah:
○ Jose Rizal
■ Memimpin gerakan nasionalis pertama yang
berbentuk propaganda
■ Menuntut hak sama rata dan Filipina dijadikan
sebahagian wilayah Sepanyol
■ Menubuhkan Liga Filipina untuk memaksa kerajaan
Sepanyol mengubah politik, ekonomi dan sosial di
Filipina
○ Andres Bonifacio dan Emilio Aguinaldo
■ Menubuhkan Katipunan untuk menuntut
kemerdekaan secara revolusi
■ Idea revolusi disebarkan melalui akhbar Kalayan
■ Revolusi Filipina telah dilancarkan untuk mengusir
Sepanyol, namun gagal
■ Aguinaldo kemudiannya bekerjasama dengan
Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol
● Namun, pengisytiharan kemerdekaan oleh Aguinaldo tidak diiktiraf Amerika
Syarikat dan diletakkan di bawah penguasaan mereka
● Golongan nasionalis mengubah strategi perjuangan ke parti politik
sederhana dan berjaya melantik Sergio Osmena dari Parti Nasionalis dalam
Dewan Perhimpunan Filipina

Burma (Myanmar)
● Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin
(siswazah universiti) dan golongan petani untuk menentang imperialis
British
● Nasionalisme digerakkan oleh golongan berpendidikan berikutan ancaman
kedudukan agama Buddha
● Persatuan Belia Buddha ditubuhkan untuk mengekalkan tradisi Buddha,
pendidikan dan budaya dan isu kasut digunakan untuk membangkitkan
nasionalisme
● Pemimpin yang lebih radikal, U Ba Pe, telah mengambil alih persatuan dan
mengubah nama ke Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma yang
memperjuangkan hal berkaitan bangsa Burma
● 1920, Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
● Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi. Dengan
pimpinan Saya San, pemberontakan Saya San telah tercetus dan mendapat
sokongan golongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai
● Perlembagaan Burma 1935 yang memisahkan Burma dengan India telah
mencetuskan perkembangan nasionalisme kedua
● Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma)
untuk menuntut kemerdekaan Burma
● Pemimpin parti: Aung San,Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri mereka
“Thakin” iaitu tuan dan menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang
Burma
● Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri setelah memenangi pilihan
raya pada tahun 1937

Vietnam
● Bermula apabila Perancis mengubah sosiopolitik dan sosioekonomi Vietnam
● Diketuai oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan
mandarin yang memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
● Golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan
anti-Perancis
● Akhbar seperti Tribune Indige dan Cloche Felee digunakan untuk mengkritik
kekejaman Perancis dan untuk menuntut hak rakyat Vietnam
● Gerakan nasionalisme bercorak revolusi yang terbahagi kepada dua revolusi
iaitu:
○ Nasionalisme
■ Parti Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)/Parti
Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hoc
■ Perjuangan berpandukan demokrasi
nasionalisme dan sosialisme
■ 1930, pemberontakan dilancarkan bagi
menghalau Perancis dan menubuhkan
kerajaan republik Vietnam. Namun
pemimpinnya telah ditangkap.
○ Komunisme
■ Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
■ September 1945, isytihar kemerdekaan
Republik Demokratik Vietnam di Hanoi
■ Ho Chi Minh menjadi presiden di Vietnam
Utara manakala Vietnam Selatan masih
berada di bawah penguasaan Perancis
dan Amerika Syarikat
Indonesia
● Nasionalisme di Indonesia memperjuangkan pendidikan untuk mengubah
nasib rakyat
● Raden Adjeng Kartini menjuangkan pendidikan untuk kaum wanita. Karya
beliau Hilang Gelap Terbitlah Terang (1911) telah diterjemahkan ke bahasa
Inggeris dengan judul Letters of a Javanese Princess telah mendedahkan
dasar diskriminasi Belanda
● Banyak parti dan penubuhan tertubuh seperti:
○ Muhammadiyah
○ Sarekat Islam (SI)
○ Parti Komunis Indonesia (PKI)
○ Parti Nasionalis Indonesia (PNI)
● 1928, Kongres Pemuda Indonesia telah mencipta ikrar “Sumpah Pemuda”
yang berasaskan satu tanah air, satu bangsa dan satu bahasa
● Soekarno telah mengetuai pembentukan Permuafakatan Perhimpunan
Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI) yang terdiri daripada gabungan parti
politik Indonesia

