You are on page 1of 9

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH


SK ASSUNTA (2)(M)
3 APRIL 2023

BI AGENDA AKTIVITI CATATA


N
L
1. KATA ALUAN Sireh berlipat sireh pinang,
PENGACARA Sireh dari Pulau Mutiara;
MAJLIS Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
WAN SHAHIRA
1. Yang Berusaha, Puan Suraya Binti Mohd Dan,
Guru Besar SK Assunta 2
2. Yang Dihormati, Puan Kumutha Yahambaram
Penolong Kanan Pentadbiran
3. Puan Theresa binti Jaimun
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Puan Sellamany a/p Arasen
Penolong Kanan Kokurikulum
7. Barisan jawatankuasa majlis penyerahan watikah pemimpin
muda, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi serta
barisan pemimpin muda yang diraikan.

Bismillahir rahmanirrahim ,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam ceria, salam SK
Assunta 2 terus cemerlang.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul di Majlis


Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda, Sekolah
Kebangsaan Assunta (2) bagi sesi 2023/2024.

1
Untuk pengetahuan hadirin, murid-murid yang terpilih sebagai
Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing
Rakan Sebaya, Pengawas SPBT, Tunas PPDa, Skuad Kantin dan
Ketua serta Penolong Ketua Kelas dipilih berdasarkan kriteria akademik,
sahsiah dan ketrampilan. Pelantikan murid-murid ini diharap mampu untuk
membantu sekolah dalam memartabatkan ilmu dan disiplin sebagai
penggerak utama.

2. BACAAN DOA Membuat kerabu mencari lokan


Penambah selera sudahlah tentu
IZZAH Memohon doa tidak dilupakan
Diucap di amin setiap waktu

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini , dengan segala hormatnya saya
menjemput sidang hadirin yang dimuliakan untuk sama-sama menadah
tangan dan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh saudari Nur
Damia Husna Binti Asnol Nizam dari kelas 6 Hebat
--------------------------------------------------------------------------------
Amin,amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih
atas bacaan doa itu tadi.

4. UCAPAN Songket tenunan dahula kala,


PERASMIAN Gemersik indah tenunan mata;
GURU BESAR Setulus hati dipersila,
Berucap sepatah dua kata.
WAN SHAHIRA
Para hadirin yang dihormati,
Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan menjemput dan

2
mempersilakan Yang Berusaha Puan Suraya Binti Mohd Dan, Guru
Besar SK Assunta 2 untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda, Sekolah
Kebangsaan Assunta 2 bagi sesi 2023/2024.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************************************************************
***
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Suraya Binti Mohd
Dan atas ucapan beliau itu tadi dan merasmikan majlis pada hari ini.

6. PENYAMPAIA
N PENGAWAS Kalam Tulisan Indah Seninya
SEKOLAH Halus Buatan Sutera Andalus
Pengawas Melangkah Penuh Bergaya
IZZAH Dedikasi Di Jiwa Tersemat Tulus

Hadirin sekalian,
Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis
penyampaian watikah pelantikan kepada pemimpin muda.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan ini menjemput Puan


Kumutha Yahambaram, penolong kanan pentadbiran untuk mengiringi
Puan Suraya Binti Mohd Dan, guru besar SK Assunta 2 untuk
menyampaikan watikah pelantikan bagi pengawas sekolah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan ….. dari kelas ……


-RUJUK SENARAI PESERTA-

Terima kasih diucapkan kepada Puan Suraya Binti Mohd Dan atas

3
kesudian menyampaikan watikah pelantikan kepada para pengawas
sekolah.

8. PENYAMPAIA Kolah rupanya disangka perigi,


N PENGAWAS Berjalan dekat ke arah titi;
PSS Penyerahan watikah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti.
PRS
Sidang hadirin yang dikasihi,
WAN SHAHIRA
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda pada hari ini
diteruskan dengan penyampaian bagi Pengawas Pusat Sumber Sekolah
dan Pembimbing Rakan Sebaya

Majlis dengan berbesar hati menjemput Puan Theresa Binti Jaimun,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk mengiringi Puan Kumutha
Yahambaram bagi menyampaikan watikah pelantikan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Mendahului senarai penerima watikah pelantikan pengawas pusat sumber


sekolah bagi tahun 3 ialah _________ dari kelas _____________

Penyerahan watikah berikutnya ditujukan buat pembimbing rakan sebaya.


Dipersilakan ________________ dari kelas ____________

-RUJUK SENARAI PESERTA-

Terima kasih diucapkan kepada Puan Kumutha Yahambaram atas


kesudian menyampaikan watikah pelantikan sebentar tadi.

10. PENYAMPAIA

4
N SPBT Berkebaya batik berwarna merah
Dipakai pula gadis pinggiran
PPDa Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran.
SKUAD
KANTIN Hadirin sekalian,
Watikah pelantikan pada hari ini diteruskan dengan penyampaian watikah
IZZAH pelantikan bagi pengawas SPBT, tunas PPDa dan skuad kantin.

