You are on page 1of 16
SISTEM PERKAHWINAN ADAT DI NEGERI SEMBILAN’ oleh Norhalim Hj. Ibrahim, Jabatan Pengajian Pembanguan Keluarga; Universiti Putra Malaysia, Serdang. Pengenalan, Perkahwinan adalah penjalinan ikatan antara dua orang berlainan jantina yang diiktiraf dan diakui sah oleh agama, budaya dan masyarakat, Pernyataan ini melibatkan tiga faktor utama iaitt agama, budaya dan masyarakat, yang bertindan lapis dan saling melengkapi antara satu sama lain. Sejak manusia bertamadun, agama, melalui upacara akad atau nikah, menjadi aturcara penting dalam perkahwinan. Sebelum upacara nikah boleh dilangsungkan agama mengharuskan manusia mematuhi rukun atau aturan tertentu dalam menentukan pasangan yang boleh dinikahi. Antara lain tujuan nikah ialah untuk memberi pengesahan kepada perhubungan antara lelaki dan perempuan agar anak-anak yang lahir hasil perhubungan itu di anggap sebagai anak sah dan bukannya anak haram atau anak zina. “Budaya menganggap institusi perkahwinan itu sebagai salah satu daripada tiga upacara krisis hidup kritikal' atau upacara peralihan (rite de passage) kritikal dalam lingkaran hidup seseorang. Melalui perkahwinan seseorang itu diperakui telah berubah taraf dan kedudukan dalam struktur dan organisasi masyarakat iaitu daripada kedudukan remaja kepada dewasa. Berikutan dengan itu, rol dan tanggungjawab seseorang itu juga * Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Budaya anjuran Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, pada 30 April 1997. " Keisis hidup kritikal yang lain ialah kefahiran dan kematian, turut berubah. Justeru itu, setiap budaya mempunyai aturan dan tatacara tertentu dalam melaksanakan proses perkahwinan itu. Dalam konteks ini budaya dapat dikatakan sebagai memupuk keperluan agama dengan berbagai upacara adat istiadat, dan menjadikan proses perkahwinan itu satu peristiwa yang meriah dan abadi dalam ingatan individu berkenaan. Untuk merayakan dan memeriahkan adat istiadat perkahwinan itu, ia perlu pernyertaan bukan sahaja anggota keluarga, baik yang dekat mahupun yang jauh, juga jiran tetangga, sekampung malahan sekomuniti. Di samping itu. perkahwinan adalah langkah pertama dalam pembentukan sebuah Keluarga. Seirings dengan, pembentukan sebuah keluarga, perkahwinan juga menggabungkan bukan sahaja dua orang individu yang berlainan jantina tetapi juga sekurang-kurangnya dua buah keluarga. Dari segi sosial, perkahwinan adalah landasan dasar untuk mendirikan kekeluargaan, komuniti dan seterusnya masyarakat dan negara, Oleh sebab sedemikian sekali Kepentingan perkahwinan itu, perlaksanaannya perlu mendapat sokongan dan penglibatan sanak-saudara, jauh dan dekat, serta masyarakat sekeliling. Dalam konteks ini masyarakat berfungsi sebagai ‘saksi” dan ‘pengiktiral” tentang kenaikan taraf dua orang anggotanya ke peringkat kelompok dewasa. Dari segi keahlian dalam komuniti, masyarakat juga mengakui bahawa kedua-dua individu itu telah menjadi ahli baharu dan sebagai tali penghubung antara dua buah keluarga yang berlainan atau dalam kes kahwin pupu, merapatkan lagi tali persaudaraan yang telah renggang. Demi memeriahkan majlis dan menghargai pengiktirafan masyarakat terhadap gabungan itu, keluarga berkenaan harus mengadakan kenduri. Hukum mengadakan kenduri kahwin ialah sunat mua’qad yakni sunat yang sangat dituntut. Perkahwinan dalam Masyarakat Adat Perpatih ‘Apa yang dinyatakan di atas tadi adalah, melainkan yang berkaitan dengan agama, pernyataan umum yang sedia dimaklumi ofeh masyarakat, Namun, dalam Adat Perpatih institusi perkahwinan itu dijadikan salah satu charter kepada struktur dan organisasi masyarakatnya. Charter ini boleh dilihat dalam perbilangan: Lama kelamaan mengadakan anak: Lelaki ada, perempuan pun ada, sehari ada, sehari bernama, sehari berhutang mak bapak. Hutang