Thailand
● Gerakan nasionalisme di Thailand bertujuan untuk mempertahankan
kedaulatan dan menuntut penglibatan rakyat dalam pentadbiran
● Raja Thailand, Raja Mongkut mengetuai nasionalisme dan menjalinkan
hubungan baik dengan kuasa Barat sebagai langkah pemodenan
● Beliau membawa masuk orang Barat untuk melatih pegawai dalam
pentadbiran dan melaksanakan sistem pentadbiran Barat bagi membentuk
imej negara dan bebas dari penjajah Barat
● Nasionalisme muncul semasa era pemerintahan Raja Vajiravudh yang
membiarkan kerabat diraja pelopori politik
● Revolusi Thai dilancarkan oleh Nai Pridi Phanonmyong dan Field Marshal
Phibulsongkram dari Parti Rakyat bagi menamatkan konsep raja berkuasa
mutlak
● Seterusnya, pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan dimana, raja
berada di kedudukan tertinggi tetapi tidak boleh mencampuri urusan
pentadbiran
● Perdana Menteri, Phibulsongkram telah menguatkuasakan undang-undang
yang menyekat penguasaan ekonomi orang Cina dan menggalakkan rakyat
tempatan berniaga
● Semasa perang dunia kedua, Thailand bekerjasama dengan Jepun supaya
tidak dijajah, hasilnya Thailand memperoleh wilayah di Indochina dan utara
Tanah Melayu

2.5 - Kesedaran Nasionalisme di Negara


Kita
● Kesedaran nasionalisme bermula daripada pejuang tempatan sewaktu
menghadapi ancaman Siam dan British semasa Kesultanan Melayu Melaka
● Sebagai contoh, Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah
● Sultan Mahmud Shah cuba untuk dapatkan Melaka semula dengan 3 kali
serangan terhadap Portugis tetapi gagal
● Sultan Kedah iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah telah memulakan
penentangan terhadap Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) untuk dapatkan
Pulau Pinang kembali
● Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam, Dato’ Bahaman, Rentap,
Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong. Pejuangan
mereka bersifat setempat bagi menuntut kebebasan daripada ancaman luar
dan mendaulatkan wilayah masing-masing
● Dikaitkan juga dengan perjuangan tokoh agama oleh gerakan Islah.
Diteruskan melalui penulisan kreatif dan akhbar.
● Terdapat perjuangan melalui pertubuhan sosioekonomi oleh golongan
berpendidikan Inggeris dan Melayu
● Walaupun ada masalah kewangan, halangan undang-undang dan
pengawasan ketat pemerintah, perjuangan mengkritik dan menyedarkan
masyarakat masih diteruskan

2.6 - Faktor Kemunculan Gerakan


Nasionalisme
Peranan Agama
● Pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan falsafah
perjuangan gerakan Islah di Mesir pimpinan Sayyid Jamal Al-Din Al-Afghani,
Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida
● Gerakan Islah menyeru umat Islam untuk berpegang kepada ajaran Islam
yang sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis

Penulisan Kreatif
● Kisah penderitaan rakyat semasa dijajah telah dicoretkan melalui novel,
cerpen dan puisi dan telah memberi impak serta meniupkan semangat
kepada rakyat
● Contoh karya; novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid dan
cerpen Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai

Media Cetak
● Berperanan sebagai penyalur maklumat dan penyebar berita
● Akhbar Jawi Peranakan telah menegur campur tangan British dalam soal
agama Islam dan isu bahasa melayu
● Akhbar Sekola Melayu digunakan sebagai bahan bacaan di sekolah
● Majalah Al-Imam, Neracha dan Pengasuh berisi idea pembaharuan
● Akhbar Fajar Sarawak mengkritik dasar pemerintahan Brooke yang
mengabaikan hak dan kepentingan bumiputera Sarawak

