You are on page 1of 7

EE CHALLENGE 2023: ONE INFO A DAY (EOIAD)

DAY 1
1. Kecekapan tenaga(elektrik) bermakna anda menggunakan tenaga
elektrik yangminima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah
atau di tempat kerja.

2. Ini juga bermakna anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk


penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.

3. Kecekapan tenaga juga merujuk kepada penggunaan tenaga yang


cermat, berhemat dan bijaksana.

4. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan


perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan
pembaziran.

5. Di Malaysia, Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang


bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program
pelabelan cekap tenaga.
EE CHALLENGE 2023: ONE INFO A DAY (EOIAD)
DAY 2
MENGAPAKAH ANDA PERLU MENGGUNAKAN SUMBER TENAGA DENGAN
CEKAP?
1. Untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil (gas dan arang batu)
yang bekalannya semakin susut dan kos yang semakin tinggi serta ia
menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa kesan buruk
kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

2. Untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunya warisan


kita untuk generasi akan datang

3. Untuk mengurangkan perbelanjaan isirumah dan sekolah


EE CHALLENGE 2023: ONE INFO A DAY (EOIAD)
DAY 3
Adakah kecekapan tenaga sama dengan penjimatan tenaga?
1. Penjimatan tenaga tidak semestinya diterjemahkan kepada penggunaan
tenaga yang cekap.

2. Walau bagaimanapun, kedua-dua kecekapan tenaga dan penjimatan


tenaga, akan menjimatkan tenaga dan mengurangkan kos operasi.

3. Kecekapan tenaga Ini dapat dicapai dengan aplikasi teknologi yang


cekap, seperti motor yang cekap tenaga yang tinggi, lampu, dan lain-lain.
Ia melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenal
pasti teknologi yang betul. Kecekapan tenaga kebanyakannya digunakan
untuk industri.

4. Penjimatan tenaga Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap,


seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak
diperlukan, menggunakan cahaya matahari dan lain-lain. Ia tidak
melibatkan kos dan memerlukan perubahan tingkah laku pengguna
sahaja. Penjimatan tenaga boleh digunakan dalam semua sektor.
EE CHALLENGE 2023: ONE INFO A DAY (OIAD)
DAY 4
MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGGUNAAN TENAGA
LAMPU/PENCAHAYAAN
1. Gunakan mengikut keperluan sahaja.

2. Matikan suis apabila meninggalkan bilik anda.

3. Gunakan mentol rendah tenaga seperti “compact flourescent lamp” dan


mentol LED

4. Manfaatkan cahaya matahari. Aturkan meja supaya berhampiran


tingkap. Bukakan langsir dan penghadang cahaya bagi menerangi bilik
anda
EE CHALLENGE 2023: ONE INFO A DAY (OIAD)
DAY 5
MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGGUNAAN TENAGA
PENDINGIN HAWA
1. Matikan apabila tidak digunakan. Gunakan hanya apabila suhu dalam
bilik semakin panas/tidak selesa.

2. Tingkatkan suhu kepada 24°C. Suhu di luar bilik hanya 4-5°C sahaja lebih
tinggi.

3. Buka jaket dan pakai kemeja sahaja apabila berada dalam bilik.

4. Pastikan pintu dan tingkap sentiasa bertutup apabila pendingin hawa


digunakan.
EE CHALLENGE 2023: ONE INFO A DAY (OIAD)
DAY 6
MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGGUNAAN TENAGA
PERKAKAS ELEKTRIK
1. Matikan segala peralatan elektrik apabila tidak digunakan.

2. Matikan suis di plug dan cabut dari soketnya sebelum anda


meninggalkan bilik.

3. Manfaatkan ciri menjimat tenaga yang ada pada peralatan elektrik –


power save setting

4. Apabila hendak membeli peralatan elektrik yang baharu, pilih pelabelan


4 atau 5 bintang sahaja.

5. Pastikan semua alat elektrik diservis dan berfungsi dengan baik.


EE CHALLENGE 2023: ONE INFO A DAY (OIAD)
DAY 7
LABEL CEKAP TENAGA
1. Label cekap tenaga oleh Suruhanjaya tenaga bertujuan memberi
maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat
pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga.

2. Bintang pada label cekap tenaga ini menunjukkan kecekapan barang


elektrik tersebut dalam menjimatkan tenaga.

3. label yang mempunyai taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik


tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang rendah dan taraf 5 bintang
menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling
tinggi.

4. Setakat ini label tersebut boleh didapati pada barang elektrik tertentu
seperti peti sejuk, pendingin hawa, televisyen dan kipas angin. Pengguna
boleh membuat pilihan dengan melihat kepada taraf bintang pada
barang elektrik tersebut.

5. Label ini juga boleh membantu pengguna membuat perbandingan


antara satu barang dengan barang yang lain.

You might also like