You are on page 1of 6

SKRIP

PENGACARA MAJLIS
PERASMIAN BULAN
KEMERDEKAAN
SK ASSUNTA (2)(M)
TAHUN 2022/2023

TEKS PENGACARAAN
1
MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN
SK ASSUNTA (2)(M)
TAHUN 2022/2023

BIL AGENDA TEKS

Warga dewan yang dimuliakan, mohon untuk kekal berada di

tempat masing-masing, kerana majlis akan bermula sebentar

Mengambil sahaja lagi.


1.
tempat
Peringatan buat warga dewan juga agar mengaktifkan mod

senyap pada telefon bimbit, apabila majlis sedang berlangsung.

Kerjasama dan perhatian dari semua, saya dahului dengan

ucapan terima kasih.

2. Ucapan Aluan Bismillahirrahmanirrahim


Pengerusi
Halus teratur jambangan cempaka,
Majlis
Di tepi jejawi molek kedidi,

Takkan luntur semangat merdeka,

Dijulang pertiwi sentosa abadi.

Mahalnya harga si ikan patin,

2
Kalau hidupnya bukan di sangkar,

Jadilah warga penuh prihatin,

Kekal merdeka berminda kekar.

Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Yang Dihormati,

- Puan Kumutha Yahambaram - Penolong Kanan Pentadbiran

- Puan Sellamany Anak Perempuan Arasen - Penolong Kanan

Kokurikulum

- barisan guru yang dikasihi

- serta rakan-rakan yang disayangi

Syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,

dapat kita bersama-sama berkumpul, di Dewan SK Assunta (2),

bagi menjayakan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan, bagi sesi

2022/2023 peringkat sekolah, pada hari yang berbahagia ini.

Untuk makluman semua, sambutan Bulan Kemerdekaan ini

diadakan bagi, mengenang jasa pejuang-pejuang terdahulu

dalam mencapai kemerdekaan, sekaligus memupuk semangat

cinta akan negara dalam jiwa semua warga sekolah.


3
Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah Keluarga Malaysia,

Teguh Bersama.

Sepanjang bulan kemerdekaan ini juga, pelbagai pertandingan

akan dijalankan iaitu pertandingan mewarna, pertandingan

peragaan pakaian, pertandingan menyanyi berkumpulan,

pertandingan mencipta BIG BOOK dan pertandingan pamphlet

kemerdekaan.

Ucapan Sidang dewan yang dimuliakan,


Guru Besar
SK Assunta
(2)(M) Majlis diteruskan dengan mempersilakan,

Puan Kumutha Yahambaram,

3. Penolong Kanan Pentadbiran , Sekolah Kebangsaan Assunta (2),

untuk menyampaikan ucapan, sekaligus merasmikan sambutan

Bulan Kemerdekaan, bagi tahun 2022/2023.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Ucapan Puan Kumutha)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

Puan Kumutha Yahambaram, atas ucapan dan kesudian beliau


4
merasmikan sambutan Bulan Kemerdekaan sebentar tadi.

Tidak lengkap majlis kita pada hari ini tanpa gimik perasmian

yang ditunggu-tunggu.

Dengan ini majlis mempersilakan Puan Kumutha diiringi Puan

Sellamany untuk berada di atas pentas, bagi menyempurnakan

gimik perasmian bulan kemerdekaan peringkat sekolah ini.


(GIMIK PELANCARAN DILAKSANAKAN)

4. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Kumutha dan Pn. Sellamany

Upacara atas penyempurnaan gimik itu tadi.


Perasmian
dan gimik
pelancaran Gimik tersebut menjadi simbolik bermulanya aktiviti-aktiviti

sempena sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah bagi

tahun 2022/2023.

5 Penutup Dengan ini, maka berakhirlah majlis Perasmian Bulan


. Majlis
Kemerdekaan bagi tahun 2022/2023

Bunga Dedap di atas para,

Anak Pak Ali pasang pelita,

5
Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta

Sebelum menutup tirai majlis ini, saya dan rakan pengacara

memohon ampun dan maaf andai tersalah kata, tersilap bicara

sepanjang mengacarakan majlis pada hari ini.

Sekian sahaja daripada kami.

Assalammualaikum….. dan jumpa lagi (serentak)

You might also like