Sistem Pendidikan
● Penubuhan madrasah hasil daripada pendidikan moden Islam telah
menaikkan semangat pelajar
○ Madrasah al-Attas di Johor Bahru (1914)
○ Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang (1916)
○ Madrasah al-Idrisiyah di Kuala Kangsar (1926)
● Institusi tersebut menerima idea nasionalisme daripada kunjungan para
ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat dan palajar yang pulang dari Mesir
● Ramai pemimpin dilahirkan dari institusi seperti Raffles Institution di
Singapura, Maktab Melayu Kuala Kangsar atau Malay College Kuala Kangsar
(MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan Idris atau Sultan Idris Training College
(SITC)
● Pelajar telah didedahkan dengan idea tokoh falsafah Islam dan Barat

Kemunculan golongan Intelektual


● Golongan intelektual lahir hasil daripada perkembangan sistem pendidikan
● Golongan intelektual lepasan Timur Tengah seperti Syed Sheikh al-Hadi telah
menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat
● Intektual lepasan pendidikan Inggeris dan Melayu seperti Abdul Kadir Adabi,
Dato’ Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Mohammad Eunos Abdullah,
Ustaz Abu Bakar Mohd Said dan Ibrahim Haji Yaakob telah menggunakan
akhbar dan menubuhkan persatuan untuk menyebarkan nasionalisme

Pengaruh Luar dan Serantau


● Kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniah menyedarkan umat
Islam
● Pengaruh Gerakan Islah di Mesir menggesa pembaharuan yang progresif
● Jepun muncul sebagai kuasa besar dunia yang menewaskan Rusia
membuka mata masyarakat untuk memperjuangkan nasib mereka
● Gerakan Revolusi China pimpinan Dr. Sun Yat Sen yang menewaskan
kerajaan Manchuria dan tubuhkan Republik China
● Idea perjuangan Mahatma Ghandi di India menentang tanpa kekerasan
● Perjuangan Jose Rizal di Filipina dan Soekarno di Indonesia meniup
semangat rakyat tempatan untuk menentang penjajah

2.7 - Perkembangan Nasionalisme


Perjuangan Golongan Intelektual
Intelektual Berpendidikan Agama
● Tokoh seperti Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Syed Sheikh al-Hadi dan
Haji Abbas Mohd Tahar digelar Kaum Muda. Disebabkan minat terhadap
gerakan Islah semasa menuntut di Timur Tengah
● Beliau memberi idea melalui gerakan Islah dan menjadikan agama Islam
sebagai asas kemajuan Dunia dan Akhirat. Penubuhan madrasah
menyebarkan fahaman Islah
● Kesedaran tentang kepentingan pendidikan menyebabkan lebih banyak
madrasah dibuka dan mendapat kesan yang positif kepada masyarakat.
Madrasah al-Attas di Johor Bahru, Johor, Madrasah al-Khairiah al-Islamiyah
di Pokok Sena, Kedah dan Maahad al-Ehya Assharif, Gunung Semanggol,
Perak
● Pelajar menunjukkan perkembangan dan pemodenan dari segi sikap dan
pentafsiran terhadap Islam. Wanita juga dapat peluang untuk belajar di
madrasah
● Pembentukan ini membuatkan mereka berusaha untuk menyatukan
masyarakat Melayu dan memajukan Islam menerusi pentafsiran baru seperti
yang dibawa oleh reformis Mesir
● Al-Imam, Al-Ikhwan, Neracha, dan Tunas Melayu merupakan akhbar dan
majalah yang membangkitkan semangat nasionalisme

Intelektual Berpendidikan Inggeris


● Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) nadi pengembangan nasionalisme
dan telah melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris
● Pertubuhan awal adalah untuk melatih anak bangsawan bagi diserapkan
dalam pentadbiran British, namun, mereka menggunakan kedudukan mereka
bagi menuntut hak pendidikan bagi orang Melayu
● Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat, Mohammad Eunos Abdullah dan
Raja Uda Raja Muhammad menuntut British untuk menaik taraf hidup dan
buka lebih banyak peluang pekerjaan dalam jabatan kerajaan untuk orang
Melayu
● Idea dan tuntutan mereka kepada British disalurkan melalui akhbar seperti
Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Utusan Melayu

