You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRI

JALAN SRI PUTRI 1/16


TAMAN PUTRI
81000 KULAI
JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA

________________________________________

Program Keceriaan Makmal Komputer,


SMK Taman Putri, Kulai
(Pemasangan Langsir)

2022
__________________________________________

Projek dijayakan oleh :

SMK Taman Putri, Kulai


1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan


kewangan daripada pihak PIBG SMK Taman Putri, Kulai bagi menjayakan program
berikut;

1.1 Program Keceriaan Makmal Komputer, SMK Taman Putri, Kulai

2.0 PENGENALAN

Makmal Komputer SMK Taman Putri merupakan bilik yang sering digunakan untuk
pelbagai aktiviti seperti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan
ICT dan pencarian maklumat bagi semua pelajar. Selain itu, bilik ini juga selalu
digunakan bagi tujuan pertandingan yang melibatkan penggunanaan teknologi
maklumat di peringkat daerah dan negeri. Pihak sekolah telah merancang untuk
keceriaan makmal komputer sekolah dengan pembelian langsir baru.
Adalah diharap dengan terlaksananya program ini, ia akan dapat membantu
melengkapkan prasarana dan kemudahan seperti yang diimpikan demi keselesaan dan
kecemerlangan murid di sekolah ini.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mempertingkatkan keceriaan bilik komputer sekolah.

3.2 Menyediakan makmal komputer yang lebih selesa, kondusif dan selamat kepada
murid.

3.3 Merangsang dan menggalakkan murid supaya lebih aktif dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.

3.4 Mengurangkan cahaya luar tingkap bagi paparan LCD projector yang optimum.

3.5 Menggantikan langsir lama yang sudah lusuh.

4.0 IMPAK

4.1 Berikut merupakan antara perkara-perkara yang diperlukan dalam program


keceriaan Makmal Komputer SMK Taman Putri. Jadual di bawah
menunjukkan impak projek;
Cadangan Hasil / Outcome Impak Subprojek
Subprojek Subprojek

Program  Menukar ganti peralatan Pelajar akan berada


menceriakan yang lama dan uzur dalam keadaan lebih
makmal komputer seperti langsir. selesa serta lebih mudah
SMK Taman Putri untuk mencari maklumat
, kondusif dan
mengelakkan dari
cahaya luar tingkap

4.2 Projek ini diharapkan akan memberikan impak kepada;

4.2.1 Peningkatan bilangan pelajar yang menggunakan kemudahan di


Makmal Komputer

4.2.2 Peningkatan bilangan pelajar yang celik IT

4.2.4 Peningkatan kualiti kemudahan asas yang ada di SMK Taman Putri

5.0 JUSTIFIKASI

5.1 Projek seumpama ini perlu dilaksanakan memandangkan kepentingan fungsi


dan peranan makmal komputer sekolah yang sebelum ini tidak digunakan
secara optimum disebabkan isu yang telah dinyatakan. Di samping itu,
program keceriaan Makmal Komputer diharapkan agar dapat memberi
manfaat kepada semua pelajar SMK Taman Putri yang berjumlah 1250 orang.
SMK Taman Putri terletak di kawasan Bandar. Namun, sebahagian pelajar
SMK Taman Putri terdiri dari kalangan keluarga yang mempunyai status sosio
ekonomi (SES) sederhana dan rendah. Sudah pasti, dengan adanya makmal
komputer yang lengkap, bebanan kewangan boleh dikurangkan apabila pelajar
memanfaatkan segala yang ada di Makmal Komputer.

5.2 Dengan adanya makmal komputer yang menarik dan ceria, diharapkan mampu
menarik minat pelajar yang belum mahir ICT mula untuk menggunakan
kemudahan yang ada.
5.3 Dengan memperkasakan kemudahan yang ada di makmal komputer,
diharapkan agar lebih ramai guru dan pelajar berkunjung ke makmal komputer
sekaligus meningkatkan lagi penggunaan DELIMA

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat Puan Norazzah binti Misban (Pengetua)


Pengerusi Encik Husni bin Ibrahim (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi Puan Saripah Faridah binti (GPK HEM)
Saiyed Mohd.
Encik Mohd Noor bin Abdul (GPK
Aziz Kokurikulum)
Puan Zuraiha binti Ismail (GPK Petang)
Encik Muhammad bin Ismail (GPK Pend. Khas)
Penyelaras Puan Noorizwaneda Binti Mohd (GPB)
Tamin

7.0 ANGGARAN KEWANGAN

PERBELANJAAN PROGRAM
Bil Perkara Jumlah (RM)

1 Makmal Komputer 1 1350.00


11 set langsir + 4 pcs aluminium track
2 Makmal Komputer 2 1730.00
12 set langsir + 2pcs aluminium track

3080.00

8.0 PENUTUP

Pemasangan langsir bagi bilik komputer ini bertujuan menceriakan makmal komputer di
samping mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif dan menarik
minat pelajar untuk dating ke makmal computer.

Disediakan oleh : ……………………………………………..


(NOORIZWANEDA BINTI MOHD TAMIN)
Penyelaras Projek
……………………………………………..
Disemak oleh ;
(PN NORAZZAH BINTI MISBAN)
Pengetua SMK Taman Putri
LAMPIRAN

You might also like