You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN

TAJUK PERUNTUKAN BAGI MEMBELI LCD PROJECTOR DAN VISUALISER UNTUK PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Tujuan 1. Tujuan kertas ini adalah untuk memohon ahli mesyuarat sekolah menimbang dan meluluskan peruntukan Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu untuk membeli LCD Projector dan Visualiser bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Latar Belakang 2. Sejajar dengan perkembangan ICT dan penggunaan teknologi yang meluas dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini, Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu turut bersama-sama ingin merealisasikan hasrat tersebut. Oleh itu, penggunaan LCD Projector dan Visualiser dapat membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran dan dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bercorak ICT. Hal ini dapat menarik minat pelajar untuk lebih meminati mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Selain itu, mata pelaran Kemahiran Hidup Bersepadu mensasarkan jumlah pelajar mendapat gred A dalam mata pelajaran KHB adalah sebanyak 100% dengan gred purata 1.000 bagi kedua-dua pilihan.

Asas Pertimbangan 3. Pada tahun 2011 ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan telah meletakkan sasaran bagi melonjak kecemerlangan dalam pelbagai bidang sehingga tahun 2013 dengan visi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan Terunggul di Negeri Kedah seperti terdapat dalam perancangan strategik sekolah. 4. Bagi melonjak kecemerlangan sekolah ini, kegunaan LCD Projector dan Visualiser ini dapat membantu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dengan melibatkan sumber kewangan yang agak besar.

5. Berikut adalah analisa gred purata PMR bagi tahun 2007 hingga 2010 untuk makluman semua. Tahun 2011 2010 2009 2008 2007
Mata Pelajaran KHB-KT KHB-ERT KHB-KT KHB-ERT KHB-KT KHB-ERT KHB-KT KHB-ERT KHB-KT KHB-ERT

Bil
Ambil

Gred A Bil %

Gred B Bil %

Gred C Bil %

Gred D Bil %

Lulus Jum %

GP

81 92 80 99 81 92 98 61

81 83 77 96 80 81 98 58

100 90.2 96.3 97.0 98.8 88.0 100 95.1

0 8 3 3 1 10 0 26

0 8.7 3.8 3.0 1.2 10.9 0 16.4

0 1 0 0 0 1 0 0

0 1.1 0 0 0 1.1 0 0

0 0 0 0 0 0 0 0

0 0 0 0 0 0 0 0

81 92 80 99 81 92 98 61

100 100 100 100 100 100 100 100

1.000 1.109 1.038 1.030 1.012 1.130 1.000 1.049

Cadangan Pelaksanaan 6. Pembelian LCD Projector dan Visualiser ini dapat (a) Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran dan ini dapat menjadikan P&P guru lebih menarik serta dapat menghilangkan rasa mengantuk pelajar dengan menggunakan tulisan dan bunyi-bunyi yang menarik. (b) Meningkatkan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Contohnya penggunaan perisian Microsoft Power Point. Ini dapat membuatkan pelajar lebih fokus kepada tajuk pembelajaran. (c) Mengecilkan gred purata bagi pilihan Kemahiran Teknikal dan pilihan Ekonomi Rumah Tangga.

Implikasi 7. Pembelian LCD Projector dan Visualiser ini melibatkan impilasi kewangan seperti berikut: Bil. 1. 2. Perkara LCD Projector Visualiser Jumlah Perbelanjaan RM 2500.00 RM 2000.00 RM 4500.00

Kesimpulan 8. Diharapkan hasrat Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu ini tercapai bagi meningkatkan mutu pencapaian Gred A pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Ini amat penting bagi mempertahankan kecemerlangan dan seterusnya melonjakkan lagi pencapaian pelajar dalam bidang teknik dan vokasional.

Syor 9. Ahli mesyuarat adalah dipohon memberi pandangan dan kelulusan peruntukan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pada tahun 2011.

You might also like