Intelektual Berpendidikan Melayu


● Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) ditubuhkan tahun 1922
● O.T. Dussek, Abdul Hadi Hassan, Abdul Hadi Abdul Manan dan Harun
Aminurrashid adalah berperanan untuk mewujudkan kesedaran dalam
kalangan pelajar dan lahirkan ramai tokoh penulis yang mahir dan nasionalis
● Pejabat Karang Mengarang dan Ketua Penterjemahnya Za’Ba. Menghasilkan
buku yang berkualiti dan peranannya untuk mengasah bakat pelajar untuk
membangkitkan semangat kebangsaan
● Buyong Adil dan Abdul Hadi Haasan antara tokoh nasionalis yang wujud
dalam kemajuan karya pejabat ini
● Kemudian, bahan bacaan dari Timur Tengah dan Indonesia masuk ke SITC
secara tak langsung menjadikan SITC sebuah taman ilmu yang menunjukkan
pembaharuan negara luar
● Kurikulum SITC mengutamakan mata pelajaran Sejarah dan menceritakan
keagungan empayar Melayu di Alam Melayu membangkitkan kesedaran
● Anyaman dan kesihatan juga dianggap penting dalam kurikulum SITC
● Tahun 1929, Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung
Borneo diwujudkan yang melahirkan persatuan radikal, iaitu Kesatuan
Melayu Muda

Perjuangan Melalui Penulisan


Akhbar dan Majalah
● Untuk mengetengahkan isu hak dan masa depan bangsa, polemik Kaum
Muda dengan Kaum Tua serta isu pentadbiran, ekonomi dan sosial
● Intelektual yang berpendidikan Melayu dan Inggeris dalam perkembangan
persuratkhabaran Melayu
● Mohammad Eunos Abdullah menerajui akhbar Utusan Melayu, Lembaga
Melayu. Serta, Warta Malaya, Warta Jenaka, Fajar Sarawak, Majlis, Majalah
Guru
● Akhbar berbahasa Inggeris seperti The Malay Mail dan The Malaya Tribune
turut memuatkan perkembangan sosiopolitik dan ekonomi di negara kita
● Sarawak - Fajar Sarawak membawa mesej kesedaran kepada kaum yang
dijajah dengan seruan "fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku"
menggesa masyarakat bangkit menuju kemajuan
● Sabah - isu pendidikan, tanah bumiputera dan kewangan petani disuarakan
oleh Ketua-ketua Anak Negeri dalam mesyuarat dan melalui aktiviti
persatuan sosiobudaya

Akhbar Masyarakat Cina dan India


● Bagi memupuk pemikiran masyarakat Huachiao untuk kekalkan identiti,
memperjuangkan nasib wanita dan mewujudkan perasaan cintakan negara
China
● Penulisan akhbar lebih kepada negara asal mereka. Antara akhbarnya ialah
Lat Pau dan Modern Daily News
● Kemudian, akhbar Nanyang Tsung Hui Pao dan Chong Shin Yit Pao
memuatkan soal pemerintahan monarki dan pergolakan politik di China.
Seterusnya, tahun 1929, penulisan lebih bersifat antiimperialisme
● Akhbar Nanyang Siang Pao di Pulau Pinang mula memperjuangkan soal
kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi bagi masyarakat kelas
bawahan
● Seterusnya, masyarakat India pula, menerbitkan akhbar yang
memperjuangkan kepentingan sosial dan politik masyarakat India negara ini.
Antaranya Tamil Nesu dan Tamil Murasu
● The Indian dan Indian Pioneer memuatkan pemikiran dan kepentingan
perpaduan untuk masyarakat kelas menengah India di negara ini
● Tamil Nesan juga melaporkan perkembangan di India dan kepentingan
sosiopolitik

Karya kreatif
● Kemunculan novel berjaya memupuk nasionalisme dalam kalangan
masyarakat negara kerana bertemakan semangat cinta akan negara dan
perjuangan membela nasib rakyat
● Novel Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek mengajak masyarakat
bebaskan diri dari sudut ekonomi
● “Angan-angan dengan Gurindam” oleh Omar Musaffa, “Sedarlah” oleh
Mahmud Ahmadi, “Semenanjung” oleh Harun Aminurrashid dan “Serunai
Pujangga” oleh Abdul Samad Ahmad adalah puisi bertemakan cintakan
negara
● Cerpen banyak bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cintakan
tanah air. Seperti, "Rumah Besar Tiang Sebatang", Abdul Rahim Kajai. "Cerita
Awang Putat" dan Shamsuddin Salleh "Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang"