atas lima perkara: Pertama kerat pusat, keduazipah bidan, ketiga sunat rasul, keempat khatam mengaji: tindik daing, kelima nikah kahwin. Berdasarkan perbilangan di atas, perkahwinan dalam masyarakat adat Negeri Sembilan merupakan bentuk kritikal terakhir yang harus diselesaikan oleh ibu dan bapa serta kelompok keluarganya. Oleh sebab ia telah dijadikan charter maka setiap anggota masyarakat harus mematuhinya. Konsep Perkahwinan Adat Perpatih Adat istiadat perkahwinan dalam Adat Perpatih disebut sebagai adat semenda- menyemenda. Adat ini merupakan upacara inisiasi yang paling besar dalam lingkaran hidup seorang individu dan kelompok kekeluargannya. Upacara ini dari awal sehingga akhir harus mengikuti saluran adat baik dari segi kombinasi satu persatu adat istiadatnya, ketataertiban sistem perkahwinannya mahupun peranan yang dipikul bersama, Demi pentingnya upacara ini maka Lembaga, Buapak, Besar dan Kadim, sera semenda dan seadat atau tempat semenda nan seresam dengan kuasa pengendaliannya, anak buah dengan kepatuhannya turut berganding bahu menyumbangkan tenaga dan menghulurkan bantuan sekadar yang upaya demi menjayakan majlis tersebut; sebagaimana kata adat: Berat sama dipikul, ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh sebab masyarakat adat di Negeri Sembilan mempunyai falsafah hidup yang tersendiri, maka perkahwinan ini tidak lari daripada landasan adat. Ia terpaksa tunduk di bawah peraturan dasar yang telah ditetapkan atau dikatakan sebagai berkisar dalam genggaman adat. Dengan berlangsungnya upacara ini, dari segi adat bermakna antara lain, seseorang individu: 1. Telah berjaya membuktikan bahawa dia telah mampu berdikari untuk dirinya, isterinya atau suaminya dan anak-anak yang bakal lahir. 2, Telah diakui ada hak dalam kelompoknya. 3. Telah mencapai kedudukan sebagai seorang dewasa. Justeru itu individu berkenaan telah boleh memberikan pendapat dan bersuara dalam perjalanan adat. Oleh sebab inisiasi ini merupakan tanggungjawab terakhir ibu dan bapa, maka ia dijalankan dengan diitingi oleh upacara adat dan istiadat yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan upacara krisis yang lain. 1a juga merupakan suatu yang unik dan berbeza jika dibandingkan dengan upacara perkahwinan di kalangan masyarakat di luar masyarakat Adat Perpatih, Kekompleksan dan keunikannya berpunca daripada pengertian masyarakat adat terhadap perkahwinan itu. Bagi masyarakat adat perkahwinan bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara dua individu yang berlainan jantina yang diperakui oleh agama, budaya dan masyarakat tetapi penyatuan atau penyambung pertalian antara dua keluarga, dua rampun, dua ruang, dua perut dan malahan dua suku, Jelasnya kesemua aspek hubungan sosial dan organisasi sosiat kelompok itu menjadi keseluruhan yang kohesif, yakni melahirkan rasa kesatuan antara individu, antara keluarga serta seluruh anggota suku itu. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh pasangan atau keluarga akan dapat diselesaikan dengan wujudnya jalinan kekeluargaan dalam konteks kesukuan, keperutan, keruangan dan kerumpunan yang utuh. Semuanya dihadapi dengan mudah dan berlangsung dengan penuh kegembiraan. Segala kesukaran akan dilampaui berteraskan perbilangan: Adat bersaudara, saudara dipertahankan, adat berkampung, kampung dipertahankan, adat bersuku, suku dipertahankan: Hidup sandar menyandar, bagai aur dengan tebing. Atas alasan-alasan tersebut, perkahwinan dalam masyarakat Adat Perpatih mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza daripada adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat adat yang lain. Sungguhpun demikian, tidaklah bermakna ia terasing secara bersendirian, malah dalam ciri-ciri tertentu ia adalah sehaluan dengan adat perkahwinan lain, Khususnya yang berkaitan