You are on page 1of 10

TERHAD 011

UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK


Tahun 6 Sesi 2023/2024
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang Nama Pemeriksa:
disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan Bahagian Soalan
Markah Markah
yang disediakan di dalam kertas ujian ini. Penuh Diperoleh
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru A 1-10 10
bertugas pada akhir ujian.
1 5
B
2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH DISAHKAN OLEH

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Kipas angin di bilik tidur Azfar berpusing dengan ____________ menyebabkan dia
kepanasan.
A laju
B lambat
C perlahan
D pantas

2 Aini telah menjawab ____________ soalan kuiz Bahasa Melayu dengan betul dan berjaya
mendapat tempat pertama.
A pelbagai
B separuh
C banyak
D semua

Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A Cikgu Nora meminta semua murid menulis nama di kertas jawapan.
B Firdaus menyampaikan pesanan Cikgu Maziah pada kawan-kawannya.
C Mak cik Mahani menanam pokok bunga bagi menceriakan halaman rumahnya.
D Encik Hamidi baru sampai daripada kampung selepas menziarahi keluarganya.

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Daripada : rania@gmail.com
Kepada : melly@gmail.com

Ke hadapan sahabatku Melly yang berada di Johor Bahru.

Terima kasih atas perkongsian mengenai perniagaan kuih bulan keluarga saudari.
Keluarga saya pula berniaga baulu sebagai sumber pendapatan sampingan.

Cara-cara membuat baulu ialah mengayak tepung gandum dengan serbuk penaik.
Kemudian, pukul telur, gula dan esen vanila. Campurkan tepung yang diayak dengan adunan telur
dan kacau sehingga rata. Selepas itu, panaskan ketuhar. Masukkan adunan ke dalam acuan dan
bakar selama kira-kira lima minit.

4 Apakah perniagaan yang diusahakan oleh keluarga Melly?


A mengayak tepung gandum
B berkongsi perniagaan
C menjual kuih bulan
D membekal telur

TERHAD
011
TERHAD 3 011

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Melly menerima e-mel daripada Rania.
B Keluarga Rania tinggal di Johor Bahru.
C Adunan baulu diayak selama kira-kira lima minit.
D Melly dan Rania berkongsi sumber pendapatan sampingan.

6 Berikut ialah bahan-bahan untuk membuat kuih baulu berdasarkan petikan kecuali
A telur.
B garam.
C esen vanila.
D tepung gandum.

Soalan 7 hingga 10

Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

BAHAN 1

Rafiza terkenang akan perbualannya dengan Mei Lin tentang permainan Yoyo Cina. Yoyo ini ialah
permainan tradisional kaum Cina yang diperbuat daripada buluh. Untuk bermain Yoyo Cina, dua
cakera yang sama saiz dihubungkan dengan gandar. Yoyo ini akan berpusing pada tali yang diikat
pada dua batang kayu kecil.
Pemain mestilah memegang hujung kedua-dua batang kayu dan mengimbangi yoyo daripada
jatuh. Yoyo Cina tradisional ini lebih mudah patah. Selain itu, pemain perlu mahir untuk
mengendalikan permainan ini agar lebih menyeronokkan.

BAHAN 2

TERHAD
011
TERHAD 4 011

7 Yoyo Cina berpusing pada tali yang diikat pada


A cakera sama saiz.
B dua batang kayu kecil.
C hujung kedua-dua kayu.
D gandar buluh tradisional.
8

Yoyo ini ialah permainan tradisional kaum Cina yang diperbuat daripada buluh.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A buah.
B gugus.
C jambak.
D rumpun.

9 Perkataan terkenang dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A terlepas.
B teringat.
C terjumpa.
D ternampak.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Karnival Sukan Rakyat diadakan untuk memupuk semangat muhibah.
B Kelab Kebudayaan menganjurkan permainan Yoyo Cina.
C Mei Lin mengamalkan gaya hidup sihat.
D Rafiza terkenang semasa dulu.

TERHAD
011
TERHAD 5 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Nana bersekolah di Sekolah Kebangsaan King George V. Dia seorang yang berdisiplin dan
bertanggungjawab. Oleh sebab itu, Nana telah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa
Melayu di sekolahnya. Nana melaksanakan amanah yang diberikan dengan cemerlang dan
penuh dedikasi. Sempena Minggu Bahasa, Cikgu Nur Fir meminta ahli persatuannya
membuat buku skrap tentang peribahasa Melayu.
“Cikgu Nur Fir meminta kita menghantar buku skrap itu pada minggu hadapan,” kata
Nana kepada rakan-rakannya. Rakan-rakannya berjanji akan menghantar tugasan itu tepat
pada masa yang ditetapkan.

1 (a) Nana merupakan seorang murid yang berdisiplin dan ____________ .


[1 markah]

(b) Bagaimanakah Nana melaksanakan tugasnya sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa


Melayu?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja dalam ayat yang diberikan.

Rakan-rakannya berjanji akan menghantar tugasan itu tepat pada masa yang
ditetapkan.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan (√ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Cikgu Nur Fir meminta kita menghantar buku skrap itu pada minggu hadapan,” kata
Nana kepada rakan-rakannya.
Nana memberitahu rakan-rakannya bahawa Cikgu Nur Fir meminta
mereka menghantar buku skrap itu pada minggu hadapan.

Cikgu Nur Fir memberitahu rakan-rakannya bahawa Nana meminta


mereka menghantar buku skrap itu pada minggu hadapan.
[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih melebihi 30 patah perkataan.

Dalam keadaan tergesa-gesa hendak ke tapak perhimpunan, kamu ternampak seorang guru
sedang mengeluarkan piala-piala daripada kenderaannya. Kamu ingin membantu guru
tersebut tetapi kamu bimbang jika kamu terlambat untuk menyertai perhimpunan tersebut.

2 Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, apakah yang akan kamu lakukan?

[5 markah]

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan.


Tuliskan pendapat kamu tentang aktiviti gotong-royong tersebut.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

TERHAD
011
TERHAD 7 011

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

AKTIVITI KELUARGA

TERHAD
011
TERHAD 9 011

TERHAD
011
TERHAD 10 011

[20 markah]

TERHAD
011

You might also like