Perjuangan Melalui Persatuan


Kesatuan Melayu Singapura
● KMS menggalakkan ahlinya bergiat dalam pentadbiran memperjuangkan
kepentingan dan pendidikan orang Melayu serta mementingkan pelajaran
teknik dari pengajian tinggi
● Kejayaan KMS telah mendorong kepada pembukaan persatuan negeril ain
seperti Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor dan
Persatuan Melayu Negeri Sembilan yang dianggotai oleh kakitangan
kerajaan
● Mereka meminta supaya lebih banyak peluang diberikan kepada Orang
Melayu dalam pentadbiran

Persaudaraan Sahabat Pena


● Ditubuhkan supaya ahlinya bersatu dan bertukar-tukar pendapat
● Menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan
bagi menghimpunkan wakil persatuan Melayu dari Brunei, Labuan dan
Sarawak untuk mengutarakan isu kebangsaan
● Muhammad Rakawi Yusuf, pengasas PASPAM cawangan Kuching,
berhubungan baik dengan ahli KMS. Beliau dan Johari Anang turut
mengasaskan Persatuan Melayu Sarawak (PMS)
● Kebanyakan tokoh bumiputera Sabah bergiat aktif dalam organisasi
berbentuk penulisan yang telah membangkitkan kesedaran tentang
pentadbiran di Sabah
● Penubuhan cawangan PASPAM di Jesselton (Kota Kinabalu),Tawau dan
Labuan meningkatkan kesedaran sosial dalam kalangan ahlinya
● Kebanyakan ahli PASPAM di Sabah terdiri daripada guru sekolah Melayu.
Pegawai rendah kerajaan dan peniaga. Antaranya Mohammad Yaakob,
Mohammad Shamsudin Osman dan Zakaria Gunn

Kesatuan Melayu Muda


● Ditubuhkan hasil daripada gagasan Ibrahim Haji Yaakob pada bulan Mei
1937
● Berjuang melalui akhbar Majlis dan berhasrat untuk menentang British
dengan mewujudkan satu gagasan yang dinamakan Melayu Raya melalui
gabungan Tanah Melayu dan Indonesia
● Menyeru orang Melayu untuk "bangun sebagai satu bangsa yang mempunyai
tamadun dan kesopanan di tanah airnya"
● Dianggap radikal oleh British sebab berani menyuarakan penentangan
terhadap kerajaan kolonial dan membangkitkan perasaan anti-British melalui
penulisan dalam akhbar dan majalah

Persatuan masyarakat Cina dan India


Masyarakat Cina
● Pemimpin revolusi China iaitu Dr. Sun Yat Sen menjalinkan hubungan dengan
pemimpin cina di Tanah Melayu dengan melawat Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu sebanyak 4 kali. Seterusnya mendapat sokongan menentang
kerajaan Manchuria di China
● Sebahagian masyarakat Cina yang dilahirkan di Negeri- Negeri Selat atau
Cina Peranakan prihatin terhadap kebajikan dan perkembangan politik
tempatan. Ada juga yang berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim
● Mereka menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA) di
Negeri-negeri Selat yang menggalakkan pelajaran tinggi dan teknikal dalam
kalangan masyarakat Cina
● Tan Cheng Lock telah menghidupkan cawangan SCBA di Melaka dan
menuntut peluang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan

Masyarakat India

● Pertubuhan ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India di


Tanah Melayu. Seperti, Persatuan India Taiping dan Persatuan India Pulau
Pinang
● Persidangan India Se-Malaya diadakan di seluruh negeri bertujuan untuk
membincangkan isu berkaitan masyarakat India
● Kemudian, Malayan Indian Association (MIA) ditubuhkan oleh G.V.Thander
untuk golongan India yang ada di Tanah Melayu
● Pada Oktober 1936, Central India Association of Malaya (CIAM) ditubuhkan
oleh Dr. A.M. Soosay yang menggabungkan l2 persatuan India dan 4 dewan
perniagaan