persoalan agama. — Syarat-syarat perkahwinan di sisi hukum syarak tetap berfungsi secara mutlak seperti mana dalam masyarakat Melayu Islam yang lain. Jadi, dalam masyarakat adat di Negeri Sembilan, perkahwinan itu haruslah dirujukkan kepada perbilangan: Syarak tidak menghalang, adat tidak menggalang. Ini bermakna, perkahwinan itu hanya sah apabila diakadkan oleh wali atau wakilnya, bersaksi dan membayar mas kahwin (mahr). Di samping itu, perkahwinan harus sah dari segi adat, iaitu tidak melanggar pantang larang adat. Seandainya perkahwinan itu tersangkut pada galangan-galangan adat, maka dari kaca mata adat ia masih fergantung. Untuk ini, adat mempunyai saluran-saluran tertentu untuk menyelesaikannya kerana bagi adat: usw boleh diselesai. Norma Perspektif Perkahwinan Adat Adat perkahwinan masyarakat Adat Perpatih mempunyai norma perspektif dan preferential. Norma perspektif dasar sistem ini adalah eksogami, yakni seorang lelaki tidak boleh menikah dengan seorang perempuan daripada sukunya sendiri. Mereka daripada suku yang sama dianggap bersaudara, Perkahwinan dalam masyarakat Adat Perpatih adalah dilihat sebagai hubungan antara dua suku dan/atau dua perut. Dengan kata lain, perkahwinan yang digalakkan adalah antara dua orang yang berlainan suku - tain suku lain waris; dan dikatakan sebagai Labu ke kundur, kundur ke labu; orang ke orang, Di sesetengah tempat dan suku, prinsip eksogami tidak lagi tertakluk kepada satu suku tetapi kepada satu perut; dan perut menjadi unit eksogami yang terkecil dalam proses mencari jodoh, Dengan kata lain, ada beberapa buah suku tertentu yang diizinkan oleh adat untuk melakukan perkahwinan indogami, Misalnya di Luak Rembau, suku Biduanda Jakun boleh berkahwin dengan Biduanda Dagang atau Biduanda Jawa, Begitu juga di kalangan anggota suku Mungkal Darat; anggota suk Mungkal Perut Bukit diizinkan berkahwin dengan anggota suku Mungkal Perut Tebat. Walau bagaimanapun antara kedua-dua pecahan perut Bukit dan Keling, mereka tidak diizinkan berkahwin. Perkahwinan yang ideal dalam masyarakat adat ini ialah antara pasangan yang berlainan suku. Norma ‘Preferentia Perkahwinan Adat Norma preferential adalah untuk melakukan perkahwinan silang pupu, iaitu dengan anak gadis abang atau adik lelaki ibu; dan dengan anak gadis kakak atau adik perempuan ayah. Dalam bentuk pemilihan jodoh ini, walaupun mempunyai kaitan biologi yang sama dengan hubungan pupu selari tetapi oleh sebab masyarakat ini mengamalkan sistem nasab ibu, tergolong ke dalam persanakan yang berlainan. Kelainan suku antara pasangan itu membolehkan mereka berkahwin, walaupun ayah dan ibu mereka adik-beradik seibu. Sumbang atau Larangan dalam Perkahwinan Setiap perkahwinan mestilah tertakiuk kepada peraturan tertentu. Dalam peraturan ini terdapat batasan atau penentuan orang-orang yang tidak boleh dikahwini untuk selama-lamanya dan orang-orang yang dilarang buat sementara sahaja. Dalam masyarakat Adat Perpatih, selain larangan perkahwinan menurut hukum syarak, terdapat juga larangan menurut adat. Larangan adata tersebut terbahagi kepada dua iaitu: i Larangan perkahwinan sesuku (indogami) atau diistilahkan oleh adat sebagai Sumbang Balai Melintang. re Larangan perkahwinan antara saudara pupu selari. a. Sumbang Balai Melintang Telah dinyatakan bahawa adat melarang perkahwinan sesuku - satu suku dan set waris yang dikatakan sebagai: Dihambat dek syarak, digalang dek adat. Jika berlaku juga perkahwinan bentuk ini, adat mengistilahkan perbuatan itu sebagai sumbang sewaris. Namun oleh sebab pertambahan penduduk yang pesat di sesetengah tempat dan suku, kesumbangan ini telah dilunturkan; dan yang dilarang adalah perkahwinan seperut. Dari segi adat perkahwinan seperut ini dikatakan sebagai sumbang sekadim. Schingga kini sumbang sekadim ini masih