You are on page 1of 6

KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN, 28700 BENTONG, PAHANG

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM


AMALI SEMBELIHAN 2015

TARIKH:

5 SEPTEMBER 2015

HARI:

SABTU

TEMPAT:

SURAU KVTAA

MASA:

7.50 PAGI – 2.00 PETANG

ANJURAN:

UNIT PENDIDIKAN ISLAM KVTAA


DENGAN KERJASAMA
KELAB AGAMA ISLAM DAN BINA INSAN
KVTAA

“ MEMBANGUN UMMAH BERSAMA ISLAM”


KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM AMALI SEMBELIHAN 2015

1.0 PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurnia dan nikmat-Nya yang memberi kita rezeki dan ilmu
pengetahuan yang bermanfaat kepada seluruh ummat manusia. Ilmu yang dilimpahkan kepada
kita bukan hanya sekadar teori yang menjadi penyelamat pelajar dalam peperiksaan semata-mata,
tetapi ia perlu dipraktikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.Alhamdulillah, atas
kesedaran itulah maka pihak Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Agama Islam
Dan Bina Insan KVTAA ingin mengisi ruang dalam Semester 2 ini dengan melaksanakan
Program Amali Sembelihan. Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi pengalaman
yang paling berharga buat para pelajar untuk dijadikan bekalan di masa akan datang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara melakukan sembelihan yang
betul.
2.2 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan
sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.
2.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses sembelihan
sehingga proses memasak.
2.4 Memupuk semangat kerjasama dalam setiap kelas dan kumpulan pelajar.

3.0 TARIKH
5 September 2015 (Sabtu)

4.0 MASA
Jam 7.50 pagi hingga 2.00 petang.

5.0 TEMPAT
Surau Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang

6.0 SASARAN
200 orang pelajar Tahun 1 ( 8 kelas )

7.0 ANJURAN
Unit Pendidikan Islam KVTAA
Dengan kerjasama
Kelab Agama Islam Dan Bina Insan KVTAA
8.0 JAWATANKUASA PERLAKSANA

Bil Jawatan Bidang Tugas


1. Penaung
Tuan Haji Nordin Bin Mahmud
2. Penasihat
1. En Othman Bin Che Ramli
2. En Jamil Bin Mohamad
3. En Rezwan Bin Tasiman

3. Ex-Officio
Ustaz Mohd Zubir Bin Chik
4. Penyelaras 1) Menyelaraskan keseluruhan aktiviti program.
Ustaz Mohd Azuan Bin Mohamad 2) Memantau kelancaran aktiviti
Alias