Masyarakat Sikh

● Kebanyakan masyarakat Sikh, ialah pasukan keselamatan, jadi mereka


menjadikan berek polis atau kuarters kerajaan serta gurdwara sebagai
tempat aktiviti sosial dan keagamaan
● Gurdwara adalah tempat penting untuk mengembangkan kesedaran politik
anti- British. Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan di Taiping, Perak dan menjadi
persatuan berpengaruh untuk menjaga kepentingan masyarakat Sikh
● Masyarakat India-Muslim ramai terlibat dengan kegiatan perniagaan dan
pentadbiran. Contohnya. Sir Hussein Hasanal Abdoolcader yang merupakan
ahli dalam Majlis
● Perundangan Negeri-negeri Selat atau Straits Settlement Legislative Council
(SSLC)
2.8 - Kesan Perkembangan Nasionalisme
Politik
● Penambahan orang Melayu dan Malayan Civil Service (MCS) hasil daripada
gesaan kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadbiran
British
● Dasar desentralisasi telah mengambalikan kuasa sultan, residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri yang tercabar disebabkan pembentukan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Hasilnya, orang Melayu mula berani bersuara dan
persatuan peringkat negeri tertubuh
● Kelab bacaan dan drama ditubuhkan hasil daripada nasionalisme di China.
Sekolah juga telah banyak terbina dan bahasa Mandarin digunakan untuk
menggantikan dialek lain
● Sekitar 1930-1950, ramai masyarakat India telah lahir di Tanah Melayu dan
dikenali sebagai “the Strait Born”. Mereka lebih mementingkan perpaduan
dan mula melihat perkembangan politik di Tanah Melayu
● Kesan daripada nasionalisme, British mula berwaspada dan apabila gerakan
nasionalisme dikesan, tokoh seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji
Muhammad dan Ahmad Boestamam ditangkap dan dipenjarakan di
Singapura. Mereka telah dibebaskan oleh Jepun pada 1942.

Ekonomi
● Kaum Muda menggesa orang Melayu untuk memajukan diri dalam
pendidikan dan ekonomi. Ini membawa kepada pertubuhan persatuan
kebajikan Al-Jamiah Al-Khairiah di Singapura yang berjaya membangkitkan
semangat berniaga.
● Hasil daripada penekanan British terhadap sistem pendidikan pada tahap
rendah telah menyukarkan usaha untuk meningkatkan taraf hidup. Za’ba,
tokoh nasionalis sering membangkitkan isu tersebut dan menyedarkan para
guru tentang kepentingan pendidikan tinggi dan kurikulum bahasa Inggeris.
● Akhbar bahasa Inggeris seperti The Malay Mail dan The Malaya Tribune
telah mengasaskan dana untuk membantu orang Melayu melanjutkan
pelajaran ke luar negara dan mendapat sokongan dari Persekutuan
guru-guru melayu Selangor dan persatuan negeri
Sosial
● Tuntutan untuk mendapatkan pendidikan telah mewujudkan kesedaran
kepada masyarakat untuk belajar di madrasah dan sekolah Melayu.
Kesedaran ini membawa kepada penulisan dan mereka penghasilan majalah
sendiri
● Lepasan SITC telah meningkat dan ramai daripada mereka terutama sekali
wanita berkhidmat sebagai guru untuk meningkatkan taraf pendidikan
masyarakat. Guru wanita iaitu Ibu Zain telah menerbitkan majalah Bulan
Melayu yang menulis berita tentang kemajuan pendidikan wanita. Beliau
juga mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu pengetahuan untuk
mengangkat martabat wanita
● Masyarakat India dan Ceylon telah menubuhkan persatuan untuk menjaga
kebajikan mereka. Sebagai contoh E.E.C Thurainsingam, Presiden Malayan
Rubber Estate Owner Association yang membantu meningkatkan
perusahaan getah
● Masyarakat Cina meminta penimbangan kerajaan British untuk terlibat
dalam jawatankuasa kerajaan. Tan Cheng Lock, anggota Majlis Perundangan
Negeri-negeri Selat (SSLC) menuntut penyediaan dana untuk belajar dan
kebajikan masyarakat Cina terjaga.

You might also like