kekal sebagai larangan eksogami yang terkecil. Secara keseluruhan, kedua-dua jenis sumbang ini dikatakan sebagai sambang balai melintang. Mengikut kepercayaan perkahwinan jenis ini jika dilakukan juga akan mengakibatkan: Kok ke darat sial balau, kok ke laut tumpal garam; kok beranak tak cukup sifatnya, ditimpa dek bisa besi kawi b. Kahwin Sepupu Selari Perkahwinan pupu selari boleh dibahagi kepada dua kategori, iaita pupu selari sebelah ibu dan pupu selari sebelah ayah, Kategori pertama perkahwinan pupu selari ini adalah bersamaan dengan larangan sumbang balai melintang. Pasangan yang ada kaitan pupu selari sebelah ibu bermakna mereka adalah anggota daripada satu suku. Justera itu perkahwinan pupu kategori pertama adalah dilarang. Larangan Poligami (Poliandri) Sesuku Selain larangan yang dinyatakan, adat juga melarang seorang lelaki berkahwin dengan dua atau lebih orang perempuan daripada suku yang sama. Perkahwinan semula dengan suku bekas isteri yang telah ditalak adalah termasuk ke dalam kategori sumbang. Hal ini biasanya dirundingkan dahulu dengan pihak ketua-ketua adat, iaitu Buapak dan Lembaga bagi mendapatkan kebenaran, Kalau dibenarkan, dan selalunya diizinkan, pihak lelaki harus membayar denda yang disebut kalang batang sebanyak RM7.20 atau mengikut keputusan yang dicapai. Sekiranya isteri meninggal dunia, maka suami diizinkan, malahan digalakkan untuk melakukan sororate, iaitu berkahwin lagi dengan saudara perempuan arwah isterinya, Perkahwinan jenis ini disebut gant tikar. Sebaliknya jika suami yang meninggal, isteri tidak dibenarkan berkahwin dengan adik suaminya. Tegasnya perkahwinan jenis fiverare atau yang sejenis dengannya tidak dibenarkan adat. Bentuk Perkahwinan Adat Secara menyeluruh di kalangan masyarakat adat di Negeri Sembilan terdapat dua jenis bentuk perkahwinan, iaitu perkahwinan yang lazim atau biasa, dan perkahwinan yang tidak lazim. Perkahwinan Biasa Adat Perpatih telah menggariskan beberapa konsep dalam atur cara adat istiadatnya ke arah pembentukan hidup berumahtangga. Dalam struktur ini adat telah menetapkan suatu rangka penyusunan bertingkat-tingkat dengan atur cara tersendiri mewarnai setiap tahap yang dilalui. Institusi perkahwinan biasa akan bermula daripada merisik atau disebut juga risik nan duai atau risik andai. Ini akan diikuti dengan adat menghantar cincin tanya dan kemudian adat pinang meminang atau adat menghantar tanda (pihak lelaki) atau adat menerima tanda (pihak perempuan). Selepas itu diadakan pula hari langsung atau hari olek. ai termasuklah upacara akad nikah, bertandang atau menyalang dan menikam jejak atau tempuh jejak, Adat perkahwinan ini diakhiri dengan adat menyalang rumah saudara-mara kedua-dua belah pihak. Perkahwinan Tidak Lazim Perkahwinan tidak lazim adalah perkahwinan yang tidak mengikut peraturan adat, jaitu daripada proses merisik sehingga ke adat unjuk beri. Dari segi aturcara perkahwinan ini adalah ringkas tanpa sebarang upacara atau pesta. Perkahwinan jenis ini dinamakan kahwin orang berada dan dikatakan juga sebagai perbuatan orang berani. Perkahwinan cara ini walaupun tidak mengikut peraturan adat ia dibolebkan dan dilembagakan oleh Adat Perpatih. Perkahwinan tidak lazim dapat dibahagikan kepada enam jenis, iaitu nikah terkurung di dalam atau pendeknya terkurung sahaja, nikah serah-menyerah atau menyerah, merumah, merebut rampas, adat mendapatkan dan adat beli laki. Jenis Olek Perkahwinan Biasa Apa yang harus diambil perhatian dalam menghuraikan olek perkahwinan di kalangan masyarakat Adat Perpatih ialah pesta di rumah pengantin perempuan adalah lebih besar daripada rumah lelaki. Ada dua sebab utama mengapa keadaan ini terjadi. 