Majlis dengan ini menjemput Puan Sellamany Arasen, Penolong Kanan


Kokurikulum untuk mengiringi Puan Theresa Binti Jaimun, bagi
menyampaikan watikah pelantikan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Penyampaian watikah dimulakan dengan pengawas SPBT

Dipersilakan ______________ dari kelas _____________

Penyerahan watikah berikutnya bagi tunas PPDa


Dipersilakan ________________ dari kelas ____________

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah kepada skuad kantin.


Dipersilakan ________________ dari kelas ____________

-RUJUK SENARAI PESERTA-

Terima kasih diucapkan kepada Puan Theresa binti Jaimun atas kesudian
menyampaikan watikah pelantikan sebentar tadi.

PENYAMPAIA
N KETUA DAN Hadiah diatur nampak kemas
PENOLONG Puan tersenyum kelihatan muda

5
KELAS Tampillah puan naik ke pentas
Menyempurnakan Penyampaian Watikah Pemimpin Muda
WAN SHAHIRA
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Atiqah Amirah Binti
Makhtar, selaku ketua unit disiplin untuk mengiringi Puan Sellamany
Arasen bagi menyampaikan watikah pelantikan ketua dan penolong
ketua kelas.
Dipersilakan.
Penyampaian dimulakan dengan penyampaian sijil ketua dan penolong
kelas bagi tahap 1.
Dimulakan dari kelas …
Ketua kelas…
Penolong ketua kelas …

-RUJUK SENARAI PESERTA-

Seterusnya, penyampaian sijil ketua dan penolong kelas bagi tahap 2.


Dimulakan dari kelas …
Ketua kelas…
Penolong ketua kelas …

Terima kasih diucapkan kepada Puan Sellamany Arasen dan Puan


Atiqah Amirah Binti Makhtar atas kesudian menyampaikan watikah
pelantikan sebentar tadi.

PENGUMUMA Maka, tibalah masa yang dinanti-nantikan, pelantikan ketua dan penolong
N KETUA DAN ketua pengawas Sekolah Kebangsaan Assunta 2 bagi sesi 2023/2024.
PENOLONG
PENGAWAS Oleh itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Suraya Binti Mohd
SEKOLAH Dan, guru besar SK Assunta 2 diiringi oleh Puan Kumutha Yahambaram
untuk menyampaikan sijil dan menyemat lencana butang pada uniform

6
(WAN pengawas.
SHAHIRA) Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

Penolong ketua pengawas SK Assunta 2 bagi sesi 2023/2024 ialah saudari


_______________________________ dari kelas ________

Agak-agak siapa pula ketua pengawas ya?

Ketua pengawas SK Assunta 2 bagi sesi 2023/2024 ialah saudari


_______________________________ dari kelas ________.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Suraya Binti Mohd Dan dan Puan
Kumutha Yahambaram atas pemberian sijil dan lencana butang kepada
ketua dan penolong pengawas sekolah.

IKRAR Hadirin sekalian,

IZZAH Seterusnya kita dengarkan pula lafaz ikrar daripada pemimpin muda yang
dipimpin oleh saudari ______________________ dari kelas ___________.
ketua pengawas SK Assunta 2. Para pemimpin muda diminta bersedia
untuk melafazkan ikrar.

LAFAZ IKRAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ketua pengawas dan


pemimpin muda atas bacaan ikrar sebentar tadi. Para pemimpin muda
dipersilakan duduk.

TEPUK-TEPUK ASSUNTA

Dengan lafaz ikrar itu tadi, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan

7
Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing
Rakan Sebaya, Pengawas SPBT, Pengawas PPDa, Skuad Kantin dan
Ketua serta Penolong Ketua Kelas SK Assunta 2 bagi sesi 2023/2024.

Berikan tepukan gemuruh buat mereka.

13. BERSURAI Hadirin seisi dewan,


DAN
BERGAMBAR Kita telahpun tiba dipenghujung majlis,

WAN SHAHIRA Bersyukur kini kami panjatkan


Majlis penyerahan watikah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya
tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan majlis ini.

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan


Pemimpin Muda SK Assunta 2 bagi sesi 2023/2024. Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih kepada para hadirin dan ucapan tahniah diucapkan
kepada semua penerima watikah pemimpin muda.

Diharapkan watikah ini dapat menjadi pembakar semangat untuk menjadi


pemimpin yang amanah dan berdedikasi.
BERSURAI Sekian saja daripada saya, Puan Izzah dan Puan Wan Shahira, pengacara
DAN majlis pada hari ini.
BERGAMBAR Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt., salam
sejahtera dan semoga berjumpa lagi.
IZZAH
Semua murid dibenarkan untuk bersurai namun pemimpin muda dan para

8
pentadbir diminta untuk kekal di dewan bagi sesi fotografi.

Dimulakan dengan pengawas sekolah. (informal)

You might also like