5. Setiausaha 1)Membuat persediaan mesyuarat.


Ustaz Mohd Lutfi Bin Muhamad 2)Menyediakan surat jemputan mesyuarat dan
mengedarkan kepada semua ahli jawatankuasa.
3)Menyediakan minit mesyuarat.
4) Menyediakan laporan di akhir program.
6. JK Peralatan 1) Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan
En. Mohd Yusri Bin Ishak untuk amali sembelihan seperti pisau, batu asah, cangkul
En. Hj. Mohd Uddad Bin Awaluddin untuk menggali lubang, 3lastic sampah dan lain-lain
yang dirasakan perlu.
7. Jk Persiapan Tempat 1) Memastikan tempat program berada dalam keadaan
En Mohd Soffian Bin Ali selamat dan bersih.
Pelajar Lelaki BPP Tahun 2 2)Menyediakan lubang tempat sembelihan
8. JK Kebersihan 1) Memastikan para pelajar sentiasa menjaga
Ustaz Mohd Moktazar Bin Razali kebersihan tempat sembelihan dan tempat memasak
Pelajar Lelaki KSK Tahun 2 sebelum, semasa dan selepas program.
9. JK Makanan 1) Menyediakan minuman dan makanan ringan bagi
Puan Suriya Bt. Jamaluddin guru dan petugas.
10. JK Kawalan Pelajar 1) Memastikan semua pelajar menepati masa
Ustaz Mohd Rizal Bin Abdul Ghani dan berada di tempat program seperti yang
dijadualkan.
2) Memastikan pelajar tidak meninggalkan
tempat program sehingga program tamat.
11. JK Dokumentasi 1) Mengambil gambar/video sepanjang
En. Khairil Ikhwan Bin Abdul Kadir program berlangsung.
2)Menyediakan dokumentasi lengkap sebanyak 2
salinan yang diperlukan selepas tamat program.
12. JK Saguhati dan Sijil 1) Menyediakan saguhati untuk penceramah dan
Puan Nik Mazira Bt Nik Mansor penunjukcara.
Puan Siti Zalilah Bte Zakaria 2) menyediakan sijil untuk AJK pelaksana.
13. JK Pendemonstrasi Sembelihan 1) Menunjuk cara menyembelih haiwan dengan
En. Mohamad Zarapi Bin Hussin ( K ) sempurna.
En. Nasaruddin Bin Idrus
En. Hashim Bin Md Zain
En. Azhar Bin Zakaria
Ustaz Mohd Rizal Bin Abdul Ghani
Ustaz Mohd Moktazar Bin Razali
Ustaz Mohd Lutfi Bin Muhamad
Ustaz Mohd Azuan Bin Mohamad
Alias
Ustaz Mohd Zubir Bin Chik

9.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara Tindakan


07.50 pagi Pelajar berkumpul di dewan besar
08.00 pagi Taklimat program Penyelaras
08.15 pagi Penerangan ringkas tentang teori sembelihan dan Ustaz Mohd Zubir Bin
demonstrasi penyembelihan Chik
09.00 pagi Praktikal sembelihan oleh para pelajar Semua guru PAI dan
Jemputan
2.00 petang Majlis bersurai

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH


1. Dewan Makan Ayam 64 ekor Ayam hidup 8 Dewan
Ekor x 8 program = 64 ekor Makan
2. Duit Kegiatan Agama RM 630.00 Plastik Sampah 3 Paket RM 10.00
Islam
3. Ayam sembelih 5 ekor X RM 15.00 RM 75.00
4. Air Mineral 3 kotak x RM 30.00 RM 20.00
5. Roti 50 bungkus x RM 0.90 RM 45.00
6. Pisau 5 bilah x RM 2.00 RM 10.00
7. Pencucuk Sate RM 10.00
8. Rempah ratus ( Bahan Perapan ) RM 50.00
9. Bahan Kuah kacang RM 50.00
10. Saguhati RM 30 x 16 orang RM 360.00
JUMLAH RM 630.00 JUMLAH RM 630.00
11.0 PENUTUP

Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua
pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan
dankeredhaan Allah s.w.t.

Disediakan oleh,

(USTAZ MOHD AZUAN BIN MOHAMAD ALIAS)


PenyelarasAmali Sembelihan 2015
Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan,
Bentong , Pahang.

Disokong/ tidak disokong,

(EN. OTHMAN BIN CHE RAMLI)


Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan,
Bentong , Pahang.

Diluluskan/ Tidak diluluskan,

( TUAN HAJI NORDIN BIN MAHMUD )


Pengarah,
Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan,
Bentong , Pahang.
11.0 PENUTUP

Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua
pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan
dankeredhaan Allah s.w.t.

Disediakan oleh,

(USTAZ MOHD AZUAN BIN MOHAMAD ALIAS)


PenyelarasAmali Sembelihan 2015
Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan,
Bentong , Pahang.

Disokong/ tidak disokong,

(EN. OTHMAN BIN CHE RAMLI)


Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan,
Bentong , Pahang.

Diluluskan/ Tidak diluluskan,

( TUAN HAJI NORDIN BIN MAHMUD )


Pengarah,
Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan,
Bentong , Pahang.

You might also like