1. Majlis akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan, 2. Majlis perkahwinan itu secara tidak langsung adalah juga perayaan menerima abli (orang semenda) baharu bagi pihak perempuan. Ini tidak pula bermakna olek secara besar-besaran tidak boleh diadakan di rumah pengantin lelaki. Pesta ini biasanya diadakan selepas olek di rumah pengantin perempuan, Pihak lelaki pada hari dan malam mengadakan olek di rumah perempuan harus juga mengadakan majlis kerana pada malam itu wakil perempuan (orang menjemput) akan datang ke rumahnya mempersilakan pengantin Jelaki ke rumah pengantin perempuan untuk diakad nikah. Masyarakat Adat Perpatih boleh mengadakan salah satu daripada beberapa jenis olek yang sedia diaturkan oleh adat. Perbilangan adat yang berbunyi: kok tumbuh di lepan; anak buah yang punya, kok tumbuh di lereng: Buapak yang punya, kok tumbuh di bukit: Lembaga yang punya. Perbilangan ini membayangkan jenis-jenis olek kahwin yang boleh diadakan oleh orang kebanyakan dalam masyarakat Adat Perpatih sewaktu menikahkan anak. Jenis olek tersebut adalah Paras Lepan (sehari semalam) atau olek biasa, Paras Lereng (dua hari dua malam) atau lebih dikenali sebagai olek Buapak, dan Paras Bukit (tiga hari tiga malam dan dirasmikan oleh Datuk Lembaga sendiri) yang juga disebut sebagai olek Lembaga. Selain olek yang telah disebut tadi, terdapat satu lagi olek yang dikenali sebagai Olek Undang (lima hari lima malam) dan biasanya dijalankan apabila Undang atau Penghulu Luak mengolek kenduri kahwin. Penutup « Perubahan, sama ada membawa kemajuan atau sebaliknya, tidak dapat disekat daripada berlaku. Adat Perpatih adalah adat dinamik, Ia hidup, tidak kaku, beku atau mati, Adat Perpatih, hampir dalam semua aspeknya mempunyai daya luntur yang cukup untuk menyesuai diri dengan keadaan. masa dan persekitaran, Kedinamikan dan kebolehluntumya ini diperjelaskan dalam perbilangan: sekali air bah, sekali musim berubab; sekali raja mangkat, sekali adat beralih; sekali tahun beredar, sekali musim bertukar. Adat dipakai, baru; kain dipakai, usang; bercupak sepanjang buluh, beradat sepanjang jalan; usang-usang diperbaharui, lapuk-lapuk dikajangi; nan elok dipakai, nan buruk dibuang; kok singkat diulas, kok panjang dikerat; kok melebihi jangan melampau, kok mengurangi jangan sia-sia Sesuai dengan perbilangan adat tersebut, Adat Perpatih Negeri Sembilan telah seiring dengan pergerakan masa yang menukar musim-musim kehidupan ahlinya - dari zaman Melayu tradisi, membawa kepada penjajahan (Portugis, Belanda dan yang paling berpengaruh Inggeris), lantas ke zaman kemerdekaan, Kini adat ini telah bercampur baur dengan ‘budaya moden’ hari ini. Adat Perpatih Negeri Sembilan kini, dalam banyak aspek dan berdasarkan keadaan telah ditukar ganti dengan budaya luar. Istiadat perkahwinan ‘masyarakat Adat Perpatih’ di Negeri Sembilan hari ini tidak lagi menampakkan kelainan yang jelas apabila dibandingkan dengan Masyarakat Melayu lain. Peralatan seperti nasi besar (nasi panca), tetapak, alat kebesaran adat malahan tepak sireh atau tepak peminangan jarang sekali digunakan dalam istiadat perkahwinan, Generasi muda hari ini tidak kenal peralatan-peralatan seperti tabir langit-langit, tabir lingkungan (tabir layar), gunting-gunting atau kain ampaian. Penggunaan kata-kata puitis - pantun dan perbilangan dalam hampir keseluruhan upacara berkenaan jarang diamalkan. Setiap istiadat tidak lagi menampakkan keunggulan penggunaan kata-kata perbilangan adat. Ada juga majlis perkahwinan yang cuba menggunakan bahasa berirama tersebut namun penggunaannya adalah paling minimum dan dalam upacara berkenaan kata-kata yang sering digunakan adalah: “Kita buatlah selenggok dua, bak kata nan tua: kalau hendak digantang tiga gantang, kalau hendak diikat tiga ikat, bersama dengan sarang tempua, letak mari di bawah kawah; perkara adat dibentang, panjang, 13 elok diguhung biar singkat, bak kata orang tua, sebak daun ambil buah.” Satu lagi perubahan yang ketara adalah dari segi nilai dan sikap masyarakat terhadap keseluruhan institusi perkahwinan itu. Masyarakat adat di kebanyakan tempat di Negeri Sembilan hari ini tidak lagi mengamalkan istiadat berkampung. Berikutan dengan kehilangan aspek ini sanak-saudara, malahan di sesetengah tempat termasuk saudara sekadim tidak lagi terlibat dalam sesuatu majlis perkahwinan. Perbilangan adat yang berbunyi: hilang dicati, cicir dipungut, jauh dijemput, dekat di kampung. Adat seperti dalam perbilangan di atas tidak dipraktikkan lagi. Oleh itu jamuan, persediaan, pengubahsuaian kawasan dan rumah serta perkara-perkara lain yang berkaitan tidak lagi diserayakan. Kesemua persediaan dari awal hingga akhir adalah ditanggung oleh tuan rumah atau orang yang punya olek. Tujuan utama mengadakan majlis perkahwinan hari ini agak berbeza daripada zaman lampau. Jika dahulu apa yang dipentingkan adalah pesta untuk sanak-saudara, Kepada mereka yang telah lama berpisah kerana duduk berjauhan di pesta inilah mereka bertemu dan bermesra semula. Bagi mereka yang telah renggang hubungan atas sebab- sebab tertentu di pesta inilah perhubungan itu dibaik pulih serta dimesrakan kembali. Pendek kata keseluruhan institusi perkahwinan itu adalah dilaksanakan oleh keluarga untuk keluarga dan demi keluarga. Sebaliknya hari ini, kebanyakan upacara perkahwinan adalah pesta untuk menunjuk dan menonjolkan diri, Yang dipentingkan adalah ‘tetamu’nya berdasarkan status dan kedudukan sosial dar/atau politik di peringkat setempat, daerah dan seterusnya. Seurutan dengan ini, perkahwinan kini tidak memungkinkan pasangan baru itu mengenali keseluruhan sanak-saudara daripada kedua-dua belah pihak, Keadaan ini disebabkan pasangan baru ‘terpaksa’ meninggalkan kampung secepat mungkin selepas upacara perkahwinan selesai. Akibatnya lingkungan ahli keluarga yang dikenali adalah terhad; dan berkemungkinan besar pernyataan yang menyatakan ‘telah berlaga batang hidung pun tidak kenal saudara sendiri’ akan menjadi kenyataan. Akibat daripada perubahan dan keadaan ini keharmonian di kalangan abli keluarga dan kelompok kekeluargaan semakin larut. Secara langsung ia akan menghapuskan keharmonian di kalangan anggota kelompok kekeluargaan yang lebih luas dan selanjutnya ke peringkat masyarakat. Bibliografi de Moubray, G.A. de C., Matriarchy in the Malay Peninsular and Neighbouring Countries, George Routhledge & Sons, London, 1931. Faiza Tambi Chik. ‘Adat menghantar cincin: Lambang ketinggian budi penganut Adat Perpatih’, Puserka, 1 (1):22-25, 1965 Humpreys, J.L.. ‘A Naning wedding-speech’, Journal of The Straits Branch Royal Asiatic Society, 72:25-33, 1916. Torahim Atin, Perbilangan Adat, Sinaran Brothers Press, Pulau Pinang, 1959. Jamaluddin Abdullah, Adat Perpatih, Geliga, Singapura, 1959. Mohd. Din Ali, Sambacn Cakap dan Pepatah Adat Melayu, Penggal !, The Economy Printers Ltd., Kuala Lumpur, 1956. Mohd. Din Ali, Sambaan Cakap dan Pepatah Adat Melayu, Penggal 2, The Economy Printers Ltd., Kuala Lumpur, 1957. Nothalim Hj. Ibrahim, ‘Vanishing culture of Adat Perpatih’. dalam Nellie S.L. Tan-Wong danVipin Patel (eds.), Adat Perpatih: A Matrilineal System in Negeri Sembilan, Winstrac (WWB/Malaysia) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1992. Norhalim Hj. Ibrahim, *Adat Perpatih: Konsep perkahwinan dalam masyarakat adat’, Budaya Negeri, 3/92: /92:6-10, 1992. Norhalim Hj. tbrahim, ‘Aturan perkahwinan adat’, Budaya Negeri, 7/92:7-11, 1992. Norhalim Hj. Ibrahim, Perkahwinan Adat Di Negeri Sembilan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, 1996. Sheppard, M., “Bujasn epok bertundan: A wedding ceremony recalled’, Federal Museums Journal, 9:32-36, 1964. Stanza, “Adat istiadat, adat Rembau’, Mastika, Ogos:12-18, 1964.

You might also like